isu itu ini

Posted by sazali

Salam

Orang orang Iran, Iraq ramai syiah. Mereka mengganggap Sayidinna Ali r.a. lebih layak menjadi nabi bukannya Nabi Muhammad s.a.w. oleh itu mereka mengucap syahadah lain benor dari kito iaitu ..tidak ada tuhan layak d sembah melainkan Allah dan Ali itu pesuruh Allah. Sebab itu mereka dilabelkan kafir.

Berkenaan dgn syiah ni ..kerajaan dah lama dah tahu tetapi kerajaan ini juga yg menyibuk membawa masuk pelajar iran ke negara ini. Dulu pelajar iran berdyun duyun belajar di Amerika, Eropah dan Jepun. Bila 9 11 berlaku ..mereka tidak d benarkan lg ke sana. Alternatif lain ialah Malaysia negara islam lah. Bila dtg ke sini berduyun duyun, pelajar kita pun naik hairan. Mereka tak sembahyang mcm kita tau? Depa letak batu hitam depan mereka dan di situ mereka sujud. Di Leeds dan Birmibgham dulu, aku perhatikan mereka sembahyang himpun. Satu minggu punya sembahyang ..mereka buat sehari sahaja. Ini memberi kesan buruk kpd pelajar dan masyarakat kita. Maka kerajaan sibuklah ..menceritakan bahaya syiah ke kmpung kmpung halaman termasuk kpg org org asli pun ..huru hara


Banyak wang dan masa boleh d jimatkan jika kerajaan tak gila sgt memasukkan pelajar ini ke sini. Jadi bukan syiah yg bahaya, kerajaan kita lah yg telah melakukan satu tindakan yg merbahaya.  O yer..lupa nak beritahu ..pompuan iran sgt sgtlah jelita. Kulit putih langsat, bibir merah dan rambut pun oren asli dan panjang. Kalah mendiang Margaret Thatcher. Yg bestnya, aku dengar dari jauh..ada org org besar melayu ada yg telah mengawini pelajar iran ini. Itulah pasal .,mereka kata bahaya. Jika pelajar Iran ni kulit hitam mcm idi aminn...entahlah apa sgtlah bahayanya.

Kita lupa satu benda. Ramai org kita sendiri tua, muda , lelaki, pompuan yg tak solat solat pun 5 kali sehari. Perkara ini kerajaan tak disibuk pun. Tak merbahaya ,,ikut teropong kerajaan kot. Yg merbahaya, syiah tu jer.

Bila solat diabaikan, mcm mcm maksiat berlaku, anak zina menjadi jadi ..bukan je di bandar tetapi kpg desa turut merasai bala bila hukum solat diabaikan rakyat. Perkara ini kurang d ceritakan dlm khutbah jumaat. Yg top top hanya syiah durjana. Putar belit punya kes.

Esok d ajhirat..tuhan tanya kes mana dahulu. Solat punya kes atau syiah? Tak cerita syiah, wahabbi pun ..ramai melayu tak solat solat tahu. Tak caya? Pergilah masjid2, surau2, tempat solat d stesyen bas dan bnyk lg. Berapa kerat org musolli? Astaghfirullah.

Di sini aku sampaikan jer. Jg lah solat. Jg anak anak kita tu terutama anak dara kita, jika semua jaga ..negara akan kembali aman. Nak bahagia lg, hsntar pulang jer..rakyat iran, iraq ni. Semua selesai.

Sekian. Jgn pening kepala. Wallahu aklam.


Susahnya soalan mu

Posted by sazali

salam

Sekarang sibuk KPTM/ KPM bercakap tentang KBAT/ HOTS.  Kaedah Berfikir Aras Tinggi/ High Order Thinking Skills.

Soalan aras tinggi ini ditujukan kpd murid-murid/ pelajar-pelajar di semua tempat SK/ SMK/ politeknik dan universiti dalam banyak subjek.  Tetapi dunia lupa satu perkara .. soalan bagus datang dari gurunya dahulu.  Jika guru bagus, soalannya pun bagus dan begitulah sebaliknya.

Guru bagus datangnya dari IPG/ Maktab/ Universiti yg bagus-bagus.  Dan untuk mendapat universiti yg bagus ..  jom kita semak anggota universiti itu dahulu.

2)  Mengikut kajian, ada guru bergantung sepenuhnya kepada buku teks KPTM dan buku kerja dari pihak luar.   Mengikut satu model dari Freedmann(1986) .. guru berada di tengah-tengah.  Untunglah mereka.  Nak salahkan mereka memberi soalan KBAT / HOTS atau tidak ,kita kena nilai banyak faktor-faktornya seperti :

2.1  pertama keluarga murid-murid/ pelajar - plajar; guru guru itu sendiri
2.2  tahap bahasa yg digunakan di rumah, sekolah, institusi dan
2.3  hubungan seseorang dengan kampung, bandar, negerinya

..wal hasil payah jugak nak kenalpasti kekuatan/ kelemahan seseorang.

3)  Kejayaan pengunaan soalan-soalan  KBAT atau tidak bergantung kepada kualiti individu itu juga.  Murid yang lembab - tak mampu menjanakan soalan KBAT dalam interaksinya dengan kawan kawan di sekolah. (Saldana, 2015). Kalau KBAT diajukan kpd kelas yang mundur - sudah tentu seseorang guru tidak nampak kecerdikan ataupun kewarasannya.  Oleh itu, di dunia ini pun sudah ada pilih kasih.  Sesebuah negara banyak mengeluarkan belanja untuk projek khas untuk murid-murid/ pelajar-pelajar pintar sahaja. Contoh terbaik projek PERMATA oleh YB Datin Rosmah Mansur yang mana ..dengar khabar sudah banyak wang negara mengalir keluar dari sini ke luar negara .  He..he..he..  Projek ini terbentuk kerana Malaysia banyak bergantung kepada Amerika.  Lagipun sedap melawat New York dan California dari membuat lawatan sambil belajar ke Bangalore, Madras India , Dakka , Bangladesh.  Mula-mula HOTS dari USA; tak lama lagi STEM, STEEM dari Amerika juga.  [STEM=  sains, teknologi, engineering dan matematik ;   E yg banyak itu is English, entrepreneurship, ..... , emotional? ]


4)  Soalan KBAT matematik tak akan sama dengan soalan KBAT dalam BM, BI, BA, BC dan BIndia.
Oleh itu ,  tugas guru semakin besar dan mencabar.  Jika ada guru yang mengalami stress .. kita kena fahamlah asal usulnya semua ini.  Tengok sahajalah sang sang pendidik dok sibuk hantar markah ikut komputer di malam malam hari sekarang ini.  Bila bandwidth tak lebar macam Amerika, susahlah guru guru kita ..bangun 4 - 5 kali pun ..  tak leh enter markah lagi ..tetapi jom kita kena fikir sedikit ..  kalau kita hantar markah pelajar-pelajar di kampung, di desa   ...dengan cara atas talian .. apa peluang mereka lebih berjaya dari keadaan bila markah hanya berlegar di bilik guru peperiksaan sekolahnya sahaja?  Adakah dengan cara ini, keadaan ekonomi negara akan mula pulih seperti sedia kala?  Dengan cara markah dihantar online -  adakah Amerika, UK akan memandang kita .. hebat macam depa?  Korea Selatan dan Singapra ..buat mana ini jugak kah?  Selepas peperiksaan, semua markah kena dihantar online ke MOE mereka?  He..he..he...  jgn nampaknya berteknologi tinggi  ..pi mai pi mai ..kita ditakuk lama sudahlah.

Saya akhiri kalam dengan ... tulisan Pink (2006) ".. we have transitioned from I.T age to the conceptual age, where knowledge workers are now the creators and emphatizers , whose tasks are to create artistic and emotional beauty , to detect patterns and opportunities , to craft a satisfying narrative ..and to combine seemingly unrelated ideas into a novel invention" pp 51-52,

Sekian.

Rujukan:
Saldana, J.(2015). Thinking Qualitatively - Methods of Mind.  London:  Sage

Pink, D.H.(2006).A whole new mind: why right-brainers will rule the future. New York: Riverhead Books.




Happy times did not last , my friends.

Posted by sazali

Salam

We have a lot of good moments, haven't we?

Firstly, we passed with flying colours.
Secondly, we got a good job called teaching.
Thirdly, we got scholarship to read our masters abroad.
Fourthly, we got married once, twice, ..  nth times (if God permits).
..



so finally .. that is life ..  my friends.

But don't forget ...each happy moment did not last .. examples:

* after getting a job, someone got fired .
** after getting married, some went separate ways (divorce)
* after grand finale , some one got killed on the highway


and many , many more.

In short ,  the moments can change.  From extreme happiness one had to sick, sickening type of  sadness we call. Why?

So that all of us know, there is someone who controls our dear lives.  He is called Allah Taala - the Al Mighty God.  He controls everything that we have.

In the morning, we eat something. At lunch time, we got killed. A tall tree came crushing us down.  We are now dead like an 'ikan bilis'.

See?

Allah hu Akbar! Al fatihah.

Sekian.

Wasallam.

Hidup kena diteruskan

Posted by sazali

Salam

Alam dan budaya melayu selalu berkait dengan kesedihan, emosi dan angan-angan.

Ada orang melayu bersedih kerana anak-anaknya tidak boleh menjawat sebarang bentuk pekerjaan dengan pihak kerajaan bertujangkan BN.  Ada orang melayu cukup beremosi bila membaca tentang pengaruh parti lawan seperyi PAS, DAP. PKR semakin membesar dalam kalangan belia-belia di negara ini.  Begitu juga sesetengah orang melayu suka berangan-angan contohnya .. amalan agama sedikit tetapi harapannya cukup tinggi iaitu tinggal di syurga firdaus bersama-sama dgn para para sahabat nabi ..  dan sebagainya selepas proses pengadilan di mahkamah tuhan robul alameen

2)  Jika dibaca buku buku karya dari Tun Mahathir, Munshi Abdullah dan Sasterawan Negara A. Samad Said ..  mereka mengesahkan bahawa :

2.1  orang bersedih -  susah hendak maju kehadapan dalam banyak bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial.

2.1.1  pelajaran -  susah nak hafal formula matematik.  Susah nak buktikan bahawa pernyataan matematik sebelah kiri dari tanda '='  adalah sama dengan pernyataan matematik di sebelah kanan.

2.1.2  ekonomi -  bila kita asyik menangis , macam mana nak promote barangan seperti tikar mengkuang, batu penumbuk sambal dan kain batik Kelantan di Pesta Budaya di Melaka, Kuala Lumpur dan London.

2.1.3  sosial -  orang bersedih dengan tangisan yang tak henti-henti -  besar kemungkinan orang lain pun turut sama bersedih.  Idea untuk memajukan kampung halaman pun selalu tersekat-sekat kerana kita sibuk mencari kertas tisu mengesat air mata.

2.2  Emosi -  benda ini bermakna perasaan seseorang.  Bila dia berduka, emosinya negatif, otak pun meracau.  Bila dia bergembira, emosinya positif dan hilai ketawa pun panjang dan ..p a n j a n gggggg juga.

2.2.1 sesetengah  ibu bapa cepat beremosi -  dan menyerang guru bila melihat banyak dakwat merah dlm buku laporan akedemik anak-anaknya.  Orang beremosi , satu sekolah, kampung, bandar dan negeri sukar untuk mengawalnya.

2.2.2  peniaga yang beremosi -  selalu buat silap dalam transaksi peniagaannya.  Benda patut kredit , dia  debitkan ke dalam akaun bisnes nya.  Kereta patut order 10 , dia bilang 100.  Wal hasil, banyak benda gagal berjalan dengan lancar dan sempurna.


2.3 Angan-angan.

2.3.1  Bila anak memperolehi semua gred A dalam UPSR, ada ibu bapa melayu berangan bahawa anaknya akan menjawat tompok pemerintahan negara atau negeri.  Bila anak dapat semua gred A dalam SPM, ada ibubapa berangan angan bahawa anaknya akan mengikuti kursus Aeronautical Engineering di Cranfield, England.  He..he..he..  untuk makluman lebih dari 5000 pelajar berjaya memperolehhi semua gred A dalam PMR/ SPM setiap tahun di negara ini sejak 2010.  Oleh itu, persaingan untuk ke Cranfield cukup sengit dan ...  he..he..he..  payah.

2.3.2  Bila anak berjaya dalam peraduan ratu cantik di kampung atau  estet perumahan .. ada ibu bapa berangan-angan anaknya ini akan bergelar isteri kepada seorang bangsawan satu masa nanti.  Untuk makluman,  kecantikan anak anak kita di rumah adalah bersifat relatif.  Tahun  2014, dia nampak cantik dan ayu pada mata pengadil berketerunan Benggali dan pada tahun 2015, dia nampak kecut, tidak bermaya lagi pada mata pengadil berketerunan semi-Cina, Mongolia semua ada  ..  itulah realitinya.

Banyak sangat angan-angan!!

Kesan kepada angan angan, emosi dan bersedih ini ..  pelan kerajaan untuk memajukan bangsa melayu ..berhadapan dengan banyak liku-liku.  Pertama, dilema melayu oleh Tun Mahathir dan sekarang, dilema melayu semakin besar bila dipimpin oleh sekumpulan manusia yang adanya skandal itu dan ini.  Terakhir ini, skandal 1MDB dengan angka ajaib RM2.6 bilion derma dari langit biru terang benderang.   (Rujuk akhbar perdana 2010 - 2015).  Sudah banyak pokok pokok kayu ditebang untuk dijadikan kertas - bikin akbar harian, majalah dan buku buku di pasaran dunia menceritakan benda alah ini.

Banyak sangat angan-angan ,  dulu belajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam matematik dan sains ; sekarang satu generasi guru berhadapan dengan cabaran KBAT (Kaedah Berfikir Aras Tinggi).

Tahun 2011 - 2013 ; Menteri Pendidikan II mengeluarkan statement bahawa 60% guru-guru B.I di sekolah - tidak kompeten sangat dalam menjalankan tugasan sebagai guru B.I. sedangkan jawatan-jawatan ini dicipta , diwujudkan  atau ditawarkan kepada mereka ini oleh pihak kerajaan KPTM ini juga.  Orang kampung yang tidak tahu B.I pun boleh merumuskan bahawa kerajaan gagal  menjalankan tugasan dengan baik dan tepat bila membuat saringan, peperiksaan lisan dan interview ke atas bakal bakal guru ini.  Kasihan bukan?

Hasil dari statement ini, ramai pakar B.I dari United Kingdom dapat habuan - mendidik semula guru guru B.I seluruh negara.  Jika tidak ada statement itu, mungkin kerajaan boleh menjimatkan wang RM1 bilion hak negara.  Betullah orang tua ada berpesan, fikir dahulu baru mengeluarkan kenyataan itu dan ini.  Nanti air liur jatuh ke atas muka sendiri.  Bila tidak berfikir, wang RM1 bilion terbang sudah.

Angan-angan?  Team bolasepak negara ..bila mengalahkan pasukan Timur Leste 1-0 ; cara laporan perlawanan itu sepertilah  Malaysia sudah berjaya mengalahkan pasukan Eagles -  Nigeria sahaja.  Peminat tidak sedar , pasukan Timur Leste ..adalah pasukan yang baru ditubuhkan oleh pihak kerajaannya sedangkan Malaysia sudah 58 tahun bertarung di persada antarabangsa.  Bila banyak berangan-angan, beremosi .. pasukan lawan seperti Korea, Jepun dan Cina sudah lama dah bertarung di Pesta Bola Sepak Dunia.

Sekian.  Kita akan maju jika ..kita kikiskan sifat sedih, emosi dan angan-angan dari kehidupan kita.  Kita kena berani berhadapan dengan realiti kalah, untung dan rugi.

Wallahu aklam.




 

Berjumpa dan berpisah

Posted by sazali

Salam

Adab manusia ialah kita berjumpa kenalan baru ...  lama lama kita akan berpisah.

Kenapa?

a)  kursus sudah tamat.

b)  tempoh perkhidmatan sudah tamat - bersara.  Ramai orang menangis atas pentas warna warni.

c)  kes kemalangan.  Bercerai mati.

d)  tempoh hayat di satu satu taman perumahan sudah berakhir.  Dulu suka duduk Taman Istana, BP lepas itu ..Taman Kenangan Indah, PR  dan ....  mcm mcm taman ada ..tetapi ..kita akan berpisah jua.

--

Begitulah putaran hidup.  Tak boleh kawal .. macam mana pun ..kita kawal ..bila takdir sudah tersurat begitu ..kita akan mula mencari haluan sendiri satu hari nanti.

Yang penting ..bila berjumpa kali pertama ,  kita senyum .. dan bila kita berpisah kali terakhir ..pun ..kita tetap tersenyum.

Jika boleh buat begitu .. alangkah bagusnya.  Senang atau susah cara kehidupan begini.

Moto aku ..  aku suka , seronok ..tinggal di mana mana ..time semua orang suka kat aku ..masa itulah aku nak tinggalkan kalian ..  biar kita berpisah dengan ..  rasa suka sama suka sudah lah.

Yang tak mahu ..  kita meningggalkan satu kawasan perumahan itu .. saat itu semua orang dah mula menyampah dekat wajah dan nama kita.  Bukan setakat wajah kita jer orang menyampah .. enjin kereta kita di waktu subuh pun ..orang sakit hati mendengarkan nya.

Ini aku belajar dari arwah ayahku.  Satu tip ..hidup rukun damai dengan isteri, jiran tetangga dan sahabat taulan.

Sekian.  Maafkan saya yer?

Wasallam.

Fikir ini bukan sesuatu yg mudah

Posted by sazali

Salam

Manusia dikurniakan oleh tuhan sebuah otak setiap seorang untuk tujuan dasar - berfikir.  Melalui kekuasaan fikiran manusialah ,  besi yg berat boleh bertukar menjadi sebuah jet/kapalterbang dan hasil ciptaan ini telah membawa berjuta-jutaan manusia ke seluruh dunia pada bila-bila masa. Melalui fikir, manusia di Singapura boleh mengecek Sultan Melayu berniaga air dari sungai dengan harga paling murah dan dipulangkan ke pangkuan negeri sultan kita dengan satu keuntungan yang besar.  Semua ini berlaku di hadapan kita terang-terangan dan ini membuktikan ..   buah 'fikiran' itu satu kuasa yang hebat.  Subhanallah!


2)  Dalam masyarakat melayu, kita boleh melihat strata manusia.  Ada orang berkerja membanting tulang di bendang sawah di bawah panahan matahari yang terik setiap hari ..pendapatannya sekitar  RM10,000 untuk satu musim padi.  Sedangkan seorang profesor, dengan servis komputer dan fon bimbit ..  boleh menjana wang lebih dari RM10,000 setiap bulan dan perkhidmatannya kadang kadang ..  satu dunia memerlukannya.  Minggu ini dia menaip artikel, jurnal di tepi kolam Tambun , minggu hadapan berada di pentas konferens di Eropah dan akhir bulan ..  dia mencium dahi dan tangan ibunya di Mekah / Madinah dalam satu ibadat umrah.  Mengapa?


Jawapannya ialah ..  seorang pesawah menggunakan kuasa tulang empat kerat sedangkan profesor menggunakan satu akal fikiran yang berbentuk kuasa jaringan ke seluruh dunia.  Pendek kata , 'fikir' manusia ini  banyak mempengaruhi dunia.

3)  Dalam satu kitab .. saya terbaca .. Rasulullah s.a.w.  pernah bersabda ..  satu saat berfikir untuk agama , lebih besar pahalanya dari ibadat 1000 rakaat.  Masya allah!

Apakah motif berfikir untuk agama ini?

3.1  fikir masyarakat dunia sudah rusak.  Berkiblatkan patung bernama 'Wang Ringgit, USD, Sterling Pounds ...'

3.2  bila manusia punya fikir sudah rusak ..  banyak jenayah berlaku sekitar kita.  Dulu pencuri gilakan gelang emas, mutiara, intan berlian 3 - 4 dulang di kedai-kedai  emas pekan pekan jawa di Johor ..sekarang pencuri masuk ke rumah melarikan baby, anak dan isteri pulak.  Satu organ jantung bernilai lebih dari 3 dulang emas.  Percaya tak?

3.3  ada jantan fikir untuk berkahwin ramai perempuan yg bekerja.  Motifnya .. jika isteri mati .. semua pencen isteri dia punya.  Baguskan strategi ini?  Hadiah fikir manusia bernama 'jantan' pada era  globalisasi ..

4)  Oleh itu mengapa saya bawa fokus tuan/puan ini kepada satu titik -    'fikir' Nabi Muhammad s,a.w ini?

4.1  dia mengajak kita ..  membuat usaha dakwah ke seluruh dunia.  Jamaah melayu kumpur, indon, brunei untuk berusaha ..  ke atas hati rakyat benua arab, india, cina dan afrika.

Sedangkan ..orang muslim India/ Pakistan/ Bangladesh  dihantar ke Malaysia, Brunei, Afrika Selatan  dan Indonesia ..  untuk buat usaha .. ke atas fikir manusia di negara negara serantau asia tenggara ini.

Bila manusia punya fikir sudah diperbetulkan ..  insya allah ..  semua kebaikan dan cahaya aman damai bahagia akan kembali ke dalam masyarakat dunia.  Percaya tak?  Saya rasa .. ramai pembaca ketawakan idea saya ini ..tetapi percayalah .. kita perlu berusaha atas dasar 'satu fikir membetulkan akidah manusia sejagat' dan selebihnya Allah akan bereshhhkan ..  susah apa bukan?

Memang api perzinaan cukup menakutkan, sedang membesar, panas, apinya menjulang tinggi suhu kepanasan 1000 darjah F  ..apatah lagi api dari dosa rasuah, penipuan , kezaliman, pembunuhan ..dan 1001 jenis dosa besar ..tetapi .. kita perlu buat 'fikir dan usaha agama' sahaja.  Di sini kita namakan , labelkan dakwah tabligh fi sabilillah.

5.00  Semalam anakku pulang dari UIA, Kuantan.  Dia menggadu ..dia kepenatan kerana baru pulang 3 hari buat kerja dakwah.  Sebagai ayah,  aku mampu berkata ' ..usaha agama memang payah dan memenatkan ..wahai anakku'  '  tetapi kita harus tabah dan terus berusaha ..agar dunia akan berubah dengan takdir Allah yg maha esa.  Sudahlah.  Tawakal kita pada Allah.  Kita perlu kurbankan masa senang, selesa, cuti , dan ..sedikit lagi ..untuk membantu mempertahankan agama suci ini dari terus ditenggelamkan ..

jangan bila kita ..dikumpulkan di hadapan mahkamah Allah ..  bila tuhan bertanya .. apakah bakti yg yg telah engkau hulurkan untuk menegak agama ku ?

sekurang kurangnya kita dapat memberi jawapan positif ..  aku pernah cuba Ya Allah semasa hayat aku dikandung badan

Sekian.  Fikir itu ..  mahal ..  ayuh ..marilah kita sama sama menolong agama Allah ini.  Ayuh!

Wasallam
  


Why no jobs here?

Posted by sazali

Salam

Many parents are misled ..why their children could not land a job in this country upon completion of their studies.  The actual truth is not English competencies .. etc etc but ..

1) most jobs ..  are taken by other people ..who are willing to accept lower pay .. than the market force that rules .. demand supply of labor force.

2)  in the plantations ..  the owners wanted to pay as lowest as possible .. because there are people out there who are willing to work for them day , night, without stop.

3)  tauke tauke ..  wanted to hire cheap labour .. and put higher prices ..the difference is called 'profit'.

The ultimate aim of any business man is to get as most profit as possible.  With gst, tol hike ..but cheap labour ..  who wanted to miss this golden opportunity in hiring outside hands to tend to their businesses.

Not the locals.

The locals came from many kinds of homes.  They know the basic structure of pay here.  Their schools, polytechnics and universities have put all the structure on the table.  This is to make comparison .. a bit there and a bit here.

FYI, I was told by my good friends .. foreigners whom i met in the nearby mosques .. on friday ..they are paid ..so and so ..but their food and beddings are all covered.

With that amount of pay ..I don't think any 'mamat and minah he' he he  wanted to work ..

why?

the locals have to attend to many kinds of business and social like events not the foreigners. the locals :

3.1  visits the old families ..sick ones ..dying ones ..  new born babies .. new married old man ...

3.2  they travel by trains, bus, cars ..  al these need extra cash

3.3 they buy new , newer kinds of clothes ..shoes ..  glasses .. and many more.  Why>?  they deserve that .. why? they got degrees man.

English?

I don't think some of our ministers English is all that great after all.

Even though they claimed to have graduated from overseas ..just listen to their speech.  It did not reflect their long stay abroad.  Some did not finish speaking all english in 10 minutes on stage  .. they put malay a bit here and there ..  just because they are rubbing shoulders with the kings and royals from here or Saudia ..so what?

Pity my ex-students ...the government blamed they are too choosy lots.

No ..no ..no ..

there are no more good jobs for us all.

Till the next writings ..  good bye.

Wasallam.



  

Dugaan pemimpin beragama islam

Posted by sazali

Salam.

Kita sudah tahu ini semua.  Apa dia?  Kita semua adalah pemimpin.  Setiap pemimpin akan disoal mengenai orang yang dipimpin.  Dalam ertikata lain ..  isu kepimpinan kita sendiri di dunia yang fana ini.

2) Siapakah yang akan bertanya?  Jawapannya ialah .. tuhan robbal alameen - Allah khaliq kito !

3)  Soalan soalan sudah pun bocor sejak 1436 tahun yang lalu.  Antara soalan ialah:

3.1  bagaimana makan minum anak bini mu?
bagaimana makan minum anak tok laki mu ?  (perempuan yang bekerja dan suami di rumah sahaja).

3.2  bagaimana perjalanan ibadat beragama islam mu - solat mu, puasa mu , muamalat mu dengan ibu bapa, masyarakat mu ?

3.3  bagaimana pencarian rezeki mu itu?  duit gaji , duit jualan kueh mueh, kain batik design waktu PdP di sekolah ..  makjun itu dan ini waktu rehat di sekolah, politeknik, IPG dan universiti ..

Pendek kata ..macam macam Tuhan mu akan tanyo.

Satu soalan ..  kenapa mu settle hutang bank lebih bersungguh-sungguh lagi dari melunaskan hutang orang rapat dgn mu seperti Tambi Raja, Ah Kow, Ah Ling ..dan sebagainya?

Kitab mano mu guna?  Siapa pengarangnya ..  mu belajar betul betul ker ...

Di sekolah .. kau datang jam berapa ..dan balik jam berapa ..  dalam kelas matematik ..kau mengajar matematik atau .. cerita pasal Red Warriors kalah lagi dan lagi?


Aduhai ..

Dalam agama islam ..  tok guru ..  memberitahu .. bila soalan telah dijawab dengan cemerlang .. baru kita dijemput ke syurga.  Kalau tidak ..kita akan dihumbankan ke dalam neraka sama dengan tempat Firaun, Abu Lahab, Abu Jahal, Marcos Filipino yg kebas duit di negaranya untuk maksud membeli kasut berbagai bagai fesyen ..untuk bininya Imelda Marcos ..  atau mu raso guanor ?


4.0  Biloo mu tahu semua itu ..

why you put all the trouble to hold on to this temporary power ?

Mu cayor kor nerako .... mu tahu manor letok nyor syurga ..?


Kalau mu cayo semua itu ..  mari balik lah ..  kembalikan kuasa itu kepada orang paling layak ..sudahlah.  Imam Malik bin Dinar pernah ditawarkan jawatan besar Mufti di negaranya.  Tetapi dia menolak mentah mentah.  Kenapa?  Dia takut dengan amanah tuhan yang bakal dipikulnya.  Orang bertakwa takut serba serbi ..  orang tak bertakwa berebut semua benda serba serbi.  Di syurga .. tempat berkumpulnya orang orang bertakwa.  Apa itu takwa?  takut kepada azab Allah ..takut dosa pahala.  Takut ..melakukan kianat terang-terangan dan tipu daya .. manusia dan godaan syaitan.  Begitulah ..tuan/puan.  Serba sedikit dugaan kita ..sebagai seorang pemimpin sama ada kecil atau besar-besaran.

Sekian.

Renung-renungkanlah.

Syukur saya ayah kepada 6 anak dan isteri hanya seorang.  Harap harap cepatlah ke syurga .. Ameen.

What say you?

Wasallam.  

Dugaan hidup di Malaysia 2000 - 2015

Posted by sazali

Salam

Sebagai rakyat negara ini, saya rasa kita berkeadaan di mana nafas semakin tersesak sesak, dada ketat dan sebak  kerana :

1) ekonomi negara semakin teruk.  Dulu anak anak Malaysia senang mendapat pekerjaan sejurus selepas pengajian.  Sekarang 70,000 graduan sedang menggangur.  Rupa-rupanya pelaburan pendidikan tidak dapat membantu ibu ayah di kampung.  Ingat bila anak dah habis sekolah/ universiti, ibu ayah bolehlah menariiknafas yang lega.


2)  tahap kualiti oxigen dalam udara ..semakin lemas.  Adakah Indonesia masih membakar sampah dan tanah estet kelapa sawit nya ..dari dulu hinggga sekarang?  Saya rasa tuhan nak tunjuk .. kita tak selamat sudah hidup di sini.

Ekonomi sudah 'down'  , pernafasan pun dalam kalangan pensakit astma ..semakin teruk sekali.

Jalan raya , lebuh raya , tol semakin mencekik kita semua tak kira kita muda atau tua.

Dengan kenaikan harga ke atas barang-barang runcit ..  kualiti rumah tangga semakin 'panas' dan menegangkan semua pihak dari sesekecil anak kepada orang orang tua yang sedang menderita kesakitan.

Bilangan rompakan dan penzinaan semakin naik.  Dulu melayu dan melayu berzina ..sekarang melayu dengan orang asing(Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Thailand) pula melakukan maksiat terkutuk ini secara terang-terangan.  Dulu pelacor adalah dari kumpulan orang susah ..sekarang pelacur ada yang muncul dari rumah rumah orang-orang yang standard seperti keluarga guru, doktor, dan ..macam macam

Oleh itu , kita patut buat sesuatu.  Apakah itu?

3)  Orang dakwah Tabligh berpesan '..kita kena korbankan masa bersungguh-sungguh ..  untuk keluar khuruj fisabililahh ..  '  untuk merawati hati manusia yang semakin keras dan zalim.

Keras dalam .. tindak tanduk ..  mengambil rasuah dan menghisap darah rakyat jelata.  Orang mencuri barangan RM1000 ditangkap, didakwa dan dipenjarakan 2 - 3 tahun.  Jika ayah dalam lokap ..siapa lagi yang nak ditugaskan mencari duit untuk anak-anak.

Sedangkan ada orang besar .. kebas duit berjuta juta RM , tempoh penjaranya hanya 1 tahun sahaja.

Sekarang ada ibu dan bapa ke pejabat tanpa sarapan dan makan tengah hari setiap hari , semata mata ..sistem lebuh raya Kuala Lumpur menaikkan tolnya.  Mereka terpaksa keluar dari rumah jam 0500 pagi untuk ke pejabat ... sedangkan anak anak sedang nyenyak tidur.

untuk maklluman pembaca, saya pernah berlapar untuk anak anak .. itu pun dalam 1 - 3 hari, ini lagi teruk ..setiap hari ibu dan ayah mengikat perutnya semata mata nak menyekolahkan anak anak di Kuala Lumpur/ Lembah Klang.  Pagi berlapar, tengah hari berlapar ..  malam malam bila pulang dari kementerian/ Jabatan/ kilang/ pasar  ..tak tahu lagi .. makanan apa yg ada di rumah.  Terukkan? Ini gaya filem India zaman 1950'an.  Rakyat sedang menderita walaupun PM bercakap penuh bersemangat di Amerika sana .. pasal islamlah, IS lah  dan hijrah.  Apa maksud bising mulutnya itu?

Kasihan?
Sekian.

Wallahu aklam bis sawab

Dugaan pelari - pelari tahun akhir pengajian di universiti universitas

Posted by sazali

Salam

Teringat saya belajar zaman degree tahun akhir, masters dan Ph.D.

Pelajar tahun akhir macam pelari pusingan akhir sesuatu sukan - acara marathon di Sukan Olimpik London.

banyak dugaannya ..antaranya ialah:

1) Banyak berangan angan

nak khawin lah .. nak kahwin dgn siapa lah ..

nak bawak kereta apa lah ..

nak mertua jenis apalah...

2)  Banyak berkhayal itu dan ini sedangkan project final year tak siap siap lagi.  contoh belajar programming dan I.T ..  programming cukup membunuhkan kita tanpa kita sedari.  Malam sudah menjadi siang dan siang menjadi malam.

Ada programmer terlupa ambik anak anak kerana program nya tak jalan jalan. Gilor?

3)  pakaian pun dah lain dah.

Dulu tahun 1 ..  semua jenis  pakai ala arabbiah dari Doha, Qatar dan Madinah.  Stoking kaki pakai; stoking tangan pun pakai .. hidung kempis asyik lap lap dgn tisu basah berpeluh .. cukup malu itu dan ini ..  terutama  waktu berbincang dgn kawan kawan lain luar negeri dan luar negara.  ..

tetapi semester bertukar semester .. summer bertukar winter ..suhu panas bertukar dengan sejuknya ; langit terang berubah langit berjerebu angkara Indonesia ..engkau kata ?   ..aduhai....


tiba tiba ..  seluar  pun dah mula dipakai. maklumlah ..alasan orang ialah nak naik tangga fakulti ni satu hal jugak bukan?  payah ..pakai kain labuh labuh ..


Kenapa begitu? Jawapan senang jer ..  tahun akhir brother ...  he..he..he..


4)  Dulu suka belajar secara berkumpulan ..sekarang gemar belajar sorang sorang sampai larut malam di perpustakaan tertinggi di Malaysia..  he..he...  parit raja kau bilang?

why?

malas nak menyibuk orang lainlah

malas nak tunggu kawanlah ..

jawapan nya senang ..

tahun akhir katakan.  Mesti fokus tepi tiang hampir dengan tingkap paling besar ... ma.  O yes ..internet line semua beres di parit raja ..syukur.

He..he..he.. kita mesti fokus PFY, quiz, test, exam, project, assignments

5) Ramai pelajar di sekolah berasrama penuh seperti  SMS, MRSM, .

tak ramai dapat ijazah kelas pertama pun dalam mana mana konvokesyen di universiti negara ini.  Agak agak mengapa yer?

Walaupun pensyarah majoritinya muslim, muslimat, mukmin mukminat ... sobirin sobirat ..

ironi ..  yang ramai dapat ijazah kelas pertama adalah ..kumpulan pelajar dari sekolah sekolah bukan berasrama penuh pun terutama SMJK (C), SRJK (T) .  Why?

Sila baca .. perkara 1 hingga 4 di atas.  Banyak benda terjawab di sana ..di sana... mungkinlah begitu  ..

Sebagai bekas pelajar tahun akhir .. satu masa dahulu ...  saya nasihatkan berlarilah elok elok dlm stadium banyak pusingan (red stripe lanes) ini  ..jika tidak nanti ..

kita terkeluar dari stadium ..  fault!

ramai dah penonton dok gila gila  dok bersorak menanti ..  kau menyentuh tali penamat ..tanda kau dah menang dengan ijazah kelas pertama.  Wahai adik adik ku sekalian..

Boleh?  tolong fokus dalam larian pusingan terakhir ini.

Sabarlah;  jika berjaya dan dapat berkerja ..pemandu lori treler 40 tayar pun tergila gila nak masuk meminang apatah lagi jika kau .. menjawat satu jawatan di kementerian ker;  syarikat antarabangsa ker; air asia ker; MAS ker ..  jgn kau bimbang.  Rezki berkhawin dgn org bagus bagus (agama + karier) akan datang ..  slow slow.

Ada orang berkhawin tahun akhir.  Payah adik.  Jika body kita tak kuat ..ada orang skip pengajian untuk jaga suami dan anak dalam kandungan.

Bila dah selesai pengajian .. ada orang tak mahu berkerja pula ..nak fokus jaga suami, ketrampilan suami, mertua dan kebun durian.  Putihlah mata ibu ayah kanduung mu ..wahai adik adik ku.

kau tahu tak? .. belajar ini satu pelaburan yg besar.

Banyak mana dah ..duit dan tenaga ibu bapa mu .. berkorban untuk membawa mu ke stadium untuk engkau berlari marathon antara pelari-pelari seluruh dunia di London, England ini.

Tiba tiba .. angin mana pulok lah yg masuk dlm telinga dan otak mu ..

nak jaga suami pulok dohhhh , anak dan mertua jer .. selepas selesainya satu sesi pengajian 12 - 20 tahun lamanya sejak SK, SMK, kolej matriks (KPTM) dan .

Adakah kau sanggup .. ibu ayah mu ..menumpang/ tadah tangan mereka  ..apa apa dari suami/ isteri mu sahaja?

Payah adik ..  satu pelaburan .. tolong hargailah ..  boleh?  tak lama pun . mungkin 5 - 10 tahun .. jer ibu ayah tua masih dapat bersorak meraikan kejayaan pelajaran/ karier mu itu.  Let us enjoy the final moment when the sun is setting on the horizon.  together , together ...together ..ingat tu adik ku sayang ..


Jangan lupa adik.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab




Dugaan dengan orang standard

Posted by sazali

Salam

Zaman dulu .. istilah 'standard' selalu disebut sebut orang.

Contoh:  cara dia membawa diri standard lah/

universiti  kita standardlah/  budu tak standard ..mana leh bawak ke majlis dengan TYT?

pasukan bolasepak kita 1970'an standard ..setaraf dengan orang jerman dan Belanda.

He..he..

2) Apakah yang dimaksudkan dengan standard?

3) Bila standard .. gaya hidup pun standardlah.

Hutang standard .. ber ratus ratus ribu RM.

Kasihan.

Beli kereta standard .. paling komang . Honda Accord.

4) Jika ke sekolah .. setakat nak ngajar matematik Darjah 1 .. standard sangat kah kita memandu kereta mahal mahal?  Kalau drive Proton ..guaner?

Tak standard ker?

5)  Buat majlis kahwin anak pun ..kat hotel 5 bintang. Dok 5 bulang ..sudah bercerai.

Kasihan kan?  mak ayah yang standard banyak menanggung hutang yang ..tak perlu sebenarnya.

Sukurlah .. kenduri khawin anak anak ku ..  sederhana sahaja kos nya.

He..he..
saya tak perlu hutang standard pun/

Kalu VC mari ..bagus. Tak mari pun alright punya.

Begitulah ..gaya gaya ornag nak tidur lena di waktu malam.  Jangan cari susah .. Nabi Muhammad s.a.w  sudah mendidik kita .. jangan boros berbelanja.  Buat ala kadar sahaja.

bahaya ..jika nok standard ..semua hal.

Disebabkan ada PhD ..kena beli BMW?  aduhai ..kitab mana mu baca ni/

Disebabkan berbesan dgn orang kaya ..kita kena beli kerta MEZS ..

Entahlah ..  mari mano otak begini?

6) Untuk selamat dari bala dunia ( hutang, dengki manusia, cemuhan ramai dari masyarakat) hiduplah ala kadar sahaja.  Standard?

He..he.. he...
Tak payah lah ..adik ku oooi.
Yang penting ..kita selalu berduit. Bila fakir miskin datang pun kita Ok/
kalau DSNTR mari pun ..kita Ok jahhhh.  No problem.

Saya ada berjumpa ..sesetengah orang ..nak bersedekah kepada minah bangla .. takut nya dia .. lari masuk tandas lah .. berlari laju laju lah ..  tak bukak pagar control dia lah ..

kasihan ..  ini tanda orang tak ada duit. ( laugh).

7) Sebagai penutup, jom kita belajar standard standard PhD ..tetapi kita boleh kawan dengan semua orang.  Nampak orang bangla nak ke masjid today, jom berhenti dan ambik dia ke sana sana sana .. masjidlah.

Free of charge.  Tak standard berkawan dengan org org ni ..tak apa. Sekurang kurangnya ..kita dah dapat pahala ..on the way to masjid.

Sekian.

Wallahu aklam .

Dugaan pekerja zaman sekarang

Posted by sazali

Salam

Orang luar kata, bila kita bekerja dengan kerajaan ..hidup kita sudah terjamin.

Betul ke?

Sekarang dugaan bekerja .. sangatlah banyak.  Saya ingin berkongsi dua perkara sahaja ..sebab hari sudah jauh ptg ptg ..
1)  tahap kecekapan , kompetensi - banyak bergantung kepada ICT

dunia sudah berubah.  Banyak kerja memerlukan kemahiran IT dan kita kena pandai mengurus masa bila bekerja,

2)  KPI ? key performance index  - bila jadi doktor KKM/ universiti/ kementerian-kementerian utama  ..KPI nya berlainan dengan KPI orang lain di luar bandar seperti seorang guru di sekolah rendah Rambutan Rendang, KB.

Semakin besar gaji .. pangkat KPI .. semakin susah kot untuk dicapai kerana faktor usia dan kesihatan.  Lagipun mengikut statistik dari orang orang kalangan kedoktoran,

jika kita jenis berkejar kejar bekerja, balik rumah dan ke opis , ada target setiap hari , jantung selalu berdebar debar jer ..

maka banyak penyakit akan datang kepada kita tanpa kita sedari.

Penyakit tersebut ialah ..darah tinggi, kolesterol, jantung, prostate  dan ..  urat saraf dan emosi.

Benda ni jika tak dikawal ..  besar kemungkinan kita akan diserang 'stroke/ sakit jantung' , buasir dan penyakit lemah urat saraf ..

Oleh itu, berjaga jagalah dalam aspek

kebahagiaan diri dan kehidupan kita secara rutin.

Sekian.  Itu sahaja yg dapat saya kongsikan untuk hari ini.

Wasallam. Yang baik dari tuhan dan yang tak bagus ..saya lah yg bersalah.  Maafkan saya.

Dugaan ayah zaman lo ni

Posted by sazali

Salam

Dugaan ayah ialah

1) cari duit
2) jaga anak anak dan bini-bini (jika mampu)
3) didik mereka siang dan malam untuk dunia dan akhirat
4)  bila malam datang, mata tutup , otak jalan (ligat)
5) fikir pasal bakal menantu/ anak sendiri ..bolehkah dia bawa anak aku ke syurga?
6) fikir pasal itu dan ini - keselamatan keluarga dalam mana Malaysia dibanjiri oleh ramai orang asing
7) mel;ihat perkara perkara ini,  banyak dah langkah-langkah  bagus selama ini tetapi awas tuan .
8) silap 1 langkah .. semua kebajikan anda dilupai orang dan anda akan dikecam sampai mati
9)  banyak soalan dari tuhan pasal punca rezeki dan ke mana dibelanjakan
10) soalan mengenai pentadbiran dan pengurusan keluarga dan ibu mu
11)  bila dah tua,  ..  jarang kawan kawan bertanya khabar
12)  bila dah nyanyuk ..  lagi ramai orang rasa 'rimas'  apatah lagi jika isteri sudah tiada ..  kencing mu; makan-minum mu; ibadat mu; istirehat mu ..bilik mu?
13)  Quraan asyik highlight 'ibu' mu sahaja - yes syurga di bawah kaki ibu ... bukan bawak tapak kaki aku
14)  ..


* mengikut statistik di tanah perkuburan .. kekerapan barangan berbungkus yg datang ke sana ialah kaum Adam dahulu ..diikuti dgn ....  kaum Hawa

15)  ramai janda  dari duda tua kerana ramai jejaka yg sudah dipanggil oleh ya Robbi (jalan dulu)  ... kes kemalangan, kena bom, pesawat ditembak musuh, stroke bawa kereta ke opis dan pulang semasa tol semakin hari makin naik .. oleh itu
16)  pandai pandailah menjaga diri tuan-tuan ; puan-puan semua
17) jika ada duit ..simpan sikit sikit ..nanti   ..lihat bahagian 11 dan 12 di atas

18)  ..

Syukur saya bukan Perdana Menteri kerana sebagai pempmpin dia  akan ditanya berkenaan 30 juta orang di bawahnya nanti.  Apakah probabiliti dia ke syurga secepat kilat?  Agak agak kau ..apa?

Selamat Maju Jaya atuk- nenek sekelian.

Wasallam

Dugaan bila petang datang

Posted by sazali

Salam

Selepas kerja jam 0505 ptg .. kita mempunyai bebrapa rancangan.


Pertama, solat asar.

Kedua, pulang ke rumah.

Kadang-kadang ada staf tinggal di bilik masing masing(opis) untuk menyiapkan kerja apa apa yg perlu dibereskan.

Kadang-kadang ada orang turun bermain bola. Ada yg turun ke mamak corner - makan roti canai dan minum kopi.

Ada tu ..cepat cepat pulang untuk uruskan anak anak di pusat jagaan anak anak dan lain lain lagi.


pendekata semua ada tugas masingmasing.

3) sampai di rumah , badan pun terasa penat dan ..

ada nak rehat dulu, ada menonton TV sambil menunggu maghrib.

Dugaan kita ialah:

yan mana satu hendak kita utamakan.

rumah tangga /
kawan sekampung/ taman perumahan
anak anak yg masih belum pulang dari sekolah (sesi sebelah petang)
melawat , menjenguk ibu bapa berdekatan

shopping sayur, ikan, beli makan berlauk untuk makan malam

dan macam macam.

Penat kan?

Begitulah dunia zaman la ni.  Ramai kita penat nak memikirkan benda benda lain kecuali iman yg tinggi, utuh  ..boleh lah memikirkan untuk buat ziarah rumah rumah pelajar berdekatan.  Ziarah mereka yg sakit, tak datang kelas dan macam macam masalah sekolah, politeknik dan iuniversiti.

harap harap tuhan menolong kita semua ..menjadi warga yg diredainya siang dan malam.

Sekian.

Wallahuu aklam,,


Jika ditanya , sila jawap

Posted by sazali

Salam

Ikhlas ini payah.

Sebenarnya islam itu ikhlas.
Takwa pun ikhlas.
Tawaduk pun ikhlas.  (Othman M, 1989)
Oleh yang demikian ikhlas itu merangkumi banyak bidang dalam kehidupan kita kaum melayu islam di Malaysia.

2)  Bercakap tentang ikhlas sepanjang hari ..tak tahu lagi ada sifat keikhlasan atau pun tidak ..baik pendengar mahupun penceramah tersebut.

Ikhlas sangat 'delicate'.  Ikhlas tersangatlah halus .. Pernah tak tuan/puan mendengar satu cerita dari kitab kitab lama ..berkenaan dgn 3 kumpulan manusia ..iaitu Maha Guru, Dermawan dan seorang mujahid yang terbunuh dalam peperangan ..

Dipendekkan cerita .. semua masuk neraka kerana amalan mereka ditolak bulat bulat oleh Allah Maha Berkuasa.  Mengapa?

2.1 maha guru(profesor)  itu berkata dia dah ikhlas sangat dah  mengajar ..  tetapi ..tuhan maha tahu ..  kamu berkehendakkan nama, pangkat, duit , dan macam macam ..  oleh itu amalan itu ditolak.

2.2 Sang Dermawan pun berkata ..dia membina masjid, sekolah, pondok tahfiz, sponsor itu dan ini untuk sekolah agama, sponsor lembu kurban  ..  tetapi tuhan maha tahu ..  kamu berkehendakkan ..orang mengingati mu.  Nama mu terpahat disemua dinding bangunan yg kau bina.  Label dacing Perikatan pun mu nok tampal ke atas plastik baja-baja tanaman ..supaya orang tahu ...ini bantuan kerajaan bukan .. pihak pembangkang. Oleh itu amalan sedekah dan bantuan insan ini ditolak.

2.3  seorang perajurit/ mujahid ..ditanya ..  mu mati sebab apa yop.  Dia pun berceritalah macam macam .. tetapi tuhan maha tahu ..  mu mati kerana bangsa dan negara bukan untuk agama. Oleh itu .. amalan kematian kesyahidannya itu ..ditolak.

Aduhs.  Payah bukan?  Sekarang kita kena isi borang KPI ..senaraikan semua kebajikan kita satu persatu ..biar bos dan semua orang tahu. KPI ini sebagai penyukat sama ada kita menjalankan tugas dengan baik ataupun tidak.

Komen:

Payahnya nak masuk syurga.  Sebenarnya .. syurga ni ..kita masuk bukan sebab amalan amalan mulia yang kita laku pun. Semua kerana ikhsan (kasih sayang) Allah.  Oleh itu kita kena ..berdoa supaya tuhan memandang kita dengan penuh ikhsan dan kasih sayang.  Meredai semua amalan kita dari sesekecil hingga sesebesar gunung ..  Apa itu?


  • tak pijak .. ulat dalam tandas ..itu sesekecil amalan mulia.
  • tolong orang susah dalam keadaaan kita tak berwang, anak anak kita besar kepala dari tubuhnya ...kebuluran walaupun duduk Precint 5 Putrajaya ..kerana pendapatan tak cukup Ya Allah ..ini mungkin sesebesar amalan mulia ..kita utamakan orang lain terlebih dahulu dari anak anak bini kita.


Mungkin?

Tetapi sudah ada ..panduan/ tips  ..dari junjungan Nabi Muhamad s.a.w .. bagaimana nak dapat ikhlas?

3.1  sembahyang tahajud di malam malam hari.  tak ada orang nampak pun ..buat lah dari zaman muda mu hingga zaman tua mu ..  boleh?  jika ya ..  insya allah sifat ikhlas itu akan datang slow dan slow.

3.2  sembahyang berjamaah waktu subuh .. hadhir berjamaah setiap pagi dari sekarang hingga mati ..boleh kau?  ..  insya allah jika boleh  ..keikhlasan dlm amalan dunia dan akhirawi  slow slow akan datang.

3.3  bersedekah .. apa yg tangan kanan hulurkan .. tangan kiri tak sedar pun.  Ini menunjukkan kita bahawa .. amalan sedekah sudah menjadi amalan kebiasaaan dgn kita bila berada di mana mana jua.  Di padang Jom Heboh pun kita hulurkan derma ;  di majlis paksaan pro-kerajaan pun kita beri derma kpd orang asing tetapi ada kad pengenalan Malaysia.  Kita buat demikian kerana agama.  Buatlah selalu selalu ,,jangan cepat menggungkit itu dan ini kepada sesiapa ..  insya allah ikhlas akan datang slow dan slow motion kot.

3.4  pergilah berjumpa ibu bapamu yang sudah tua ..  jika mereka tidur ..tolong jangan ganggu mereka ..  bila mereka dah bangun barulah kita berikan mereka susu kambing ke , susu lembu ke, dan macam macam ..  Biarkanlah  anak anak bini mu berlapar semasa ibu bapa mu tidur tadi ..  tunggu biar ibu bapa sudah terjaga ..barulah  semua orang boleh makan dan minum susu kambing dan susu lembu  di atas.  Buatlah begitu?  Buat selalu selalu.  Insya allah ikhlas akan datang.  [  dah agak dah ..mesti ada peperangan antara tuan dengan isteri tuan.  Jika tidak ..anak anak pun ..wajah mencuka menanti tuan dalam kereta , di rumah ..dan bnyklah komen membina akan ditujukan kpd si ayah yg nak belajar sifat ikhlas ini ..]

3.5  Ada satu cerita ..orang cina di benua CINA yg sangat besar .. mereka sanggup mendukung ibu bapa nya ke sana sini .. semata mata untuk menjaga ibu bapa mereka yg sudah tua.  Mereka tak akan lepaskan ibu bapanya susah atau berlapar walaupun sesaat .. cuba buat ..begini ..dukung ibu bapa mu ke hulu ke hilir emporium ker, fakulti komputer mu ker, majlis ilmu MASJID USIM di Nilai ke .. , keluarkan duit di ATM machine ke ..  dukunglah ibu bapa mu itu  ..boleh?   Jika mampu buat benda alah ini , insya allah ikhlas akan datang pada mu perlahan demi perlahan.   Hishhhh....

Di sana benua CINO, ada sebahagian dunia ini ada lagi orang orang yg terlampau miskin ..orang cina selalu membantu ibu-ayah mereka sedemikian rupa.  Tetapi di sini ,  bila rakyat dah kaya ..payah nak lihat benda alah ini.  Nanti orang kata ..menunjuk-nunjuk pulak kita ni baik sangat.

Saya?  payah kot ..  kerana ..saya tak pernah lagi tengok orang melayu lebih tua dari saya berbuat demikian hatta tok guru murshid saya sendiri  ... dukung ibu bapanya  ke hulu hilir .. semata mata .menjaga mereka ..tanda kasih sayang; filial dan humility  .. ..Yang saya nampak dgn mata bulat saya ialah ..orang hospital yg bersusah payah ..letak ibu bapa ke atas strecher dan tolak mereka ke dalam bilik doktor seberapa segera yang boleh.  Mengapa?  itu tugas orang hospital dah.  Berkhidmat untuk masyarakat yang tak sihat ..dan tua.

Begitulah..

Pendek kata ..sifat keikhlasan ini terlampaulah payah ..menghinggap dlm diri kita termasuk penulis blog yang serba dhaif ini tetapi

awas ..islam itu ikhlas.

awas ..taqwa itu ikhlas .

dan tawaduq itu pun .ikhlas.

Oleh itu ..dirumuskan cerita ..ikhlas itu payah tuan/puan/ adik/ kakok /   ..kecuali tuhan menghadiahkan kita sifat tersebut.

Oleh itu ..syurga ..tak ramai sangat penghuninya ..  yang paling ramai ..neraka. Kenapa? ramai kita termasuk pemimpin, ketua ketua jabatan .. kaki jack, kaki ampu  .. he he he ..  tengok tu ..  pintu ..neraka jika amalan amalan yg kita buat dari dulu sampai sekarang ..tidak ada pun keikhlasannya.  Dasyat!  Oleh itu jom minta ampun dari tuhan. Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Muga muga Allah menerima semua amalan kita dari dulu hinggalah ke hari ini.

Allah hu Akbar!  api neraka adalah 70 kali ganda kuasa kepanasan dari  api di dunia.

Sekian.  Ini sajalah  Cubaan saya yang tak seberapa, tetapi saya dah cuba ..ok?

Wallahu aklam.

Rujukan: (Othman M. 1989).  Kitab Mutiara Muballigh 3 Jilid

Dugaan umat islam

Posted by sazali

Salam

Banyak dugaan kita.

Pertama, blur jugak nak makan makanan moden @ fast-food zaman sekarang.  Coklat seperti Cadbury dulu ..sekejap haram ..sekejap halal.  Jika kita melancung ke sana sini, melihat telatah dan cara staf kapalterbang membawa diri , rasa rasa konfiden ke .. mereka jaga benda alah ini betul betul 100%?

Kedua, berkenaan dengan 'riba'.  Sekarang kos rumah sudah melambung. Rumah teres sahaja di Kota Bharu RM200 - RM300K sedangkan di Nilai, N9 ..kos adalah RM450K - RM700K.  Bagaimana hendak beli ini jika sang suami / isteri sahaja yang bekerja?  Beli aset melalui perbankan islam ..orang kata mahal sedikit dari perbankan conventioanl seperti Maybank, Public Bank dan lain-lain tetapi pokoknya .. kerajaan kita tak 'smart' sangat mengawal harga benda alah ini demi untuk kesejahteraan rakyat jelata berumur 35 - 55 tahun. Ini sesuatu yang penting selepas sepasang pekerja mendirikan rumah tangga.  Bila ini berterusan, ramai orang islam terjebak dalam dosa 'riba'.  Kitab termasyur memberitahu ..pemgambil riba lebih  dasyat dari berzina dengan ibu sendiri. Ambik kau?

Ketiga, kitab suci Al Quran selalu mengingatkan  kita berkenaan dengan pemisah antara alam orang orang mukmin dan orang orang kafir.  Syurga dihadiahkan kepada umat islam yang bertakwa dan neraka adalah balasan tempat mereka yg kafir. Tetapi ..  tabiat tabiat yg diamalkan oleh generasi dulu dan sekarang .. nampak-nampaknya tidak menunjukkan sebarang pemisahan yang jelas.  Org kafir main bola ..tetapi ada umat islam yang masih tidak berganjak dari padang bola walaupun ..hari sudah masuk maghrib.  Orang kafir disko ..ada juga orang kita yang berebut rebut ke sana juga.  Macam-mana ini?  Orang kafir sibuk bertanding menyanyi ..kita orang islam berduyun duyun hadhir menyaksikan acara muzik dan berlakon.  Hatta mak chik kita yg bertudung pun ..berada di barisan hadapan program tersebut.

Keempat,  penjara di dunia disediakan untuk orang bersalah dalam segi undang-undang.  Hari itu orang kita dijel selama 1 tahun , dan keesokan harinya ..orang kafir pula yang dihumbankan ke dalam jel.  Mengapa tempat yang sama untuk 2 kumpulan manusia yg berlainan?  Pelikkan.  Mana satu betul ini ..islam dan jel atau kafir dan jel. Mana kualiti keimanan orang kita itu?  Tertewas dengan fitnah dunia - rumah rumah banglo besar dan tersangatlah besar sedangkan saiz kubur saiznya kecil.  Nasib baik ..agama tak memaksa pengali kubur ..untuk masukkan rumah bersaiz demikian ke dalam lubang lahat untuk simati sebagai jaminan hidup di dunia sana. Sana. Sana.  Jika tidak, penat lo.

Kelima, berkenaan dengan keimanan masing-masing termasuk 'ikhlas'.  Amalan ikhlas ..tuhan terima. Amalan tidak ikhlas ..tuhan reject tak kira kita bina istana untuk fakir miskin, masjid terbesar di dunia , jam clock tower tertinggi, atau jadi mantan pendakwa raya terhebat pun untuk kes brother kita DAI ..  oleh itu kita kena berkira-kira pasal elemen keikhlasan ini.  Payah ini?

Iman ialah ketakwaan kepada perkara yg ghaib.  Contoh bercakap benar walaupun pahit. Kita perhatikan banyak masa kita telah diperhabiskan untuk buat@memikirkan benda benda yg remeh temeh semata mata hendak mengalih/ menutup perhatian rakyat kepada perkara terbesar seperti dosa penyelewangan dan penipuan.  Untuk menutup cerita besar, kita telah menggunakan banyak tenaga dan fikiran pegawai-pegawai kerajaan ..semata mata kita sedang berkuasa di saat saat ini.  Jika kita takut kepada azab Allah, kita sepatutnya buat sesuatu yg tepat dan betul sekali dan berkali-kali.  Tengok sahajalah ,  ...

Hari ini ..dunia bolasepak ..FIFA mengantungkan ramai pegawai tertingginya seperti Michael Platini dan Blatter kerana kes rasuah.  Ini benda bola sepak jer dalam kalangan orang orang kafir.  Sebiji bola yang mana satu bilion pemain dok kejar kejar dan sumbat bola ini  ke dalam gawang gol.  Ini pun ..ada orang kena gantung perkhidmatannya.  Permainan bodoh pun ada orang kena gantung.

Dalam dunia islam lain pula.  Walaupun sesuatu itu terang-terangan ..  menunjukkan satu penyelewengan telah berlaku ..  tidak ada penggantungan apa apa ke atas mana-mana pihak bahkan pihak berkuasa sedang mengejar si penggadu itu pula lari dan lari.  Bukankah ini satu cerita yang ganjil yang menimbulkan banyak perkara  'blur, blurer dan blurest' dalam kalangan orang orang kafir seluruh dunia?  Mereka confuse ..  betul ke ,..  ada neraka ini?

Jika kita umat terbaik ..  berapa lama lagi kita rakyat jelata mesti dihidangkan dengan irama sonsang yg berlaku di hadapan mata.  Betullah kata Imam Muda Masjid Gelugok ..Hj Al Hafiz Saad .. kita patut fokus masa kita kepada satu amalan yg akan menyelamatkan diri kita dari azab Allah.  Fokus kita kepada ..membimbing anak anak ke perkara yg baik @ maaruf dan jauhkan ahli ahli keluarga kita dari perkara perkara yg laror (melalaikan).  Di negara islam bnyk masa rakyatnya dihidangkan dengan benda benda yg laro - tarian gelek di padang pasir, dikir barat di serambi mekoh dan belago ayam / sambung ayam di kawasan pantai pantai timur negara kita.  Aduhai ..jika England , rakyatnya gilo kepada perlumbaan anjing mengejar 'arnab robot' , dunia islam apa kurangnya.  Jika si anu itu keluar dari jub*r hindu pun ..  dia confuse dengan peristiwa peristiwa yang menjadi pujaan rakyat negara islam.  Sekejap berpuasa 1 bulan , sekejap menunaikan ibadat haji dan umrah , dan sekejap lagi ..ada anak cucu orang kito jugoklah  ..dok gila main moto berkuasa besar di pagi pagi hari 3:00 hingga 04:00 pagi di Georgetown, Pulau Pinang.  Sesetengah itu dok bawak minah punggung besar ..  sebagai pembonceng ..  mana mok ayah budak2 perempuan ini?  Tak takut ke .. ayat Al Quraan ..  mahfumnya ..  jagalah anak anak bini mu dari siksaan api neraka yg mana bahan bahan adalah manusia dan tulang-tulang batu belako belako.

Ayuh bertaubatlah!  Negara islam dengan pemimpin islam.  Ada kor benda benda begini?

Sekian.  Dugaan umat islam semakin besar tahap keblurannya.  Aku mohon maaf.  Tersalah bahasa.

Wallahu aklam bis sawab.  

Dugaan pelajar masa kini

Posted by sazali

Salam

Dalam kalangan sesebuah masyarakat , anak merupakan faktor utama yang menentukan kebahagiaan atau kerisauan keluarga. Ini adalah kerana mereka memerlukan banyak perhatian dan kasih sayang dari semua pihak terutama ibu bapa.  Jika disemak, separuh wang gaji ibu ayah adalah dikhaskan untuk anakl-anak terutama pelajaran mereka dari bangku sekolah, politeknik, universiti, interview pekerjaan, pebelanjaan khawin dan banyak lagi.

Mengikut satu rencana, seorang anak memerlukan lebih dari satu juta ringgit (RM) dari wang saku ibu bapa dan kerajaan untuk maksud 'proses pembesaran dan pelajaran'.

Tetapi dugaan pelajar zaman kini adalah seperti berikut:

2.0  skor dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, sijil kejuruteraan politeknik (KPTM), diploma ijazah, sarjana dan Ph.D

2.1  mencari pekerjaan
2.2 mencari pasangan hidup
2.3 mencari rumah
2.4 dan lain lain lagi merangkumi  tekanan hidup dan harapan keluarga (expectation).

Pendek kata susah kumpulan ini berbeza dari kesusahan yg dialami oleh generasi pasca merdeka era 1957 - 2000.

3.0 Dari senarai di atas, jika dilayan semua itu, besar kemungkinan pelajar hari ini adalah pelajar yang paling boring dan moody. Titik klimaks boring dan moody ini ialah kesanggupan seorang anak cina meletup ibu ayahnya menggunakan bom buatan sendiri di GUA MUSANG.  Oleh itu awaslah bila melalui bandar cowboy ini.

Kasihan kan?

4.0  Persoalannya ialah ..bagaimanakah caranya kita kaum pelajar zaman DS MNTR hendak hidup secara aman damai dan selesa?  Oh ya ..  jangan lupa ..jika kita selesa pun ..bila jiran ramai yang menyewakan rumah rumah mereka kepada orang luar negara (afrika, vietnam, filipino, bangladesh, thailand, .... ) bolehkah kita tidur nyenyak ini?  Anak anak dara kita pun sering diganggu dan .... (hish hish sakit kepala ..polis tolong.)

He..he..he..

Mengikut pemahaman saya tadi, kaum pelajar sekarang adalah kumpulan pelajar yang paling boring sekali jika dibandingkan dengan kumpulan anak anak muda zaman Hang Tuah, Hang Lekir ; arwwah Munshi Abdullah, arwah Pak Sako, arwah Tun Ghafar Baba ,  arwah Mokhtar Dahari ;  arwah Sudirman Hj Arshad dan ..  lain-lain.  Mengapa?  Tekanan hidup yang melampau-lampau terutama pihak sekolah mahu semua anak didik mereka skor semua 'A' dalam semua subjek terutama sains, matematik dan BahasaInggeris.  Ironinya ..jika kita semak sijil guru guru yang mengajar .. mereka tak lah straight 'A's  mana pun .. sekadar A2/c3 jer bila mereka menduduki SPM dahulu untuk subjek BM dan BI.  Gila bukan?  Kita sudah jadi gila kerana pelajar sekarang..  skor semua A pun 70,000 graduan masih lagi mengganggur.  Mengapakah ini berlaku?  Adakah kerajaan yg silap dengan sistem-sistem A,B,C, ...,Z nya?

He..he..he..

Sekian.  Kasihan dugaan anak anak kita ini.

Wallahu aklam bis sawab




dugaan negara kita BESAR

Posted by sazali

Salam

Semalam saya menulis mengenai dugaan dalam kalangan manusia kaya dan miskin.

Ada yang sihat dan ada yang sakit.

Pada hari bertuah ini ..saya ingin menulis mengenai dugaan negara.

2)  Jika kita kaji sejarah dunia, England adalah sebuah negara termasyur di seluruh benua satu masa dahulu.  Oleh sebab pengaruh dari pemerintahannya di beberapa buah negara lain - India, Afrika dan asia tenggara ..

ramai pendatang asing berhijrah ke England pada tahun  1900 - 1950 sebagai tenaga pekerja di kilang kilang  tekstil. Ramai pekerja adalah dari India, Pakistan dan Bangladesh.

3)  Malaysia pun kaya juga.  Disebabkan kekayaan ..negara ini berhadapan dengan dugaan yg sangat besar mulai 1995 - 2015 apabila:

3.1  ramai pelajar luar negara mengambil peluang belajar di sini.  Jika ditemuduga pelajar arab ..mengapa malaysia ..jawapannya mudah ..kesan 9 11 di USA.

3.2  ramai pelajar Cina dari benua Cina datang ke sini .. belajar Yes/ No./  understand/ alright?

3.3  ramai pelajar negara luar datang untuk Ph.D, sarjana dan macam macam lagi.

3.4  rakyat Indonesia dan Thailand .. datang mencari rezeki sebagai pekerja kontrak dan amah(bibit)

Oleh sebab ramai pendatang asing .. banyaklah masalah sosial yg berlaku seperti ..perkhawinan campur antara Cina dan India, Melayu dan Bangladesh dan macam macam. Tumbuhnya makmal dadah di kawasan perumahan elit di Lembah Klang dan macam macam lagi ada.  Kasihan pasukan PDRM, KASTAM, IMEGRESEN dan banyak lagi pegawai berunifom untuk masalah terbaru ini.   Boleh buat research Ph.D ini ..probability, permutation dan combination masalah yang timbul.

4)  Di samping itu juga, Malaysia dilanda bedilan kuat apabila Tun Mahathir menyerang DS MNTR PM kita.  Siapa sangka benda ini boleh berlaku dlm sebuah negara islam contoh.

Ini pun satu bidang research jika pembaca nak teruskanlah.

He..he...he

5) Saya sejak dikurniakan Ph.D pun diduga ..  kadang kadang di tengah tengah malam orang kampung pun ada memanggil saya ..segera doktor..anak saya nak bersalin.

Aduhai ..saya hanya buat kajian pendidikan matematik sahajalah  bukan ... bahagian perbidanan dan lain lain lagi.  Maaf banyak banyak ye/

Oleh itu kita diduga macam-macam. Syukur kita masih berada di sini ..sebuah bumi bertuah.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabb

dugaan kita berbeza-beza ..

Posted by sazali

Salam

Orang kaya diduga dengan nikmat kekayaan dan kelalaian ..

Orang miskin (papa kedana) diduga dengan kekurangan dalam banyak segi terutama makanan, minuman, tempat tinggal, imej dan ..macam macam .  Tak percaya?  cuba tengok bilangan jammah yg meratip untuk si miskin di bandingkan dengan arwah dari keluarga kaya Tengku, Nik, Sir dan Profs.

Jika diberi pilihan , tak ramai manusia mahu kemiskinan .. majoriti kita  mahukan  kekayaan kerana melalui kekayaan kita boleh buat banyak amalan seperti bersedekah, buat masjid, fly over antara bandar Ketereh dengan Wakaf Che Yeh, dan banyak lagi.  Tak percaya?  cuba kita perhatikan ..majlis agama ..ramai yg datang untuk mendapatkan tips kemurahan rezeki melalui solat dhuha dan ... majlis agama tiba tiba berstatus sepi jika tok guru berbicarakan  pasal ..kehidupan sahabat Nabi bernama Bilal r.an hu ..  mengenai pakaian semasa dia meninggalkan dunia ..  tak besar kain kafannya ..ditarik ke kepala ..ternampak pehanya dan jika kain kafan ditarik ..ke bawah menutupi lutut dan alat sulitnya ..  kepalanya pun nampak terang terangan. Osh ..kasihannya!

Kalau buat filem pun ..box-opis ..adalah berkenaan dengan topik kekayaan yg melimpah ruah.  Syukur alhamdulilah.  Penoton ramai mahu melihat filem melayu dengan moto besar, kereta besar, rumah besar, badan pelakon besar besar ..dan hidup dalam istana besar besar besar dan berseri seri.  Disebabkan sifat besar, hutang mereka pun besarlah.  Percakapan mereka tak main RM3 untuk beli lopez dan gula melaka tetapi .... stail cakap mereka ..  RM 2.6 bilion .. dari jauh rakyat jelata terdengar ada orang sudi bersedekah jer pada orang begini.  Bayangkan?

Itu sifat manusia ..sejagat.  Saya tak mahu komen pasal benda alah ini.

2) Dugaan kedua ialah status kesihatan.  Bila kita sihat ..ramai kawan mahu bersahabat dgn kita.  Diajaknya kita makan minum ke sana sini.  Tak cukup dgn waktu siang ..waktu malam pun ..berdering handset kita ..kerana sahabat sahabat mahu berbelanja makan minum dgn kita ..
jika kita sakit di hospital ..  rasa rasa ..tak ramai yg sanggup meluangkan masa ..melawat kita tersandar di atas katil bercadarkan kain serba putih.  Mengapa agak-agaknya?

Jawapannya ..tak ramai orang mahu bersedih ..berduka .. dan maklumlah ..kain cadar serba putih ini cukup menakutkan ..  lainlah kain cadar berwarna serba merah.  Tanda ..  kita berani dan pantang menyerah kalah.  Waktu melawat orang sakit ..kita punya stail bercakap ..tak seseronok seperti bercakap dgn orang yg baru pulang dari U.K bawak balik mem, kereta merz, kayu golf dan scrol Ph.D.  He..he..  ke hospital ..setakat membawa .. 3 biji epal lebam ..dan kerepek kering .. dari Parit Raja, Johor.  Rasa rasa kurang thrill bercakap dgn orang sakit dengan barah stage 4 dan prostat ..  stage berjaga jaga sudah.

Itulah dugaan.  Sebab itu ..Nabi Muhammad s.a.w berpesan kpd sekalian .hargailah 5 perkara sebelum 5 perkara dtg pada mu ..  iaitu nikmat sihat, kaya, berilmu, muda cergas bergigi penuh set atas dan bawah dan akhirnya hidup sebelum mati.

Ingat tu?

3)  Dugaan ketiga ialah ..  keadaan keluarga kita sendiri.  Ada orang dapat anak .. asyik yang berpenyakit jer ..  kalau tak kena asthma .. tuhan menduga kita dengan penyakit gagap/ bersen tak sudah sudah.  Bila musim jerebu datang ..anak anak makin tak sihat.  Bila anak anak tak sihat ..ibu pun turut sama tak sihat.  Di saat ini ..kita diduga ..dgn masa melayan rakyat jelata yg sakit dan terus sakit.  Bau ubat ..kuat merebak ke seluruh dewan rumah kita tak kira bersaiz kecil atau besar.  Bila kuat sangat wap berbau ubat ..urut, batuk, astma ..dan macam macam bau ..mood kita nak berkerja bersungguh sungguhh semakin luntur ..dan produktivi kita tergugat bukan sehari ..tetapi banyak banyak hari .. kasihan bukan?  Buku sekolah pun turut berbau minyak urut langkawi dan kadang kadang .. kita keliru minyak ini minyak masak atau minyak urut satu rumah keperluan nya.  Dasyat ..dugaan tuhan kpdnya.

4)    Selepas diduga ..  kita diajar bersabar.  Orang alim masjid ..ajar kita ..sabar separuh dari iman.  Orang sabar kawan nabi ..dan selepas nabi ..kita ke syurga.  Senang kan bunyinya?

He..he..he..
tetapi tak tahulah saya ramai mana orang pandai bersabar jika anak anak asyik sakit jer.  Bila susah ..kadang kadang mulut isteri pun bising ..  marah marah kepada suami ,,maklumlah ..suami baru jer pulang dari sekolah .. ada masalah disiplin, masalah banyak sgt arahan JPN , PPD, Ketua Sektor dan macam macam lagi.  kalau bercerita pun ..  isteri apa tahu .. Yang pasti .. jom bang ..kita ke hospital lagi.....

Bila musim pilihan raya ..bagus juga ..  parti BN datang ..menghulurkan bantuan.
Parti DAP/ PAS / PKR ..datang juga ..  dengan bantuan mereka tetapi sayangnya ..  merka datang sekali jer dalam tempoh 4 - 5 tahun lamanya.

Walaupun begitu ..  bagus juga ..musim PRU ..  banyak juga bantuan yg dihulur dan disalurkan.

Selepas BN menang ..  payah nampak batang hidung  MP MP kita ..  apa boleh kita buat?

Itu sifat manusia.  Ada udang di sebalik batu. Lakonan arwah Nordin Ahmad ( al fatihah)

Sebagai penutup ..  dugaan ini satu nikmat juga.  Bila datang dugaan ..kita sentiasa ingat pada tuhan.  Kekuasaannya ..kebesarannya .dan kehidupan ini sebenarnya satu lakonan sahaja. banyak kali  juga kit abaca surah yaseen siang dan malam berhari hari lamanya.    Titik kemuncak satu satu dugaan kesakitan ialah satu kematian.  Selepas mati .. kita harap kita redhalah .. dan insya allah hadiah redha ini .. ialah syurga yg kekal abadi.  Cepat mati ..cepat syurga ..kau kata?

Allahu Akbar!

Wallahu aklam bis sawab.


top students

Posted by sazali

Salam

Hari ini saya telah membaca satu berita ..top students di Terengganu kecundang memperolehi tempat di universiti tempatan.  Ajaib?


Setahu saya ..top student can do many things .. other than entering public universities.

2)  Mengapa tak leh masuk universiti?  Berita melaporkan ..mereka lemah dalam MUET peperiksaan Bahasa Inggeris di peringkat STPM.

Ini lagi pelik.  Sudah belajar B.I lebih dari 10 tahun pun ..  ada masalah lagi ke?

3)  Kalau bahasa inggeris yg sudah dipelajari oleh mereka selama 10 tahun pun payah ..  bukan top students lah ini.

4) Sifat top students ialah ..mampu  BM, BI, BArab dan macam macam lagi.  Bila berada di top ..kita boleh melihat macam macam perkara di bawah sana contohnya .. masa peperangan Uhud ..  tentera islam di puncak bukit.  Mereka senang menggalahkan orang orang kafir.  Mengapa?  strategi mereka mantap dan canggih.  Begitulah ..bila kita berada di puncak/ top of the world.

5) Jika kerajaan terengganu nak kata mereka 'top' student .. apa leh buat ..

orang orang pantai timur suka sangat menggunakan istilah 'top/ first class / standard'.

Sejak dulu lagi ..benda benda ini ditimbulkan.

Jika tak guna istilah ini ..  tak ada orang akan terkejut.  Lagi pun ..  orang cina , india .. berjaya.  Mengapa tidak kita yang membaca doa qunut setiap subuh dan berzikir siang dan malam?

Sekian.  Ada perkara yang tak betul ni..barangkali.

Wallahu aklam bis sawab


Is science so interesting here?

Posted by sazali

Salam

We saw that the numbers of science students into Form 4 , Form 6 and universities in this country is not so encouraging for us to become a so called developed nation by 2020.

Why?  There are 3 reasons to this:

i)  we make science so difficult for the youngsters say age 10, 11 and 12 (primary year 4, 5 and 6).
why introduce variables, hypothesis to these kids ..what did this got to do with cows , buffaloes breeding in the farms/ flowers and vegetables growing well for our own consumption' / haze in our air; small rivers flowing from the top of a mountain  ? can't we make it more interesting/ fun.  I think life is not all about straight 'A's"  you know?  Ask Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.  Did he get all A's while he was at school some time before?

ii)  science is no fun when you enter the universities.  Say Computer Science, computer engineering, pure mathematics, physics and chemistry degrees.  We see so many unemployed graduates from I.T and science  faculties and these are the same group of bright students who took sciences from their secondary schools  with the knowledge of hypothesis, variables and assumptions ..where did they end up ..  and

iii)  there are many other alternatives out there - i.e., go for arts, cooking, pastry, management, business, laws, design and creative arts, media communication  - one has to be good in languages and mere common sense in turning one to be professional marketers ..you earn more by selling things on the market, online market if you know how to say, persuade, convince good things to the people.  2% commission on selling 1 unit of high end apartment >>>> is much more than a    yearly income of a Upper Six Science teacher in a SMART school in M'sia.

Is that Ok?  Please think about that ..will you parents.  Don't push your young ones. Let them play some and see the beauty of learning things slowly and confidently. It is their life, not yours ..

He...he..he..

wasallam.

azan ..pembesar suara ..

Posted by sazali

Salam

Tadi dalam khutbah di sebuah masjid di Georgetown ..  khatib memberitahu pasal benda viral dalam media sosial ..  response ke atas kerajaan Pulau Pinang nampaknya ..bila mana ia tak berapa suka kita pasang pembesar suara untuk azan dan aktiviti ilmu dlm sesebuah masjid / surau ini.

Nampaknya umat melayu islam ..tak gembira dgn perkembangan terbaru ini.

Khatib .. menasihatkan kita jgn 'terlampau emotional ' pasal masalah ini. Ikut jamaah mufti dan  ..majlis agama P.P.  memberi respons terlebih dahulu.  Mungkin ada hikmahnya.

2)  Khatib menyambung lagi atas mimbar  ..

'bilangan khariah sembahyang 5 waktu tak berapa ramai pun ..

yg mendengar majlis ilmu agama pun tak ramai jugak .. oleh itu arahan dari kerajaan negeri pasal pembesar suara dan  azan ..nampak ada logiknya.


Penduduk ..nak tidur , ada anak kecil , ada orang sakit nak berehat, ada students nak belajar ; pensyarah kasi laluan bila azan berkemundang  .. mereka tak mahu diganggu oleh azan + pembesar suara lah itu.

3) Dia mintak kita muhasabah diri kita sendiri...perkara ini berlaku kerana umat islam tak peka ..

time azan maghrib pun ..dok tengok bola, main bola, minum minum di kedai mamak, ada bapak hantar isteri dan anak anak perempuan ke pasar malam/ emporium di waktu azan maghrib (contohnya) ..

sedangkan bilangan ahli khariah ..tak bertambah-tambah pun ..

kalau tak ada azan pun ..mungkin bilangan yg sama itu sahaja hari demi hari / minggu demi minggu.

Oleh itu ..  teguran kerajaan negeri kena atas batang hidung kita sendiri.

Kalau nak ..orang lain respect agama kita ..ayuh kita kena cepat cepat ..bangkit dgn amalan amalan masjid ..lagi pun Allah telah mengistiharkan .."yakinlah org org beriman adalah org yg berulang alik ke masjid setiap hari terutama subuh dan isya' ..... org yg sembahyang di rumah / opis/ stadium bola/ kolam renang  ..tak ada jaminan tuhan memberi label seperti itu.

Macamana itu?

4)  Benda ini berlaku ..bilamana bilangan org melayu tua ..masih ramai lagi di sini.
Entahlah apa nak jadi .. jika bilangan melayu tua dah berkurangan hari demi hari ..rasa rasa ..masjid pun akan jadi muzuem seperti di Cape Town, Afrika Selatan. Satu hari nanti ..cucu cicit di sini akan bercerita ..  oh tikar sembahyang yg tergantung di dinding rumah  kau itu ..  ada aku nampak moyang aku gunakan sambil dia mencium bumi dan sembahyang .. ...

Ini sudah berlaku di Sepanyol dalam kalangan pak pak arab di sana.  Raheem Sterling di England ..  cuba tanya dia ..mari mano Raheem ini?

Sekian. Renung-renungkanlah.

Walllahu aklam.