Kita kena ceria kerana ..

Posted by sazali

Salam

Syukur .. kita ada 6 hari lagi untuk bertemu dgn Hari Raya Aidil Fitri.

Syukurlah.

Oleh itu kita kena ceria kerana ..

(i)  tak payah berpuasa lagi.  Alhamdulilah  dan kita boleh minum minum kopi sambil membaca buku yg berat berat. He..he..

(ii) bila raya , ..ramai anak anak cucu  kita balik untuk berhari raya

(iii)  kita boleh makan makan dengan ibu bapa dan sanak saudara jauh dan dekat.  Dapat bersalaman dengan atuk dan nenek .. yg masih ada ini.  Apa khabar Atuk?

(iv)  insyallah .. badan tak lah letih sangat untuk melakukan banyak aktiviti pada zaman lani terutama .. memandu kereta ke sana sini ; banyak negeri bila bertugas di luar kawasan pejabat kita

(v)  dan banyak lagi ...  alhamdulilah.  Nasib baik tuhan kasi kita beraya lagi tahun ini.

Syukurlah.

-------------------

Tetapi awas tuan hamba ..
kesesakan lalu lintas menuju ke hari berbahagia itu.  Ramai pemandu mengantuk dan badan pun letih maklumlah pemanduan meredah banyak buah negeri.  Oleh itu bagus kita  memandu dengan berhemah .. iaitu berhenti jika badan terlampau penat dan mata mengantuk.

Tak guna kita balik ..ke kampung tetapi dalam perjalanan kita terlibat dalam kemalangan kecil-kecilan atau besar-besaran.  A u zu billah ..(mintak jauhkanlah)

-------------------------------

Memandangkan bulan mulia Ramadhan akan meninggalkan kita eloklah kita cepat cepat khatam Al Quraan  buat doa banyak banyak agar tuhan memanjangkan usia kita ini dan kita dikurniakan taufiq dan hidayah untuk mentaati lagi dan lagi perintah tuhan .  Malas sangat berzikirlah dengan menyebut 'subhana llah; alhamdulilah dan Allahu hu Akbar'.  Tak kan tak boleh?  Basahkan bibir mulut kita dengan menyebut nama nama Allah yg Maha Agung.  Semua itu membawa pahala yg tersangat besar.  Mintak Allah kurniakan kita .. kelembutan hati untuk sentiasa taat kpd suruhannya ..  melalui saki baki hidup kita ini.

Insyallah.

Akhir kata ..nak ucapkan .kepada tuan hamba ..Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Bathin.

SEkian.  Wasallam.  Wallahu aklam.

Tak maju Malaysia ni

Posted by sazali

Salam

Tadi saya pergi town selepas menunaikan solat zohor.. nak settle hutang kat banks etc etc.

Sepanjang perjalanan ..saya dengar radio/

Kebanyakan lagu Raya ..cukup sedih ..  (boring betul ..apa pasal dia ni nak sedih sedih ni ..that's why mungkin  ada org tak siap siap thesis Ph.D ini)

ini lagu sesuai dengan zaman Arwah P Ramlee, A.Ramlee, M Shariff  lah ..
Al Fatihah untuk kalian.

2)  Sekarang ..org mahu dengar lagu Raya berunsurkan ..  kemajuan ..diri / jati diri/ akademik/ kerjaya

like that lah.. lagu how to settle hutang banks ..dan mcm mcm lagi.
lagu berjaya menunaikan sembahyang terawih 20 rakaat selama sebulan tanpa ..  miss miss apa apa.. Quran satu biji ..khatam ..

asyik..lagu sedih jer ..sejak zaman jepun turun kat Kota Bharu dan serang negara ini /asyik putar lagu sedih jer.

apa lah ..   Radio RTM ni/

3) Lagu sedih raya tak sesuai untuk askar askar yg sedang bertugas diperbatasan/  mungkin tidak memberi elemen  motivasi untuk askar bertahan lama menentang musuh durjana tanpa pertolongan kapal selam TLDM.

Lagu sedih tak sesuai dgn org org yg tak sempat nak beli tiket bas/ keretapi / kapalterbang .. balik ke kampung.
Jangan naik kereta kawan kawan yg last minit ..buat keputusan nak balik juga ke kampung.  Awas ..keretanya tak diservis 2 tahun sudah.  Bahaya ..abang ku.

Tapi tak apa lah .. tak akan mati kita ..kalau tak raya kat kampung tahun ini// relax ..relax relax/ jgn panic.

Prosedur hari raya pertama .. (jika tak balik kampung).Bacalah.

0530 pagi Bangun awal ..mandi .dan pergi sembahyang subuh

0600 pagi ..  takbir raya ..  takbirlah ..  kalau rasa sedih dgn stail takbir melayu jiwa jiwa ini .Jgn tunggu lama lama atas masjid.  Make ways for our homes plz.

0700 pg .. (di dapur)  masak air/ guna cerek letrik serba moden/  cari nasi semalam/  kerat bawang.. panaskan ..kuali sekejap
                buat 'nasi goreng raya special'  Ingat masuk telur ayam 2 biji/  gaul gaul bawang, cili, telur ayam dan sedikit garam ...
                 dah puas gaul gaul 10-15  minit ..  angkat/  boleh makan dah.  Why?  kita seorang jer yg raya kat sini.  What to do?

                  Aduhai  ..feeling .Nasi goreng tak sedap tak apa .. jiran jiran kat taman perumahan semua dah balik kampung.  No hard feelings punya.

1100 pagi .  Call mak di kampung/  jgn terperangkap dgn tangisan ibu kita/ biasalah ibu hendak menangis jugak  ok lah sesuai dgn zaman dia  membesar dahulu ..mengenangkan kita baru jer makan nasi goreng raya special//

                  Layanlah tangisan ibu kita tu sekejap ..tetapi after dia dah puas menangis tanya itu dan ini .. bercakap .. just say to her ..kita nak bank in sedikit wang lagi ni untuk ibu .../  tengok reaksi ibu..  Hilang tangisannya itu.  (laugh)

0130 tghari ..    Masjid ..sembahyang zohor/  ingat ingat aku ..mungkin kita jadi Pak Imam kat masjid ini. Why?  Semua orang dah balik kampung/  Kita dah jadi Imam Tua masjid.  Tahniah .

0400 ptg     Sabar/ sabar/ cuba tengok orang Bangla , Vietnam, Nepal di Batu Pahat.  Ok jer bukan?

0730 mlm ....  Maghrib ///  sembahyang lagi.

0900 mlm ..  Masak burger .  Kerat ubi kentang halus halus buat French Fries.  Kerat tomato; bawang besar  kerat nipis nipis/  goreng 2 ketul daging ayam/ hishhh ..  oklah.  Buy ice-cream Magnolia Giant Size.  Ok lah.  Makan kacang goreng 2 kampit sambil menonton HBO ASTRO.  Adush ..patah gigi.  Gila.  Kacang Menglembu sudah expired ini.

0600 pagi esok.   Baca doa bangun tidur/  alham dulilah hi lazi ah ya na ..bad da ma ama tana wailaihin nushur ..../  Tengok mana mati pulak kita kalau tak raya di kampung halaman.  Ok punya.

Untuk pengetahuan .. saya rasa orang Malaysia jer menyanyi lagu sedih bila beraya dan tak putus putus takbir raya alunan sedih.  Tengok lagu orang idia.  Sentiasa rancak.  Kedua dua lelaki dan perempuan mereka cukup aktif berkejar kejaran di lereng bukit sambil nyanyi lagu sesuka suka hati.  After nyanyi ..mereka dah sihat kembali .. Tengok/  mana ada mereka bersedih.

Tempat tempat lain ..tak ada punya lagu lagu gitu/  negara negara arab pun takbir bukan beralunan sedih.  Tengok mereka gagah berjuang dgn amerika syarikat.  Insyalalh berjaya depa semua.
Brazil tak ada lagu sedih raya. That's why they are champion World Cup football /  Jepun tak ada jugak.  Kita jer yg ada.  Rugi kita dok asyik dengar lagu dan takbir raya ..stail alunan sedih ini.

p/s:  alhamdulilah ..Saya pada zaman muda belajar  di United Kingdom ..hari pertama raya saya sudah pergi menghadap lecturer Mathematics; after that during tea/ coffee break   jam 1000 pagi/  ok punya/  tak perlu all these sad sad songs./kita mesti kuat jiwa dan mental baru boleh jadi Umat Nabi yg terbaik punya/  kita patut bersedih dan  menangis bila ..results amalan kita .. tuhan tak terima kerana kita tak ikhlas beramal sejak zaman muda hinggalah ke saat kita mengucapkan 'Selamat Tinggal Dunia'.  Itu jer ... tazkirah saya.  Jangan bersedih bila tak pulang beraya.
Anggap satu dugaan kecil sahaja dari Tuhan Robbal alameen.

Baca Al Quraan itu sekali lagi. Doa banyak banyak .. agar boleh jumpa Ramadhan pada tahun hadapan.  Mintak dgnn tuhan murah rezeki, tahan lasak dari ancaman / godaan  dari iklan iklan cina dan benggali carpets.  He..he..  Walllahu aklam.

Sekian.
Yang penting kita sihat/ otak sihat/  dan senyum sokmo sokmo.

Insyallah kita akan bahagia.  Jangan turut sangat lagu raya yg sedih sedih ni. Nak bawak kita ke mana ni?  Enough is enough.  The time has come to change for a better life. Ayuhssssssssssss.

 Tetapi kepada rakyat yg dpt balik jugak berhari raya ke kampung halaman  ..nak ucapkan 'selamat hari raya aidil fitri'.  Maaf zahir dan bathin.  Pandu molek molek keretamu itu.  Gaung dalam benar  kat depan itu.  Jika mengantuk, berhenti dan tidurlah tepi gaung itu dengan kereta anda memasangkan lampunya.  Maaf zahir dan bathin.

Hari ke 23 Ramadhan dah kita ni

Posted by sazali

Salam

Syukur kita sudah memasuki hari ke 23 bulan Ramadhan.

Hanya ada 6 - 7 hari sahaja lagi .. kita akan kehilangan bulan Ramadhan mulia dan digantikan dengan Syawal bulan beraya sakan selama 1 bulan kalau di negeri inilah.

Jom kita buat muhasabah sedikit.  Kita tahu ..pahala membaca Al Quraan bukan ?

1 huruf dari Al Quraan  = 10 hasanah;

kalau bulan puasa .. dilipat gandakan sebanyak 70 kali (minima).  maknanya 700 hasanah.  Kalau kita baca "Alam .. dalam Surah alam ta ro kai ala .. Cerita Gajah .. ini sudah 3 huruf bersamaan dengan 2100 hasanah.  Berbaloi tuan!"

Soalan 1 :  banyak mana dah kita baca Al Quraan ?  dah khatam Quran kau sayang?  He..he,...

rugi bukan ..kita biarkan bulan ni berlalu dengan kita membaca ... iklan cina jual langsir, plastik alas meja nak jamu kuih tunjuk tunjuk pada 1 Syawal nanti.  Aghhh ..syaitan banyak betul lah ini.

Soalan 2:  Banyak mana dah kita buat ibadat waktu malam?

Sembahyang terawih 8 rakaat dalam masa 15 minit.  sahaja.  Lepas itu kita pulang ke ruumah .. pekena kopi dan makan biskut ..tengok TV/ tengok bolasepak/ tengok Warga Emas beraksi ..  macam amcam ..sambil usap usap perut isteri kita ..anak ke 5.  He..he... rezeki kau banyak ni/  asyik dapat anak jer ..  alhamdulilah.

aghhh ..rugi kita bukan?  malam kita tidur lewat .. sebab program TV menjelang Raya ..makin hari makin sedap.  Kita tidur dan tunggu isteri kejutkan kita makan sahur.  Itu sahaja lah kualiti waktu malam bulan Ramadhan yg mulia ini.

Rugi kita.  malam malam peluang terbuka luas untuk kita bersembahyang tahajud, witir  dan buat doa doa banyak banyak.  Jangan lupa fadhilat sembahyang Tasbeeh.  Hapus dosa kita 80 tahun ke hadapan dan 80 tahun terdahulu dari tahun ini. Lumayan tuan/puan.  Rebutlah.  Prosedur cara cara  sembahyang tasbeeh?  He..he.. google jer/ sure ada punya.

Tak tengok .. semalam dah ada dah sahabat karib kita meninggalkan kita buat selama lama nya.

Soalan 3:  (malas tanyalah).

Sekian. Ayuh ..kita buat sesuatu mahu tak?  ..agar kita tidak tergolong dalam kalangan org org yg rugi siang dan malam pada masa Ramadhan datang ini.

Ingat .. mungkin Ramadhan ini adalah bulan Ramadhan terakhir untuk kita juga.  Banyak accidents musim raya nor!

Wallahu aklam.

p/s:  Saya ingatkan diri saya dahulu ini.. kalau tuan/puan hamba terbaca tulisan ini ..maaf banyak banyaklah .. kerana tak sengaja sebenarnya.   Al Fatihah.

Selamat Hari Raya .  Maaf Zahir dan Bathin.

Dr S.

Good Bye my friend

Posted by sazali

Salam

Yesterday I got the bad news .. Mr Atan (FPTV, UTHM) has passed away in Kuala Lumpur. Al Fatihah.

I felt so sad because he was always with Prof Dr Sulaiman Yamin and me duriing 1000 am roti canai session in Sri Gading.  He always take 2 pieces of  roti canai.

The last thing he spoke to me was .. I wanted to join you .. lah .. I must retire next year at 58 instead of 60.  It has been taxing all this way, you know?   .. I cannot compete with the young staff any more.  My body needs more time to recuperate after every tasks executed especially if I went  outstation.  Think ..I must  follow you lah young Dr.  Why should we work so hard, right?  Enough is enough ..  we are getting no younger now.   We just eat what we have ..  from the money in our respective pockets.

Those words still linger in my mind as I am typing this article to be shared by the rest of the community.  If I were to compare his health with mine, I think he was on the upper hand all the way. (laugh).

--
Well it was just few weeks ago before Ramadhan smiles at us muslims world wide.  Now it is just a sweet and sour memory.  The sourness is . most the time I got a sour liquid(kuah curry)  to eat with my roti canais.  May God bless you my Friend.  I recalled this sayings by our beloved prophet Muhammad s.a . w.   If the son of Adam were to pass away he left every thing except 3 things

(i)   amal jariah ..  donations for the masjid, jalan raya, balai raya, suraus, old books kept and used in the library till the books went into dust
(ii)  knowledge he had imparted to the others where they will use the knowledge for their daily lives
(iii)  pious children who will pray for his safety in the graves and the hereafter.  Ameen. How true it was?

All souls will die including me soooner or later.  Let this remind me .. all the time. Al Fatihah.

Wallahu aklam bis sawabbb.

p/s:  it is hard to forget you .. Mr  Atan because we went for the interview in KUITTHO on the same day in 1999. You went to the interviewing room first before me.  I saw your smile ..after the session ..signalling that we are going to be a part of KUITTHO/ UTHM history.   Both of us were MOE Polytechnic's lecturers.

Banyakkan minum air

Posted by sazali

Salam

Today demam.  Tekak sakit.  Nak telan makanan pun susah.

Pergi check dengan doktor.

Senang jer ..dia kata banyakkan meminum air masak.  Air suam.  kalau boleh perah sedikit asam limau nipis dan tambah madu setitik dua.  Insyllah..sihat Dr nanti.

Tetapi saya tengok dia pun demam jugak.  He..he..

Boleh nasihatkan dia seperti ini..

(i)  kena rehat banyak banyak ni
(ii)  minum air masak biar banyak sedikit.  Maklumlah bulan puasa.  Tambah setitik dua madu ke dalam cawan ..dan perah asam limau nipis sesedap rasa.

Insyalah sihat Dr.

He..he..

----------------------

Rumusannya ..kita kena jaga diri banyak-banyak.  Cuaca sangatlah panas.

Tetapi nak rehat ..kerja mini PSM budak budak ni ..bila nak settle ..

ni.

Sekian. Wasallam.

Banyakkan minum air

Posted by sazali

Salam

Today demam.  Tekak sakit.  Nak telan makanan pun susah.

Pergi check dengan doktor.

Senang jer ..dia kata banyakkan meminum air masak.  Air suam.  kalau boleh perah sedikit asam limau nipis dan tambah madu setitik dua.  Insyllah..sihat Dr nanti.

Tetapi saya tengok dia pun demam jugak.  He..he..

Boleh nasihatkan dia seperti ini..

(i)  kena rehat banyak banyak ni
(ii)  minum air masak biar banyak sedikit.  Maklumlah bulan puasa.  Tambah setitik dua madu ke dalam cawan ..dan perah asam limau nipis sesedap rasa.

Insyalah sihat Dr.

He..he..

----------------------

Rumusannya ..kita kena jaga diri banyak-banyak.  Cuaca sangatlah panas.

Tetapi nak rehat ..kerja mini PSM budak budak ni ..bila nak settle ..

ni.

Sekian. Wasallam.

Menunggu pelajar mini PSM Julai August 2013

Posted by sazali

Salam

Hari ini kerja saya ialah melihat kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar pelajar yg akan melangkah ke tahun 3 Sept 2013 ini.  Sepanjang pagi ..saya menanti mereka ini.  Bertuah punya pelajar ..

Tugasan mereka selama 1 bulan lebih ini ialah membina sistem I.S. secara berkumpulan.

Selama beberapa hari ini , pelajar tidak dapat :

1)  menulis proposal dan report dgn baik
2)  rujukan mereka tidak rapi .. jika mereka merujuk kpd Buku Panduan Tesis/ tesis dalam Bilik Tesis Fakulti  ..barulah mereka tahu ..apa yg mereka buat ini .. banyak yang cincai sahaja.

-----------

Bila buat kerja berkumpulan dalam bulan puasa yg berkat ini ..

nampak sangat mereka tak membaca secara rapi cara cara penulisan senior yg lepas lepas ..sebagai panduan dan contoh terbaik;

saya rasa mereka tidak memberi fokus kpd ..penulisan teknikal

Banyak masa mereka gunakan untuk membangunkan sistem.  Bila pembangun sistem buat kerjanya .. saya dok fikir jugak ..orang orang lain ..buat apa hah?

Ada tak mereka terjumpa istilah 'sleeping partners' dlm kerja kerja kumpulan?

----------------------

Saya dah berada di sini selama 10 tahun lebih.  Saya perhatikan tak banyak kumpulan yg berjaya menghasilkan satu projek yg tinggi mutunya dalam erti kata -  sistem berehhh (settle)  dan report pun berehhh jugak.

Yang saya lihat ialah report mereka 50% siap dan projek I.T mereka 70% siap.

Kenapa begitu lagunya?  Dah buat projek beramai-ramai ..sepatutnya .. hasil kerja sangat tinggi mutunya.

Lagi pun bilangan hari menuju bulan SEPT 2013 sudah tak berapa banyak lagi dah.  Pada masa itu, mereka kena buat projek secara solo.  PSM1.  Final Year Project.  Settle FYP ..insyalalh cerah masa depan bergraduat + MUET Band 3.  He..he..

Lagilah payah bukan?

Sekian.  Masa terus berlalu. Masa tak menunggu sesiapa.

Selamat Menyambut Hari Raya.  Maaf Zahir dan Bathin.  Insyalalh saya nak ambik cuti yg lama sedikit dari tahun tahun sudah.  Ada 2 buah negeri nak 'cover'.  Kelantan dan Johor.  (laugh)

Raya sakan , orang kata?

Wasallam.

Wallahu aklam bis sawabbb.

Bila bernazar

Posted by sazali

Salam

Terbaca tadi satu berita orang melayu Kuala Besut ..bernazar nak berjalan kaki 680km ke Putrajaya ..jika BN menang pilihan raya di Kuala Besut tempoh hari.

Now dah BN menang ..dia kena menunaikan nazarnya itu.  Ada satu persoalan ..apa kata dia mati terkena petir di Kemamam , tepi pantai.  Apa yg dia akan ceritakan kpd Allah ..mengapa dia mati ini?

2)  Bagus dia ..tukar nazar ..jalan kaki (pedal) dengan jamaah tabligh 40 hari.  Relax sedikit dia ..berjalan kaki itu.  Kalau penat ..ada motorsikal akan ambik dia dan kalau dia mati terkena petir , kilat sambung menyambung ..sekurang-kurangnya ..dia boleh explain  ...kepada Allah .. terkena petir Ya ROBB ..  tapi aku keluar dakwah dan tabligh sekali gus.  Ok tak pengorbanan saya ini?

Bukankah ada point dapat rahmat dan keredhaan Allah semesta Alam.

kalau setakat nak berjuang dgn parti melayu jer ..  please do istighfar banyak banyak ...  dan betulkan niat kita.  Belum terlambat lagi ini.  Insyllah Allah terima pengorbanan itu.

He..he.. just a point to reconsider Pak Chik BN.

Walalhu aklam bis sawabbbb..

p/s:  tak bernazar pun tak apa ..hari itu.. BN turunkan semua hulubalang mereka ke Kuala Besut.  Semua  mesin BN ada kat sana.  Mana ada chance org PAS serba susah ... orang nelayan zaman tengkujuh lagi.  Bukankah ini dah susah  pak chik?  Mat salleh kato  ..  fight with their hands down all the way.  Cowboy?

Bila berjanji kita tepati

Posted by sazali

Salam

Kita mempunyai ramai kawan.  Ada yang kita suka mendampinginya dan ada yg kurang kita mendampinginya.

Bila kita menjemput orang ke rumah, selalunya kita menjemput kenalan yg memahami hati kita ..  kalau tidak cukuplah kita setakat berbual di tepi koridor opis, kantor, sekolah, politeknik atau universiti sahaja.  Berbual tepi longkang dipenuhi nyamuk pun ok jugak.

Tahap kerapatan kita berkawan menyebabkan kita suka menjemput si anu dan si anu ke rumah untuk menjamu selera dan macam macam perbincangan lagi seterusnya.  Satu bulu?  Tengok jer ..persahabatan org MLM/ insurans ..selagi kau aktif MLM/insurans ..wah cukup intim mereka tetapi ..bila kita QUIT bisnes MLM/ insurans .. kita tak akan dipedulikan lagi.  Why?  ini ilmu orang kafir.  Tindas menindas untuk kepentingan diri sendiri.

Melalui bacaan kitab Ilya Ulumidin .. saya turunkan .. sifat sifat kawan yg boleh kita rapati dalam zaman ICT  ialah:

(i)  cerdik .  Bila berbual ada 'ilmu' kita dapat berkongsi.  Problem solver.
(ii) pandai berbahasa @ sopan terutama dgn org org lebih tua(senior pangkat) darinya
(iii)  ada potensi kita boleh buat macam macam projek dgnnya.  Business potential.
(iv)  saling faham memahami perasaan kita sebagai mukmin / mukminat terutama bulan puasa yg penuh berkat ini.  Tengok sahaja dia ..kita teringat ALLAH yang Maha Agung.  Kena sembahyang terawih 20 rakaat malam ini sebagai contoh
(v)  suka berkongsi idea untuk terus berjaya dalam kareer masing-masing
(vi)  tak lokek mengucapkan tahniah bila kita berjaya dapat anak/ cucu/ apa apa pencapaian dan mengucapkan takziah bila kita jatuh ke bawah dlm sesi perjuangan seperti belajar itu dan ini/ bisnes itu dan ini
(vii)  pandai simpan rahsia / kelemahan kita sampai mati
(viii) janji ditepati dengan rela hati  (  Ghazali, 1985)
(ix)  jaga sembahyang 5 waktu sehari semalam  (tahu halal dan haram)  [  Zakaria, 1965]
(x)  menerima kita seada-adanya.  kalau kita cacat percakapan ..dia ok jer.  sabar dia mendengar sampai habis 1 ayat kita seperti ..jom kita minum teh tarik jom jom.  Gagap dia ni.

Sifat sifat kawan yg patut kita berwas pada

(i)  suka makan/ mengkhianati  kita  (tikam belakang)
(ii) suka chop kita sampai mati secara lisan atau tindakannya
(iii)  menipu  & payah nak mengaku kesilapan dia
(iv)  suka ambil peluang menggunakan tenaga kita untuk faedah dia sahaja
(v)  suka membocorkan kelemahan kita seperti mengadu kpd BOSS kenapa kita patut dilucutkan dari jawatan itu dan ini.  Mulut laser.
(vi) suka cakap besar pasal kehebatan dirinya, anak anaknya, dan kaum kerabatnya.  Pendek kata ..dia adalah sepandai PRESIDEN OF USA . Mr OBAMA.
(vii)  suka berhutang.  Hishh baik jgn simpan org macam ini.  Suka berhutang ..payah nak bayar tuan/puan.  kalau mintak balik duit kita ..silap silap bergaduh besar kita dengannya disaksikan oleh semua teman  dan pak guard sekolah.
(viii)  suka mengumpat.  Today mengumpat bini orang , esok dia akan mengumpat laki kita pulak .  may be.  Big chance s/he will do that...
(ix)  tak jaga sembahyang 5 waktu di waktu lapang/ ataupun tidak  ( Zakaria, 1965).
(x)  selalu merendah-rendahkan kita semasa berdua atau lebih dari kita berdua.  Memalukan kita.

Saya menulis ini sekadar menasihati diri saya ..  dan anak anakku sekalian ..agar kita berwaspada sepanjang masa.  Ada orang sanggup bersusahpayah untuk kita dan ada orang sanggup hancurkan kita setiap ketika.  Adushhh!

Sekian.  Yang baik dari Allah ..dan yang tak baik ..semua adalah kelemahan saya yg masih belajar ilmu ilmu agama sejak dahulu sampailah  ke hari dinamakan hari 'mati'.  Al Fatihah.

Rujukan: 1) Ilya Ulumidin (karya Imam Ghazali rah.alaihih )  1985.
2)  Maulana Zakaria,  Shaharanpur, India. The  Teachings of Islam.  1965.

Penulisan itu bahaya bukan?

Posted by sazali

Salam

Tadi saya sempat selak ..akhbar yahoo ..sekejap.  gatal mata kalau tak selak news dari luar negara.

ada berita ..pasal mantan PM Malaysia tersayang..

dia kata ..  DAP ada krisis .. nak tawan seluruh negara atau mahu hidup berkongsi dengan semua bangsa di negara ini macam what we did many years ago?

2)  Saya rasa ..  sudah lantang benar amaran Tun Mahatihir pasal isu .. DAP berjaya  menawan kerusi Gelang Patah dan Kota Melaka..

sebagai rakyat biasa ,,terkadang kadang pikir jugak ..

tak ada ke org melayu  yg hebat hebat lain selain dari DS Najib Tun Razak .. beri nasihat (slow talk) .. dah lah tu Tun.  Hang dah tua .. org kita kata ..if dah tua tua sangat ..kita masuk zon  nyanyuk ..maknanya  org tua macam hang mungkin mungkin gak tak ingat apa yg dikatakan sebentar tadi.

Saya rasa ..kalau kita semua melayu layan ..amaran demi amaran TM ..  mungkin kita akan merasai susah hidup di bumi Allah bergelar Malaysia ini.

Memang banyak kebenaran yg diperkatakan oleh Tun ..tetapi biar kita orang yg  lebih muda lah ..memikirkannya.

3)  Zaman Hang Tuah dah over..
Zaman Mohktar Dahari Soh Chin Aun mengalahkan team bolasepak Korea Selatan dan Jepun dah pun sudah over jugak..

begitu juga zaman ..TM ..  zaman itu over dan cukup cemerlang ...punya.

Now ..is our time ..  we can chart our own destiny together .. what?  insyallah
why .. we got PROTON,  TNB, PETRONAS, MAS, AirAsia, PDRM, submarines  and > than 10,000 Ph.D holders in this country ..of course that forces can take care of ourselves handsomely.

Is there anybody out there who can help us doing the great job of saying ..  Please S- U.  my dear / for goodness sake.  Istighfar banyak banyak please.
Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahu huakbar.

Thank you ..

Wasallam.

Your humble citizen
Dr S.

Berita hari ini

Posted by sazali

Salam

Dalam Star Malaysia 27 JULAI 2013 ..dilaporkan .. di Georgetown, pihak kerajaan telah menangkap ramai pengemis pengemis dari luar negeri sejauh Perak, Selangor dan Johor.  Ada yang cacat anggotanya.  Hasil tangkapan .. mereka menemui pengemis memperolehi duit derma RM100 lebih sehari dalam bulan ramai melayu yg baik hati budi dan hati perut.

Aghhh..  yang hairannya .. semasa sumbangan itu dan ini pada bulan Ramadhan yg berkah ini ..dilakukan secara online .. ke organisasi organisasi yg berkepentingan menperjuangkan nasib orang miskin ..makin ramai pengemis berkeliaran di tempat tempat strategik .. untuk menagih simpati kewangan , makanan dan lain lain lagi. Kalau mereka dibela ..sudah tentu ..  imej agama islam tidak tercemar begini rupa.  Imej islam ialah .. salah satunya ialah ramai orang miskin kedana dan kebanyakan mereka yg cacat anggota (buta, kudung tangan dan kaki, berpenyakit kulit melampau lampau .. ) akan menjelma dalam bulan puasa sahaja.  Selepas bulan puasa ..  mereka terus menghilangkan diri.  Adakah ini drama tahunan ditaja oleh sindeket yahudi agar imej agama islam terus tercemar dari dulu sampailah ke satu hari nanti .. tak berkesudahan?

Ingin jugak saya bertanya ..  buat apa sumbangan itu semua?  Ke mana perginya?

2)  Kalau dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM ..rakyat boleh melihat prestasi pencapaian calon calon yg menduduki peperiksaan tersebut dan dari situ kita boleh buat perbandingan dan penilaian sama ada terdapat kemajuan dgn prestasi anak anak kita melayu islam jika dibandingkan dengan anak anak cina dan india di negara ini.

Kenapa prestasi penerimaan sumbangan wang oleh sesuatu organisasi berkenaan di seluruh negara yg menguruskan kutipan derma ini tidak dilaporkan secara besar-besaran ..  kepada rakyat jelata melalui akhbar dan media sosial yg lain?  Adakah semua itu disulitkan dari pengetahuan rakyat jelata .. ?  Apakah misterinya?

Kita sebagai rakyat mukmin, mukminah ingin sangat mengetahui .. ke mana sumbangan kami digunakan seterusnya .. terutama kita dah 12 hari lagi menuju ke Hari Raya Aidil Fitri.

Adakah wang kutipan itu ..diterima oleh orang orang miskin, fakir miskin ..  mengikut masa yg dirancangkan agar  dengan duit itu mereka dapat merayakan hari kemenangan kita melawan nafsu makan minum dan tamak haloba sepanjang 1 bulan ramadhan?

Saya rasa kita perlu jawapan dari pihak berkenaan.  Selagi ..kita buta/tuli .. dari semua benda di atas , selagi itulah ... orang orang  fakir miskin berhijrah dari kampung dan desa menuju ke kawasan-kawasan taman perumahan org org islam dan bukan islam seluruh negara untuk mencari wang ..  untuk pelbagaian maksud.  Tidak malukah kita fenomena sebegini rupa?

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.

  

Sesekali apa salahnya kita membantu orang ..

Posted by sazali

Salam

 orang-orang susah seperti ibu tunggal, ayah tunggal, warga Myangmar, warga Bangladesh , warga Nepal ..

kerana mereka pun manusia juga.  Mereka ada perut .. memerlukan makanan dan minuman setiap hari. Mereka ada anak anak ..yg perlu dilindungi sebagai seorang manusia.  Ada satu kesah .. zaman dahulu kala .. seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga ..kerana membantu seekor anjing yg tersangat dahaga dalam satu keadaan padang pasir yang panas terik.  Modal pelacur itu ialah sekadar kasutnya yg  digunakan untuk mengambil sedikit air dari sebuah telaga yg kering kontang .. lantas dihulurkan kepada anjing yg serba dahaga itu.  Hadiah ialah syurga Allah.  Tengok betapa besarnya ..  pengampunan Allah Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi.  Jom bacalah seterusnya..

2)  Hari itu , saya menyaksikan satu program TV .. di sebuah negara Timur Tengah.  Kasihan tengok rakyat islam di sana .. berpuasa.  Ada yg berkata .. bukak puasa ramadhan sama sahaja .. dengan musim tidak ramadhan ..  tak ada makanan untuk mereka anak beranak walaupun sedikit.  Ruangan rumah mereka kosong.  Tidak ada tempat yg boleh dipanggil dapur.

Semakin lama kita berkelana di Timur Tengah . makin banyak .. yg dapat kita saksikan .. orang orang miskin di sana ..melarat ..  kais pagi makan pagi/ kais malam makan malam.  Ada anak anak mereka berkeadaan besar saiz kepala  dari badan .. Tanda ..tak cukup makan.  Lalat masuk dan keluar ikut hidung anak anak yg terlantar sakit menanti maut.   Hati saya tersentuh jugak .. melihat anak anak muda yg 'kudung' kaki dan tangan disebabkan kelahiran atau tercedera dek peperangan ..kesan bommm  .. dan anak anak ini  berusaha sedaya upaya untuk bangun untuk mendapatkan makanan.  Aghhh... kasihanlah mereka ini.

Yang hairannya .. bumi Saudi Arabia ..di mana terletaknya Mekah dan Madinah ..  orang arab sana ..sibuk meruntuhkan bangunan masjid dan hotel hotel yg cantik cantik dan cuba membesarkan .. kawasan masjid utama Mekah Mukarammah /  kasi makin cantik dan lawa lagi tahun demi tahun..  Saya rasa banyak duit mereka yg mengalir habis habisan ;  membazir/  mencurah curah duit ke dalam akaun jurutera jurutera ..  dari negara luar terutamanya kaum kafir.  Kadang kadang saya pun tak faham .. semakin banyak depa tahu bahasa arab/ paham hadith dan Al Quraaan .. semakin berlawanan pulak .. cara hidup pak pak dan mak arab ini.  Mereka boros melampau melampau ..  sampaikan ..ada stadium bola sepak pun di pasangnya ..air condition macam di Qatar.  Maklumlah World Cup 2024 kian menjelma.

Pak arab yg celik ..  sibuk memboroskan duit di tempat sendiri dan pak arab 'buta' dan semi buta datang ke negara ini .. dan mengakui negara ini adalah negara Islam contoh..pulak.  Yang aku tahu ..  negara aku ada org cina pakai skirt , ada jugak mak chik melayu tua pakai seluar jeans ... ketat ketat mengalahkan anak anak dara mereka sendiri..Terbalik .. betul.  Cukup misteri otak org org padang pasir ini bila mendarat di Malaysia.

3)  Musim ramadhan .. sepatutnya . negara Mekah Madinah .. ambik kita orang melayu yg serba susah .. dengan kapal terbang disewa khas .. biar berpusu pusu kita buat ibadat .. sampai ke malam Lai latul Qadar ...

ini tidak ..  Tabung Haji charge RM15,000 seorang jika nak buat haji.  Kalau pergi berdua  RM30,000.  Tengok?  saya rasa ..ramai org islam .. dipermain-mainkan oleh ..  seseorang .  ..

makin gila kita ke Saudi Arabia .mungkin ..mungkin ..makin rancak pak arab membesarkan .. kawasan masjid Mekah Al Mukarammah itu .  Dengan wang wang kita yg mencurah curah masuk ke dalam akaun negara arab ini .. makin rancak mereka membesarkan jalan raya , masjid dan infrastruktur ..untuk apa ..deng?  Cuba kita tak payah .. pergi haji atau umrah ..  saya rasa . boleh jugak pak arab itu memikir ..mengapa tak ada orang datang tahun tahun ini?  Kasi mereka sedar sedikit .. saya rasa .. ramai orang islam sedunia takut ..nak katakan ..bahawa tukang urus dan tadbir bumi Mekah itu ..  'tak cerdik mu arab'.  Sorry lah kata begitu?   Kalaulah duit untuk projek membesarkan kawasan masjid utama itu disalurkan ke bumi Palestin, Afghanistan, Filpina Selatan, Thailand Selatan .. sudah tentu .. kita tak akan berjumpa pengemis pemngemis yang berkeliaran di kawasan kawasan kota di sini.

4)  Allah memberi kita ..terlampau banyak nikmat.  Minyak petrol dan batu batu permata ..sayangnya ..kita kurang menggunakan  khazanah Allah berikan ini untuk saling tolong menolong nasib saudara islam kita seluruh dunia.  Kalau ada menteri islam dari Benua Asia .. bermesyuarat dgn pak Arab pak arab di sana ..mereka duduk dalam hotel 5 bintang berkeadaan terlampau mewah ..  mana mereka faham penderitaan yg di alami oleh orang orang miskin kedana, serba kesusahan  di Selatan Filipina, Acheh, Bogor , Myanmar , .. dan banyak lagi .. dunia islam ini.  Putera putera islam yg serba kaya ..membincangkan masalah kehidupan org org islam yg menderita .. saban hari dan selama lamanya.  Where got road like this?  Macam cerita .... org org buta cari butang suiz lampu sahaja.  Tak akan berjumpa .. jalan penyelesaiannya kerana mereka tidak ada pernah merasai  .. apa itu kemiskinan. Pada satu ketika .. kita dengar ..kitalah umat terbaik dalam khutbah khutbah jumaat seluruh dunia ..tetapi .. dalam keadaan lain kita saksikan melalui peti TV ...anak anak islam yg cacat, kebuluran , sakit, hampir hampir nak mati .. ada lagi org org kita sanggup bermesyuaarat ala moden ..bincang .. apa yer? Adakah mereka masih mahu membesarkan kawasan  Kaabah ..  aduhai ... tak faham saya .. apa ke benda ini semua?  Apakah ending  story ..begini ? Inikah dugaan yg Allah maksudkan dengan 'fitnah kemewahan' yg mana Nabi Muhammad s.a.w. tidak mahu mendoakan umatnya berkeadaan kaya raya sejak dahulu lagi di padang pasir sana.  Nabi Muhammad dah nampak .. kerana dengan kekayaan  .. manusia cepat lupa Allah dan hak hak agama dan saudara seagama.

Astagh firullah hal azeeem.  Sekian.  Renungkanlah..

Buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali.

Wallhu aklam bis sawabbb.    Ramadhan 17hb.


  

Buat baik berpada-pada

Posted by sazali

Salam

Dekat dekat nak berhari raya ini .. ramai orang meminta bantuan kewangan / derma masjid, surau dan pondok tahfiz.  Bukan tahun ini sahaja .. dah lama dah stail dan proses meminta derma begini.

Ada ramai orang islam .. yg telah menyumbangkan wang, tenaga ke arah itu - sesuatu yg dituntut oleh agama islam tetapi .. saya perhatikan masih ada lagi kes berikut:

(a)  tandas surau / masjid tidak terjaga dgn baik ..  pendek kata kotor, tidak ada air dan ..  saluran paip air .. tersekat-sekat .. cukup menjjijikkan hati ..orang yg datang beribadat sebulan dalam setahun.  Wang kutipan sepatutnya digunakan untuk maksud menguruskan masjid termasuk tandas dan keadaan sekitar masjid.

(b)  orang orang miskin .. orang tempatan/ pendatang asing / glokal/ global ramai yang memasuki kawasan taman perumahan org org islam  .. untuk maksud meminta derma ..untuk berhari raya.  kasihan juga ..jika kita melihat mereka dari jauh. Ada yang membawa 'babies' masih berkeadaan merah merah .. baru lahir kot .. datang ke pintu rumah org orang islam dan rumah org org bukan islam mengemis .. gemis.

Kadang-kadang syaitan, iblis meniup/ berbisik-bisik ..dalam telinga saya ..  beginikah  .. umat islam pada hari ini?

Maaf saya menggunakan istilah / panggilan syaitan dan iblis ini .. kerana mengikut hadith ..pertama .. bila dtg musim ramadhan ..  syaitan/ iblis dirantai .. habis habisan .. tak ada skop mereka nak memperdayakan .. umat nabi muhammad s.a.w ini ..tetapi  ..  geng syaitan/ iblis .. sentiasa membisiklah ..

wang derma ini ..  banyak yang disalahuruskan atau disalahtadbir dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir.  Ke manakah perginya wang ..yg sebanyak ini ..sejak negara mencapai status kemerdekaan lagi?

2)  Saya rasa .. saya nak beri sumbangan secara .. ikhlas jer .. malas lah nak isi borang ..  itu dan ini kerana .. cara begini .. rasa rasa lambat sampailahh  ke tangan si fakir miskin yg berada ..  disekeliling kita .. saban waktu dekat dekat dgn hari raya aidil fitri.  Maaf zahir dan bathin.

3)  Kalau disumbangkan terus ke dalam akaun surau, masjid , .. dan macam amacm institusi .. orang miskin fakir miskin masih aktif mengetuk pintu rumah kita ..  memberi salam tanpa putus-putus contoh di Taman Desa Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Tak nampak lagi .. orang masjid dan alim ulama besar besar yang memakai serban  ke .. beratur .. ramai-ramai kat jalan jalan raya berhampiran dengan masjid mereka.. menyumbangkan terus wang derma kita mukmin dan mukminat kepada kumpulan org orang miskin melarat ini.  Pendek kata .. baiklah kita simpan RM100, RM200   .. dalam kertas RM1  .. khaskan 100%  untuk disumbangkan terus kpd mereka yg susah ini.  Sebenarnya dalam dunia .. ini orang / masyarakat melayu lah orang paling baik kerana .. sifat pemurah dan baik hati. Ada kadang kadang kita senang ditipu hidup-hidup. (bukti:  mintak google hati melayu).  Makan minum kita pun ..dipermain-mainkan oleh org yg tidak bertanggungjawab dgn konsep halal dan haram.

Dengan cara ..menyumbangkan terus kepada fakir miskin di hadapan rumah kita .. saya rasalah ..Hatipun senang ..  kerana mak ayah saya menasihatkan saya untuk berbuat baik berpada pada dan buat jahat jgn sekali.

Sekian.  Renunglah bersama-sama adik kakok sekalian.  Wang / derma kita banyak yg tak sampai ke destinasi terakhir.  Bak por jadi gitu ?

Wallahu aklam bis sawab............

Allah Maha Mengetahui .  isi hati kita dan apa yg ada dlm poket baju melayu kita masing-masing. Settle?



Ikut kata hati sangat mu ini

Posted by sazali

Salam

Semua kita mempunyai sebarisan orang orang tua yg telah kita gunakan sebagai penasihat sepanjang hidup kita dari lahir hinggalah kita mati.  Insyallah mati itu benar saudara/saudari.

Oleh sebab kita mempunyai saudara saudara termasuk datuk dan nenek .. tindakan kita sedikit sebanyak terpengaruh dgn budaya, pemikiran dan hati budi mereka.  Nak telan pahit nak buang sayang, bukan?

Kita orang melayu islam sangat sangat memerlukan bimbingan mereka terutama ibu ayah kita sepanjang masa apatah lagi kita ini perempuan.  Kita akan menelefon ibu untuk semua urusan.  Contoh:

(i)  nak tukar langsir raya pun, tanya mak.
(ii)  bergaduh dengan suami , report kat mak.
(iii) baru baru belajar muntah ..  story kat mak.

Pendek kata ..  payah lah kita nak mengambil cara cara , idea idea baru dari pihak luar seperti .. kalau dah khawin buat apa berkepit lagi dengan mak kau.  He..he..

Di sini diturunkan mengapa kita perlu mengambil budaya lain sebagai pengukuh (penimbang plus minus , give and take) kpd tamadun melayu zaman Tok Janggut, Dato' Bahamam, Hang Lekir dan Hang Kasturi.

(i) dunia dah banyak berubah.  Punca rezeki kita .. tak terletak di kampung halaman kita dah.  Jika suami orang Jawa Riau ..  kita kena ikut . suamilah berhijrah .. ke sana sini .. maklumlah suami se orang polis marine Indonesia.  Point 1:  tak leh duduk dekat dengan ibu bapa kita dahlah.

(ii)   musim raya kita kena pandai ..  berpakat pakat.  10 tahun dah kita raya di kota bharu.  sekarang 10 tahun ke hadapan ..jom kita balik ke Riau pulaklah.  Adil?  he..he..he.  Point 2:  kita perlu berhijrah.  Hijrah .. jauh jauh ..baru ada perspektif baru.  Apa itu?  Dunia Riau, Indonesia pun best per.

(iii)  makan minum tak leh manis manis pedas dah.  Kena tukar sedikit sedikit kerana di Riau ..  kau akan berjumpa dengan kerabat ..  suami kau dari Riau pulak.  Pandanglah mereka dengan perasaan yg baik dan muhibah.  Selagi islam pegangan hidup mereka , OK bukan?

-------

Kita perlu bertolak ansur dalam kehidupan ini. Baru ada kemanisan berumah tangga.  Kalau tak mau manis ... kau nak 'selera/ perasa' apa hah?

---------------

Banyak pergaduhan berlaku bila masuk Ramadhan.  Isu ialah .. nak raya kat mana?

Boringlah .asyik raya kat Kota Bharu jah ..  asyik pusing kat rumah saudara mara dia jer.  Lagipun jalanraya Kota BHaru Pasir Mas .. Kota Bharu - Pasir Puteh . semua jam/ machet/ tak bergerak lancar .. tersekat sekat ..bila musim raya datang .. Shawal 1 - shawal 5 .. tak yah raya di Kota Bharulah. Boring!

Kadang kadang bergaduh nak raya ..  tak ingat .. banyak petua rumah tangga.

Sebagai isteri tak bekerja .. kau tak ada bargaining power .. nak pasang hujah apa? Dah lah mak kau ..  si suami kau dok bawak ke sana sini sejak anak 1 sampai anak dah 7 dah.  Boring.

Tak tahu status kau?  ha..ha..  itu lah kau ni jenab jenab.

Ikut kata sangat mu ni.. kan ke susah.

Duni akat luar itu .. lagi best dari jalan jalan raya KOta BHaru Pasir Puteh itu.

Jom jenab ..kita raya di Riau pulak.  Bawaklah mak kau ..jika dia hendak.

Sekian.  Untuk perkongsian sahaja.

Wallahu hu aklam bis sawabbbb.  Maaf jika jenab terasa.  He..he..

Kita kena bertolak ansur dalam banyak hal.  Itulahorang suruh belajar pandai pandai supaya boleh deal dengan suami secara profesional dan bijaksana.  Kes perceraian di Kelantan mencicah 20,000 kes setahun sejak tahun 2000 lagi.  Bak poh hah?



Kitab itu kata apa ..

Posted by sazali

Salam

Sebelum berbuka puasa , kami anak beranak akan berkumpul di satu  meja makan utama.  Menunggu makanan dan berbukak puasa dengan anak-anak.

Selalunya 20 minit kami menunggu untuk berbuka puasa.  Sebagai ayah .. saya membaca kitab fadhail amal karya Maulana Zakaria (Shaharanpur, India).  Dalam kitab itu .. tertulis ..hadith hadith Nabi Muhammad s,a.w.

semalam .. hadith berkenaan dengan ..  intisarinya ialah ..

' sudah datang .. satu bulan yg penuh berkat ini ..di mana ...

amalan sunat malaikat akan angkat ke hadrat Allah sebagai amalan fardhu ...
dan amalan fardhu .. malaikat akan angkat ke langit ke hadrat Allah sebagai 70 kali amalan fardhu ..

dan pada bulan ini lah ada terdapat satu malam dipanggil malam lai latul qadhar ...

malam ini ..dipanggil night of powers ..  amalan seperti 1000 bulan ..atau 83 tahun ..panjang tempoh ibadahnya...

"

beruntung sangatlah kita bersungguh-sungguh kita amalkan ..  amalan amalan yg mulia ..seperti membaca Al Quraan , berzikir dan ..  nasihat menasihati sesama insan.

Sebagai ayah ..inilah masa terbaik ..kita membina fikir anak anak ..

sebagai ayah kita bertanggung jawab sepenuhnya ..

amalan amalan anak anak kita bermur 15 - 25 tahun ..selagi dia tak kahwinlah.

Kalau dah khawin..  semua amalan amalan dia ..si suami dia lah yang akan pikul sepanjang masa.

nasihat:

(i)  kita kena ingat Allah Taala sepanjang masa
(ii) kita akan disoal sejurus selepas kita mati ..siapa ROBB kamu?  Allah
(iii)  kita kena hormat ibu ayah kita ..  bila ibu ayah dah mencapai umur tua ..  jaga lah mereka dgn baik.  Syurga dijamin untuk anak anak yg mmengambil berat berkenaan dengan ibu ayah mereka.  Rugi besarlah kamu ..  jika mak ayah kamu ada disamping mu ...  kau endah tak endah sahaja ..  inilah peluang kau ..berbakti dgn ..  mak ayah engkau .. tak rugi anak anak ku.  Ganjarannya SYURGA.  lagipun .. tuhan buat hidup ini sebagai satu roda kereta kuda.  kau layan mak ayah kau dgn baik ..baik /esok anak anak kau pulak akan layan kau bagaikan raja dan permaisuri jugak/  balasannya SYURGA wahai anak anakku.

(iv)  cakap dgn elok dgn org org tua mu.  kalau dia mintak burger ..belilah. Tak mahal pun RM3/  sekeping settle/  kalau mereka ajak kau pergi umrah ..  dan hajj ..  pergilah ..bukannya mahal sangat sehingga RM500,000 pun.

(v)  ke mana mana kita pergi .. kalau gi shopping di Los Angeles, Paris dan London ..  belilah .. ibuayah mu ..  sandel kasut SCHOLL atau CLARK.  Ayah suka warna BROWN tau

Gitulah ..  kita berperanan sebagai ayah/ mak masa nak berukak puasa.

Impaknya sangat besar ..  buat sellalu selalu .. insyallah anak anak kalian ..tak akan terjerumus dalam kancah maksiat, dadah atau ..  gila dengan bola sepak Red Warrriors pun.  Lagipun kita jimat duit .. tak yah hantar anak anak ikut program Summer Camps apa apa .. kerana tarbiah akhlak dan agama kita dah mula dalam rumah kita lagi.

kat mana tu?  kat meja makan utama ..dalam rumah kita sendiri.

Sekian.  Saya dah buat gini .. tuan/puan bila lagi ?  please.

Yg baik dari Allah ..yg tak baik ..baik sangat tu ..SORRY .. sangat sangat lah .. Maklumlah perut saya lapar niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Walaalhu aklam bis sawabbb

Mencari-cari idea research

Posted by sazali

Salam

If we are doing PhD .. all your friends are saying to someone , he had left  doing a research.  If your research produces series of journals ..and a thesis ..viva .. then you are awarded the title Ph.D

But ..  it is not as easy as that.

2)  The dilemma is .. what to research?  To help you, you must produce a proposal.  This is not so easy.

There are guidelines to write a proposal.  Introduction --- Problem Statement  -- Motivation --- Objectives --   Methodology --- Success Stories --  Expected results.

In that order I suppose ... depending on your field of research.

Once the proposal was accepted by the faculty, university ..then you are let to get on with the business.

3)  You are required to read from the Literature.  3 years from now.  Write down the summary of your reading(s).  Fill up the matrix table.  Four columns.  First author and the title of the paper that yoou had read ,  objective of the paper,  methodology used and finally the findings + contribution.

Is there any thing that connect this findings with your research title?  If YES ..great . Where is it?
If NO .. don't worry ..  it is common .. keep on reading ...

If You read ..  don;t thing about BRAZIL with SPAIN playing footballl in Brazil.
If you read ..don't worry about politics.  Well ..you are sent abroad not to solve the world's problem you know?


He..he..

If you read , don't worry so much about  the goats and cows on the field out there under the hot sun.  They are well taken care off.  Just read and focus with your reading.

When I read a journal .. it took me 1 week at least to scan, to really read and finally to sumarize and filling up the matrix table.  If I read something so fast .. i am so sure it must not be a reserach paper .  It could be a report from THE SUN (England ) or Daily Mirror (England).

So with that ..

don't worry.  You do your work
In the week ends .. go to the park and walk.  Talkk to yourself ..  what you had read so far.  So what is troubling you  ..REALLY?

if you do that .. 50% of the problem will go away. Else .. you better spell the word RESEARCH carefully.

My doa for you out there.  I did it ..and I am sure you can do it too. Why?  Both of us ..got the same SUN, the same MOON , if we eat hot food ... you and I will feel the same HOT/heat in our mouth/ if both of us jumped into the lake ..  both of us get wet .. so in the end ..  I got my PhD .. and you are going to get yours too.  Dont worrry ..OK?

Regards

Dr S.


Tempat belajar di sini cukuplah terhad

Posted by sazali

Salam

Dari Paper Sunday Star (Malaysia) 21 July 2013 dikhabarkan
terdapat pada tahun ini sahaja di Malaysia ada hanya

699 tempat pengajian jurusan perubatan, 119 pergigian dan 260 farmasi

Calon yg layak STPM -  527 calon perfect 4.00 CGPA
dan dari pusat matrikulasi KPM -  1,247 calon 4.00 flat jugak.  Melebihi dua kali ganda , tengok?

2)  Penulis  Goh, L.  menyatakan bahawa peperiksaan STPM tersangatlah payah kerana mengikut piawai universiti dunia sedangkan masyarakat sedia maklum kertas peperiksaan matrikulasi dibina oleh pakar dalam negara je.  Bila ada perkataan 'je' kita faham-fahamlah .. kertas itu senang sangat kot.

3)  Nisbah doktor kepada pesakit sekarang ialah 1:800 dan dgn adanya program baru nisbah ini akan mengecil kpd 1:600 sedikit masa lagi.

4)  Laluan calon STPM mengikuti program kedoktoran ialah
pertama 4.00 flat CGPA,  ini entry tiket jer ..
kedua 10/10 untuk skor ko-kurikuum dan
ketiga menghadhiri temuduga yg mana ada calon tertewas dgn cara peperiksaan lisan (dilihat agak subjektif)

dan akhirnya  tahap penguasaan calon dalam Bahasa Inggeris pun diuji juga.

5)  Tuduhan beliau  keputusan STPM diumumkan secara meluas dlm akhbar harian ..tetapi keputusan peperiksaan matrikulasi KPM tidak.  Mengapa yak?  Ada kuasa politik yg menyembunyikan ini.

Rumusan:  a)  ada orang-orang  pandai tak berpuas hati.
b)  interview is not to weed out applicants but rather to reduce the attrition rate among medical students.
c)  Sebenarnya kos melatih calon perubatan adalah sesuatu yg cukup mahal  tetapi lebih mahal lagi jika kerajaan melatih calon yg 'silap' /  tak layak berada di dalam program tersebut pada peringkat permulaan lagi.  .

Walaubagaimanapun , dari pengamatan saya di Birmingham , England pada tahun 1995 , ada calon perubatan di luar negara tidak mahu balik ke negara ini selepas berjaya mengikuti  program kedoktoran dgn alasan pertama gaji tak mahal dibandingkan dgn gaji di luar negara dan

kedua,  jika mereka terus menginap di sana .. mereka akan cuba membayar balik biasiswa kerajaan kita kerana gaji dan elaun sebagai doktor pakar cukuplah lumayan.  Apatah lagi ..  ada orang itu kan ..  berkhawin dengan orang putih.  Selepas perkhawinan antara 2 budaya,  mulalah mereka melontar berbagai bagai jenis kata penghinaan bahawa negara ini bukan demokratiklah,  kerajaan memang pro bumiputra dan akhirnya ..  warga universiti kita tak sepandai warga universiti Singapura, Korea Selatan dan Republic of China.    Apa macam demor?

Sekian.

Wallahu hu aklam bis sabbb.   Allah maha mengetahui semua perancangan ini.

Cabaran kita mukmin dan mukminah

Posted by sazali

salam

Kita tahu banyak juga .. sebagai guru mukmin dan mukminah.

Buat itu ..halal dan buat begitu haram tetapi ..

kadang kadang kita tak boleh react berlebih-lebihan seperti membuat aduan kpd guru besar dan pengetua.
Mengapa?

Ada 2 sebab.

(i)  pertama kita akan terasa tertekan ..apabila hasil aduan kita ada kawan kawan kita kena tindakan tata tertib oleh pihak sekolah, politeknik dan PPD

(ii) kedua kita hidup bermasyarakat.   anak anak kita ..berkawan dengan anak anak dia yg kena tindakan tata tertib .. buang daerah/ pindah mengajar di sabah dan serawak.  tambahan pula  ..isteri kita kuat bisnes kueh raya dgn isteri si kena tuduh itu ..  sejak zaman azali lagi.  payah bukan?  ini dipanggil sub-kroni.

Sebab itu kita kena buat kerja dakwah macam org org tabligh supaya semua ahli masyarakat ..  paham apa itu .. kematian dan selepas mati kita akan ditanya semua aktiviti kita kecil atau besar.

Selagi ramai org kita tak takut tuhan/ permain-mainkan agama seperti makan terang-terangan di bulan puasa ramadhan ..selagi itulah .. kita susah nak tidur malam kerana ..kita seorang sahaja yg tahu hukum hakam agama secara praktikal dan teori.  90% org kita tahu banyak tetapi sedikit sangat yg buat.  Contoh:  ada org berhutang dgn org melayu tetapi tak bayar pun ..tetapi kalau berhutang dgn toke cina ..semua settle.  Agak agak ..kitab agama  mana dia orang ni rujuk hah?

oleh itu ..jom kita buat kerja dakwah terang-terangan & bijaksana.  Menulis begini pun ..cuba masukkan idea ..kita kena taat kpd Allah sepanjang masa.  Use wisdom in dakwah.

Wallah huaklam bis sawabb.  

Mencari-cari

Posted by sazali

Salam

Ada orang mencari-cari populariti, maka sudah tentu dia sudah ada persiapan yang rapi seperti se orang bintang filem .. arwah P.Ramlee .. namanya dijulang di Asia Tenggara kerana bakat lakonan dan lagu lagu yang evergreen.  Sehingga sekarang tidak ada lagi bintang filem melayu yg dapat menandingi arwah dalam bidang tersebut.  Sayangnya Allah memanggil dia pulang ke pangkuanNYA.  Al- Fatihah.

Ada students mencari cari pasangan hidup semasa di universiti, IPG dan di tempat-tempat lain.  Sudah tentu ada strategi yg dia mainkan untuk maksud tersebut.  Ada yang dapat markah cemerlang dalam matematik dan berkat dari itu  namanya sellau bermain-main di atas bibir pensyarah, profesor  dan rakan-rakannya.  Lama kelamaan  dia ditawarkan  jawatan tutor kerana dia memperolehi ijazah sarjana dan .. dengan nikmat tuhan ..pihak universiti menghantarkan nya menyambung pelajaran ke pringkat yg lebih tinggi.  Di Jepun dia mendapat isteri .  Oleh itu , strateginya .. menjadi.  Bukan setakat PhD di jepun .. orang jepun pun dia dapat tawan dengan berkat matematika dan ilmu kejuruteraan perisian nya.  Alhamdulilah.

Tetapi pada masa ini , seluruh umat islam ..sedang berpuasa.  Mereka sedang mencari-cari sesuatu.  tahukah engkau apakah benda yg dicari-cari itu?

Benar ..tepat sekali.  Kita mencari cari satu malam dipanggil 'lai la tul qadha'  ..

mengapa yer?  Faedah apa yer malam ini?

Mengikut Surah  Al Quraan ( suah al qadri ..) .. malam itu bersamaan dengan 1000 bulan.  Pahala ibadat kita digandakan seperti kita beramal selama 1000bulan.  Syukurlah ...orang islam yg mencari cari malam yg penuh berkat ini.

tadi saya hadhir ke majlis ilmu di masjid.  Ustaz ..mengajar tentang kepentingan malam lai la tul qadar ini.  sambil tertidur - tidur ayam.. telinga saya terdengar satu berita.  Kita kena bersiap sedia dgn rapi untuk memperolehi malam yg hebat ini.  Why?  malam ini adalah malam yg berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan setiap tahun.

Dalam 10 malam terakhir ..  selalunya saku saya ada duit yg lebih.  Mulalah nak beli itu dan ini.  Ramai orang kita gi shopping ..pada malam malam 10 mlam terakhir.  Kalau drebar tak shopping pun , dia berperanan sebagai ..  body guard ..isteri dan anak anak daranya .. di shopping complex yg mewah mewah.  Oleh itu, mungkin kerana kita terlampau ghairah dgn shopping ..kita tak berjumpa dgn malam lailatul qadar.

Kasihan kita.

Oleh itu ..  jom kita pasang strategi yg baik baik ..supaya tahun ini ..kita akan berjumpa malam yg hebat itu ..malam lai la tul qadar .. 1 malam ibadat ..bersamaan dgn 1000 bulan (83 tahun) ibadat.  Tak mahu tuan hamba?

Mengikut statistik, ramai orang melayu kita meninggal dunia dalam lingkungan umur 50 - 65 tahun.  Nila mod ialah 63 tahun.  Oleh itu, tak ramai orang melayu ..dapat menikmati umur sebanyak 83 tahun.  Memandangkan keadaan yg demikian ..jom kita bisik bisik , slow talk dgn isteri ..milah kita shopping raya pada 3 shawal lah ..  ok tak?

Mengapa bang?

Aku nak mencari -cari malam lai latul qadar lah.  kau tak nak cari jugak kah?

Insyallah ..orang perempuan hatinya lembut.  Lebih lembut dari beras pulut siam/thailand.  Pandai pandailah membisik kat telinga orang perempuan kita ..  ingat pada Allah banyak banyak.  Bila lagi milah?  mak kau meninggal pada usia kau masih sekolah rendah lagi/  ayah kau meninggal di kala kau kat UKM lagi ..  so this year .. we go hunting for the night of power called lai la tul qadar ..  ok milah?

He..he..

Semua kita mencari cari sesuatu.  Biarlah benda yg dicari-cari itu ...membawa kita ke arah ..keredhaan Allah Taala yang maha pengampun dan penyayang.

Sekian.  Saya sekadar seorang posman sahaja.  Inilah surat dari saya.  Maaf jika tak cantik, tak besar, tak gampang .. ini sahaja kebolehan saya menacri cari alamat tuan/puan hamba.

wallahu aklam bis sawab.

Dr S

      

Fasting are you?

Posted by sazali

Salam

We are now on the 11th Ramadhan already.

unknowingly by having our Eyes closed and our   eyes opened   ..we are already on the 11th day of Ramadhan.  It means we have another 18 days to use this blessed month to get maximum benefit from the Al Mighty Allah.  God Willing.

If we are not careful, we are gonna waste all the chances that the Al Mighty ever promised.

Jom bear a bit longer with me please..let us check / audit out activities:

i)  FB .. 5 hours a day.  Please stop it.  Try to read more Al Quraan, do zikir by saying Subhanallah, Alhamdulillah and Allah hu Akbar.

ii)  chit chatting about what tudung to wear .. bandung or Acheh style this Raya?  better don't.  Think of using the same tudung .. in the almari.  If you are nice looking, i am sure you will look just nice with August's tudung or July's tudung.  So by thinking that way .. you can save some money.  Deposit the money into Tabung Haji.  If you die tomorrow, Allah take into account ..your sincere intention of going to Hajj with RM30 only.  See the cost of the tudung!

iii)  smoking 1 packet of DUNHILL daily this week?  Please stop somebody's daddy.  save that puffing time and stay istiqamah to the imam doing terawih.  Stay longer in the mosque.  With niat itikaf ..all the seconds you are in the mosque are counted as ibadat.  Not smoking, I'm afraid.

iv)  only 8 rakaat terawih every night .. so far?//My GOD.   Common brother, common sister. Jom tonight we push a bit harder ..by doing 20 rakaats of terawih prayers, shall we?  We can do that easily since tomorrow is still a pubic holiday.  Please use this night a profitable one.  You can do it, can't you?  I am going to push a bit tonight. I was praying 8 rakkats too all these night in the masjid ..but o yes ..i forgot to tell you readers .. I made up the remaining 12 rakaats at home.  And don't forget  do 1 rakaat of Witir prayer b4 .. you sleep .. please.    Have you met Solat Tasbeeh?  if not ..please google and see what is in store for those who make Solat Tasbeeh once in his lifetime.  Try.

v)  if you wife can read Quraan well ..why not ask her to teach you how to read that Quraan a bit better by now.  Every night .. yo u are blessed to sleep with some one who can read well the kitab ..but alas  you take her just a 'bantak peluk' al this while.  Common ..my brother. Use that lady to improve yourself in the eyes of Allah.

Why all this?  because .. please read

Imagine  if this is the last ramadhan //  if u do what i wrote just now ..u r on the right track.  Insyallah. Else .. you had wasted a great great month of blessings, rahmat, berkah and forgiveness by the chief CREATOR of the entire universe.

Please let us do together.  promote 8 rakaat  to 20 rakkat tonight.  We can do it  surely with the taufiq and hidayah from HIM alone.  Ameen.

Insyallah.

See you.  He..he..
Wallahu aklam bis sawabbbb...  p/s:  syukur i had submitted my first draft of a book for DBP.  Intention?  Allah knows best.

Kerja guru

Posted by sazali

Salam

Sebagai penjawat awam @ guru ... kita telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara yang mesti kita buat bagi menjawat kerja guru.

Berikut adalah di bawah perhatian kita:

(i)  persediaan mengajar
(ii) silibus dan kurikulum subjek
(iii) perancangan peperiksaan dalam dan peperiksaan besar
(iv)  menanda buku , worksheet makmal
(v)  menulis reflection dalam diary persendirian untuk proses penambahbaikan PnP

-----------------------------

kalau kita buat beggitu setiap hari ..kita dikatakan memang buat kerja guru.

Begitu juga orang yang mengelar dirinya 'kerja drebar bas express Transnasional'.

Ada beberapa ciri ..  yang melayakan dia dipanggil drebar bas dengan pendapatan RM2000 sebulan. Alhamdulilah.

----------------------------
bagaimana pula dengan 'kerja agama'?

Sebagai umat nabi Muhamammad s.a.w. kita digelar sebagai umat terbaik kerana kita menjalankan ;kerja agama' sepanjang masa.

Apa itu kerja agama?  Kita buat perintah Allah , ikut sunnah nabi dan pada masa yg sama ..kita mengajak orang lain berbuat demikian.  Dengan amalan begitu '.. setiap patah mengajak manusia mengabadikan diri kpd Allah .. adalah kerja agama.. dan balasannya ialah syurga firdaus .. tempat destinasi terakhir kita.insyallah'.
Alangkah untung orang bergelar guru.  Setiap hari dia ada potensi bercakap benda baik , ajak murid muridnya kepada benda benda yg baik.  Jika kita memandang murid murid sebagai potensi/ modal kita .. Cukup luas skop dakwah kita.  Medan dakwah cukup besar terhampar di hadapan mata kita.  Guru boleh berdakwah sambil-sambil  mengajar ilmu matematik .. insyallah saham kita terus maju dan hanya Allah yang tahu jumlah keuntungannya di sana di sana.  Kita petik buah itu di sana.  Insyallah.  janji Allah tetap benar.

Tetapi bukan sesuatu yang senang nak buat kerja agama bang/kakak.  Why?

Tengoklah di sekeliling kita.
Ada orang itu cikgu ..tetapi otak dan fikiran dia selalu memikirkan aktivitas lain seperti jual rumah, jual kereta, jual insuran dan jual kueh raya dengan tag line '.. bukan kueh saya ini ..kueh kakak ipar saya ni '...

Sempena bukan puasa .. saya mengajak diri saya dahulu dan tuan hamba ..jom kita betulkan niat dan amalan harian kita.
Mintak ampun dgn Allah dan  kita buat kerja agama bersungguh sungguh hati.  Tak rugi.

Sekian.

Walalhu aklam bis sawabbbb.
Maaf jika ada yg silap.

Jangan jadi dirimu seperti se ekor keldai kurus

Posted by sazali

Salam

Minat membeli kitab kitab memang wujud dalam masyarakat (warga tua) di negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang sepanjang masa.

Banyak kitab kitab agama di sana.  Salah sebuah gudang tersohor ialah 'Jafar Rawas' jalan doktor, kota bharu. Post Code 15000 dalam pusat bandar.  Berdekatan sangat dengan Kelab Pas Kelantan di mana TGNA akan memberi ceramah agama setiap hari Jumaat , tak kira hujan, ribut atau panas.  Peminatnya beribu-ribu , tua dan mudo.

Tetapi dengar dan beli kitab tak cukup.  Ada orang datang , nak jumpa kawan kawan lamanya.  O ada lagi mu.  Ingat mu dah mati?  (ketawa).  Selalu yang datang adalah ..  warga pencen ..dulu penjawat awam kerajaan seperti guru guru, tok nazir sekolah, PPD dan JPNK.  Aku adalah salah seorang dari mereka itu.  Warga guru.

Orang tua aku bilang kat aku (arwah TOK KI YAAKOB..tok guru Quraan )  ..kalau beli kitab banyak , dengar banyak tetapi tak amal sikit habuk pun .. jadilah kau se ekor keldai kurus ..  asyik tukang pikul sahaja kitab kitab mu dok beli tu dari mudo sampai ke tua.  Kita perlu hidayah dan taufik banyak banyak dari Allah Taala untuk mengamalkan ilmu yg kita tahu. Seperti amalan sembahyang sunat DHUHA dan sembahyang sunat TAHAJUD.  Para para anbiya NABI Nabi ... wajah mereka ada janggut ..   in fact semua nabi ..nabi ada janggut.  He..he..  wajah demor gunao wer?

Nabi Muhhammad s.a.w.  akan kenal umat nya ..dari wajah dan amalan amalan yg kita bawak kat dio ..  macam MANCHESTER UNITED kelab bola sepak tersohor di dunia ni .. dio kenal peminat dio dari ..sifat sifat ..  tertentu ..peminat setia dio.  Ada scarf, pakai,  ada jersey, pakai ..

Mu faham kor analogy aku we ni?  Kalau tak faham ..    mu keno ngaji lagi dan lagi.  He..he..  jgn putus asa.

Sekian.  Buat renungan bersama.

TQ. wasallam


Hargai lima perkara sebelum datang lima perkara

Posted by sazali

Salam

Dalam kitab Radhius Solihin cetakan dari Bandung, Indonesia 1965..

ada diingatkan kat saya dan kawan-kawan

Hargailah 5 perkara sebelum 5 perkara datang pada mu:

(i)  muda sebelum kau tua
(ii)  kaya sebelum kau jatuh bankrup
(iii) sihat sebelum kau jatuh sakit
(iv)  waktu lapang sebelum kau jatuh 'sibuknya diaaaaaaaaaaaaaa'
dan

(v)  masa kau hidup sebelum kau mati.

Mengapa yer?

Ramai artist Malaysia dan luar negara mahu muda sampai bila bila.  Sebab itu rambut palsu laku dalam pasaran. Tanya industri makanan , solekan, herba,  ..why ?  mahu muda lah.  lagipun ..ada berita orang lelaki tua mahu isteri muda.  Why muda?  Tanyalah dia.  Apa jadi isteri tua?  see perkataan tua dan muda.  Check wajah isteri tua.  Macam mana itu?

Ramai orang mahu kaya.  Tanya Mentri itu dan ini .  Mereka mahu kaya.  Dia akan ceritakan faedah kaya kpd mu ..sampai esok pun tak habis dia story pasal kaya ini. Seronok kaya.  Bila kaya ..kita boleh bina masjid, sponsor pondok agama untuk mengeluarkan tahfiz Al Quraan , mualeem dan more stories coming.

Kita mahu sihat.  Mana mana kilang mahu pekerjanya sihat sepanjang masa.  Sebab itu lakunya ubat kuat, ubat muda.. dan macam macam.  Tanya sponsor Herbalife.  Faedah apa HerbaLife ini?  he..he.. bila kau sihat , kau leh datang kedai dan beli Herbalife.  Betul tak kata aku?

Kita mahu goyang kaki all the time.  If goyang kaki .. kita diistihar sihat .  If kaki pun takleh goyang - kau nak goyang apa lagi .. Bapak?  If sibuk datang..  bapak tak nampak kaki sendiri tau.

Then akhir sekali .. kita hidup lagi ini dalam bulan Ramadhan. Buat amal banyak Banyak. Try telefon mak ayah kita di kampung.  Tanya mak nak makan apa today?  He..he.. kasi mak keluar air mata sedikit kerana jali call call dia pagi ini.  Nak hantar duit ..beli nasi dagang lauk ikan kembung untuk bukok puasa mak.  Atau mak mahu iftar dgn apa today?  He..he..  best tak mak ada anak..lagi?

Bila dah mati .. kita jadi part of history.  Kau tahu tak?  Lama dah Nabi Adam a.s.  tinggal dalam kuburnya. Jiran kita hari itu pun sama. tak tahu kita .. apa jadi pada mereka.  Senang atau susah mereka dlm lubang serba sempit itu..
Yang aku tahu .. jandanya diambik orang lebih muda dari arwah.. Al Fatihah.  Arwah baru siap rumah 3 tingkat tetapi ..  laki muda jando dio .. jual ikan jer kampung ke kampung  ..itu jer yg aku tahu.

Bagus .. dapat lagi nikmat hidup ini.  Jangan kita membazirkan nikmat kehidupan ini. Buat banyak bakti kpd diri sendiri, mak ayah kita dan orang2 kampung kita.  Insyallah Allah sayang pada anda.  Sekian.

Wallahu aklam.  what to say more?      

Bila syaitan menangis teramat sangat ..

Posted by sazali

Salam

Syaitan dan iblis sudah lama berjanji dengan tuhan iaitu Allah yang Maha Kuasa .. dia akan terus menggoda anak anak cucu Adam a.s. sampai bila bila. Itu kerja terkutuk mereka.  Syaitan membisik ikut telinga manusia ' .. zina, rasuah, arak, menipu, zalim, bunuh, mengebom orang , dan lain-lain ...

Tetapi .. Tuhan kata .. yes go ahead...

Example 1:

there was a couple ..  they did maksiat most of the time.
But one day .. they decided to get married.

Once they got married under islam with all its rules and procedures ..

that is the point when .. syaitan and iblis will cry like those stupid dogs for ever and ever regarding that couple that the syaitan n its gang were influencing them to live in sins.  Why?  all the actions they do now  are taken as legal (halal) in the eyes of Allah. So how syaitan? Stay crying .

Example 2:

Allah declare to the believers in the Holy Quraan '..  if you ask for pardon from me ..I will forgive you o those who believe ...'


so again syaitan and its gang ... continued crying ..  ever since.

but .. you know ..  this creation  of Allah called syaitan and  iblis never give up.  See?

So to be safe ...  remember Allah always.
Those who remember Allah in Ramadhan .. and keep on remembering HIM after Ramadhan ....  Allah will remember him too.  It means Allah will help you.

That's all for today .. good bye.
Wallahu aklam ..bis sawab.  Al Fatihah.  p/s:  I am just a postman.  I deliver letters daily. Read the letters and ... for goodness sake ..ignore the postman.  I believe .. if you cannot give alms(sedekah berupa wang rinngit dan makanan )  openly in ramadhan .. say good things is the smallest deed i will try doing. Is that fine with you ?

We lost battling them again and again

Posted by sazali

Salam

We lost against our many enemies.  One of them is grouped as nafsu, iblis and syaitan.


Now we are in the middle of Ramadhan.  In spite of the rewards promised by the Al Mighty Allah ..many of us still lost the battle such :

(a) we tend to sleep so much in the day time
(b)  we cannot resist FB during our working hours
(c)  if there are opportunities to arrive late, we would say we are late because of 'solat', children at schools etc etc.  In short we LIED, cheated

(d)  some of us .. know that by praying in congregation ..we get 27 times more 'shawab' than to pray alone in our offices ..butt .. we keep on postponing going to the masjid on the pretext that we are very busy with so many unending work.
(e)  we spend more than necessary most of the time including this Ramadhan.  Just look at our dining table ..we have heap of  food at 0700 pm ..but at 0930 pm ..some food gonna  to the dustbin.
----

See?  why did this happen?  Last 30 years the scenario was just like this ..
We bought thick kitabs, new version kitabs with colour and many kinds of translation and we have new idols with Ustaz Don and Ustaz Azhar  .. but alas

our habits never change.

That is why we must say 'taubah' to Allah for all these losing battles ..

we can not win any thing if we can't defeat our old enemies as proclaimed by the Al Mighty Allah.  Why is this so?

may be ..

we never want to fight this kind of enemy.  Examples the nafsu say .. let us sleep more after Subuh Solat ..ooops we miss the bus to school, polytechnics and universities .

Then come the syaitan .. jom let us go online ..we check the celebrities  .. and we are lost in the world of gossip and semi nude artists; and b4 we say Quit ..jom  syiatan whispered we should visit the tudung with many kinds of colours and layers.  Is this covering our body is to obey Allah or we want to generate more money by going business?

then come the chief marshal of all time .. tabik spring .. to the general ..  iblis ..  they know us in and out.  What we like , dislike .. they all know us ..  we go lembik on our lutut ..

see how on earth are we going  ..  to beat them in this Holy Ramadhan?

Any ideas please?  Somebody ask me to refer to the kitabs.
Agghhh ..  I think we are just lost donkeys .. who have been carrying  so much kitabs all over the places starting from the middle east .  Really?

the answer could be .. we had decided long ago that we going not to change our habits at all, what come may. Astagh firullah hal azeem.

To Allah I seek help.  Repents all the time.  Our beloved Nabi Muhammad s.a.w say 'astaghfirullah ' thousand times morning and evening ..  seeking Allah's pardon for all the weaknesses we had commited that day .. what about us his beloved followers?

With that .. wallahu aklam bis sawabbbb.  Al Fatihah.

Kos melepas @ Opportunity Cost

Posted by sazali

Salam

saya mula berkenalan dengan  istilah ini bila saya berada di Grantham College mengikuti kursus A-Levels dalam subjek Economics.

Kos melepas ialah ..konsep di mana dalam satu masa manusia berhadapan dengan mana kita mesti membuat satu keputusan nak buat aktiviti A atau aktiviti B.  Kita tidak mampu buat kedua dua aktiviti sekali gus.

Contoh :  sebagai peminat bolasepak bila malam Ahad di England .. jam 0900 mlm hingga 1100 mlm ..kami peminat bolasepak dihidangkan dengan program "Game of the Day - Highlights!"
 So kalau saya menonton bolasepak antara Chelsea dengan Liverpool ..  saya tak boleh study Economics pada masa yg sama.  Kalu difikirkan secara rasional ..banyak masa saya buang begitu sahaja .. menonton bola sepak .. jjika saya study dengan cekal, sabar dan tabah .. mungkin saya d\sudah bergelar "PROFESOR GRED B dan ke atas , he.he..".  Tapi tuhan maha mengetahui.

2)   Sempena bulan yang sangat mubaraak (mulia) .. di waktu malam sepatutnya kita umat islam memberi banyak masa membuat ibadat sembahyang terawih, membaca Al Quraan dan mendengar tazkirah ..  di atas Masjid.  Tetapi disebabkan syaitan dan iblis ..  ramai kita melepak di koridor masjid, di tepi kereta di kawasan gelap masjid, menghisap rokok DUNHILL di tepi longkang masjid ..dan ada yang asyik menonton ASTRO di rumah.  Kos melepas ialah ...  sama ada kita nak buat amalan sebaik mungkin atau sebanyak mungkin dalam bulan serba berkat/mulia atau ...  aktiviti menghisap rokok, surf internet , main mukabuku FACEBOOK atau melepak kat kedai mamak 25 jam itu.  He..he..

Kalu difikirkan dengan baik-baik ..  tersangat rugilah kita .. mana tahu .Ramadhan ini mungkin ramadhan terakhir untuk kita.
Tak takut tuan / puan hamba?  Kita membuang peluang membuat amalan amalan yg mulia di waktu malam sepanjang Ramadhan di mana ibadat sunnat diangkat oleh Allah sebagai ibadat fardhu dan ..ibadat fardhu ..diangkat ( multiplier effect) sebanyak 70 kali ganda pahala ibadat fardhu dan lebih.

Opportunity Cost ialah ..menghisap satu batang rokok ditepi longkang masjid di dalam keadaan gelap dan  dikerumuni dengan sang -sang nyamuk sedangkan pada masa yg sama kita sepatutnya melakukan 2 rakaat lagi sembahyang sunnat Terawih.

3) Saya menulis ayat ayat di atas ..kerana saya membandingkan ..  amalan amalan isteri saya setiap subuh dan selesai subuh membaca Al Quraan sedangkan saya menyibukkan diri dengan menulis se buah buku  dengan DEWANBAHASA.  Satu amalan yg garenti Memperolehi rahmat Allah dalam bulan puasa dan satu lagi amalan .. kita tak pasti 50 50 .. adakah keuntungan dunia di sana ..  di sana ..di sana ?  Keuntungan akhirat ..  entah lah?

4)  Tapi .. hujah saya dengan bantuan nafsu dan syaitan .. disebelah saya ialah .. jika saya tak menulis .. siapa lagi nak menulis apa yg ada dalam otak dan fikiran saya?  Jika kita terlampau takzub dengan rahmat akhirat dengan melakukan ibadat sembahyang sunat ..  sudah tentu rak rak buku di perpustakaan politeknik politeknik dan kolej kolej komuniti KPM akan dipenuhi oleh buku buku luar negara hasil penulisan orang yahudi dan nasaro.  Why?  ramai orang akan kelihatan penat/ tercugap-cugap penat

Atau adakah .. sambil sambil kita sibuk dengan berzikir ..tiba tiba rak rak perpustakaan univewrsiti seluruh negara islam ..tiba tiba ... dipenuhi oleh karya agung orang orang islam ?  Memang Allah Maha Kuasa ..dia boleh / mampu berbuat demikian ..tetapi Allah memberi kita akal.  kalau kau tergolong antara orang 'pandai sedikitlah'  kau kenalah menulis sesuatu yang bagus untuk umat islam seluruh dunia.


Cuba permudahkan tesis masters dan PhD ke dalam bentuk bentuk buku agar orang kampung dapat memperolehi sedikit faedah ilmu darinya.

Jika 1000 cerdikiawan islam dapat berfikir seperti ini .. mulai sekarang . .. yakinlah 2 perkara akan berlaku:

pertama  banyak buku / penulisan dapat dijelmakan untuk kegunaan orang orang asia yg memahami BM
kedua banyak wang negara dapat dijimatkan dari terus mengalir satu hala sahaja iaitu dari Kuala Lumpur ke London atau ke New York.

Kenapa idea ini tak di bawa ke mimbar mimbar masjid ?  

-------------------

Syaitan besar pun datang menghentam idea dan semangat 'hangat hangat tahi ayam' ini.

Dia berkata ' ..  isi  kandungan buku mu tak ada kualiti dibandingkan buku orang British/ Amerika Syarikat.  ... '

Kita boleh lawan serangan begitu ..  bukankah selama ini .. penulisan kita dalam bidang tertentu selalu disebut sebut oleh penyelidik penyelidik seluruh dunia.  Impak faktor 4.0 lagi.  Oleh itu mengapa perlu kita takut ..menulis sesuatu yang baik ..niat lillah hi taala.  After that .. mungkin duit mengalir ke dalam akaun kita secara disedari atau tidak.  Atau kita boleh tengok dari perspektif ...  jika aku mati ..  biarlah ada orang afrika atau orang arab akan mengambil sedikit sebanyak ilmu dan menggunakan ilmu itu untuk melangsungkan kehidupan mereka ..  Bukankah ini amal jariah sedang diusahakan - amal jariah in the making?  seperti orang baru khawin kata '.. our baby in the making'.

---------------------------------


Apa yg nak saya tekankan di sini ialah ..  bulan puasa adalah bulan yg mulia.  Orang islam 'sederhana' kemampuan ilhamnya .. biarlah mereka dengan amalan amalan mulia sembahyang terawih dan membaca Al Quraan ..

dan pada masa yg sama ..jika kita bergelar .. graduan luar negara / dalam negara .. dan sudah mempunyai bukti tesis masters 200 muka surat dan  tesis Ph.D 300 muka surat ..  susah sangatkah kita korbankan sedikit masa dalam bulan ramadhan yg mulia ini menulis .. beberapa buah buku menarik untuk santapan fikiran dan jiwa orang orang kita juga.  Tebal setiap buku 100 - 150 muka surat double line spacing.  Lillah hi taala.


Bukankah ini yg dimaksudkan dengan kos melepas/ opportunity cost dalam pengetahuan Allah Robbal Alameen?  Kerana  allah akan tanya . satu soalan power di padang masyar (akhirat) .. kau wat apa dengan ilmu masters, Ph.D England , USA, Australia, Jepun yg aku berikan kpd kamu 10 , 20, 30, 40, 50, 100 tahun lamanya itu?

O kau sibuk kawin lain yer/
o kau sibuk buat rumah lain yer/
o kau main saham (forex) yer/
o kau main MLM lagi yer/
o kau ...  (100,000 jenis )  .. di akhiri dengan YER?


Jom fikir-fikirkan lah ..  idea yang  saya bawa di bulan ramadhan yg mulia ini/
Tolong doakan supaya Allah menolong saya menghasilkan atau  menerbitkan (publish) sebuah , dua buah , lebih dari itu .. dalam tempoh saki hidup saya sekarang dan musim pencen ..  yang mana tidak ada orang yang tahu bila saya akan mengucapkan selamat tinggal dunia untuk selama-lamanya.

Sekian.

Maaf dipinta .
Wallahu aklam bis sawabbbbb.  Al Fatihah.

Bulan puasa ni

Posted by sazali

Salam

Bulan puasa ini bagus jika kita fokus kepada beberapa amalan mulia seperti:

(a) membaca Al Quraan .. biar betul bacaan itu kerana bacaan ini kita bawa dalam ibadat sembahyang kita dari sekarang sampailah ke saat kita mati

(b)  baca Al Quraan dan tahu maknanya.  Baca dari KItab Terjemahan.  Bagus buat begitu ..baru boleh kita  insaf betapa untung kita ada ibu bapa sejak kita dilahirkan lagi

(c)  berzikir.  Sebutlah alhamdulilah , subhanallah dan Allah hu Akbar.  banyak banyak.  Basahkan bibir mulut kita itu dengan berzikir dari pagi sampai maghrib.  Try.

(d) hadhir diri ke dalam majlis agama - 10 minit sehari pun dah ok dah contohnya selepas Sembahyang Zohor di Masjid Universiti .

Baru baru ini saya hadhir ke majlis ilmu .  Tajuk perbezaan antara orang beriman dengan orang bertakwa.
Dalam Al Quraan .. Allah berfirman 'wahai orang-orang beriman ..'

tak ada lagi saya terjumpa ayat 'wahai orang orang bertakwa ...'

Mengapa yer?

Nanti dalam penulisan di lain waktu insyallah ..saya menulis benda ini.

(e)  bersedekah duit syiling, duit kertas RM kpd orang orang miskin termasuk students universiti, politeknik , SMK, SK dan lain lain lagi.  Termasuk janda yang kehilangan suami /  anak anak yg kehilangan ibu ayah kerana accidents dan lain-lain lagi.

(f)  membantu ibu dan ayah menjual di bazaar ramadhan
(g)  membantu guru dengan cara .. jangan kasi masalah kpd guru kita.  Dia pun letih jugak ..nak kejar kau .. selalu memonteng kuliah dan lain lain lagi.  Dia lari tak selaju kau lagi.

(h)  membantu ayam ayam di bawah rumah.  Taburlah nasi nasi basi untuk ayam ayam di bawah rumah itu sedikit pun jadilah .  Kasihan ayam ayam.  Kalau puasa itu ..setakat manusia sudahlah berpuasa ..tak kan ..ayam pun nak berpuasa jugak.  Kasihan dia. Dahlah umur nya pendek memandangkan raya puasa laju menjelang 25 hari lagi bukan?  .. berpuasa pulak ayam di rumah ini.

(i)   membantu jiran tetangga .. mengait buah kelapa muda.  Kalau banyak buah kelapa dikait ..jgn lupa mintak sebiji untuk guru guru mu ..  kasihan cikgu cikgu itu.  Berbudilah kepada guru guru mu ..banyak pahala insyallah.

(j)  jangan berhutang sana dan sini.  Cukuplah kita berhutang dengan bank bank komersial ..  & ceti itu sejak turun temurun.. Dah ramai orang melayu kita dibunuh kerana berhutang dengan si along bedebah itu.

Sekian.  Buatlah renungan wahai pembaca.

Tak rugi jika kalian ikut ..  petua saya ini agar kebahagiaan datang ke rumah kalian.  Ameen.

Yang baik baik semua dari Allah .. yang tak best sangat itu .. semua kesilapan saya secara total maklumlah saya dah 6 hari berpuasa.  Syukur .




Pemain bola sepak dan Ph.D

Posted by sazali

Salam

Siapa tak kenal pemain bola sepak terkenal seperti Maradona Argentina dan Lena Messi Barcelona@Argentina.  Nak eja nama pemain bola Brazil yangberumur 70 tahun itu ..rasa takut takut tersalah eja  ..namanya bermula dgn alphabet "P"

Sifat sifat terulung mereka ialah menjaringkan gol.  Tak kira hujan , petir, ribut, tsunami ...kerja mereka menyumbat gol dari segenap penjuru gol.

Belajar buat Phd pun gitulah.

2)  Kalau kita main bola ..asyik main di tengah tengah padang sahaja ..tetapi tak bawak ..bola masuk ke gawang goll ..    saya rasa ..  tak ada kesudahan main bola ini.  Mesti ada result seperti Kelantan 1 Johor 0.

He..he..
ada keputusan bukan?

3)  Dalam dunia Ph.D jika kita dok asyik buat proposal sahaja .. itu seperti bermain bola di tengah padang.  Kau sepak bola kat kawan dan kawan kau sepak bola kat kau kembali.  Cuba main gitu.  10 minit ker.  Tentu ramai peminat akan membunuh anda.  why?  Tak ada kesudahannya.

Begitu juga ..bawak bola ke tepi padang ..dekat dengan tiang gol pihak lawan ..

dalam dunia PhD ..dia seperti kita menghadhiri ..conference kebangsaan atau conference luar negara.  Hebat kita present kerjakita atas persada antarabangsa.  Tetapi jangan over bang , itu baru main bola tepi padang baru.  Belum ada gol lagi.  Jangan over over excitedlah.

4)  Kalau kita mampu menulis ..journals berwasit atau ..  tidak .. dalam padang bola seperti kita

sedang mengambil Sepakan Penalti sahaja.  Selagi tak masuk gol itu .. kita dikatakan mempunyai potensi ..  menjaringkan gol sahaja.  Keputusan perlawanan  bola sepak belum tahu lagi.  Pihak pemberita atau pengulas Rahim Razali RTM sekadar mengulas seperti '..  bola sedang diletakkan pada tempatnya  untuk disepak penaltii sahaja ..lagi ..Mokhtar Dahari diberi tugas .. menyempurnakan sepakan pelnalti ini .. Soh Chhin Aun berdiri berdekatan Mokhtar Dahari ..

5)  Kalau kita VIVA Ph.D atau VIVA Masters by Research ..  itu kiranya .. dekat dekat nak masuk goal dah .. bola sedang bergolek menuju ..  garisan di belakang tiang gol kubu lawan.

Selagi tak masuk gawang ..  PHD atau Masters (research) tak dapat lagi.  Kita semua dok pakat pakat saksikan ..  bola sedang menuju ke gawang goal sahaja.

6)  Bila bola dah terterjah .  dengan baik .. dan jaring goal terangkat ..  semua penonton dalam stadium Maracana Brazil ..melompat gembira .. Brazil 4 Spain 0.  Riuh pekak sorakan peminat bola pasukan Brazil pada hari itu..

Begitulah anologi .. yg saya sampaikan dalam Universiti  of Qatar sedikit masa yang lalu .  Semua pak arab Qatar seronok mendengar peminat Red Warriors (Kelantan) .. memberi analogi bola dengan dunia Ph.D yg gila ..tak berkesudahan ini.

He..he...

Fikir-fikirkan lah.
Di mana kah dalam padang bola .. anda berada sekarang?

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.  Al Fatihah.

Dr S  

Aktiviti dalam bulan puasa

Posted by sazali

Salam

Mengikut kitab tebal tebal yang saya beli dari Jaafar Rawas Kota Bharu ..  ada menceritakan ..penting kita isikan masa bulan ramdhan ini dengan aktiviti/ amalan seperti:

(i)  mengaji Al Quraan
(ii) sembahyang sunat  Isra', Dhuha dan beribu ribu rakaat sembahyang sunat yg lain
(iii)  berzikir subhanallah, alhamdulilah dan Allah hu akbar.

--------------------

Sudah 4 hari puasa berlalu.  Saya buat jugak ...semua yg tersenarai di atas itu tetapi tenaga saya banyak   digunakan untuk mencuba menulis buku Dewan Bahasa Pustaka.  Satu cubaan tetapi kena buat betul-betul .. tarikh tutup 19 JULAI ini.

Hendak tak hendak ..banyak juga tenaga saya ..  saya gunakan untuk membaca, memikir, menulis itu dan ini.  Tujuan ialah menyebar ilmu dan jika ada rezeki ada duit sedikitlah.  Tolong doakan .. yer.

2)  Ramai kawan kawan saya yang turun dari Masjid Langgar, Telipot dan Kampung Sireh Kota Bharu ..mengetawakan saya bila saya beritahu .. saya sedang menulis buku.

Dia kata .. tuhan tak terima ibadat menulis buku jika kita buat dengan niat nak benda lain selain dari Li llah hi taala.  (Hanya semata mata untuk Allah Taala).  Ikhlas dalam niat.

Saya tak jawab apa apa.  Itu perangai saya sejak dahulu kerana saya tahu ...ramai kawan kawan saya ini beribadat kerana Allah Taala semata mata.

Disebab sikap begitu, barangkali,   kalau kita sempat berkunjung ke perpustakaan-perpustakaan  di negara ini..kita dapati 2 perkara besar

(i)  banyak buku ilmiah ditulis oleh orang barat - Eropah, USA, Australia

(ii)  kalau ada buku orang kita  pun .. ada yang tergolong dalam seksyen ..terjemahan dari kitab arab zaman dahulu kala .. hinggalah ke hari ini.  Dalam buku terjemahan ini , mana ada kita jumpa perkara perkara yang melibatkan induction , recurrence , regression, hypothesis  dan lain lain lagi kerana ada setengah buku terjemahan adalah hasil terjemahan dari orang yang bukan pakar dalam bidang buku matematik tersebut.  Contoh matematik abstrak diterjemahkan oleh orang pakar bahasa sahaja.  Ke mana perginya orang ..pakar matematik melayu kito?

-------------------------------------

Mungkin jawapan adalah ... orang pakar matematik kito (di Sek Menengah, MRSM, IPTA) mungkin tergolong sedikit sebanyak dalam golongan orang-orang  melayu kelate yg baru turun dari masjid langgar, telipot dan kampung sireh itu.  Mungkinlah.

4)  Saya rasa ..  kerja menulis karya yang berat berat seperti 'Multi Dimensional Man '  atau 'Another look towards Graph Theory'  tak banyak dicuba / ditulis oleh pakar pakar matematik sains orang melayu kita.

Mengapa?

*  ada orang kata ..  point untuk naik pangkat Prof Madya/ Professor hanya '1' mata sahaja dari skor 100
** ada orang kata .. apa faedahnya menulis ini ?  tak ada guarantee..sambutan buku tersebut
*** ada orang mencabar .. boleh  kayakah demor?

------------------------------------

Saya rasa .. peliklah.

Bagi saya ..a u zu billah hi minash syaitonir rojeem .. kalau orang pandai melayu kita tak tulis ..apa yg mereka faham dari pengalaman selama ini menulis dalam  jurnal berwasit selama 10 - 40 tahun yang lampau ...  bila lah kita boleh harapkan perpustakaaan di kuala lumpur penuh dengan karya anak jati melayu MALAYSIA

Buatlah dahulu penulisan buku berat berat ..biar pitih banyak banyak mengalir ke dalam saku dan bank ..dekat dekat nak mati ..bilo wayar macam macam masuk kot dubur, tekak , perut, telinga kita ..kita niatlah .. aku tulis buku itu lillah hi taala.  Tok leh kor gitu, Jaafar Rawas dan rakan rakan?

He..he..

saya rasa .. orang kita .. ada yang bersikap malas.  Bila ada saja sikap malas ini .. payah lah nak jimat duit negara dari dok mengalir laju membeli buku buku orang barat  yg dichopkan ahli annnar.

Sekarang ..banyak buku CINTA ..buku jiwa jiwa ..sesuai dengan zaman ustaz dan uztazah pun dah jadi CELEBRITI   .. budok melayu dalam kampung kita ..apa lagi.

He..he..

Fikirkan lah.

Sekian.  Keno cari ubat ..malas ini.  Sor lagi ..kita ikut agama .. keno ikut akal , otak kita sekali sekala.  Tuhan menaikkan darjat kita jika kita guna banyak otak untuk berfikir.

Sekian.  Jom tulis buku ilmiah sedikit.  Kasihan orang melayu kita ..  asyik baca buku dalam BI tetapi .. tak sefaham mana kot ..dibandingkan jika diberi buku tulisan oleh orang bijak melayu kita .. Boleh?
Walalu hu aklam bis sawabb.  Mohon maaf.




Bulan Puasa banyak cabarannya

Posted by sazali

Salam

Kita umat islam .. dewasa ini di seluruh dunia sedang menjalani ibadat berpuasa kecuali mereka yang uzur (sakit, biologi dan lain lain).

Masalah di Malaysia ..kita bekerja seperti biasa ..  macam rakyat Malaysia yang lain seperti kaum cina dan india.

Di Pakistan ,  satu masa dahulu , 1977 - 78 , saya diberikan kesempatan melawat Karachi, Peshawar, Abotabbad , Pakistan sebagai ahli jamaah dakwah tabligh. Di sana ..  orang islam berpuasa dan jabatan kerajaan bercuti sepanjang 30 hari pada bulan Ramadhan.

Settle ..dia boleh berpuasa dan menjalankan ibadat sembahyang terawih, tahajud ..sepanjang malam sesedap rasa.  Bukan macam kita .. walaupun ramai orang arab (buta) yang berkunjung dan mengelarkan negara ini negara islam ..  semua sekolah, politeknik dan universiti masih beroperasi seperti biasa macam sekolah sekolah di Singapura dan Filipina.

Sakit jugak kita nak lawan dgn orang tak berpuasa ini.  Maklumlah .. kalau pekena teh tarik jam 230 ptg di waktu siang hari .sudah tentu prestasi kita dalam opis ..sudah tentu semakin baik dan sempurna.

Bulan puasa .. badan kena rehatlah.  Banyak organ organ badan kita kena rehat.  Badan ini macam mesin tractor.  Mesti Ada time kena servis.

Bila badan rehat bulan puasa 30 hari  , insya allah badan yg sama akan perform better mulai bulan Shawal dan lain-lain lagi.

2)  Banyak kemalangan jiwa berlaku semasa bulan puasa di negara ini.  Yang sedihnya ..orang orang bagus ada yg mati disebabkan badan penat dan mata mengantuk maklumlah saya buka celik padam tutup mata saya 4 5 kali juga sebelum bersahur di waktu malam.  Otak pening tau?  SElepas bersahur saya ke masjid dan selepas ke masjid ..saya sibuk dengan persiapan untuk menuju ke opis dan lain-lain lagi. Kadang kadang rasa letih dan mengantuk  lah.   Kalu cuti .. macam Pakistan .. bukan ke bagus?

3)  Pakistan .. sebuah negara .. yang berjaya mencipta alat alat teknologi moden seperti roket / radar / atomic bombs dan lain-lain.  Negara Russia dan USA pun gerun dengan orang pakistan ini.  Ini semua terjadi bila rakyatnya .. berpuasa dan bercuti sepanjang Ramadhan.

Iran pun sama jugak.  kalendar akademik sekolah, universiti mereka  mengikut  bulan puasa.  If puasa terjatuh pada bulan 7, maka kalendar akedemik sekolah dan universiti Iran akan bercuti pada bulan 7 lah.  Ok punya. Iran pun mencipta banyak alat alat canggih sehinggakan .. USA takut kepada saintis Iran dengan nuclear rectornya.  Saintis tersohor Iran ada yang kena bunuh disebabkan kebijaksanaan mereka mencipta alat alat teknologi moden.  Iran masuk World Cup football.. banyak kali dah jugak.  Pakistan main hoki pun dalam piala dunia ..pun cemerlang jugak.

4)  Malaysia ..  negara islam ..  pak arab (buta) menggelarkan negara ini bila  kita bawak dia   ke sana ke mari ..  mana ada .. alat alat sains .. teknologi yg mana ..  orang orang USA/ England/ Eropah .. gentar kat kita?  Tell me please. Yang saya tahu   orang kita pandai main bom  untuk meletup  mendiang Antan toya dari Mongolia.  Kasihan dia.  Sehebat hebat polis kita ..  aksi meletup manusia . . adalah agenda paling memalukan  sekali (Rujuk:   akhbar akhbar harian di negara ini semenjak 2007).    Yang hairannya bilangan polis 100,000 ramainya ..sampai ke hari ini .. depa tak dapat tangkap lagi .. master mind pembunuhan di Puncak Alam itu.  Arwah ayah saya (seorang anggota polis jugak)  memberitahu .. semua polis bertindak mengikut arahan ketuanya ..  Oleh itu ikut kepala otak saya berat ke dispiplin matematik , mesti ada arahan dari atas ..  baru polis pangkat prebet dan inspektor .. mampu bertindak sesuatu yang tepat dan betul.  So bagaimana ni sang polis kita?

Bulan tak puasa pun .. polis tak leh tangkap master mind ..  di Puncak Alam, Selangor itu ..apatah lagi .. bulan puasa yang panas terik dan kering ini.

He..he..  acah acah jer ..  Please think Mr Policeman.

5)  Bulan puasa .. orang sembahyang terawih berjamaah.  Ada buat 8 dan ada buat 20 rakaat.  Saya buat 8 rakaat sahaja dan ..jika rasa rajin .saya buat 12 rakaat lagi di rumah sambil sambil minnum kopi ORE panas .. bukan apa .. nak simpan tenaga nak pandu kereta dengan baik menuju opis esok ..insya allah.

Mengikut kitab agama, jangan lepaskan peluang beribadat penuh bulan mubarak ini ..tetapi saya percaya ..  mereka yang tak tidur malam berterawih, tahajud dan bertadarus sepanjanng malam .... mungkin tak kerja keesokannya.  Kita manusia biasa.  Perlu makan , perlu rehat dan perlu itu dan ini.  Jika badan penat dan mata mengantuk .. kita mengundang kecelakaan kpd diri kita sendiri.  Betul tak?

he..he.. sorry lah .. saya menulis begitu laghu nya.

Kita nak beribadat macam macam dan bekerja seperti   orang tak berpuasa CINA/ INDIA/ MAT SALLEH/  MINAH CARRY kerja  .. masuk opis jam 0800 pagi ini ..buat apa?
Kita ada anak bini ..  ada pelajar pelajar kita yang sedang menanti kita siang di waktu pagi dan petang .. so tenaga kita ..kenalah disukat dan diagih-agihkan dengan baik dan saksama.

So saya memanggil diri saya dahululah ..  jaga dirimu.
Insyallah kalau kita buat begitu ...  kebahagaiaan menanti kita di dunia dan di syurga sana.

Sebagai pelajar ..kita kena simpan tenaga untuk menelaah pelajaran ... dan kerja belajar bermati-matian ini pun satu jihad yang suci murni.  Bulan puasa kita kena study dan ambik Exam jugak macam pelajar pelajar kedoktoran UIA di Kuantan itu.  Mengikut cerita anak ..  dia ambik exam 2 kertas peperiksaan pada hari Jumaat 12 Julai 2013 lepas.  Bayangkan 2 kertas peperiksaan dalam bulan puasa.  Kenapa tak kasii 3 kertas?  Baru malaikat habih turun ke Kuantan, Pahang membantu anak dan kawan-kawannya.
Betul tak?


Insyallah ..  kita kan berjaya .. dan panjang umur dan murah rezeki.  Awas ..bila memandu .. mata kena bukak terang-terangan.  Kalau travel jauh say Kuala Lumpur ke Kota Bharu 500 km selama 14 jam musim dekat nak raya aidil fitri  ..  if penat gilar mu ni  .. bukak lah puasa itu.  Tuhan kita faham.  Kita musafir.  Jangan bunuh diri kita tahu.

Sekian.
Walalhu aklam bis sawabbbb.  Maaf jika terkasar bahasa.   Orang islam mesti pakai otak.  Nanti tuhan murka kat kita jugak.