Bukit emas

Posted by sazali

Salam. Bila ada anak kita ada banyak tanggungjawab. Apa itu tanggungjawab? Senang jer. Pertama, buat tugas kita sebagai ibubapa ikut kemampuan kita seada-adanya. Didik mereka secara terbaik ..ilmu agama, ilmu dunia dan skill cari makan siang dan malam. Lepas tu ..kita ingatkan mereka selalu selalu ..kena tolong ibu ayah yang semakin tua. Kalau dapat anak yg bagus ..berbudi bahasa, bertimbang rasa dan ada status/ pangkat dan darjat dalam komuniti kampung, bandar dan negeri ..apa lagi kita mahu bukan? Org masjid kata..itulah bukit emas mu. So buatlah tugasmu secara terbaik sebelum terlewat. Dalam Al Quraan yg suci terdapat satu surah bernama Wal Asri .. Tuhan bersumpah. Demi masa ..semua manusia dalam keadaan rugi. Cino rugi, melayu rugi, India pun rugi ...kecuali orang orang beriman, beramal soleh, ajak mengajak kpd amalan kebaikan dan bersabar. Salah satu tugas besar dlm amalan amalan baik ialah membesarkan anak anak kita masing-masing. "Masa"itu ialah sekarang dalam keadaan kita dipengaruhi dgn teknologi ICT dan macam macam benda alah yg menjauhkan anak anak dari berdamping dgn orang orang tuanya. Masa ini berbeza dgn masa "zaman" purba/ zaman pra merdeka/ zaman darurat .. dari Nabi Adam alaihis salam .. , Hang Tuah, Hang Jebat ..Tun Mahathir... masa terus bergerak .. dan sekarang adalah masa kita. Ini sahaja masa yg ada. Ada org dapat nikmat hidup 60, 70, 80, 90 tahun dan ada yg singkat 10, 20, 30, 40 tahun dah pulang ke pangkuan Illahi. So.. saya memanggil diri saya dahulu.. Jangan sia siakan masa yg ada ini.. jom kita semua? Buatlah sesuatu yg terbaik. Insyallah. Al Fatihah. Sekian

before too late

Posted by sazali

Salam. Today ..let us count the blessings that we have in Malaysia. Sometimes we take many things for granted. As a result we got spoilt in many ways inclding ..our attitude towards the government. So the counting begins now. First we live in a peaceful country. The nikmat of peace..I cannot write enough..just ask the arabs who happen to pray in Eid ..in this country. In some arab countries, they celebrate eid with the bullets and killings around them. Because of peace, we can marry our daughters any time of the year and after the feast , they can do their business. So nice ..the next day. Second nikmat is education. We got 11 year free education. If you are very good and happen to be melayu..the government sent you abroad to read degrees, masters n phds. After the degrees from Imperial, Manchester, Cambridge, Harvard, etc you become a professor melayu. It is ok to be eating kangkung with belachan one..the main thing is you can lecture in a peaceful country. In malaysia..we have more professors than the faculties. Where can we get that even in England and USA? if you are a chinese traders in kitchap ( soya souce)..you must feel the nikmat that you had constructed big factories..in malay kampungs for all these years. Since The malays are god fearing people. We did not kacau one especially the kitchap factories. In the malay kampungs you can see easily many chinese owning big houses even in malay residential populated areas. U can be rich ..and nobody disturb your houses. So what else you apek want hah? Thirdly, if you throw out a guava / papaya seed ..soon the seeds produce .. fruits .. and from the fruits we eat .. and some of us make jams, custurds etc etc .. packing them into 'products' and from there you get rich and richer. Remember you sent your children .. abroad using the land and the air of this country. So plz be grateful. If your houses got robbed ..the malay police .. came to your rescue. We never pilih bulu / chose hair one. We sacrificed our life to help the rich chinese and indians of this country. When the plane came down in the Southern Indian Ocean .. many kilometres from Perth .. it was the malay ministers who answered all the questions so that .. your children n the beloved ones can be saved once and for all. After 20 days .. the melayu are still praying in the mosques all over the country for the chinese loved children so that God save them. Yes we knew 50% of the pssengers were chinese ..but our prayers are for every one. See? Many more I can write. But I think that is enough since I was taught by many chinese and indian teachers in my secondary schools in Terengganu/ Perak .. all .. in .. i am still grateful we are in Malaysia. Why we complain and curse our own country? If you happen to be abroad ... say 50 to 100 years .. i am sure deep inside you .. you wanted to rest in peace (RIP) in this motherland called Malaysia. Why? no wars and no terrorists what.... if there is war .. yoou cannot sleep well inside the graves. Soon all your stomach and sacred belongings came out onto the surface .. and the birds , crows will be eating you up .. finish .. So be grateful to God and this country, shall we? if you want better place ... do good amals and ..let us see there .. in the heaven? mayy be the heaven is Malaysia again. Welcome Home! Wallahu aklam bis sawabbbb. (God knows best)

Kerja sungguh deh?

Posted by sazali

Salam. Kita diberi peluang belajar bukan sahaja ..di sekolah asrama penuh tetapi .. juga di universiti. Kalau kita tengok di dunia universiti/ politeknik KPTM, ramai pensyarah bertungkus lumus membuat kajian, penyelidikan, penerbitan, konsultation, mengajar dan membimbing pelajar-pelajarnya dari semua pelusok negara. Mengapa begitu ? kita mengajar terbaik agar graduan mampu mengambil alih pekerjaan teknikal dan bukan teknikal di satu hari nanti. Jika kita mengajar tidak bersungguh-sungguh hati besar kemungkinan graduan tidak akan memperolehi sebarang pekerjaan. Sesebuah negara ..akan maju jika belianya mempunyai skil, pengetahuan, akhlak dan pegangan agama yg kuat. 2) Masyarakat cina terkenal kerana sikap mereka menjalankan sebarang kerja secara bersungguh-sungguh hati. Ada foreman cina di kampung saya ..itu .. dia buka bengkel motosikalnya dari pagi hingga ke petang setiap hari. Dengan sikap dan budaya kerja yg bersungguh sungguh.. orang orang cina boleh berniaga di mana mana saja di Malaysia atau china town Manchester dan London, England. 3) Masyarakat india pun begitu juga. Mereka uli roti canai tu ..bukan sahaja di Paarit Raja .. tetapi proses uli roti canai ini ..mereka lakukan di seluruh dunia seperti di London dan San Francisco. Lama kelamaan ..kita boleh lihat kedai kedai mamak di seluruh glob. Kita akan terkejut .. aroma curry mamak ada di udara Birmingham, England 24/7. Disebabkan masakan mereka .. yg hebat .. aroma curry ini terus melekat bukan sahaja di setiap bilik kediaman pelajar di England tetapi ..sijil ijazah, sarjana dan phD pun ada jugak bau asap masakan india. Masya allah! 4) Di Malaysia .. selepas cina dan india .. kita tak ada lagi ras lain selain dari ras melayu untuk dibahaskan. Orang melayu pun kuat juga. Mereka bersungguh sungguh dalam bidang agama. Setiap perbualan mereka ..selalu berkisar tentang agama, halal / haram/ sah/ batal dan macam macam lagi. Mereka berpecah berpuak puak kerana .. isu isu agama. Ada orang PAS mengatakan orang UMNO tak kesah sangat pasal agama ..dan orang umno pun kata PAS .. diperbodohkan oleh ABI sejak 1995 lagi. Macam macam isu ditimbulkan ..wal hasil .. masyarakat melayu sudah berpecah. Mengikut kitab agama, satu masa nanti .. orang islam terpecah kpd 73 kumpulan. Satu kumpulan sahaja yg akan memasuki syurga. Nah ini ..membuktikan bahawa pecahan dlm kalangan orang orang melayu sudah tersurat dah. Ini belum termasuk pergaduhan peminat bolasepak antara Kelantan dgn Johor dan perbuatan bodoh anak anak dara melayu menelan pil sintatik dadah .. so ..nampak gayanya kita bersungguh-sungguh dalam sektor kehidupan lain iaitu bukan eknomi . Bangsa lain seperti cinna dan india .. mereka bersungguh sungguh dlam sektor ekonomi sedangkan melayu kito ..sibuk dgn hukum itu dan hukum ini pasal agama. Ada orang melayu tak mahu bersembahyang jamaah kerana sebutan makraj pembacaan imam tua jauh tersasar dari hukum tajwid yg bersirim Saudi Arabia.Sayang..sayang ..sayang... tiba tiba .. selepas bertegang urat mereka menelan roti roti dan kopi ekspresso buatan tangan orang orang bukan beragama islam. Why? 4) kat sekolah .. guru melayu ada. Guru cina pun ada. Guru india pun ada. Mereka duduk ikut ras. Dalam kelas ..mereka galakan murid murid berinteraksi dgn mesra ras ras lain ..tetapi .. dalam amalan hidup di sekolah .. cakap mereka cannot go. They cannot walk their talk. Why? kerana mereka tak bersungguh-sungguh merealisasikan idea satu malaysia. 5) Saya rasa idea satu malaysia ini tepat kerana kita mahu hidup berbaik baik sangka. Muhibah dan ketenteraman hidup akan menjelma jika .. kita saling faham kita punya perbezaan agama, budaya dan cita rasa. Oleh itu .saya memanggil diri saya sebagai guru .. kita kena mengajar bersungguh sungguh dan kita bina kehidupan kita ..dengan item kesungguhan sepanjang masa. Tak percaya? tengok ada guru mempunyai saiz bilangan anak yg ramai sedangkan ada guru anaknya 1 sahaja. Mengapa? guru pertama itu bersungguh sungguh menggunakan peluang yg ada ..menambahkan bilangan dan zuriatnya sejak bergelar guru muda hinggalah ke saat dia diberi status pencen. Syabas! Sekian. Jom kita buat sesuatu amalan itu dgn kadar bersungguh sungguh hatilah. Malu lah sikit .... Kita tahu mcm mcm dari kitab .. bakpor tok ser amal nyor? Insyallah ada kebaikan dlm bentuk kerja yg bersungguh sungguh hati ini. Wallah hu aklam bis sawabbb. Al Fatihah!

Lessons to learn

Posted by sazali

Salam. There are many lessons to learn from MH370 incident. Here I put three big ones: Firstly, we (the armed forces and air port staff) must be careful. If we are too complacent , the enemies will exploit the loop hole(s). We were too 'relax' with many things such as .. foreigners coming into our country and few of them manage to marry our close ones. Last time we needed them to work in plantations, rubber estates, oil fields, and offsetting opposition parties aspirations in the past general elections and now .. it seems ..something is seriously 'wrong'/ out of hand. Secondly, our training / education is not at par with other nations. Even though we have the 'money' to import technology .. when disaster struck our country .. we do not have dedicated people to tackle this mishap. We tend to rely on the foreign SAR (search and rescue). Finally, we gonna suffering in terms of image, international competencies and crisis management. We are not used to tackling big disaster at this scale. Period! The End. Wallahu aklam bis sawab. Al Fatihah.

Nilai seorang anak dalam kalangan org cina di benua cina

Posted by sazali

Salam Al Fatihah kpd muslim/ muslimah yg terkorban dalam nahas MH370 Kumpur ke Beijing pada 8 March 2014 yg lalu. Dari hati saya yg kudus ikhlas , saya ingin mengucapkan takziah di atas pemergian insan insan tersayang dalam kalangan keluarga rakyat negara ini atau negara-negara lain yg terbang dgn pesawat tersebut. Tidak ada perkataan yg dapat diungkapkan bagi .. maksud menenangkan hati keluarga yg terlibat secara langsung/ tidak langsung. 2) Kita menumpang sedih dan terharu teramat sangat. Percayalah! 3) Sebagaimana dimaklumkan, rakyat negara cina diberi peluang mempunyai 1 orang sahaja anak sepanjang hayat mereka. Ini pun jumlah populasi rakyat cina di sana melebihi 1 bilion ramainya. Jika dibiarkan ..mereka mempunyai lebih dari satu orang anak ..secara matematik .. mungkin populasi negara cina melebihi 2 - 10 bilion ramainya. Dengan jumlah yg sedemikian ramai .. mungkin susah bagi kerajaan cina mengendali permintaan rakyat mengikut hukum Mazlow. 4) Cuba bayangkan ..kita ada 1 orang anak sahaja. Sudah tentu cinta dan kasih kita ibu bapa .. dicurahkan kasih sayang, duit siang dan malam, sakit demam mereka .. kita sanggup bersusah payah .. kadang kadang ..si ibu bapa sanggup berlapar ...tengok saiz pinggang , perut si bapa ..kerja siang dan malam mencari rezeki untuk maksud kebahagiaan si anak tersebut dari umur 1 hari sampailah ke umur XYZ. Dalam kalangan orang cina, anak lelaki statusnya tinggi. Sudahlah mereka mempunyai seorang anak .. anak lelaki pulak tu. Mengikut budaya dan kepercayaan rakyat cina sejak turun temurun, mereka beranggapan anak lelaki adalah anak dia sedangkan anak pompuan anak orang. Ini adalah kerana anak perempuan bila dikahwinkan .. si anak tersebut akan meninggalkan kampung halaman / keluarga tuanya dalam jangka masa beransur-ansur dan terus 'hilang' jauh di mata orang tuanya. Dalam islam .. besar kemungkinan .. banyak harta sipeninggalan ibu bapa akan dikreditkan ke dalam akaun 'bank' anak lelaki tunggal ini. Di cina .. saya tak tahu ..tetapi konsep nya sama. tetapi kalau kita membaca novel bertajuk '....' ibu bapa cina menaruh harapan yg tinggi ke atas bahu anak lelaki nya ini. Besar kemungkinan mereka berharap anak ini akan menjaga kesejahteraan mereka pula apabila mereka memasuki zon tua. Siang bertukar malam, hari bertukar minggu, minggu silih berganti .. lama lama .. anak lelaki ini sudah pandai terbang sana dan sini. Diberi pilihan pesawat berbagai bagai jenis .. dia memilih MAS MH370. Dengar khabar dari jauh ..semua penumpang terkorban. Lokasi terakhir di hujung-hujung dunia .. dekat dgn Perth Australia. Dengan pemergian tersebut ..bayangkan hati sepasang org tua cina dari benua cina. Tidakkah hancur .. longlai ..perasaan mereka mengetahui .. anak lelaki tercinta mereka hilang begitu sahaja di bawa air laut yg deras dan bergelora menuju ke kutub selatan. Owshhh! Saya tak dapat ungkapkan betapa .. kosongnya ..hati mereka .. kempis perut mereka .. harapan mereka agar ada anak lelaki itu .. menjaga ..mereka di kala tua .. punah, ranap dan ... aghhh ... begitulah ..wahai pembaca yg budiman. Cukuplah kita hadiahkan Al Fatihah .. dan rasa simpati kita kpd insan yg malang tersebut. Saya menulis ini .. dlm linangan air mata ... menyelami perasaan ibu bapa yg kehilangan anak lelaki yg satu satu nya merupakan mutiara hati (batu hijau jade) ..yg mana nilainya .. berjuta jutaan ringgit atau lebih. Cuba kita bayangkan ..satu hari nanti ..bila mereka melihat anak anak lelaki cina kecil sedang bersuka ria dgn parents mereka di Taman Temassin (bunga) di sekitar ibu kota Beijing ..musim daun daun gugur. Saya yakin .. air mata mereka akan mengalir .. sederas daun daun yg jatuh ke bumi ..mengenangkan .. mereka juga dahulu pernah merasai nikmat membesarkan anak lelaki bernama Li ....bermain , suka ria , ketawa anak masih segar dalam ingatan mereka berdua. Sekarang mereka sudah hilang nikmat mutiara tersebut bergelar 'seorang anak jantanku'. Sekian dari saya. Saya menumpang kesedihan tuan yg mulia. Al Fatihah.

Kalau akulah ..

Posted by sazali

Salam Kadang kadang terfikir jugak .. dari dok panggil USA, Jepun, China , Australia .. kenapa tak panggil mursyid mursyid yg hebat hebat dari Saudi Arabia, Yaman, Kuwait, India, Pakistan, Malaysia dan Indonesia... ajak mereka gi ..tepi pantai .. di Kelantan ajaklah Tuan Guru Nik Azziz .. Buat sembahyang sunnat .. sembahyang khas .. cari MH370 sampai dapat. Mintak tolong dari tuhan secara direct. 2) Dengan cara itu . .. insya allah .. dah selamat semua pesawat dan penumpang-penumpangnya. GUnakan ayat ayat power dari Tuhan Robbul Alameen .. seru supaya ...bangkai MH370 ditemui dgn kadar cepat. Kasi terkejut ... power kita selama ini. Leh? 3) Now .payah dah. Bil tangungan ...jemput semua org puteh, cina , jepun ..dok cari serpihan itu dan ini di semua jenis lautan India, Cina, Atlantic .. sudah mula melambung. Mana ada free tuan hamba zaman lani. Sekian. Saya doakan semua selamatlah. Ameen. Bayangkan jika anak kita sendiri yg berada dalam pesawat tersebut. Elok jgn kita kata macam macam. Berdosa .. Wasallam

Selawat dan Salam kpd Nabi Muhammad s.a.w

Posted by sazali

Salam Kita dibesarkan dengan majlis tahlil dan majlis membaca Al Quraan setiap malam. Salah satu agenda majlis tersebut ialah membaca selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut hadith .. mahfum maknanya lebih kurang .. jika kita memberi satu selawat kkpd baginda .. maka Allah Taala akan balas 10 kali rahmah, rahmat dan kasih sayang kpd kita. Oleh yg demikian jika kita memberi selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada satu satu malam .. maka secara matematik . kita dah dapat 10*100 = 1000 hantaran rahmah, rahmat dan kasih sayang Allah . Insya allah. 2) Semalam saya terbaca sebuah buku kecil (sebesar tapak tangan) mengenai fadhilat selawat. Antaranya ialah: hidup kita tenang dan gembira, hidup kita jauh dari rasa gelisah dan huru hara. Di akhirat pula.. kita akan dilindungi oleh Allah Taala dari panas terik yg tak peri dasyhatnya kita terlepas dari azab di padang mahsyar dan kita melintas titian sirat sepantas kilat. Masya allah! itu baru memberi selawat kpd nabi kita. Apa kata jika kita ambik usaha yg pernah ditinggalkan oleh kekasih Allah ini? Apakah tugasnya? menyampaikan dakwah keseluruh dunia. Para-para sahabat lebih memahami islam dari kita walaupun kita adalah profesor terbilang dari UM atau UKM atau Saudi Arabia sekali pun. Mengapa? kerana mereka hidup bersama sama Nabi Muhammad s.a.w tersebut 1500 tahun yg lampau. Sedangkan kita ( walaupun dinobatkan profesor islam terbilang oleh kerajaan di dunia ini) .. hanya percaya bulat bulat apa yg terkandung dlm Alquraan dan Al hadith. Al Quraan adalah kitab suci orang orang islam sedangkan hadith adalah .. nasihat nasihat baginda nabi muhammad s.a.w. Jika kita amalkan .. kedua dua ini , insyallah kita akan selamat. Para para sahabat Nabi ..walaupun mereka tak ada diploma, ijazah, sarjana, doktor falsafah .. mereka mengikuti amalan nabi seratus peratus. Oleh sebab itu .. 75% dunia mereka telah takluki dari China, ARabia dan Afrika. Oleh sebab kita kurang menjalankan kerja kerja dakwah .. kesannya ialah: banyak kes perceraian berlaku dalam rumah orang orang islam sendiri termasuk rumah tangga ustaz/ ustazah. Kita susah nak mencapai kebahagiaan kerana dalam hati kita .. kita rasa amalan amalan nabi .. sudah ketinggalan zaman. Tidak berahi .. kerana tidak ada kelah. Contoh makan bersama sama pada waktu malam (jam 0800 mlm) dalam satu talam stail org dakwah Sri Petaling. Kita lebih suka makan sendiri sendiri. Ibu makan dalam pinggan pyrex di hadapan TV di bawah dan ayah makan sendiri sendiri KFC dalam bilik study di tingkat atas atas(maklumlah rumah banglo 2 tingkat di Damansara Heights) dan ayah sibuk menyiapkan paper konferens untuk ke London bulan depan. Anak anak tak makan sama sama kerana ada anak anak tak balik balik lagi dari gymnasium angkat besi supaya badan mereka kelihatan macam badan sang TERMINATOR atau Crocodile man. Anak anak dara pun .. tak balik balik lagi dari makan malam .. walaupun jam dinding dah menunjukkan jam 100 pagi. Kita percaya .. bahawa dgn pengajian tinggi, duit banyak, kereta banyak banyak di bawah garaj, baju anika rupa dari seluruh emporium london, new york, paris ..itulah simbol kesenangan abadi. Tak leh tidur malam kerana .. anak anak dara gila kpd org org asing giginya merah (kerana makan sireh dan buah pinang). Ada anak itu gila kat mat salleh .. aduhai. Semua penyakit moden ini (darah tinggi, stroke, cancer, diabetes) semua akan hilang jika kita kembali kpd ajaran suci Nabi MUhammad s.a.w. dan amalkan dengan penuh keyakinan bahawa Allah Taala lah yg maha berkuasa bukan terminator atau CROCODILE man .. dan kita mula mula .. berselawat kpd nabi muhammad s.a.w. How to selawat? Allah hum ma soli ala muhammad ...wa ala ahlihi ..sayidina muhammad (10 kali baca ..kuat kuat pun ok .. slow slow dalam hati pun ok ..punya). After selawat ..jom baca Al Quraan. My small amal (sikit sikit ) before maghrib/ after subuh Baca Al Fatihah ; then dikuti dgn 3 ayat terakhir Surah Hasyar, 10 ayat terakhir Surah Al Imran 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah Qul Huwallah hu ahad, Qul A u zu birob bil .. falaq Qul A u zu birob bin nasss and then tadah tangan berdoa. Doa itu biar lama sedikit say 10 minit, 30 minit, 60 minit dan bersungguh sungguh hati. Mintaklah apa apa tuan hamba Ph.D ke, MIT ke, minah london ke, .. Allah Maha Mendengar dan Serba tahu yg nyata dan yg ghaib. Wallahu aklam bis sawab. Yg baik dari Allah Taala dan YG tak bagus bagus ..semua ana punya silap lah. Muga muga kita berbahagia. Ameen.

itu ini tipu daya belaka

Posted by sazali

Salam. Artis artis di negara ini ramai tertipu. Bukan artis sahaja yg tertipu ..bahkan ibu bapa mereka pun turut juga tertipu dengan dunia bayang-bayangan ini (mirage). Kalau dibuat research, ada artist berkhawin dgn org kaya luar negara ..dgn harapan dia akan jadi kaya raya serta merta. Ini ditekan oleh kepercayaan ibu bapa artis artis itu sendiri ..khawin beany ..dgn org brunie tu ..otomatik kita akan hidup senang lenang 7 generasi terus menerus. Dengan berbekalkan sedikit wajah jelita mirip mirip seniwati Elizabeth Tailor ..dan suara merdu ala Bonny Taylor ..majlis perkhawinan diadakan. Ramai org org kenamaan dan berharta datang ke majlis perkhawinan tersebut. Formula is ..bila kita mengahwini org kaya ..dan majlis ini diraikan oleh orang orang kaya ..maka formula iblis mengatakan..pasangan berdua ini akan hidup kaya raya i.e., penuh kegembiraan dan kesenangan yg selama lamanya. 2) Aghh..siang bertukar malam..proses biology bermula ..minggu jadi bulan dan bulan bertukar tahun dan tahun bertukar dekad. Hasilnya ..ada pasangan artis ini bercerai berai. Habis rahsia rumah tangga mereka didedahkan. Semua lubuk duit terbongkar. Proses mencari kekayaan ..semua diceritakan dlm mahkamah berhari hari lamanya. Org buta di kampung seluruh dunia menumpang seronok ..membaca dan mengikuti perkembangan kehidupan pasangan artis berformulakan ilmu iblis wa duit ini. 3) Mereka berebut harta pencarian. Mereka berebut anak. Macam macam jd rebutan. Ada yg berjaya ..dan ada jugak yg kandas disebabkab kepintaran lawyers hindu yg terkenal dgn ilmu putar alam dan serunai ular yg berbelit belit itu. Wal hasilnya ..itulah lakonan artis-artis melayu, indon, arabia ..diassumekan islam ..dan bila mereka mati ..diassumekan tempat mereka lebih baik dari org org kebiasaan. Fenomena ini diaminkan oleh ustaz ustaz berpengaruh yg menumpang semanggkuk sup ini dan itu. 4) Semua lakonan ini ..tuhan dah khabarkan ..dlm surah surah Al Quraan. Jika tak ikhlas..tempat akhirnya ..neraka jahanam. Na u zubillah. Kita tahu mcm mcm. Org yahudi dan kristian tahu itu tempat dipanggil neraka jahanam. Sayangnya ..kita tak mengambil pengajaran. Majlis forum agama ..bertukar dari perkara agama kpd majlis gelak ketawa di Trengganu contohnya. Jom tuan tuan semua ..kita kembali kpd ajaran islam yg suci murni. Kita buat sesuatu (pegang keyakinan berpaksi tuhan itu Allah kemah keming) cepat cepat ..sebelum kita bergelar si mati. Ayuh..hidup ini sekali jer..Berwaspadalah. Saya pun kena berhati hati juga. Ilmu yakin kpd kekuasaan Allah hendaklan dipertingkatkan mulai sekarang. Apa itu? Percaya dgn ketaatan kpd ajaran tuhan dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w sahajalah kita boleh selamat dunia dan akhirat. Jauhkan dari maksiat dan syirik. Maksiat is .. tak menunaikan sembahyang 5 kali fardhu sehari semalaman, puasa 30 hari Ramadhan, tidak rasuah, tidak menipu, .. berlaku zalim seperti bunuh membunuh anak anak sendiri dan lain lain lg. Wallahu aklam bis sawab.

Hebatnya pencipta agung ini.

Posted by sazali

Salam. Saya mulakan dengan Bismillahi Rahma nirrahim. Manusia adalah makhluk tuhan terbaik jika dibandingkan makhluk lain. Mengapakah begitu? Jawapannya ialah tuhan kurniakan akal , otak, fikiran, perasaan kpd insan seperti tuan tuan hamba. Syukurlah kita diciptakan tuhan sebagai manusia. Ada melayu, cina, india, dayak, iban, orang asli, orang arab dan orang afrika. Dijadikan begitu supaya kita sedar bahawa ada pencipta yg agung bernama Allah Azawajalla. Bila sebut pasal pencipta..mari kita tengok kehebatan manusia bergelar pelukis. Dia melukis wajah manusia..dulu wajah melayu matanya bulat, lepas tu dia melukis wajah cina matanya sepet, then dia melukis wajah india dgn hidungnya mancung dan matanya ..bulu matanya lebat sekali. Ada masa itu kening orang india dilukisnya bercantum dari kanan ke kiri. Hebat lukisannya itu. Dipamerkan dlm galleri lukisan di London. Kadang kadang hasil potrait berwajah melayu membawa pulangan yg lumayan kpd pelukis itu. Harga portrait mencicah rm1 juta kerana wajah melayu itu Tun Mahathir rupa rupanya. Disebabkan ..populari pelukis..di london..jom kita upah dia melukis wajah tun 1000 kali. Apakah yg akan terjadi? 2) Betul. Satu ketika nanti ..pelukis agung akan merasa bosan boring ..fed up ..muak..menatap wajah yg sama. Mengapakah begitu? 3) Pembaca pembaca yg budiman, Allah tak pernah bosan menciptakan wajah melayu. Dia tak kenal apa itu boring dan fedup. Dia terus mencipta manusia dgn wajah wajah berbeza dan ada kalanya ..wajah melayu Tun ada di Afrika Selatan. Pelanduk 2 serupa. SUBHANALLAH.Setiap kali disiapkan ciptaan manusia..Allah sempurnakan ciptaannya dgn nyawa, perasaan dan kasih sayang. Salah satu insan teristimewa bernama ibu. Jika seorang ibu melahirkan anaknya sebesar tapak tangannya dan kaki bayi sebesar 2 jari ibu tersebut..tuhan campakkan rasa kasih sayang kpd ibu tersebut. Subhanallah. Alhamdulilah Allahu Akbar. Dengan anugerah kasih sayang..ibu membesarkan kita. Ibu sanggup tidak tidur bermalam malam lamanya..jika bayi sakit dan macam macam lagi. Sebenarnya kasih Tuhan Allah adalah 70 kali ganda dari kasih sayang ibu. Allah tak mahu kita susah di akhirat nanti. Dia tak mahu kita berduyun duyun dicampakkan ke neraka dgn api yg panas. Oleh sebab kasih sayang Allah menurunkan beribu-ribu nabi nabi dan rasul termasuk Rasullullah s.a.w. Mereka dihantarkan ke sini untuk memberi peringatan kpd kita semua ..taatlah perintah tuhan mu yg telah menciptakan kamu dari air mani lelaki pompuan yg yg 'kotor' .. dan dari proses biologi dan nafsu .. manusia diciptakan. Untuk apa kita dilahirka? Ada usaha besar untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Seorang ayah tahu apakah usahanya..seorang guru ada usahanya tersendiri, seorang askar TUDM di Butterworth tahu usahanya.. so soalan RM10 juta .. apakah usaha yg dipertanggungjawabkan kpd kita umat Muhammad s.a.w. Adakah sekadar membina kehidupan sampai ke puncak kekayaan yg hakiki? adakah usaha kita terhala kpd membesarkan kebun sawit kita sehingga besar jauh mata memandang .. adakah itu syarat kejayaan di sisi pencipta yg agung? Orng islanm yg cerdik ..tahu ..tanggungjawab kita tak lain tak bukan ..serupa dgn usaha nabi besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Yes ..berdakwah serupa mcm baginda rasulullah. Kita makan minum biar serupa dengan cara baginda amalkan, nikah kahwin anak anak kita biarlah serupa dgn cara nabi langsungkan ke atas anak anak nya ..juga. Mengapa ..dakwah ..usaha agama kita kena buat ikut selera kita pulak? sekarang anak anak muda suka muzik ... adakah usaha dakwah .. kita sesuaikan macam muzik jugak? Jauh terpesong kita tuan tuan hamba yg dimuliakan. Sebab ..kita pandai pandai menjalankan dakwah .. ikut selera kita .. ramai pasangan muslim bercerai berai hatta anak anak ustaz, ustazah pun terlibat sama. Kita kena ikut formula Allah .. kekasihnya ialah rasulullah s.a.w. Dengan kita meniru bulat bulat stail dakwah seperti rasulullah dan para para sahabatnya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali r.a. .. insya allah sinar cahaya islam akan mula terpancar dlm rumah tangga kita sendiri ..dan beransur anur terang ke dalam rumah tangga orang orang lain seluruh dunia. 4) how? korbankan masa , harta, wang ringgit , nyawa ..berjuang.. dlm medan dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Ganjarannya? syurga firdaus abadi abada. Insya allah. 1500 tahun yg lalu .. para para sahabat ..berjuang bermati-matian .. sebar dakwah .. hasilnya 3/4 dunia ditakluki oleh mereka. Sekarang benua india dan China ..ramai umat islam. Sedangkan .. kita berdakwah dalam Astro .. dan pendengar mendengar dakwah ..dlm rumah tangga berair cond , kerusi empuk .. sambil sambil makan buah kurma negara arab , kacang dari Sudan .. kita hanya angguk faham jer ..apa yg diperkatakan. Kefahaman itu tak akan dpt dijelmakan dalam bentuk amalan amalan yg membawa kpd turunnya taufiq dan hidayah Allah. Proof? Bukti? tengok sahaja ..cara anak anak muda kita berpakaian ... tengok cara tidur bangun anak anak dara kita di rumah ... stail ini .. adakah akan menarik kasih sayang Allah Taala ..ke dalam rumah tangga kita sendiri. Tidur lewat ..bangun pun lewat .. memasak tak reti .. semua masak memasak ibu yg lakukan ..sampai si ibu mati tergolek dlm dapur serba canggih .. hutang bank untuk dapur tak langsaikan lagi .. ayuh ..ayuh ... tuan hamba .. berubahlah. Kita sama sama terjun dlm dunia dakwah .. tabligh .. kita pergi membawa .. mesej .. Allah Maha Kuasa ..makhluk tidak ada kuasa sedikit habuk pun .. tengok episod MH370 itu. Jika seluruh dunia membantu negara ini mencari bangkai kapalterbang itu tanpa izin Allah .. tak terjumpa pun apa apa .. kita kena membaiki tahap keimanan kita masing masing .. bila iman kita naik mencacang .. barulah ..Allah bantu kita di mana mana sahaja kita berada. Sekian. Yang baik Allah punya ..yg lemah itu semua kelemahan saya sendiri. Kita tak leh baiki tahap iman kita dgn mendengar syarahan agama dalam rumah sendiri. Itu bukan sunnah para para anbiya' alai his salam tus wasalam. Kita mesti berhijrah jauh jauh dari katil dan dakapan isteri tercinta, Ayuh tuan hamba. Sri Petaling please?

kasi chance examine them up

Posted by sazali

Salam. tadi terbaca berita ..menteri pendidikan mahu analisa dibuat mengapa peratusan lulus kertad matemat spm jatuh bila dibandingkan dengan tahun 2012 spm. jawapan ada tiga. pertama ..soalan matematik spm ini payah sedikitlah. kedua .. pelajar kurang faham konsep matematik yg diajarkan.ketiga ..guru matematik yg pakar semakin ramai yg telah bersara. HUraian lanjut. Ramai ibu bapa hantar anak anak ke pusat tuisyen. Di sana mereka diberi pengajaran ala latihtubi sahaja. Di sekoĺah pun guru guru pusat tuisyen ikut stail latihtubi jugak? Why? Pi mai pi mai majoriti guru tuisyen dtg dari sekolah sekolah kerajaan jugak. Stail kualiti dan kuantiti sama jer. diperhatikan ..sekolah sekolah tidak didedahkan stail belajar ilmu kerana seronok belajar. Pada zaman dahulu 1970 hingga 1980 guru guru matematika mengajar kerana mereka syonok mengajar ilmu tersebut. Waĺaupun tak ramai pelajar skor A1 mathematik ..ilmu tersebut dapat digunakan dari dulu sampai sekarang. Pelajar seronok belajar kerana guru mereka ada passion (gilo tahap tinggi) terhadap ilmu itu sendiri. dulu budak budak selesaikan matematik secara conggak sahaja. Sekarang di seven eleben seluruh negara..jika rokok dunhill harganya rm12..dan pembeli menghulurkan wang rm..kita perhatikan budak counter 7 11 mengambil mesin kira kira jugak dan memulangkan baki wang rm8. so slow n nampak sgt ..kurang yakin kpd ilmu arithmetik dan matematika. why jadi begini? Ada cikgu maths sekarang pun tak yakin ilmu yg ada dlm dada masing masing. Jom cuba ubah stail mengajar. Kita ajar biar ada falsafah logik dan analogy. Masukkan isu isu biasa dlm PnP kita. Dgn cara itu ..kita bina ilmu maths kita dan anak anak murid kita dgn penuh keyakinan. 4) Bagus ambil guru guru veteran mengajar guru guru muda ini. Sekarang sibuk kita uji pelajar pasal english. Bila org org cambridge sendiri uji guru guru kita ..baru nampak ..benda sebenarnya. sebilangan Guru guru english kita masih jauh ..standard kepakarannya walaupun ..ada guru guru itu dinobatkan oleh KPM sebagai 'guru pakar DG52'. Itu baru subjek bahasa inggeris. Cuba org org india dari Universiti Aligarg uji guru guru matematik kita. Rasa rasa ada ke benda serupa dgn guru guru english tadi? ok ok ..kita selalu teropong kepakaran guru guru mentah/ baru setahun jagung mengajar subjek kesukaan mereka. apa kata ..Cuba uji ..kepakaran ilmu guru guru besar pulak. uji pegawai pegawai PPD , JPN, KPM dan KPTM. Can? Kasi periksa itu guru besar/ pengetua sikit. Boleh tak? baru kita tahu ..ada ketam besar ajar anak ketam berjalan lurus ataupun tidak.... subhanallah. alhamdulilah. allhu akbar. masya allah? Sekian. KIta renungkan bersama sama kerana satu hari semua kita akan disoal siasat oleh Allah Khaliq yg Agung.

hati kawan ma

Posted by sazali

Salam Jika kita membeli sesuatu barang di kedai ..kita akan perhatikan 1 benda unik. Ada barang tahan lama dan ada barang tidak bertahan lama mana pun. Mengapa? Ki mungkin sifat kualiti barang tersebut. Contoh sepasang kasut kulit dibeli di kedai sepatu. Ada kasut bertahan sebulan dan ada kasut membawa kita ke seluruh dunia. Kasut yg rendah kualiti akan dibuang dan kasut yg bagus ..dipakai orang sampai bila bila atau tiba tiba hilang di tangga masjid india kumpur. 2) begitu jugak dunia berkawan. Ada kawan kita seronok dengannya sehari dan ada kawan ..kita sanggup bermati matian berdamping dgn nya. sifat utama berkawan ialah chemistry. Dia magnesium dan kita oxygen. Persahabatan kita magnesium oxida. Orang akan sebut gandingan 2 item ini sampai bila bila selagi dunia ada oxygen. kedua ialah kita berpegang pada janji. If lembu ..we pegang mereka dgn adanya tali lembu ..tetapi bagi manusia..we pegang kpd janji. Di sini janji yg membawa kita kpd keredaan Allah Taala. Amal ibadat yg mulia. Contoh kawan susah kewangan. Kita pinjamkan dia duit. Dengan duit itu banyak benda dia dpt selesaikan. Orang berhati mulia..dia akan cepat cepat bayar hutangnya. Tak payah menunggu najib umumkan bonus di akhir tahun pun. Bila hutang dibayar cepat ..dan ada sedikit buah tangannya seperti pisang raja..yg datang berkali kali ke rumah kita..maka ..both of us can friend bukan setakat tahun ini tetapi untuk selama lamanya. Senang jer menawan hati kawan. Jom kita pegang pada janji. next..nexg..kita jgn susahkan kawan kita bukan jer sekara ng ..tetapi ..esok, .usa, tulak, next week, next month or next world ..kita tak akan menyusahkan dia. Kita mintak apa apa dgn tuhan kita jer. Nak dpt zuriat..kita mintak tolong dgn Allah. Nak cari ilham research pun kita mintak dari Allah. next..kita jg mulut kita. Jgn sakitkan hatinya. Contoh ..kawan kita berkulit hitam. Jgn komen sangat jika setiap hari ..dia memakai baju sekolah warna puteh jer. Why? Itu je warna yg paling cantik dgn nya. Rujuk buku multemedia Mayers 1995. Cambridge University. syukur tuhan kita kurniakan kulit ala lady diana ni. Pakaian berwarna apa apa pun ..we look so ok punya. bersyukurlah. if hati kawan kita jaga..silap silap haribulan tanah kebun dia ..akan dijualkan kpd kita dgn harga b

kawan dan lawan

Posted by sazali

Salam. Sebagai manusia kita memerlukan kawan. Sesetengah kita pandai berkawan dan ada juga kalangan kita tidak pandai berkawan. mengapa begitu? berikut adalah punca puncanya. 1) pandai berkawan kerana pandai menjaga hati kawan. Jika kawan itu suka memakan laksa penang, dia akan usahakan habis habisan mencari laksa penang untuk kawan yg sudah lama menghilangkan diri. Kedua dia amalkan sikap merendahkan diri. Contoh jika kawannya berkelulusan spm jer..tetapi suka bercakap besar ..dia tunggu dulu mendengar percakapan berskala besar itu. Bila dah berhenti bercakap.. kawan bijak itu akan menegur si mulut celupar itu dgn sopan dan lemah lembut. Ketiga, dia ikut angin kawan kawannya yg lain. Dlm sukan bolasepak, jika geng semua suka team Brazil ..dia akan sokong Brazil dan Nehmar jugak. Bila begitu semua org akan happy. Kita berkawan agak lama jugak dari muda sampai mati. Now kumpulan orang selalu hilang kawan. why? kerana faktor berikut 1) sombong. Suka makan ikan kembong. Orang sombong semua orang tak suka. Contoh dulu dia berkawan dgn kita sejak seķolah lagi. Bila dia dah jadi menantu menteri, rumah kita ..langsung dia tak mari. Jemputan khawin anak kita pun ..dia buat tak reti jer wal hal rumah dia dan rumah kita ..tak jauh mana pun. Begitu juga orang itu yg tiba tiba kaya. Semua kawan lama dilupakan dan ditolak ketepi. Why? Sebab di dunia ini , dia seorang je yg kaya. 2) suka tikam belakang kita. Dalam bahasa lain mengumpat itu dan ini. Semua hal kita ..tak bagus di sisinya. Dlm satu hadith ..org mengumpat diumpamakan ..dia makan daging mayat kawannya. Di akhirat esok..dia ditampilkan dgn muka yg kering ..dan bertulang. Busuk pulak tu. Ayuh kita jgn jadi begitu yer? 3) ada handphone asyik hilang jer..nombor kita. (Ketawa). Kalau kita caling calling ..dia tak angkat angkat pun. Esok bila jumpa di opis ..dia buat dont know jer. Gila bukan? nanti kalau kereta dia mampus kat mana ..kita jgn tolong dia. Biar padan mukanya. itu jerlah tulisanku ini. pandai pandailah kita berkawan. Jgn jadi kera sumbang. Wallahu aklam

janji janji tuhanmu

Posted by sazali

Salam. Dengan izin Allah .. pagi tadi after solat subuh di masjid jameek .. tuhan memberikan sedikit taufiq dan hidayah .. aku membaca 1 muka surat al urann.. Surah Qaf. Satu ayat dari surah tersebut ialah : "..bertasbihlah(ingatkanlah nama Allah) .. sebutlah nama Allah .. banyak banyak di saat saat matahari terbit dan matahari beransur ansur tenggelam (maghrib)... sesungguhnya Allah sediakan sesuatu yg bagus bagus kpd orang orang yg baik-baik". 2) Selalunya .. ramai orang datang ke masjid jameek menunaikan solat fardhu subuh. Dari seramai ramai yg datang itu .. tak ramai yang mahu join imam .. bertasbih panjang panjang di atas tikar sembahyang masing masing .. hinggakan waktu isra' / waktu dhuha. Why? ramai kita tersangatlah sibuk. Orang ada kerja gomeng/ industri pun sibuk .. org tak ada kerja (mengganggur pun) menunjukan dia pun sibuk jugak...tersangatlah sibuk. Oleh sebab kesibukan ini, tak ramai ..antara kita yg membina satu jadual tetap .. nak memuji Allah di kala matahari terbit/ matahari tenggelam. Di riwayatkan oleh satu sahabat nabi .. bahawa nabi Muhammad s.a.w ada berpesan .. di waktu waktu beginilah kita patut ..berdoa ..minta Allah kurniakan kita kesihatan yg baik, kesihatan anak bini dgn baik ,.., perniagaan kita semakin maju , ..write up thesis masters dan/atau PhD semakin hampir kpd saat penyudahnya. Oh Robbb ..please help me. Why can't I put the final dot in my writing? Ramai kita mencari .. tok bomoh untuk maksud dunia dan lain-lain. Banyak wang kita habiskan untuk menggayakan tok tok bomoh tok bomoh ini sedangkan dalam kitab Al Quraan .. sudah ada .. kunci kpd segala jampi jampi. Bacalah ..ayat ayat Al Quraan .. di waktu matahari mahu tenggelam habis atau mahu timbul sikit demi sikit di ufuk timur itu. Mintak apa yg ada dlm hati kita masing-masing. Why? Allah maha Kuasa. La illa ha illa allah ... Allah can do and undo anything ..what he pleases ..but the makhluk like us , malaysians, asians, americans, thais, vietnamese, indians , chinese and the rest ..can not do anything ..without the will of Allah. Lucky indeed ..we are witnessing one special event when all forces of the earth .. by bringing all the latest technology .. IT, ICT, radar, simulator, MH 370 (manusia hilang) , ships, submarines, planes, helicopters, prime ministers, presidents , engineers, pilots, .. and many more .. can not do anything ...without the permission of Allah. See? that is the makhluk's limitations. but yet so many of us .. are enslaving ourselves day in and day out to the modern technology.. Even ex-premier Tun Mahathir .. was surprised .. after all the connections and technolgies from the super powers .. yet the men draw an empty search. Just a blank Tun! 3) Let us pray .. they will come back alive. Ameen. I m also worried .. since I flew quite often by planes and my dreams. Do not rejoice at any man's fall,.. for you know not what life has in store for you. Allah hu Akbar! Help us Ya ROBB. 4) After reading the quraan and thinking about the meanings .. I drove home for my breakfast at 0700 sharp. Alhamdulilah. Allah sediakan sesuatu yg bagus bagus kpd orang orangyg baik. Percayalah..janji janji Allah. Di sisi Allah lah .tempat bersandarnya .. seorang mukmin/mukminah sejati. Wallahu aklam bis sawabbb.

untung tak?

Posted by sazali

Salam. Umat Nabi Muhammad s.a.w. sangat beruntung. Walaupun purata umur kita hidup di dunia dikatakan pendek 60 tahun sahaja ..umat ini dikurniakan berbagai bagai nikmat bergelar rahmat, berkat dan rahmah. Allah hu Akbar! pertama ..umat nabi noah alai his salam hidup 900 tahun lamanya..tetapi umat tersebut tidak diberikan tugas dakwah kpd manusia lain. bila umat ini mengambil usaha dakwah mirip kpd cara baginda rasulullah s.a.w. dan para para sahabatnya lakukan ..maka sesaat memikir pasal agama dan fikir pasal agama umat ini pun telah menjemput berbagai bagai pahala dari sisi Allah. Tempoh sesaat itu seperti beramal sembahyang sunnat beribu ribu rakaat lamanya. di dalam satu ayat Al Quraan ..mahfumnya ..Mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yg lebih menguntungkan kpd kamu. Keluar fisabilillah (berdakwah) ..ini adalah lebih baik dari kampung dunia dan isi harta kekayaannya. Alangkah beruntungnya kita jika kita menyahut pelawaan khaliq kita itu iaitu Allah. kedua , jika ada kalangan kita bersusah susah payah mencari ilmu ..setiap saat kita belajar, research, menulis jurnal dan menulis buku mengenai ilmu yg kita terokai ini ..semua aktivitas ini dipanggil ibadat. Bahkan ..semua makhluk seperti burung dan ikan ikan di lautan akan memohon agar Allah ampunkan dosa kita. Masya allah. Besarnya fadhilat menuntut ilmu ini apatah lg ..ilmu yg kita berikan kpd students dpt dipraktikkan di luar negara seperti Yaman, Indonesia, Vietnam, Nigeria dan lain lain lg. tengok hayat kita tak sepanjang umat nabi noah a.s. tetapi usaha kita yg sedikit ini ..dgn izin allah akan membawa sinaran kebaikan kpd orang orang lain. Ketiga, derma dari umat ini ..seperti membina masjid, jambatan, tandas awam, bangunan sekolah ..selagi ada manusia menggunakan itu punya bangunan, jambatan, tandas ..selagi itulah .. buku akaun pahala kita terus terbukak luas sejauh mata memandang. Duit kita taja ..budak kemboja menjadi tahfiz..kesan akibat wujudnya tahfiz, hafiz dan hafizah..semua amalan dan kesan amalan mereka ..komputer Allah terus mencatit kebaikan derma yg kita hulurkan dan salurkan dahulu. oleh itu bersyukurlah..kita menjadi umat nabi besar ini Muhammad s.a.w. jgn lepaskan peluang ..melakukan sesuatu amalan baik ..selagi hayat dikandung badan. ayuh! wallahu aklam bis sawab

Kalau kita ayah ibu merekalah..

Posted by sazali

salam Zaman sekarang ..anybody can fly? (tag line Air Asia). If we were the parents of those passengers .. how do you react to the latest development .. no news what so ever from malaysian government about the state .. of the lost plane and our children? 2) I think many of us ..are going mad, madder and maddest ..as time ticks on. Right? Why is that so? the answer is so simple. They are our beloved ones. The least the malaysian government can say is .. 26 nations are helping to search the passengers. Just keep on praying, will you? but ..it is already 11 days now. No..news what so ever. The prayers were done by all races, religions, ..even the coconuts were used to attract n get back the lost plane and its passengers. In my opinion, we have to go back to the powerful kalimah toyibah 'la ila ha illa llah ..' which means .. if the whole world gets together to get the passengers without the permission of Allah ... nothing can be done correctly. Plus if the whole world wanted to destroy us .. without the permission of Allah .. no harm can befall us. So .. trust Allah more and more now please. Let Allah does the rest i.e., miracle .. example .. MH370 suddenly pop up again in the malaysian sky tonight .. spotted by the radar and escorted by the RMAF ..hushh. It is always possible, Allah can do it. To Allah , I can trust. Allah hu Akbar!

ketidakpuasan hati

Posted by sazali

Salam. Setengah orang tergelak gila sekarang pasal bomoh pakai kot necktie dan bergaya ala ala berkawan dgn menteri itu. Bercakap pasal bomoh..saya tak happy cara dia baca quraan ini. Rasa rasa mcm itek angsa jer baca surah yaseen tu. Kenapa baca tak pakai hukum tajwid yg rapi. Lagi pun ayat ayat quraan ni ..ayat dari Allah Pencipta badan Tok Bomoh itu sendiri , buah kelapa, buluh dan apa lagi hah. Mintak cermatlah sikit Mahaguru Silat? itu jer komen berkenaan dgn tak happy saya ni. sekian n good bye bomoh belon tu

pengajaran kpd kita yg lalai

Posted by sazali

Salam. Sudah 9 hari pesawat itu hilang. MH 370 ( Manusia Hilang!). Rakyat Beijing sudah mula beransur pulang ke Beijing. Mengapa? ada benda tak kena. pertama ialah ..tunggu tunggu lama pun mcm tunggu buah tak jatuh. Hari pertama pesawat hilang..seluruh tenaga pakar pencarian tertumpu di lautan berdekatan Vietnam. Sekarang mereka dah mulai sedar..pesawat itu berpatah balik ke Semenanjung Tanah Melayu..walaupun objek sebesar pesawat ini tiba tiba muncul dlm radar tentera malaysia..aghhh..kehahiran objek pelik ini tidak menimbulkan apa apa benda menarik kpd ahli pakar sekuriti negara.. org org Beijing berbisik dlm bahasa itek serati mereka..kalau tentera malaysia buat sesuatu di saat pesawat dikesan ..tak akan kita dengar raja bomoh nak tampar Menteri Belia Sukan Negara..entah entah kalau kita dok lama lama di malaya..entah entah habis menteri BN tok bomoh akan tampar kot. Loght itek serati ini kadang kadang melucukan juga..bila bomoh tampar semua menteri..parlimen malaysia tiba tiba sunyi tidak berpenghuni lagi. Apa apa pun kita dpt 2 3 pengajaran besar di

Hati manusia ditimpa musibah sama jer

Posted by sazali

Salam. Sudah seminggu dunia menyaksikan ibu dan ayah menunggu penuh debaran nasib anaknya di atas pesawat MH370 tu. Tidak kira bangsa..masing masing mengharapkan miracle / sesuatu yg ajaib bisa berlaku. Orang melayu menangis. Org cina pun menangis. Orang india dan Ukraine menangis ..mengenang nasib anaknya nun jauh di sana. Pada saat ini, tidak ada orang mana mana pun tahu dgn penuh kepastian sama ada anakku itu selamat atau tidak. Yang kita tahu, air mata insan insan ini berwarna sama putih meleleh dari lubang biji mata dan terus mengalir tanpa sedar membasahi wajah mereka. Kalau diukur tahap rasa masin masam àir mata itu..penulis yakin rasa masin masam (PH value) adalah sama. Nilai air mata ini ialah masing masing meratap rindu pemergian org org tersayang. Tetapi kalian tahu kan..rasa sayang Allah kpd makhluknya adalah 70 kali ganda sayang ibu kpd anaknya. Allah tak mahu kita susah nanti. Lantas dihantarkan Nabi Nabi/ Rasulullah membimbing kita agar selamat dunia akhirat. Oleh itu sedarlah..kita akan selamat jika kita patuh kpd ajaran tuhan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Hari dah jauh mlm. Mata penulis sudah mulai mengantuk. Kalian bersedih. Rakyat Malaysia turut bersedih juga. Kami terus berdoa dgn penuh yakin..tuhan akan selamatkan org org tersayang tuan hamba. Wallahuaklam bis sawabbb. ( Allah knows best).

kita terus berdoa

Posted by sazali

Salam Seluruh dunia sedang memerhatikan kita ..iaitu rakyat Malaysia. Ini adalah kerana kehilangan pesawat Mh370 itu dgn penumpang 23p orang dari Kumput ke Beijing. jika tak silap dah 6 hari ..semua waris waris penumpang terus menunggu berita tentang orang kesayangan mereka masing masing. 2) BUKAN dah saya cakap 72 jam yg lalu mengenai ..layanan kita kepada orang dekat kpd kita. Kalau kita jaga hubungan tersebut..tidak terkilan sgt bila anu bin anu tiba tiba jadi begini. 3) how? jika suami mintak masak nasi lemak special..buatlah cepat cepat. Jgn menangguh nangguh ..rugi kita nanti. jika isteri nak sepatu kerja berjenama sikit, cepat cepat belikan. Dont wait. See..now where has she gone? jika anak nak kereta proton model terbaru..belikkanlah cepat cepat. Bukannya mahal sgt? Deposit 20,000 ..balance payment lebih kurang 500rm jer. Ayuh belikan. Kalau simpan simpan duit pun..nak bawak ke mana duit tuan/puan itu. Lagipun dia nak proton jah..bukan jenama import macam audi dan bmw. Kia pakat pakat beli tau? 4) dah ptg jumaat dah ni..sebagai rakyat malaysia..jom kita doa

Do not take things for granted

Posted by sazali

Salam/ Good Morning Yesterday I read a Sunday Star (Malaysia) paper. Many good articles there. One of them entitled '.. do not take things for granted '. Maknanya .. jgn pandang mudah sahaja dgn rezeki yg ada. Salah satu rezeki yg tuhan kurnaikan kpd kita ialah rakan taulan (sahabat) seopis, sekolah, universiti, kementerian dan .. 2) Kita sebagai insan memerlukan kawan walaupun bukan sepanjang masa ..tetapi kebanyakan masa mereka adalah tersangat penting. Sebagai haiwan yg suka bersosial (makan minum bersama-sama) yg mana ada yg sudahpun berkahwin dgn adik adik perempuan kawannya sendiri .. nikmat ini kadang kadang kita terlupa .. kita perlu menghargainya semalam, sekarang, esok, dan selama-lamanya. 3) Dua hari yg lalu ..saya dikejutkan dgn berita tragik ..sahabat opis saya Arwah Azaddin Bashir sudah kembali ke rahmatullah. Accident! Umurnya saya rasa tersangatlah muda ..mungkin 30 tahun ..dan ini adalah 25 tahun lebih muda dari penulis ini tetapi ..itulah hakikat hidup. Mati itu benar tuan hamba! 4) Bila kita kehilangan seorang kawan yg tersangat baik ..menolong saya dgn peralatan makmal komputer di fakulti sejak 10 tahun yg lalu ..pemergiannya sangat sangatlah terasa ..terutama oleh diri ini kerana arwah akan buka dan tutup makmal komputer di waktu malam 0800 - 1000mlm sebagaimana yg diarahkan oleh ketua makmalnya. Semua tindak tanduknya selama ini ..kita anggap sudah sebati dgn perjalanan PnP kita .. kita jarang berhenti 2 minit untuk menghargai khidmat bakti(jasa)sahabat kita selama ini. Dengan penuh kesabaran dia menunggu saya tamatkan kuliah dan aktiviti amali di makmal waktu mlm tetapi ..itulah rutin kerjanya. Alangkah bagus semasa dia ada dahulu ..saya mengajak dia ..makan minum sekali sekala atau belikan dia sepasang baju melayu serba lengkap sebagai tanda penghargaan persahabatan kita berdua ..tetapi ..aghhhhh.. kini semua dah terlambat. Dia dah jauh menuju rahmatullah. Al Fatihah! 4) Begitu juga sahabat sahabat kita yg lain. Yang masih hidup. Guru guru lama kita yg masih ada ..tetapi ..kita tak pernah mengunjunginya walaupun kita memandu atas jalanraya 1000 kali setahun di hadapan rumah bekas guru- guru kita. Tak tergerak kita berhenti seketika/ sebentar untuk bertanya khabar ..sama ada guru-guru itu sihat atau tidak. Kalau dihadiahkan rambutan gula (kuning) seguni kpd mereka bukankah itu sesuatu yg bagus? Kalu tidak pun ..kita jual kereta kita kpd guru dgn harga paling paling special ..menanda kita mengenang jasa budi bakti guru kita yg telah banyak membantu kita (motivasi, kelas ganti, penjamin, tukang saksi biasiswa JPA dan lain-lain). Aghhh .. tak ramai kalangan kita berbuat begitu bukan? Kita sekadar pandai menggangguk di waktu tazkirah hujung hujung minggu di opis sahaja. Tahu tetapi ....payah nak buat bukan? Mengapa? Jawapan ..ada dalam artikel Sunday Star itu semalam. Kita ingat ..sahabat sahabat yg mewarnai kita saban hari ..adalah sesuatu yg mesti ada dgn kita buat selama-lamanya. Alangkah bagusnya ..kita berubah beransur-ansur mulai sekarang .. kita hargai kawan kawan kita yg ada ..tak kira dia muda atau pun tidak, hidungnya koper' atau pun tidak .. (suara cakapnya banyak dengau dari jelasnya).. mata sepek atau mata juling itek , panjang kaki kiri nya pendek sedikit dari kaki kanannya .. itu lah sahabat .. kita menerimanya seada adanya. Salah seorang kawan yg paling setia ..kita ada ..ialah isteri. Pernah tak kita menghargai jasa baktinya selama ini? Dia telah banyak berjasa kpd kita ..melalui dia ..dikurniakan kpd kita anak anak dan sekarang cucu cucu. Penat dia membesarkan anak dgn adanya .. susu asli yg sentiasa ada ..dan kadang kadang kita juga membantu melancarkan aliran susu untuk kebutuhan anak anak kita yg sentiasa memerlukan .. aghh ..kita lupa. Kita selalu ambil mudah sahaja .. seolah olah .. isteri kita sentiasa ada dgn kita siang dan malam. nak blanket tanya dia/ nak stoking tanya dia/ bahkan ... nak gi outstation pun macam macam kita mintak dia uruskan. tak patut tak patut kau ni. Huhhh, Apa kata ..tiba tiba ..tuhan memanggil dia jauh lebih awal dari kita oleh Allah Robbul Alamin ? Rasa rasa mu ..kita boleh tak mencari seseorang wanita sebagus isteri kita yg pertama itu? Agak agaklah? payah ..payah ..bukan? Why... cuba kau rasa .. one day jeng jeng jeng ..kau terjual kereta lama mu. Walaupun kau cukup tak suka prestasi kereta lama .. dan setelah kau jual kereta itu kpd org lain .. lets say ..satu pagi kau ternampak mat bangla membawa kereta itu secara .. deras, kasar / memandu membabi buta di hadapan mata mu .. apa kamu rasa? sudah tentu .kau terasa sesuatu dlm hati mu. Aku tak memandu sebegitu rupa bukan? kita cukup menjaga dan membelai ..kereta itu di saat saat permulaan kita membelinya ..banyak tahun yg lalu .. tetapi sejurus kita menjual kereta itu .. barulah kita terasa sikit sikit .. sayangnya kita kpd kereta tua itu. Begitulah .. manusia. Bila benda kat dio .. dio wat don't know jer/ taking things for granted jer / KIta selalu ambik sikap sambil lewa/ acuh tak acuh jer .. semasa semua nikmat nikmat ini masih ada dgn kita .. dan mula menangis melolong lolong di kesepian mlm .. macam budak kecil (tak maluuuu...) .bila kita kehilangan nikmat tersebut ..di pusara isteri/suami/ anak anak/ ibu dan ayah / ( dua kali tak malu muuuu) Mengapa yer ,..begitulahhhh... lakonan kita? 5) Jom ..kita berubah mulai sekarang. Mahu tak tuan/puan? jom slow slow Kita belajar menghargai ..insan bernama isteri, suami, ibu dan ayah kita ..yg sedang .. bernyawa. Hargailah mereka ..semasa ini .. sebelum terlewat. Aku mengajak diriku dahulu .. dan saya mengajak pembaca pembaca ku sekalian ... ok tak? Sekian. Wasallam.

fokus kat kita semua

Posted by sazali

Salam Sudah takdir DUNIA keseluruhannya akan bercakap tentang Malaysia mulai sekarang Pertama kes Dato ' Seri Anwar Ibrahim..dipenjara 5 tahùn mulai malam tadi Kedua..tiba tiba kapalterbang MAS Kumpur ke Beijing tiba tiba hilang subuh tadi 8 March 2014. Mnngapa tiba tiba 2 independent events ini boleh berlaku di hadapan mata kita? Adakah disebabkan kezaliman ..atau apakah kudratullah ini boleh berlaku? Sekarang sistem MAS dikatakan terbaik dibawah teknologi Boeing. Ataupun kuasa tuhan mengatasi segala galanya. Saya tidak ada jawapan di sini. 2) Mengikut kitab agama islam, doa orang kena zalim tak ada hijab. Kena mintak tolong dgn tuhanlah.. Tetapi kitab yg sama mengandungi nasihat - tak kasi kita menzalimi diri sendiri. Dok elok elok di luar penjara tahun-tahun lepas..sekarang dah kena masuk jel kerana nak lawan kerajaan ? Org kelantan kato..keno ikut tabiat serupo lembu kenyang bukankan itu lebih selamat? Sekian. Sabar je lah. Nok wat guanor Wasallam

Nak hidup lama kena reti pilih pilih

Posted by sazali

Salam O yes .. nasihat org tua saya sebelum dia baded me Good Bye 4 Ever. If mahu hidup lama, kita kena pandai pilih. Jika tidak susah kita... How true it was? Look at the following instances: 1) makanan atas meja .. semua berlemak dgn semua makanan berasaskan sayur dan ikan. Kita tentu memilih makanan yg kedua. Kurang kolesterol. Insya allah sistem usus pun ..boleh tahan lama. 2) Pompuan muda umurnya 19 tahun dgn pompuan janda 91 tahun. Jawapan senang sahaja. Tak payah Sayidina Aishah r,a. menasihatkan kpd kita pun ..kita boleh tahu pilihan mana yg terbaik, bukan? Pilih yg kedua .. kos rawatan tinggi ma. Syarikat Insurance pun tak nak cover. Pilihan pertama .. siapkan duit sudahlah. Dia suka shopping ..macam macam lagi pun ..langkahnya panjang. Dia nak shopping di Bandung dan Hanoi, //.. mampu kau? he..he.. 3) rumah besar bilik seribu dgn rumah guru bilik tiga jer. Mana kau nak? Saya suka .. rumah guru biliknya tiga. Senang nak manage. Menyapu sampah pun selesalahh..dan nak vacuum carpet setiap bilik pun ..no problem punya. Lagi pun ..if saudara mara tahu rumah guru .. tingkat 3 ..tingginya dan bilik tak banyak .. mereka fikir 10 kali nak menziarahi kita. Why? mana leh selesa ma, Anaknya sendiri 14 org. Penat masak .. malam malam begini. 4) waktu hujung minggu kita berehat di rumah dengan .. waktu cuti begini kita jalan jalan jauh jauh .. sambil berjalan badanpun penat da. Waktu cuti hujung minggu .. kerajaan dah tahu dah ..sistem badan manusia. Dia recommend kita berehatlah. Main dgn bini dan anak anak tu. Bila main main ..bertambah mesra .. dan ikatan kasih sayang terus kuat , utuh dan ummmppph power. Akhir tahun ..tunggu jer result ..anak kita tu? insya allah bertambah lah cucu kita ..bukan? insya allah. Kalau waktu kerja ..kita asyik memandu ke sana sini, dari umah ke opis dan dari opis ke tempat minum makan 25 jam restoran ..opis ke masjid ..opis ke cafeteria .. sudah tentu bila petang ..badan kita penat. Mengikut hukum tuhan .. jom berehatlah. kasi badan rehat. Kereta, bas, keretapi , kapalterbang pun ..kena rest jugak. apatah lagi .badan manusia ini. Tetapi jika kita lawan hukum badan .. waktu rest rest hujung minggu pun ..kita drive jauh jauh ..dari Malaysia ke Bangkok pd mlm jumaat dan pulang ke opis ..pagi pagi ahad/ isnin .. sudah tentu ..badan kita akan merasai penat yg melampau lampau ... bukan setakat duit banyak teres di jalanraya, restoran RnR, derma sana sini .. kereta kita pun haus / tayar dah hilang bunganya. susah bahhhhh... Kalau duit dah habis .. bukan kita boleh beli printer Epson pun .. cetak balik duit RM yg terbang ..sebab kita gila ke Bangkok tu... rasa rasa ..siapa nak tolong kita .. bila duit dah habis. Korek saku kita pun duit dah habis .. korek purse isteri pun .. duit dalam purse nya pun dah lama habis .. siapakah yg akan 'cover' kita pulak ..time time .. ramai geng opis dok asuyik kawin kawin ramai ramai ini? jawap jawap saudara sekalian. So .. baik jaga diri mu baik baik. jgn ikut hati ..mati. ikut nafsu ..lesu dan ikut .. rasa ..binasa. Betul kan? so ..time rehat ..kita rehatlah. Insya allah if kita pakat pakat amalkan ..hayat hidup kita panjang sampai 60,70,80,90,... 120 tahun. Untung you? Rumusan cerita ..ikutlah nasihat org org tua. Kalau tak tua ... tak kan dia nak nasihatkan kita. Mana ada bidak umur 5 tahun beri nasihat kat kita..mereka asyik menangis jerrr.. Ha..ha.. Sekian. Renungkanlah nasihat org tuaku itu. Wasallam.

Pengalaman mengajar kita

Posted by sazali

Salam Dalam dada Al Quraan, terkandung banyak cerita berkisar kpd perjuangan nabi nabi menjalankan dakwah. 2) Dari salah satu kisah itu, kita cuba memahami hakikat terkandung di dalamnya seperti: 2.1 Nabi Musa a.s. dgn tongkatnya Dalam kisah Nabi Musa a.s. (khalilullah) .. satu hari Allah bertanyakan kpd Nabi Musa a.s. apa yg ada ditangannya? Jawapan nabi musa a.s. tidak tepat. Dia menceritakan dengan tongkat ini .. dia dpt menebas daun daun kayu dari pohon pohon rendang untuk makanan kambing/ biri birinya. Bila ada daun daun untuk dimakan, badan kambing semakin membesar dan mampu mengeluarkan banyak susu untuk kegunaan keluarga Nabi Musa a.s. Banyak lagi diceritakan oleh Nabi Musa kpd Allah .. mendengar cerita macam macam kebaikan ..dari tongkat tersebut .. Allah mencabar Nabi Musa a.s. tolong campakkan tongkat tersebut ke atas tanah/ bumi. Tanpa memikir panjang .. Nabi Musa a.s. mencampakkan tongkat tersebut. Terkejut besar .. Nabi Musa ..apabila tongkat nya bertukar serta merta kpd seekor ular yg besar dan hidup cergas dan bersedia untuk memakan Nabi Musa a.s. Sebagai manusia biasa ... Nabi Musa a.s. cuba lari dari tempat tersebut serta merta kerana ketakutan. Melihat keadaaan panik dan wajah Musa tiba tiba pucat ketakutan .. Allah Taala mencabar Nabi Musa sekali lagi ... dgn tanganmu Ya Musa. Kalau diperintahkan aku pun .. aku pikir 200 kali ..logikkah nak tangkap ular besar dan merbahaya itu dgn menggunakan tangan secara 'bodoh bodoh' ini. Oleh sebab ..pelakon itu seorang Nabi ... maka ditutop mata .. dan menangkap kepala ular yg besar itu. Bila ditangkap jer kepala ular .. tiba tiba badan ular bertukar kpd tongkat kayu yg asal semula. Cukup gembira Nabi Musa a.s. Hishh..hishhhh... sekarang jika kita buat benda alah ini di stadium UTHM , Parit Raja .. rasa rasa ..mahukah pelajar/ pensyarah2 .. melihat peristiwa yg ajaib ini? 3) Ada pengajaran terkandung di dalam cerita Nabi Musa a.s. dgn tongkatnya. Pengajaran tersebut ialah: 3.1 sesuatu itu akan memberi kebaikan kpd manusia jika Allah Taala izinkan. Tanpa izin Allah .. tongkat itu tidak akan membawa apa apa faedah kpd manusia iaitu Nabi Musa a.s. 3.2 Benda yg merbahaya .. akan memberikan mudarat kpd manusia jika ada izin Allah ..tanpa izin Allah .. kemudaratan apa apa pun tidak akan membawa apa apa kesan kpd manusia. Ini adalah ilmu yakin yg mana ramai manusia sejak Musa a.s. hinggakan ke akhir zaman .. perlu fahami baik baik secara mendalam. Hakikat yakin kpd kekuasaan Allah mesti ada dlm hati dan nurani kita sepanjang masa. Sekarang kita dilimpahkan harta sebegitu bnayak sekali. Ada orang mempunyai sijil akademik dari UPSR, PMR, ..PhD .. kalau ditimbang mungkin beratnya .. mencicah banyak jugalah grammme nya. Dengan sijil bertimbun timbun ini kita percaya ..kita akan hidup senang selama-lamanya. Dari sijil ..datangnya .. pekerjaan. Bila ada pekerjaan ..yakin kita ialah .. semakin tinggi pangkat kita ..dlm kerjaya .. makin kaya dan senanglah kita. Dari peluang kerja tersebut ..berubah mengaji gaji ..berubah pula kpd timbunan harta seperti membeli tanah sawit berekar-ekar banyaknya .. pintu kedai .. banyaknya geran rumah dan kedai , itu belum termasuk geran kereta yg beranika jenis BMW, Audi, Merx, Vios, Proton, ... motosikal pun ..penuh bawah rumah di kampung kampung Felda Jengka Pusat .. manusia mula yakin ..bahawa harta bertimbun timbun inilah ukuran sukses dunia dan akhirat. Kalau isterinya ..berkerja juga .. dan mempunyai pangkat dan kedudukan tinggi dlm politik .. selari dgn pihak pemerintah .. bayangkan jutaan ekor lembu dan kambing milik mereka. Walaupun tuan badan berada dlm apartment mewah di kumpur .. kambing kambing , lembu lembunya terus membiak ... kaya dan terus kayalah tuan punya badan tersebut. Ini lah penyakit umat islam sekarang ini. Kita tak yakin kpd Allah .. tetapi keyakinan ini berpindah kpd benda benda material. Oleh sebab terlampau takzub dgn kekayaan material ..ada manusia mati dalam kandang kambing/ lembu/ unta/ kuda/ ..binatang bintang ternakannya. Ada yg mati ..dlm kereta mewahnya bila jantungnya pecah secara tiba tiba. Ada tu ..sebelum mati .. namanya cukup popular dgn pemandu van kecemasan hospital pakar kumpur sana. Apa tidaknya ..selalu sangat dia pitam dan tak sedarkan diri .. secara tiba-tiba. the moral of the story is: 4) kita tak boleh yakin bahawa kekayaan itu membawa manafaat kpd kita secara total ..tanpa izin Allah. kita kena yakin sebenar benarnya (bulat getil) bahawa Allah Maha Kuasa. Jika Allah izinkan .. dari keadaan miskin ..kita boleh tiba tiba jadi kaya dan jika Allah mahu .. dari kaya kita ..tiba tiba kita jatuh bankrap selama-lamanya. Oleh itu .. baharui lah ucapan syahadah mu .. dan ambik ..balik .. keyakinan kita hanya kpd Allah yg Satu. Insya allah kita akan berjaya. How/ bagaimana? Saya akan menulis lagi insyallah.. tunggulah. insya allah. sekian. wasallam.

why we forget?

Posted by sazali

Salam. As a simple human being, we opt to remember and forget things easily. When we were young, we remembered things faster and longer. But as we age , our memory gets bad to worse. Sometimes, we forget important moments that ensures life or death. That is important date with our doctors. why is that so? There are 3 reasons. Al Fatihah. first, our mind is disturb from time to time. That is why accidents occur quite often among old drivers. Second, we r famous among our neighbours and kampung folks. If we always go for masjid activities, many people think we are not too busy. We are regarded as penshnor. Our time is controlled by them and not us anymore. If there is death among the neighbors..we are the first to be informed by our friends and the rest. In this country, we try to accommodate for emergencies. So there goes our all important appointments. To avoid, just stay indoor all by yourselves n of of course..we can honour all earlier promises. finally, we forget things easily because of so many naggings . First..our wife. She likes to use this stupid introductory..words like ! Common we can't afford to ignore this, can we? Tranlation: ' tak kan ...lah...'. The second nagger is the mother. In the wholw kitabs throughout the world i.e., from the west to the east .. this mother is assumed to be the gatekeeper of the paradise. Under the mum's feet is the paradise. So logically, if the key to paradise is the mother and under their feet is the paradise .. then .. I think strongly .. they are automatic dwellers of paradise. This mother .. will call the man (son) .. many things .. examples: I am very ill. When are coming to get me to the clinic? You haven't visited me for 20 years .. have you forgotten me? Or sometimes .. they will bluntly say .. well .. what can I do .. you are putting your wife nobler than me ...right? So in the end .. the man is very confused. In the history of modern soccer .. no muslim was ever entered as the best scorer in World Cup Competitions. Yo know why? this may be the answer .. when the goal post is all wide open for him to score ..suddenly two important sms came .. the first is from the wife and the second is from the mother. Therefore feeling so .. confused he failed to score the important penalty goal for his country. So as a result .. many arab and asian teams had competed in world soccer and many left early home .. because of those important moments. He..he.. To become more manly, I think .. try to be yourself all the time. God Willing you are going to survive longer .. believe me? Please forgive .. if I did not come to your weddings, invitations, etc etc .. the answers are all up there in the earlier paragraphs. You get me .. mate? Wallahu aklam bis sawabbbb. p/s: God save your life. Ameen.

Holiday holy day

Posted by sazali

Salam I make it a point to wish "salam/ Assalamualaikum " to my readers. It means may God sends good tidings to you not only in the morning but ..may it goes on until the evening, the next day and as many days as possible. I think that sounds a bit better than to wish you for a specific period called 'today/ this morning only". 2) Friday is a special day for the muslims all through out the world. There is a friday prayer at noon for every persons who admits 'there is only one God deity to be worship - Allah .." So ...on the special occasion where Johor stated to switch back its weekends from Saturday and Sunday to Friday and Saturday ..let us feel honoured to the Al Sultan Johor for this great decision. Hopefully, we are able to be attentive to the sermons of the big imam. In order to do that ..let us hope the sermon is more interesting , more challenging to the mind of the muslims and let us heed to the advice of the Al Mighty Allah and the traditions (sayings and actions) of the Holy Prophet Muhammad s.a.w. (peace be upon him). Good sermons can be : 2.1 good working ethics 2.2 positive thinking among the ummah 2.3 let us produce more food from the hands of the muslims 2.4 what is so difficult about slaughtering a chicken / duck/ goat/ cow for the daily consumptions of the general population of the muslims 2.5 why we must take care of our daughters ? 2.6 the importance of saying nice things to our neighbours/ teachers/ friends/ parents. 3) Alas .. from my travelling .. sometimes ..I attended to few sermons .. and I found them to be so repeating since the time of my great great grand parents. In short it is so boring. When we are bored and our eyes are looking to the carpets.. sooner or later .. we fall asleep. Why>? the answer is .. the sermons are so out of date/ repeatitive/ .. and they are attentive to the problems of the younger generations. Sometimes the imam is so old. They can't pronounce the new terms very well such as universities, faculties, conference, antarabangsa, generasi, lesbian, gay, ..,interaktif, hipokrit, and many modern terms. So in conclusion, let us ask for hidayah and taufik so that we can go to the mosque a bit earlier than those 'jahiliah' years where we prayed at the doors/ steps/ of the mosques. Wallahu aklam bis sawabbbb.

Ucaplah sesuatu ..

Posted by sazali

Salam Bila kita mendengar jiran rumah kita berjaya ..ucapkanlah tahniah. Bila kita mendengar jiran rumah kita 'gagal dlm bisnes' ..ucapkanlah .. sabar Puan/ Tuan. Kita kena kemaskan cara perniagaan itu. 2) Ucapan manis seperti tahniah .. bukan kena bayar apa apa pun. Semua tak kena bayar. Ini datang dari hati orang yg bagus, gembira dan mulia. Kadang-kadang sesetengah ahli masyarakat kita payah nak beri ucapan begini. Entah saya pun tak tahu .. mungkin tak ada perkataan ini dlm sanubarinya kot. Kasihan bukan? 3) Kalau istilah lain ..semua tahu ... tak kanlah istilah tahniah ini pun tak tahu? ajaibnya makhluk tuhan ini. 4) Kadang kadang ...perkataan ini ..mampu mengawal perasaan marah seseorang. Contoh kita ucapkan tahniah kpd isteri yg baru siap memasak laksa penang. Tahniah ..kerana dia berjaya jugak ..akhirnya ..menyediakan hidangan laksa penang kpd keluarganya ..yg serba serbi sibuk sejak isnin hinggalah ke jumaat petang. 4) Jika kita seorang guru .. apa salahnya kita ucapkan ..tahniah kpd murid kita yg slow tetapi terus mencuba menyelesaikan masalah matematik topik teorem phytogoras. Tahniah kerana dia tak cepat putus asa. Saya perhatikan .. ada guru gru yg pilih pilih murid nak ucapkan tahniah ini di dalam kelas PnP nya. Sebenarnya ..kata kata tahniah .. besar ertinya dalam jiwa seorang pelajar. Mengapa ? Mulut guru ..senang mengucapkan tahniah dibandingkan ibu bapa nya di kampung yg tidak bersekolah tinggi ..apa apa pun. Jika mulut guru pun ..berat nak ucapkan perkataan mulia ini ..bayangkanlah .. produk guru ini 5 hingga 10 tahun yg akan datang. Saya banyak belajar ..ilmu thankyou ..congratulations dari guru guru GCE A Levels saya di Grantham, England. Walaupun mereka tidak ada tazkirah apa apa pun .. disebabkan budaya mereka penuh dgn thank you/ congratulations / thats really great ... masyarakat mereka berjaya mencipta macam macam produk untuk faedah orang islam di seluruh dunia. Sepatutnya kita merasa malu kpd diri sendiri .. kerana lokek mengamalkan .. memberi ucapan tahniah dan terima kasihdi antara kita semua .. Cuba amalkan ..benda benda alah ini .. satu hari anda akan lihat betapa seronok hidup dlm keluarga yg kita ada ini. 5) Di kampung saya ... disebabkan saya orang melayu kelate .. walaupun saya kerap makan minum di satu restoran .. bila saya membayar tunai ..berkali kali pun .. payah betul nak dengar pak chik dan mak chik mengucapkan .. terima kasih cikgu. Datang lagi cikgu. Kita membuat andaian ..pelanggan tetap ini akan terus datang .. untuk selama lamanya ..selagi ada lapar dlm hidupnya. Begitu juga ..perkataan maaf ..cikgu. Kuah dal tu basi sikit tu. Maaf cikgu .. kerusi ada basah sikit tu. Pendek kata .. orang melayu zaman la ni ..tersangatlah payah nak ucapkan perkataan tahniah , terima kasih deh..dan maaf banyak banyak lah ..tak sengaja tu. Jika dibandingkan dgn kata kata lain .. seperti binggung mu .. nate mu .. saya rasa ... kalau kita buat graf taburan normal , nilai purata graf normal ini ..berat ke arah kiri jauh jauhh..bermakna ... jiwa kita ada kotorlah. mulut busuk .. tok nenek saya kato. Bukan itu sahaja .. mulut busuk / kedekut ..semua ada lah. Jom ..org melayu kito. Buatlah sedikit perubahan. Klau orang Kelate / orang Acheh ..tok leh kecek benda benda comel comel sikit ..apalah diharap sangat org orang melayu di tempat lain ..maklumlah ..kelate/ Acheh famous disebut sebut serambi mekoh. Dulu Acheh dihantar bala tsunami. Sekarang mulut org acheh ..comel sikit lah. Kito tunggu org kelate kito pulok .. bilo keno dibersihkan ini? Dulu Ustaz Nik Azih ..dah istihar .. kampung halaman org org kelate ..bilo nok bersih ni.. sapa kor dio habis dgn jawatan MB pun .. ada mu napok .. kawasan sekitar kpg org kelate .. kito comel lote ? ko guanor mu nok kato? Sekian. Marilah kita berubah ..dari sifat kedekut kepada sifat murah hati, rendah diri, tak besar hati ..dan macam macam .. Allah sayang kpd org org yg insaf dan mau ..berubah . Hijrah? Sekian. Wasallam.

Bila berdoa kita kena ..

Posted by sazali

Salam Di dalam masjid kita selalu melihat .. makmum menadahkan tangan dan mengaminkan ...doa tuan imam selepas selesai sesuatu fardhu solat. Tetapi .. mengikut pengamatan saya .. ramai ..makmum .. sambil menadah tangan .. mereka sibuk membuka handsets masing-masing. Mulut kata amin ... tetapi .. mata melihat tajam kpd skrin handphones. Sebagai saudara islam mereka .. ini ada sedikit petua: a) bila berdoa .. yakinlah tuhan Allah itu ada melihat kita b) kita berdoa .. kita kena yakin Allah Maha Kuasa bukan parti politik , orang kuat politik yg berkuasa c) rezeki semua dari Allah .. salah satu rezeki ialah nikmat kesihatan yg baik. Kalau kita sihat, kita mahu isteri kita sihat dan anak anak kita pun sihat juga. Apalah gunanya kita seorang sahaja yg sihat ..sedangkan isteri dan anak anak di rumah semua tak sihat. d) kita kena khusuk berdoa. Jangan ingatkan benda benda lain ..walaupun handset kita tertinggal kat kedai mamak 25 jam itu ..bahaya! e) belajarlah mendengar apa yg didoakan oleh iman besar kita. Kalau kita pakat pakat dengar .. rangkap rangkap doa pak imam ..kita boleh menghayati apa yg dipohonkan oleh imam untuk semua orang makmum yg ada di dalam masjid dan di luar masjid. Sekarang .. masyarakat kita sudah tidak bahagai macam dahulu lagi. Kita asyik berburuk sangka. Kita hanya berbaik sangka .. jika ada pelawat dari Eropah/ Amerika saja yg datang menjenguk kampung halaman kita membawa video kamera untuk merakam kambing kambing dan buah sawit kita sahaja. Kita seharusnya ..berbaik baik sangka ..sesama kita. Walaupun kita tamat belajar dari negara negara berasingan / berlainan .. kita tetap saudara islam sesama kita. Jika kita boleh menanam sifat berbaik baik sangka ..sudah tentu kita hidup lebih nyaman dan bahagia. Kenduri kawan ..kita hadhir meraikan ...pasangan pengantin. Dan harap harap kenduri kita ..ada juga kawan kawan yg datang memeriahkan ..majlis kenduri kita. Baru best hidup ini, bukankah begitu ? f) Bila berdoa ..budget sedikit masa untuk berdoa bersungguh-sungguh hati. Contoh ..kita pernah mengalami saat saat genting .. sebegini rupa ..contohh ...isteri pertama susah nak bersalin anak sulong kita ... ingat tak betapa bersungguh sungguhnya ..kita meminta pertolongan dari Allah untuk membantu isteri dan anak tersebut. Alhamdulilah ... semua sudah selamat. Wajah kita dululah ..yg paling gembira ...kerana terbukti kpd dunia bahawa kita lelaki bertuah hari itu. Syukur Tetapi kualiti doa kita tak bertahap begitu ..bila isteri kita ... akan bersalin kali ke 10. Lagipun isteri kita itu doktor pakar USM KK, Kelantan pula. Dengan pangkat itu, kita ingat ..bahawa kawan kawan isteri di hospital itu sudah mencukupi dan memadai ..maka tengoklah ..kualiti dan kesungguhan kita berdoa kpd Allah yang Esa. Ada sama ker doa kali 1 anak pertama dengan kualiti berdoa anak ke sepuluh? Hanya tuan/puan hamba sahajalah yg dapat menjawabnya, bukan? Saya rasa tahap kualitas sudah berbeza sedikit.... Mengapa begitu? kerana ..kita yakin kpd pangkat si isteri kita dan perkaitannya dgn USM KK, Kelantan. Sandaran kita kpd Allah Taala tidak sebulat getir macam dahulu lagi. Inilah yg berlaku di seluruh dunia. Keyakinan kita kpd Allah sudah berpindah kpd kekuasaan , kehebatan manusia ..contoh di atas ..kpd pangkat dan darjat isteri kita. Astagh firullah hal azeem. Bila pengantungan kita tidak 100% kpd Allah .. bagaimana Allah nak bantu kita dlm semua hal ..seperti kemiskinan, bahaya penyakit yg datang tidak putus putus , kerisauan kita sentiasa tidak hilang .. kita risau serba serbi ..itek bawah rumah tak bertelur pun kita risau, anak tak skor 5A dalam UPSR kita risau ... isteri asyik overtime pun kita risau , isteri dok ketawa dgn mat bangla pun kita risau ..pendek kata jika musang bawah rumah terbatuk batuk nakal dan gatal pun kita turut risau ... lantas pada satu hari jantung kita meletup dik kerisauan kita mengalahkan tahap risau seorang Raja , seorang Perdana Menteri , seorang ketua polis negara dan ... o yes ..kita mati dlm kereta kita kerana risau membabi buta. Ayuh ..untuk mengelak penyakit serba serbi risau dan gila ini ..marilah kita belajar memberi masa untuk buat doa semata mata kpd hadrat Illahi. Allah Maha Besar. Bila Allah makbulkan doa kita ... tempoh pengajian PhD seperti penulisan tesis .. dapat diberehkan mengikut jadual penaja utama kita. Tak perlu lagi kita extend .. berkali kali ...dan risau kita tak kkunjung padam. Allah! sekian. wallahu aklam bis sawabbb

Bila bergaduh ..

Posted by sazali

Salam Pernah tak anda melihat orang orang tua mu bergaduh? Alah..mak bergaduh dgn ayahlah. 2) Kadang-kadang bila pergaduhan sudah memuncak .. maka mak akan ungkit macam-macam. Maklumlah emak dari keluarga orang berada. Bila ayah ..asal usulnya dari seberang ..orang musafir lara (sehelai sepinggang)..aduhai ... tahap pertahanannya tidak seutuh ..pasukan PDRM di Lahad Datu, Sabah 2013 lagilah. Tak ada benda nak berpaut untuk .. menolong membebaskan ayah dari serangan mulut dan 'karate-kick' mak kita. Kasihan. Akhirnya bercerailah mereka kerana .. ayah seorang pendekar .. dia tak kan menjilat lagi .. ludah emak yg pernah ditujukan khusus untuknya. Faham kau? 3) Begitu jugalah yg berlaku bila orang orang melayu bergaduh. Si A kata itu ini kepada Si B dan si B pun balas ..itu dan ini. Kemuncak pergaduhan antara orang melayu selama 50 tahun ini sudah sampai satu taat .. orang bukan melayu pun menumpang semangkuk dua ..menghentam isu isu dlm agama islam kita. Bukan itu sahaja .. peluru orang bukan islam menerjah kepada .. prestasi guru guru melayu yg mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sekolah seluruh negara. Baru baru ini .. kredibilitui profesor melayu pun ..turut diheret sama. Bukan setakat profesor kangkung sahaja .. mereka sebut ...tetapi lebih dari itu. Pendek kata ...malu besar kita ..umat melayu di kawasan Asia Tenggara ini. Ini berlaku ..bila kita umat islam terus berbalah dari semua aspek ..dari kecil kpd besar dan ..utama. Bila imej profesor melayu dicemuh dan dihentam sebegitu rupa .. saya terpanggil .. untuk menulis sepatah dua .. jom .. kita kembali kpd pangkal jalanlah. Kita kena ingat ..2 bekalan utama yg Nabi Muhammad s.a.w. tinggalkan kpd kita semua iaitu Al Quraan dan Al Hadith. Jom kita baca bersama-sama dan amalkan apa yg terkandung dlm kedua dua sumber ini. Insya allah kita akan berjaya. Kita lupakan .. semua kisah lama ..dan kita hidup rukun damai semula. Tak mahu ker tuan / puan hamba? Kita pakat pakat hidup berbahagia. Kau ingat tak lidi penyapu. Jika batang lidi itu tak banyak sangat ... bilangannya .. penyapu yg ada senang rosak. Tetapi jika batang lidi tersangatlah banyak ..kualiti penyapu lidi ..akan tiba tiba kuat semula. Mahal beli penyapu lidi yg sedap dipegang sesedap rasa ini. Jom tuan/puan hamba. Lupakan sengketa tersebut ..bergaduh pasal politik ke, islam syumul ke .. kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w yg satu dan sama. Sekian sumbangan saya untuk negara. Jngan dibiarkan negara ini hancur angkara kita bergaduh siang dan malam seperti sepasang ibu bapa yg bercerai talak 3. Si ibu dah lupa semua pengorbanan si ayah kita selama ini atau di sebaliknya. Wallahu aklam bis sawab.

Feeling nothing more than feeling

Posted by sazali

salam There are many kinds of feeling. As a teacher there are at least 3 kinds of feeling: a) tired b) fully satisfied c) angry. Let me start with the first one. As teacher , I am a bit tired when in 2002 we were asked to teach maths, sciences in English. Thhen in 2011 , we are asked to come back teaching in Malay Language. Now after 3 years trying to play with internet entering marks of our students through the central database ..controlled by the ministry in Putrajaya ... we are told .. may be ..no need anymore ..assessing our students using the 6 bands in any subjects at PMR level (13 - 15 years students). This is really ridiculous/ mad. What say you my readers? Second point is ...satisfaction. I can say many teachers are happy with their salary scale .. DG54 is better off than lecturers with PhD who are now on DS54. If one is a principal with many assistants .. then ..your life is a paradise in this region of Asia. You just have a basic degree! Bravo! c) Third point .. angry .. we are angry if our schools do not have enough water. How can we teach well ..when we cannot let go of our "waste/bombs" anytime and any where. What we know, Malaysia is rich with water. Just ask 10 year old kid to draw the map of Malaysia. It is surrounded with sea from all sides. How come ..no water now? Has the water from the sea evaporated into the sky ..just like that aghhh? We know ..we have more than 10,000 PhD holders here ..how come none of them had thought ..something useful .. how to make sure we have adequate water 24/7 all the time? Our kids are crying because they cannot swim at home. The mothers are pushing the men to hunt for water .. and soon ...some daily papers reported someone got shot .. they fought for water! See? Think better if I pen off now. Just sing this " don't worry, be happy 40 times." Till then ..bye. wasallam

mengapa kepenatan?

Posted by sazali

Ssalam. Ada 3 sebab kita penat. pertama faktor umur. ORANGberumur 100 diajak berlari mengelilingi tasik yg besar..bukan setakat penat sahaja..mungkin mati menunggu si dia. He he. kedua tak cukup makan dan tak cukup zat pemakanan. Ini mengikut ilmu sainslah. Dari kitab kesihatan , manusia diminta makaN makanan yg SEIMBANG dari aspek protein, lemak, karbohidrat,biji.bijiN dan vitamin. Pengambilan air yg mencukupi pun penting. Elakkan meminum air manis yg kerap. Faktor ketiga ialah faktor bosaN. Bila kerja tu membosankan..badan kita cepat penat. Tak percaya tengok pak guard dan mak guard di Malaysia. Tak ramai nampak sihat, cekap dan seronok. Ada setengah tu..bukan dia yg memegang senapang pendek..tetapi senapang dia dijadikan tempat unguk bersandar. Dlm kata lain..nampak tok cekat. Bagaimana nak meningkatkan keadaan cergas dan tak bermaya ini? Senang jer..ambiklah staf yg muda muda contoh dari graduan yg baru tamat pengajian diploma atau ijazah. Sudah tentu prestasi pak guard akan bertukar dari skala lemah kpd skala maju dan penuh dinamis. Bawak orang penat ini melancung ke luar negara seperti India dan Bangladesh. Bila di sana, terbukaklah minda dia..betapa ramainya penduduk yg mengganggur ..bila ini berlaku..timbul rasa bersyukur teramat sangat dia diberi jawatan sekurikor walaupun umurnya diklasifikasikan sebagai warga..kubur kata mari, dunia kata pergi. Selain itu, bawak belanjalah mereka makan..benda benda sedap sikit seperti sup ekor dan daging kancil panggang. Lazimnya kita mendengar syarikat sekurikor mengaut keuntungan yg tinggi..sedangkan tenaga pak guard cukup menyedihkan. itu je..lah untuk kali ini. Saya melapor apa yg saya nampak. wasallam

penat jugak bukan?

Posted by sazali

Salam Bila muda, tenaga masih kuat ..semua tugasan dapat disempurnakan dengan baik. Alhamdulilah. Tetapi bila umur makin bertambah ... tidak semua tugasan dapat disempurnakan dengan cepat dan cemerlang. Ini adalah lumrah alam. Bila tua mendatang, kita tidak sekuat dulu lagi. Harap majikan faham keadaan fizikal kita ini. Jika tidak, payahlah ... ramai staf berumur ..mula mengambil posisi ..duduk dan lihat sahaja ..gelagat bos dengan warga mudanya. Walaupun begitu, jika ada orang muda ..bertanyakan sesuatu ..kita cukup selesa berkongsi idea, pengalaman dan .. mcm mcm lah. tetapi la ni .. warga muda ..tidak memerlukan kita lagi. Ini lumrah alam. Pernah dengar tak istilah 'kain buruk' yg digunakan untuk mengesat kaki anak anak yg kotor bila pulang bermain di waktu sore. Di Kelantan, kain buruk merujuk kepada wanita tua yg sudah .. beransur dilupakan orang termasuk suaminya. Aduhai .. gitulah permainan alam. Orang tua cepat .. terasa sensitivitinya. Oleh itu, adalah bijak ..jika majikan menggunakan ilmu dan pengalaman orang orang begini untuk kebaikan bersama. Jangan bila ..warga tua mula jatuh satu demi satu ..kerana kematian jantung ..baru pihak organisi sibuk nak beri pingat SPM, PJK, AMN pulak. Arwah Sudirman bergelar Datuk ..apabila dia sudah lama meninggal dunia. Tak lama lagi .ada universiti tempatan akan menganugerahkan Profesor kpd arwah P. Ramlee kerana jasa baktinya dlm dunia perfileman dan muzik di Asia khususnya. Aghhhh.. kalau lah itu aku .. rasa rasa tak beri pun tak apa ... kerana ..bukan boleh guna pun pangkat darjat itu semua di alam baka. He..he... Aku lebih menghargai jika semua anugerah itu ..dikurniakan sekarang .. bukan .. esok bila jasad dimamah tanah untuk selama-lamanya. Bayangkan Nabi Adam a.s. sudah berapa lama / century .. dia di dalam alam kubur .. ada signifikan ke ..if we give him Prof Di Raja? Faedah apa bukan? Nak bawak gi shopping ke? Sekian. Hanya menulis sekadar ..mengenangkan cara .. kain buruk dilupakan orang. Wasallam. p/s: amal dgn ikhlas lillah hi taala