Beramanah dan berhikmahlah kita hendaknya

Posted by sazali

Salam

Arwah ayah saya seorang anggota polis (PDRM). Al Fatihah.   Setiap pagi ...semasa dia berunifom lengkap .. ada lencana 'Bersih, Cekap dan Amanah' di pin ke atas lengan bajunya di sebelah kiri.

Bukan dia sahaja ..berkeadaan begitu ..semua anggota polis .. berpakaian dan ber pin begitu.  Ada lencana amanah.  Tahun 1983 arwah ayah bersara di IPP Tumpat , Kelantan.  Meninggal Dec 2002.

2) Bank Simpanan Nasional BSN  pun ada juga simbol amanah -  skim Amanah Saham Bumiputera. Amanah Saham Nasional.

3) Seorang teruna islam ..bila berkhawin ..jurunikah ..membaca kepadanya panjang lebar ..pasal amanah.  Betullah ..mengambil anak perempuan orang secara amanah .. sekarang bergelar isteri mu sudah.

Si ayah pun ada amanah besar juga ..jika dikhawinkan anak perempuannya kepada lelaki yg menjaga dan memikirkan agama 24/7 ..  ini baru mengamalkan amanah yg sebenarnya...

tetapi jika ..ada ibu bapa yg telah bersusah payah mendidik anak anak gadisnya ..bersekolah arab/ pondok ..tetapi di saat zaman perkhawinan ..diserahkan kepada budak jojo ..yg tak menjaga solatnya , tak peduli perintah tuhannya, mengambil rasuah dalam opis, di tepi jalan, dlm restoran mamak, curi tulang, mulut laser  ...  maka mengikut kitab agama .. si bapak inilah yg telah merosakkan satu amanah besar dari tuhan yg agung.

Oleh itu apakah 'amanah' ini?


4) Seorang guru ada amanahnya.  Profesor pun mempunyai amanahnya tersendiri seperti buat penyelidikan dan keluarkan jurnal berwasit, buku untuk simpanan universiti.  Menteri Besar pun ada amanahnya iaitu jaga kebajikan rakyat jelata di negerinya seperti arwah TGNA di Kelantan.  Hatta Perdana Menteri pun ada amanah.  Semua pemimpin akan disoal oleh Allah tentang subjek yg di bawah kepimpinannya. Amanah adalah kebertanggungjawaban.   Saya seorang suami. So soalan bocor ialah ..

4.1  kamu beri apa kpd isteri mu? anak anak kamu ?  ibu bapa tua kamu; jiran tetangga kamu?
Jawapan untuk isteri - mesti nafkah zahir dan nafkah bathin.  Itu jawapan skema.  Semua orang tahu. Ada tu ..lebih nafkah bathin dari nafkah zahir (makan minum, rumah tempat tinggal, Honda Accord putih, rumah flat di Penang, tingkat 5; pakaian, gelang, anting-anting, tandoori, roti canai, langsir jenis hotel 5 bintang, bedak wangi sesedap bau  dan macam macam termasuk dapur serba moden). Nafkah bathin .. semua orang tahu ..ialah ..hubungan biologi ..tengok sang kambing .. apa dia buat dgn Madame Kambing sebelum proses biologi dijalankan ... manusia dapat anak tak berhenti henti- musim tengkujuh.  Puas chemuh mak mertua ..melawat anaknya ..musim pantang dan larang sambil membawa batu besar dari anok  sungai untuk maksud memanaskan badan dan berurut betis dan kaki si anak nya satu masa dulu.  Kurus lembik si isteri makan ikan kering, ikan haruan setahun sekali musim hujan turun lebat tengkujuh tak henti-henti , .. ishhhh kesihan sungguh berpantang seorang diri.  Ubat kampung akar kayu jgn cakaplah ..bila sihat .. sang suami dtg lagi.  Tok serik serik ..

4.2  ilmu agama ada kasi bang?
4.3   fikir-fikir agama kpd sang isteri  ..bagaimana bang?

4.4 mana berani ..kau atau dia ..untuk kejut waktu subuh ..kau atau dia ... oh patut pun ..kalian miss subuh setiap hari .. sembahyang qodo jer Jer ...yer   1100 pagi subuh gajah , zebra

4.5 kamu guru sekolah DG41/44/48 ada buat persiapan ker?
4.6  persiapan apa tu .. how come banyak ..  envelop pos laju dlm kereta kau ni ..mana buku buku murid murid yg perlu ditanda?  mana ..jom aku nak tengok ..

tak nampak pun ..kau ni guru ..  nampak banyak ciri ciri usahawan jer kau ni ..tengok ..borang insuran Prudential pun ada ...rubber stamp ..tak ada pun ..cop sekolah

amanah ke ni?

Begitulah tuan/puan.  Bnyk masa kita kelihatan letih tetapi sayangnya keletihan buat kerja lain selain dari PdP sebenarnya.  Bukan betul betul mengajar anak orang asli di Pahang tu.

Jangan kita dok asyik menyanyi dlm TV; padang sekolah; dewan besar sekolah  jer pasal amanah ..tetapi ..benda itu tidak kita diamalkan sepenuh hati.  Sedihnya!

Oleh sebab itu ...  anak menzalimi org tua nya/  ada pemimpin rasuah ..  masuk lokap 12 bulan / ada Superintent Polis umur 60 tahun kena jail ..  tak malu ..sungguh.  Ada jawatan besar, nama pun besar, gaji  tak cukup cukup lagi ....tengok apa dah jadi kawan?

Teringat ..tazkirah arwah TGNA ...orang melayu kito teruk zaman loni.  TV , khutbah jumaat, tazkirah dipasangkan setiap hari dok cerito pasal agama, restoran cino  pun ada tazkirah agama, pagi petang ada program pasal agama  ..  tetapi yg ramai masuk lokap polis ialah melayu islam juga lagi dan lagi jantan dan betina berderet deret masuk jel.

Memalukan ..  sangat sangat.  Jika tak ada langsung program tazkirah TV, khatib, dakwah tabligh sana sini rata riti  ...  macam mana orang melayu kito ini?  Mungkinkah lagi teruk dari arab jahiliah- Abu Lahab, Abu Jahal, ...?  (arwah TGNA royak tu)

Sebagai penutup ... marilah saya dan kawan kawan semua - ayuh kita mengambil keputusan membetulkan diri secara dalaman dan luaran bersungguh sungguh sebelum datangnya satu hari ..di mana kita tak boleh pulang lagi dah ke dunia ini (jenguk sekolah mu itu )  ..untuk melakukan perkara yg baik baik termasuk menjalankan amanah tuhan kpd kita semua PdP, RnD, dan mcm mcm amanah atas kepala kita masing-masing.

Sekian.

Wasallam/ maaf deh?  aku tazkirah pada diri ku juga ni ...  tuhan cukup murka ..mu cakap ..tetapi mu sendiri tak amalkan ...  rujuk PU Yeob - orang Kampung Gajah, Perok ,,,  di masjid sungai gelugok Sept 29 2015



kerja itu satu ibadat

Posted by sazali

Salam

Mengikut ustaz -ustazah ..  kurikulum PAI Tingkatan 1 - 5 pada tahun 1970 - 1975 ...jika tak silap saya mereka asyik mengajar pasal hukum hakam - air sembahyang, solat 5 waktu, ibadat puasa , tajwid al-Quraan, zakat , agihan harta pusaka dan sejarah perkembangan islam seluruh dunia termasuk peperangan antara kaum quraish dengan para-para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

2)  Jarang sangat mereka menyentuh bahawa konsep ibadat di sisi Allah ..tersangatlah luas.

Mengapa begitu?

Ada 3 faktor -  pertama, kesuntukan masa kerana semua guru tersangatlah sibuk dengan peperiksaan SRP/ SPM/ STPM;  kedua -  mereka telah membuat andaian bahawa masyarakat melayu adalah komuniti yg mengamalkan ajaran  islam di rumah masing-masing dan formula - islam itu adalah melayu dan melayu itu adalah islam terus menebal ...oleh yg demikian , kerja kerja tambahan mendidik anak anak dgn perintah tuhan  diserahkan kepada ibu bapa di rumah dan faktor ketiga -  mungkin sebab subjek ini 'senang' kot secara relatif dibandingkan dengan subjek Sains Integrasi dari Scotland dan subjek Geografi di bawah kawalan Prof Goh Cheng Leong.

3)  Hari ini dengan izin Allah , saya ingin menulis berkenaan dengan ibadat tetapi bukan perkara yg telah disentuh dalam paragraf pertama di atas.  Tulisan ini adalah hasil bacaan dan pengalaman hidup menadah telinga di majlis majlis ilmu seluruh negara dan dunia.  Alhamdulilah, syukur nikmat!

3.1  kerja guru -  jika kita bersiap sedia untuk mengajar subjek tertentu untuk sehari, seminggu, sebulan dan setahun kepada murid-murid/ pelajar-pelajar kita ..  ini pun satu ibadat.  Mengapa?  kita menyediakan ilmu asas kepada pelajar supaya menjadi bakal jurutera , doktor , profesor yang kompeten, amanah , jujur dan cekap.

3.2  kerja sebagai staf bank, penjual, toke restoran, pemborong, peniaga -  jika kita memdapatkan bekalan ikan yg baik . kita jual secara jujur dan amanah ..ini pun satu ibadat.  Kita memperolehi untung dalam  proses ibadat dan jika kita mengalami kerugian pun ... kita bersabar dan tabah .. ini semua adalah terkandung di dalam dunia ibadat. Pahalanya pun besar.  Bukankah Allah sudah berjanji? ..  Allah itu bersama sama dengan org yg sabar.

3.3  kerja sebagai askar, polis . kastam, jururawat, doktor .... jika kita keluar dari rumah dalam keadaan anak sendiri pun demam panas ..  dengan ikhlas kerana Allah .. semua susah payah kita bekerja di bawah panas matahari yg terik / air cond yg sejuk/  ini pun dinamakan ibadat.

3.4  begitu juga jika kita dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ..semua proses pemikiran kita untuk memerintah dan menguruskan negara, menagihkan harta negara dan lain -lain lagi untuk kebajikan  semua rakyat jelata tanpa mengenal bulu (hitam, putih, kerinting, hitam ikal -ikal mayang ) ....  semua susah payah ini dinamakan ibadat.

tetapi awas ...perkara kecil tetapi (barah rupa -rupanya).  Saya introduce

penyelewengan ...

banyak berlaku sekarang ini.  Rugi besar kita ..  jika kita merasakan semua masa di sekolah 0800 - 0300 ptg adalah ibadat sedangkan ..banyak masa kita mencuri tulang.  Arahan ketua tidak kita endahkan semata-mata kerana isteri kita adalah Pengetua sekolah sedangkan kita ... he..he..he..  ( tukang kawal stok buku sekolah sahaja).  Ada orang tidak menghormati ketua .. hanya kerana abang iparnya adalah Perdana Menteri Malaysia nombor 1..

Mengapa ya?

4.0  curi tulang

Ini adalah peribahasa melayu ..  maknanya .. sikap malas...  pemalas. ..tetapi dlm dunia moden ..dipanggil 'smart' working.  Konsep ini diperkenalkan oleh kaum yahudi dan kristian agar kita terus membuat duit 24/7 tanpa rasa bersalah kepada kerajaan, majikan, rakyat jelata dan jangan mu lupo - ALLAH SUBHANAWATAALA yang menciptakan jantung, sistem kencing , sistem penafasan dalam tubuh badan mu itu secara percuma.   Disebabkan lupa inilah ..

tugasan menanda buku ..ditangguh-tangguhkan ..esoklah; lusalah ..  dan tiba-tiba dlm perjalanan pulang ke rumah ..kita mati dalam kemalangan.  Maka mungkin mati kita ini adalah sesuatu yg sia-sia.

Dalam proses kita bernangguh-nangguh menandakan tugasan pelajar / murid-murid ..kita menyibukkan diri dalam 'perniagaan ' atas talian lah, di bawah talian lah ..  wang untung yang kita perolehi ini ..  adalah tidak 'bersih' kerana .. nai wa tul kita ..sudah bercampur aduk antara tugasan rasmi kerajaan dengan nafsu amarah kita mencari keuntungan/ wang sampingan disebalik nikmat besar  anugerah pekerjaan di bawah mata dan hidung kerajaan BN.  Kita beruntung besar ..kerajaan ini mengambil ramai penjawat awam berbangsa melayu.

Oleh sebab mengambil sikap sambil lewa ..  jangan menangis jika anak-anak di bawah didikan kita tidak 'menjadi' manusia yang soleh, solehah, solihin dan mukminin.  Peribadi anak berkembang pesat dari makanan minuman yg dibekalkan kpd mereka ..  oleh itu jangan terkejut jika seorang anak menzalimi ibu bapa nya sekarang ini.  Di Kelantan, satu masa yg lampau,  si anak mengapak sahaja kepala ayahnya kerana tidak melayani permintaannya membeli motosikal berkuasa besar.  Tengok?
Pagi ni pun ada sekolah diturunkan bala - tiufan, puting beliung.  Banyak bumbung sekolahh diterbangkan oleh tiufan, angin puting beliung itu.  Agak-agak mengapa itu?  Antara balai polis, hospital, emporium cina, tokong siam  dan sekolah ..mengapa puting beliung tertimpa ke atas sesebuah sekolah?

Ada ibu bapa saban tahun berumrah + jalan jalan ke Turki, Maghribi, Algeria dan Eropah ..  mereka ke sana untuk berdoa itu dan ini ..tetapi disebabkan mungkin perkara perkara di atas..

doa mereka tidak menjadi -  usaha mereka tinggal doa sahaja di tanah suci Mekah.  Bukan sekali , tetapi berkali-kali.

Oleh yang demikian ..saya mengajak diri sayalah  terlebih dahulu dan juga tuan/puan yg saya sayangi  ..jom betulkan niat kita berkerja sehari-harian sejak kita berumur 25 tahun lagi (selepas bergraduat) hingga ke saat ini.  Jika ditakdirkan kita berkerja sebagai suri rumah tangga sepenuh masa walaupun kita mampu berbahasa inggeris lebih power dari guru guru Bahasa Inggeris di bawah pengawasan DS Idris Jusoh ..jom buatlah kerja di rumah dengan penuh ikhlas kerana Allah Taala hendaknya semata-mata.  Jika kita memasak ..basahkan bibir kita itu dengan zikirullah.  Minta ampun kpd Allah .. kerana dosa itu dan ini termasuk may-be  lawan bos waktu siang dan juga waktu malam disebabkan kita berbadan besar/ berbadan dua atau berdarah raja.  Cakap dia ..kita tak endahkan ..  maklumlah kita pandai memandu kereta bapak kita punya ke sana sini dengan lagu popular Jamal Abdilahh ..  subhanallah.

Di dunia ini ..yakinlah ..  tuhan mampu menghadiahkan kita kebahagiaan ..tak gi umrah setiap bulan pun kita ok ..  kerana kebahagian itu ada di mana mana jua. Ada orang senyum gembira melihat kambingnya membiak lagi pagi ini ..   Insya allah/ Alhamdulilah.  Pokok pangkalnya ialah kita bertakwa.  Apa itu takwa? adakah takwa ini sejenis biskut berbunga atau sebiji buah tamar dari ladang pak arab?  Mengikut khatib ..Takwa ialah kita takut kepada janji janji dan azab Allah ke atas kita.

Betul tak?

Sekian.  Maaf diminta kerana perkongsian perkara ini ..  saya sekadar seorang posman sahaja .. sebarkan ilmu itu walaupun sepotong ayat.  Beramanahlah kamu sebelum kamu ........ (sila lengkapkan ayat ini - 1 markah tau ).

Wallahu aklam ...  aku dah sebarkan setakat yang aku mampu...
maaf cikgu.






after a bad deed, do something good

Posted by sazali

Salam

Sebagai manusia biasa, kita tak leh lari dari membuat kesilapan ..itu dan ini.

Mungkin dosa kecil dan ada dosa besar.

Dosa kecil terlampau banyak seperti:

a) mencuri tulang - malas nak buat lebih lebih untuk sang anak dan suami contohnya

b)  mengambil cangkul orang tanpa meminta izin; guna kereta orang ..bila hantar dah habis minyak keretanya ..  tentu ada org sakit hati.

c)  bayar hutang sewa rumah lewat sedikit .. janji jam 1200 tengah hari nak bankin .. tetapi jam 200 ptg baru bereshhhh ..  payah cari car parking .. alasan lah itu.

d) dan macam-macam lagi.

Dosa besar seperti :

a) menipu rakyat terang-terangan

b) janji berbelit belit macam ular (hipokrit)

c)  kebas duit orang secara terang-terangan

d) buang /potong rezeki orang bilamana ..jawatan askarnya ditamatkan ..hanya kerana dia bercakap benar dan telus tentang kemungkaran - tipu daya dan mcm mcm


---

Menyedari hakikat di atas, sebagai manusia biasa ..

kita boleh buat koreksi ..insya allah.. (selagi mu masih hidup lah)

jika terbuat dosa kecil ..mohon maaf secara profesional ..seperti .Milah ..maafkan aku ..masuk duit kau lewat sikit tadi ..dan nah ..aku kasi kau lebih sikit tu ..rm20 ..belanja lunch please?

jika buat dosa kecil .. tak memberi jawapan matematik secara tepat dan betul ..  ucapkan maaf students ..cikgu wat silap semalam ..rujuk soalan 2b) semalam ..  yang betul betul punya begini yer... tengok!


jika buat dosa besar ..seperti .. berzina dengan bini orang ..

entahlah ..nak buat macam mana hah?  negara ni ..tak ada hudud lagi tau?

kalau hudud ..dia akan direjam sampai mati ..

kalau bukan hudud ..  mungkin anda dilepaskan ..(tak cukup bukti) ..rujuk cerita norita dalam papers BH, UM, STAR

tetapi Allah Maha Pengampun ..selagi tak bersyirik kpd NYA .. anda masih lagi selamat ..

mohon ampun dan taubatlah secara taubat nasuha .. janji betul-betul tak mahu buat lagiiiiiiiiiiiiiiiii  ya Robbb..

ampun dosa aku ini ..(yg elok kena berguling guling depan Kaabah ..mohon maaf bnyk bnyk .. tak apa ..org kata mu gila pun tak apa ..  yg penting bila kita mati ..Allah ampunkan dosa kita ..sudahlah..

Something good to rectify what you had done bloody wrong /sins?

1) bina masjid ..all air-cond
2) bina jambatan .. dari Ketereh ke Kota Bharu ..  buat 6 lane ..baru sedap balik rayor ..  rakyat KBharu semua semua..

3) bina library setinggi library UTHM . 7 tingkat ..depannya penuh kawasan kelapa sawit .. sejauh mata memandang ..hijau warnanya ..sejuk mata memandang ..ingat HIJAU tu?

4)  ambik janda orang ..  kahwininya ..sebab?  dia ada anak yg ramai ..  dgn niat anak anak tiri mu hafiz, hafizah, dai, duat , mufti ..  bagus jugak kan?

Begitulah seada-adanya.

Jika kita buat silap jik ..  mohon maaf kat rakyat jelatolahhhh ..  ingat tu ..selagi hayat di kandung badan.

Wasallam.

Write well Jali, will you?

Posted by sazali

Salam/ greetings to you my readers


The title of my writings now is 'write well'.

How well is it?

God knows.  But we better follow what the examiners want.

There are 4 steps to follow:

1)  there must be a story to tell .  Did you see the word 'MUST'?

2)  IF NO STORY ..Do not write anything ..but ooopss.. today I got a story to tell ..how to write well

3)  you must know your audience .. who is going to read your writings.  If the readers are examiners at GCE 'O' Levels; GCE 'A-" levels , B.Sc thesis, M.Sc masters and /or Ph.D , then you better write well else they fail you.  Yes..as easy as that.

4)  what is your target of writing? Are you going to be like Datuk Lat .. where he draws something ..then the money comes in into his account .. Me? he..he..he..   I do it for Allah.  If one day Allah were to ask me ..what did you do with your 'small' knowledge ..then I can reply comfortably in the padang masyar  .. ya robbb.. i wrote to spread your deen.  Yes to all corners of the world...

How confident that ..you can say . ..  all corners of the world ..you got readers ?

I think so ..insya allah.

Have you ever heard this story before ..

it goes this way ..

one day ..in a small apartment ..there lives a family of educated ones ..the parents went to Harvard and Cambridge, their 5 children graduated from Sheffield, Brunel London, UTP, UTHM, UiTM, UIA and ...

the youngest is still learning in the primary 1 class.

That particular  evening while waiting for the moon to appear on the horizon overlooking the sea ..

the small girl noticed .. the tyres of her dad's car were very dirty indeed ..

so ..she decided to wash them up.  She wash wash wash and of course all her clothes got wet ..

The next morning ..  after the sun was high ...

the parents and their big children ..  wake up ..  and alas ..  they were shocked ..why?

the tires look much more horrible than what they saw yesterday.

Everybody complained ..and their faces ..  tell many stories ..they were not happy .. their dad's car is now unfit to be driven all over the places for festivals etc etc.

So they drag down the young girl from her room..and start beating and pulling her hair.  Of course she cried like ....

he..he..he..

girls are born to cry ..right?

Since she cried so loudly ..the whole village came over to see.

Verdict?

* why did you beat her up?
** she spoilt the car - our dad's car
***  why?  she wash the tyres

Villager:  she is just a small girl.  Did she have any brothers or sisters?
**  yes ..here we are!

Villager:  why didn't you wash your dad's car?

**they did not answer (looking at their fat, long feet instead)

Villager:  well ..if that is the case ..  all of you look so foolish to punish this girl.  The duty of washing must have gone to you ..  because she has bigger brothers and sisters.  right?

then all of a sudden ..  the whole family became the talk of the village.  Why didn't her brothers and sisters not helping their parents?

He..he..he..

the moral of the story is:

"..my writing is not good ..  it has many faults .. but i still write daily ..

why is this so ,....

because majority of us do something for ..  money, fame, show , and many worldly things ..

so please pardon me, will you?..i write to share lillah hi taala.

May God forgive me ..

Another lesson is .. many work of dakwah were done by incompetent ones .. why?  the learned ones did not want to take part at all , they are good at finding all types of fault ..this is wrong, that is not right .. their tajwid was not perfect yet/ recitation of the Quran is not up to mark/ they got little knowledge about Islam  ..  they say many times again and again the same old thing  ..that is why the world is looking badly at Islam .. all this while.

thank-you my blessed brothers/sisters.

Wasallam/  bading you good bye now.










fire fly tak leh fly

Posted by sazali

Salam

Semalam hari Sabtu jam 1000 mlm ..semua penerbangan Fire Fly dan Malindo ..diistiharkan ..  dibatalkan penerbangan dari Kota Bharu ke Subang.  Landasan untuk berlepas dan mendarat cukup kabur ..bahaya/ nyawa?

2)  Huru hara dunia.  tak sangka.

3)  Ingat bila ada fly ..semua hari semua jam ..boleh fly.

Tetapi Tuhan itu Maha Berkuasa.  Dia kasi manusia 'jerebu' jer.

Tiba tiba satu dunia ..kelam kabut.  Teknologi fire fle, malindo semua grounded.

4)  Oleh yang demikian keesokan paginya ..saya cadang nak bawa anak dan keluarga saya ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dari Kota Bharu.

Rupa rupanya hari Ahad ..  bukan setakat jerebu ...jalan utama seluruh SEMENANJUNG MALAYSIA lagilah ..berstatus ..JEM/JEM/JEM..

anak saya menumpang rakannya ..dari KB- Kemamang - Gombak - Kumpur  0900 pagi -  0200 pagi baru sampai.

Gila kan?

Kami ...so easy .. memandu 4 wheel drive KB Penang dalam 6 jam sahaja itu pun kerap juga kami berhenti shopping keropok, jeruk, tandas dan macam macam lagi.

5)  Saya mengambil keputusan ..tahun depan kita raya depan CCTV sudahlah.  Jangan bergerak ke mana mana.  Senang?  Lega?  Jangan menzalimi diri sendiri.  Tuhan pun tak suka itu.  Untuk makluman,

Malaysia dan rakyatnya tak mampu lagi untuk handle benda alah ini.

Menyebut pasal handle ..handling ni ..  Mekah pun sama

700 ++ pak haji /  mak haji mati  kerana ..  runtuhan bangunan di sana semasa melontar 3 kali sang sang syaitan dari sebesar nyamuk hingga ke saiz draculla kot.

Dasyat.  Ingat syaitan mati ..kita pulak yg mati beramai-ramai.  Aduhai dunia islam sana sini.

Sebelum itu ..10 orang bakal haji malaysia mati ..kerana crane jatuh dan terhempap ke atas mereka.

Kasihan.  Sepanjang kehidupan ..mereka bersusah payah ..  menyimpan duit ..  tiba tiba crane tok arab ..yang jatuh. matilah mereka ini sudah.

Orang tua saya bilang ,...jangan risar (nada sedih)  .... mereka ahli syurga.

Entah betul atau tidak ..ini?

Jika benar ..syurga penuh dengan orang orang arablah.  Mereka hidup di Mekah dan mati di Mekah. Senang ..tiket ke syurga.

Sekian.  Otak saya menafsir lain pulak ...  'orang kita tak smart ..bila berhadapan dengan sedikit masalah cuaca, pengurusan dan pentadbiran berskala besar 2 juta jamaah ..  semua manusia di globe ini menyaksikan kita semua ..

termasuk orang kafir kecil dan besar; apa reaksi mereka hah?  agak-agaknyalah".

Wasallam.






botol susu tepung bayi 1 - 10 bulan

Posted by sazali

Salam

Semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ..mengimpikan mereka dikurniakan  seorang anak, dua, 3 dan ..

ramai lg anak yang sihat dan aktif.  Dari Allah Taala.  Mereka adalah penyeri rumah tangga.  Rumah kecil anak 12 lebih meriah di kala perayaan  dari sebuah istana besar di atas puncak gunung tanpa ..  tangisan anak-anak.  Itu kata oranglah.



Dalam keadaan sekarang di mana ramai kita bekerja di luar kawasan , manakan bisa kita memerah susu kambing untuk anak anak kita sejurus selepas solat subuh.  Satu cara penyelesaian ialah ..  membeli susu tepung bayi S26, Dumex, Lactogen, Dutch Lady, .....  , dan tepung gandum sebagai alternatif.

2)  Setiap hari dan malam ..  kita masukkan susu tepung mengikut sukatan ..ke dalam botol susu anak anak tersayang. o yes ..jgn lupa masukkan air suam jugak dgn susu susu itu sekali.  Kocok sedikit biar solution susu berstatus berehhh dan sedap rasanya.  Sedikit demi sedikit ...  lama lama kita nampak dengan jelas ..  susu tepung semakin habis. Stok susu semakin nak habih!

Syukur dengan nikmat tuhan kepada kita ..kita nampak dengan jelas dan penuh kesedaran bahawa susu dlm stok semakin habis jam demi jam.  Oleh itu langkah seterusnya ialah kita membeli susu susu tepung  yang baru.
Kalau tidak susah kita dengan bayi sekecil 1 - 10 bulan ini.  Itu baru bayi dgn stok susu dari Mydin; TESCO ..belum ayahnya lagi.


3)  Setiap hari kita hidup dengan bantuan susu.  Dari susu,  jika Allah izinkan, bayi membesar .. tanda dia membesar ..badannya semakin berat dan wajahnya semakin tembam ..  ( istilah orang moden - chubby, obese..he..he..).  Kadang kadang saiz jari bayi lebih besar dari jari ibu atauu ayahnya ... hebat  sungguh .. susu formula + kambing + lembu + ....

4) Dalam ruangan terhad ini, izinkan saya membawa tuan kepada sukatan umur hayat kita masing-masing.

Setiap hari jika kita bangun dari tidur ..  kita tidak sedar dengan jelas ..bahawa bilangan hari, minggu, bulan dan tahun untuk kita berpeluang hidup di atas muka bumi tuhan ini sudah semakin habis. (rujuk:  seksyen obituary Paper Star Malaysia) ...Ini berbeza  dengan sebuah bekas tupperware kita menyimpan susu bayi di atas.  Kita cepat sedar keadaan stok level susu anak kerana kita sayangkan anak kita melebihi diri kita sendiri.
  Jika ditanya bayi ..siapa lebih penting di sini ..ibu kau/ ayah kau atau engkau bayiku sayang ?

Sudah tentu bayi ..tanda dengan pensil 2B ..ayahlah yg penting sekali.  He.he..he..  bijak kau baby/

Atas sebab ketidaksedaran baki hayyat dikandung badan inilah ..semua kita ..memasang banyak angan-angan dan berusaha bermati-matian.

Contoh angan-angan dan kerjaan masig-masing:

4.1  lelaki tua berumur 60+ berhajat mengahwini isteri muda berumur 20 tahun  (masya allah). Hairan seribu juta hairan ..how come parents budak sekolah T6 Atas sanggup serahkan anak daranya kpd si tua kaya tersebut?

4.2  lelaki tuan melayu berumur 50+ bercadang mengahwini janda benggali buat roti tempayan selepas musim raya kurban ini  (astaghfirullah hal azeem).  how come no advice dari anak anak ..jgn jgn daddy ...rusak buah pinggang daddy; gigi daddy ok kor tu?

4.3  perempuan semi-uzur berumur 50+  bercadang membeli apartment RM800K di Pulau Pinang (syabas!)

4.4  lelaki tua sibuk membesarkan kebunnya

4.5 perempuan tua sibuk membilang menantu profesional, cucu cicitnya lahir di luar negara termasuk  UAE

4.6  ada orang itu sibuk menimbang , menyukat emas  ..cukup atau tidak untuk dibawa ke majlis persandingan , perkhawinan, pertunangan ....dan

banyaklah lagi angan-angan tambahan pula musim hari raya berjerebu (2015) dan musim cuti ramai orang menjalankan kenduri kendara perkhawinan.

Tiba-tiba .. tanpa disedari ..ada kalangan kita tersungkur  mati di dalam opis -  stroke doktor pakar kata atau silap makan 'ubat kuat' berserta dengan tapai ubi ...mabuk ?
Ada orang mati kerana kepak kapalterbang tiba-tiba jatuh ke atas keretanya.  Antara banyak kereta yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas di ibukota (Karak ke Kuala Lumpur) ..kereta simati pilihan target terjatuhnya kepak kapalterbang - ini semua perancangan tuhan!
Ada orang mati kerana tercekik tulang ikan terubuk RM60/sekilo
Ada orang tua buta mati kerana patukan ular tendung berbisa.. hobby suka meraba ..  see i dah kata?
Ada orang mati terkejut keputusan bolasepak antarabangsa Malaysia lwn UAE 0 - 10
Ada orang mati ..tergelincir dalam tandas, terhantuk .. pecah kepala ..
Ada pemain golf mati terkena sambar petir kilat di padang GOLF (golongan orang  lupa famili)
ada orang mati atas perut pompuan Siam, Vietnam, Hong Kong,  ... hadiah tiket Air Asia (everybody can fly including old old but strong men) dan matilah ..

semua angan-angan.

Tak takutkah kita ..tuan tuan/puan,puan?

Jom ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w

Dunia ini sementara.
Akhiratlah kekal abadi.

Buatlah sesuatu yg membawa makna yang habih habih - seghoti (the real truth) kpd kita di satu zaman ..tidak ada lagi titik ..gostand ke belakang.  Tidak ada lagi ..  program retreat ke Hotel 3 bintang di tepi tepi pantai pantai Dungun, Kemamang, Besut, Sabak ..  scale down 'target pembangunan ekonomi negara' contohnya.

Sekian.  Renung-renungkanlah.

Maaf dipinta jika tersilap menulis ini.  Aku manusia biasa.

Wasallam.





titik transisi

Posted by sazali

Salam

Hari itu saya ada menulis pasal 3 alam.

Pertama alam seseorang manusia berada di dalam kandungan perut ibunya;  kedua alam dunia iaitu Malaysia dan akhirnya alam kubur.

2)  Jika diceritakan kepada seorang anak yg dalam proses dilahirkan ..  titik transisi antara alam kandungan perut ibunya dengan alam dunia Malaysia ini ..perkara perkara berikut:

2.1  ada universiti bila engkau belajar tinggi tinggi

2.2 ada kapal terbang yg akan membawa engkau dari sebuah negara ke negara yg lain

2.3  ada pelbagai jenis makanan, buah-buahan

2.4  jalan raya bersimpang siur , bertingkat-tingkat banyaknya ..ada untuk kereta, ada untuk tren , ada untuk trem dan ada yang melungsur ke bawah tanah gelap gelita dan ..

2.5 engkau boleh bermain bola sayang di dalam stadium  ..di mana mainan ini adalah satu jenis permainan yg bodoh ..22 orang pemain mengejar sebiji bola ke hulu ke hilir dan satu dunia menonton kerja bodoh tersebut siang dan malam ..



sudah tentu ..  bayi di dalam perut ibu nya akan mengatakan kita ini gila.  Bukan setakat gila ..  majnun pun boleh dilabelkan ke atas dahi kita semua.

Mengapa?  Bayi melihat perut ibunya yg tersangatlah kecil.

Mana bisa memuatkan library UTHM, Batu Pahat  dalam perut ibunya;
Mana bisa bermain bola dalam perut ibunya
mana bisa ..sebuah kapal terbang ...boleh mendarat dalam perut ibunya ..

dan macam macam lagi ..  org ini mesti gila lah niiiiii.

Dari segi matematika, berapa kali gandakah saiz bumi Malaysia dengan saiz perut ibunya (pernah dah awak ukur jarak antara zon kemunculan bayi dengan pusat bujir ibunya... aghhh ..tak sampai 1 kaki pun jaraknya 2 jengkal jari jariku ...).

Sudah yakinlah bayi tersebut akan menolak semua cerita yg kita khabarkan padanya di saat saat dia mahu keluar dari saluran khas dari sistem biologi ibunya.

3) Begitulah dengan manusia ..  di atas muka bumi ini ...  ramai tak percaya .. khabar khabar dari Nabi Muhammad s.a.w ..tentang ganjaran syurga ..dan azab kubur dan azab api neraka jahanam.

Mengapa?  Mereka melihat ..saiz bumi ini secara hakiki/ relatif seperti bayi tersebut di paragraf di atas.  Melihat dahulu baru percaya!  (tidak ada imanlah dia ini  kpd perkara perkara ghaib -  kafir!).

mereka melihat -   Saiz istananya; saiz keretanya; saiz opisnya di Putrajaya; di Jabatan Perdana Menteri ..saiz fizikal isterinya ; saiz bilik tidur di rumahnya ...semua tak boleh dibandingkan dgn saiz sebenar syurga Allah kpd orang orang beriman; bertakwa dan sabar.

mana bisa berlaku ... syurga terkecil adalah 10 kali ganda saiz dunia.

Satu istana syurga ..mempunyai 700 bilik dan setiap bilik ada 700 pintu ..dan setiap pintu ..ada ..

bidadari ?  jika bidadari meludah ke laut ..  semua air di laut bertukar sifat dari masin kepada .. tawar/ manis ..

Allahu Akbar.  Ar Rahmannnnn....

Itu kuasa dari Allah Taala.

Jangan jadi orang yg malang - tidak beriman dan tidak beramal kpd ajaran suci Allah Taala melalui Nabi Baginda Rasuullullah s.a.w.  Fikir-fikirkan lah tuan/puan..tak rugi pun.

Sekian.

Wasallam





tiga alam

Posted by sazali

Salam

Kita hidup dalam 3 alam.  Itu khatib khutbah sampaikan pada hari ini.

Alam pertama ..dalam perut ibu.  Jika bibir mulut ada kecacatannya ..  kita keluar dari perut ibu dengan kecacatan itu lah.

Alam kedua ..  kita hidup di Malaysia.  Belajar di England dan terbang sana sini seluruh alam.  Di sini kita kena buat amalan yg cukup .  Dunia tempat kita berusaha menjadi makhluk yg taat pada perintah tuhan mengikut ajaran nabi Baginda Rasulullah s.a.w.  Jika amalan kita bagus ..lillah hi taala ..insya allah syurga.  Jika tidak ..neraka!

Alam ketiga,  alam kubur ..cukup panjang tempoh masa di dalam alam gelap gelita ini. Bayangkan Nabi Adam, Hawa .... Nabi Muhammad ...s/a/w  ...  cukup lama mereka di alam ketiga ini.

Bagi manusia macam saya ..  entahlah .. nasib untung atau pun tidak.

Tengok pada tempoh masa ..  susah kita jika melangkah ke alam ini ..tak cukup bekalan ..orrg masjid kata.

Khatib ..menyambung .. ada kita kena azab yg teruk ..contoh ... kerana tak jaga kencing , basuh-basuhan selepas kencing untuk menunaikan solat dan sebagainya/  mcm mcm.

Ada orang kena azab .. tak boleh berjalan secara normal ..  terumbang ambing ...kerana tak adil beri layanan kpd org org di bawah pimpinannya ..

dan mcm mcm lagi azabbbbbb kubur ..org masjid kata lah.


Orang cerdik antara kita ialah orang yng buat persediaan untuk melangkah dari dunia alam kedua ke alam dunia ketiga.

Bila di sana (kubur) ..kita tak boleh pulang lagi dah.  Nak betulkan ..syahadah, nak betulkan solat kita dan .. nak bayar hutang si pulan bin si pulan.  Kita kena settle mcm mcm di sini lagi.

Bila dalam kubur ..kita tak boleh retreat ..  jenguk sebentar ..sama ada suami dah ada penganti baru dah ke tidak.  He..he..he..  kalau ada pun ..kau boleh buat apa?

Oleh yg demikian ..jom kita buat sesuatu.  Pertama .. check diri kita sendiri.  Betulkan amalan kita mulai sekarang. Jgn tangguh tangguh lagi.  Jom?

Sekian.  Itu isi khutbah hari ini ..masjid sungai gelugor/ p/pinang.

Wasallam

tukar peranan

Posted by sazali

Salam

Zaman Jepun ..orang lelaki bekerja mencari nafkah untuk satu isi keluarganya. Kalau dia kuat ..bila mana dia mampu berkhawin dengan ramai wanita (<=4) maka peranannya pun bertambahlah.  Kalau hutan itu nipis ..tak cukuplah dia mencari makan.  Oleh sebab faktor ini .. banyak kawasan Felda berjaya dibangunkan. Syukur ..masa itu ..ramai lelaki kuat menebang hutan. Selagi ada hutan, selagi itulah ..  ada punca makan minum keluarga peneroka dan lain-lain orang.

Wanita zaman tersebut .. setia kepada suaminya ..kerana mereka sedar , ayah bekerja kuat untuk keluarganya.  Pekerjaan adalah dalam berbagai bagai bentuk tetapi kebanyakkan berbentuk 'memerah tenaga 4 kerat ' siang dan malam.  Jumlah peluh suami ..sangatlah banyak.  Jika tiba-tiba si ayah dipatuk ular kapak ..  maka semua orang susah di satu lokasi kawasan Felda nun jauh di sana.

Itu cerita zaman dahulu kala ( 50 - 80 tahun dahulu).  Kalau dimasukkan cerita Sayyidina Ashah (r.anha) ..lagi lah cerita sangatlah lama.  (1460 tahun yg lalu).  Latar belakang cerita .. isteri taat setia kpd suami ..terus masuk syurga .. pilih pintu mana mu nok masuk.

2) Sekarang sekarang dunia dah banyak berubah.  Kita tengok di depan mata .. ada keluarga bergantung kpd kederat si isteri pulak.  Semua mata fokus kpd sang isteri yg kuat, bijak, tangkas dan bijaksana.  Ini semua kuasa tuhan.  Saja nak tunjukkan kepada kita manusia cerdik pandai, tuli bisu, sihat cacat  tak kira kawasan mana kita tinggal; sekarang zaman sang isteri keluar cari makan.  Ada tu terpaksa memandu 100km pergi opis waktu subuh subuh hari dan 100 km kembali ke rumah idaman mereka di waktu malam malam hari.  Kalau kuda, terjelir jugak lidah si isteri maklumlah .. lebuh raya malaysia ..bunyi jah lebuh raya ..  trafik jam itu sentiasa, minyak banyak terbakar ..mintak kita bayar tol pulak (hiss..tak malu punya PLUS).

Bila keadaan ini terus berjalan .. sang suami mengambil posisi ..  tunggu,  lihat dan doa sahaja lah.

jika ada tren; waktu pagi dia hantar isterinya dan waktu petang ..dia tunggu isterinya pulang dari opis, sama ada di kementerian dan/ atau banyak lagi tempat pekerjaan.  Anak anak diuruskan oleh suami.  Kadang kadang dia hantar anak anak ini  ke rumah orang lain atau ..jika menyusahkan ...si ayah akan jaga anak anaknya kini.

Kalau isteri sakit, susah lah satu keluarga.
Kalau isteri mati tiba-tiba , makin susah keluarga tersebut.  Mati tak kira gender.  Suasana cukup sedih , terharu ..

Maklumlah ..dia "bread winner/ayam tambatan" keluarganya.  Yes ..si mati ialah seorang ibu.

3) Satu lagi keadaan , semua ahli keluarga bekerja.  Bukan setakat atuk, nenek, ayah ibu jer keluar mencari makan ..  sang cucu ;  anak lelaki dan perempuan pun ..turut aktif bekerja seperti ..bisnes restoran tepi jalan (R&R).

Bila ini berlaku ..  mereka ambik orang luar untuk menguruskan rumah tangga, anak anak dan cucu cucu mereka.

Bila satu kesefahaman sudah dibentuk dengan baik ..satu keluarga hidup harmoni.

Hari ini ..saya melihat rakan satu opis membawa ..banyak beg ke opis.
Disebabkan mulut saya agak manis dan ringan ..saya bertanya ..mengapa beg banyak ini?
Dia jawap ..ini semua beg anak. Ada susu, puting susu, gula, nestum, oats, biskut slim MLM  dan pakaian-pakaian anak.  Hushhh..  ingat kita ada 2 beg pun ..rasa dah banyak dah nak berjalan dari titik A ke titik B dan ke titik C ini kan beg yg tersangatlah banyak.  .  Rakan saya ini .. senang hati jer ..membawa banyak beg berwarna warni dan berbagai bagai size.

Pada mata saya .. rasa kasihan tetapi awas ...
pada mata dia .. apa nak kau hairankan?

Begitulah .. zaman sekarang.  Ada isteri kurang rehat.  Waktu siang dia bekerja ..dan waktu malam dia berjaga jika anak anaknya sakit memerlukan sentuhan ibu yg super strong ini.  Air basuh tangan ibulah dan air basuh tangan isterilah  diciptakan orang?  Pendekkata ..makin penatlah ibu kita ini.  Kasihan.  Ibu tak cukup rehat. Ada tu ..tiap tiap tahun menggandung.  Rezeki cukuplah murah...org masjid katalah.  Waktu rehat kena jaga ibu?  so ada ibu terlelap belakang stering keretanya. Mananya tidak ..opis ada masalah; rakan satu penyelidikan ada problem; rumah ada masalah; negara banyak masalah; kereta pun .... tengok ... Kereta Honda di pandu 160km/ jam.     Jika mati tak cukup rehat  ..syurgakah dia - ibu?


Peranan lelaki pada tahun 1940'an ..  sekarang orang perempuan dengan senang hati sedang jalankan.
Oleh itu .. banyak benda kena tukar kepentingan.

Pertama, sang suami tak boleh demand macam macam dah seperti ..mintak isteri picit picit betisnya penuh bulu ( di Sabah/ Sarawak ..ada lelaki ..dari Pakistan; Bangladesh; India ..bulunya banyak) di waktu malam hari kerana ..tengok ..beg itu ..banyak sekali perlu diuruskan oleh isterinya.

Kedua, jumlah masa di luar rumah. Siapa yg lebih lama berada di luar rumah.  Memperjudikan nyawa  atas lebuh raya 200 km setiap hari semata mata sesuap nasi kau kata?

Ketiga .. doa isteri pada suami atau/dan  doa suami kpd isteri agar masLimah selamat pergi dan kembali.

Keempat,  ..  mcm mcm lagi .. (belum termasuk hukum hakam agama lagi ini).  Contoh apakah hukum jika suami tak bekerja langsung.  Isterinya membanting tulang, pikir memerah otak di opis jer ?  Atau suami berat tulang .. isteri terpaksa cari makan?

Ada suami ..dia sebut bisnes ..  betul ker ..atau bisnes..  jg bini dan anak anak jer?



Baguskah hidup begini?  Atau ..inikah satu kehidupan bila mana kos rumah harganya RM500,000 sebuah?  Dasyat.  Di mana letaknya berokah/ sakinah/ rahmah / tenang/ damai/ selesa dan aman damai?  Bolehkah kita kaitkan kualiti hidup satu-satu keluarga dgn bilangan beg si ibu yg keluar dari rumahnya setiap hari?  Jom tanya mufti kito/

Sekian.  Why oh why ..this happening depang mator?

Wasallam.



tukar tempat

Posted by sazali

Salam

Ramai guru suka bertukar tempat bertugas ..dalam tempoh 1 - 20 tahun.  Ini adalah kerana faktor keluarga dan pasangan hidup.

Pada tahun 21 ke atas, mereka sudah selesa.  Maka timbullah istilah 'zon selesa'.  Contoh zon selesa ialah berkemampuan membina rumah, hostel, kedai makan, bisnes kereta sewa di hadapan sekolahnya, politekniknya, universitinya dan ..ooppsss kubur nya.

Hari ini , saya tak ingin menulis pasal zon selesa.  Nanti orang mengecam saya dgn berbagai bagai cara - lisan atau bertulis.

2) Insya allah pada hari ni saya nak menulis sedikiit pasal 'bertukar tempat'.

2.1 tukar tempat tidur =  ada anak yg merajuk jika ayah meminta dia mengosongkan bilik atas ..kerana tetamu kita datang.  Macam-macam cara protes mereka maklumlah ..bilik tidur ..adalah kawasan peribadi.  Lagi pun sedap main FB dalam bilik masing-masing.

2.2  tukar tempat dari jabatan matematik kepada jabatan komputer.

Ini lagi ribut.
Maklumlah ..pertama start balik buat nota itu dan ini .. dari power point , C++ dan macam macam benda lagi

Nota Matematik ..senang jer .. kita ambik dari  guru senior ..pinjam pinjam, salin salin dan ..  edarkan kpd pelajar pelajar melalui facebook; blackboard dan Author.

Bila dapat arahan dari Ketua Jabatan perkara ini; langkah pertama ..jumpa boss dgn segera.  Ada yg masuk berjumpa dengan KJ dengan wajah yg baik dan ada juga ..masuk opis bos tanpa wajah pun.  Syukur ada lagi berkulit muka.

2.3  tukar tempat parker ..parking area?

Ini jadi isu jugak.

Dari tempat parker yg elok .. tak kena hujan ..kepada kawasan parker ..jauh sedikit dari opisnya. Terpaksa berlari gajah jika datangnya hujan.

Bila tercunggap- cunggap ..berlari ..baru sedar ..bagus jugak berbadan kurus ini. Senang lompat parit ..air nya deras mengalir.  He..he..he..

2.4  tukar tempat makan dari kantin Melati kepada kantin desasiswi Tun Fatimah

Ini ..bengong !  ada ker nak makan dgn students students?  Cher..cher ..cher .. maklumlah kita pensyarah kanan/ prof madya/ profesor penuh.

2.5 tukar tanah kubur?

Dulu orang mati disimpan dekat dengan pusat bandar Kota Bharu.

Sekarang ..  orang mati disimpan dengan dgn kawasan Sungai Kelantan.  Bila datang banjir , tulang si mati dihanyut air ke laut Cina Selatan.  Aduhai?

Mesti rakyat protes ini?

2.6 tukar kerajaan?

Lagi banyak orang protes dan bergaduh.

Tengok ..kesimpulannya ..kita payah nak menerima perubahan.

Bayangkan seorang mualaf .. bila memeluk islam ..  betapa banyak mujahadah yg dia kena tempuhi ..sebelum dapat tiket ..  se org mukmin sejati.  Hadiahnnya ..syurga firdausi.

Bila kita muslim (faktor kelahiran sahaja) ..payah nak berubah .. jgn diimpikan kita dapat menubuhkan satu negara islam sebenarnya.  Why?  kita tak boleh berubah secara 'lillah hi taala'.

Ok tak?

Sekian. Fikir-fikirkanlah.

a new friend

Posted by sazali

Salam

Dunia research amat menyeronokkan.

Semalam dengan ikhsan dari Allah Taala dapatlah saya berada di UTM Skudai .. mendengar syarahan 'Prof Zekeria Karandag' dari Turkey.

Banyak perkara yg saya dapat dari GeoGebra ..  terutama slides darinya.

2)  Terima kasih UTM, Prof Madya  Dr Zaleha Ismail, PM Dr Yusdariah  dan anak anak buahnya yg bersusah payah menguruskan Prof pelawat ini.

Syukur saya dpt sedikit ilmu dari ini. Bolehlah saya sebarkan untuk org org lain - politeknik KPTM pulak.  Lagipun, saya sudah dapat kawan yang baru dari Instanbul kali ini.  Bukankah ini dinamakan rezeki?

Allahu Akbar.
Rezeki bukan sahaja wang tau ?  Dia meliputi 1999 jenis lagi -  kesihatan, selera makan, pasangan hidup yg baik, mertua yg baik, mertua yg loaded, rakan rakan satu kampung yg baik , satu negeri, satu rantau asia  tenggara dan satu dunia seantaro.  Minat nak dengar org berilmu pun satu nikmat rezeki.  Betul tak?  Firauan laknatullah dikejam oleh Allah Taala kerana dia pasang telinga pekak badak kpd ajakan Nabi Musa a.s.  Dia tidak dpt rezeki ..memikirkan selain dari empayarnya sahaja.

Sekian.

Wasallam

Nikmat berkulit muka (wajah)

Posted by sazali

Salam

Jika kita sihat ..macam macam boleh dibuat.

Antaranya ialah:

1) sembahyang subuh di masjid
2) sambung belajar di peringkat kedoktoran
3) ikut rombongan dakwah tabligh untuk 3 hari/ 40 hari/ 4 bulan/ seumur hidup
4) tolong isteri memasak - hujung hujung minggu// lipat kain pun boleh?
5) khawin lagi
6) urus anak-anak yang baru ..mertua yg baru ..mulut mertua yg baru -  problem problem yg baru


Bagus kan?

Alhamdulilahhhh syukur nikmat.

Ulasan:

KeSihatan adalah penting.  Tersangatlah penting.
Baru tadi ..saya terdetik ..nikmat adanya satu helai kulit pada tubuh badan kita manusia.

** jika  tengok penyelam PDRM/ TLDM/ ATM ..mencari mayat org org Indonesia di Sabak Bernam baru baru ini ..kita nampak mereka memakai satu jenis baju .. tetapi ada kulit baju si penyelam ini.  Zip dibuat  supaya air Sungai Bernam tak masuk ke dalam tubuh badan penyelam.

Cuba check ..ada tak zip apa apa pada kulit badan kita dari atas kepala hingga ke hujuung jari kaki tumit kita?

Perfect ..ciptaan Tuhan.  Subhanallah!

*** kita masing masing .. berjalan ke sana sini ..dengan kulit khas dari tuhan.  Ada orang cerah kulitnya/ ada orang gelap bercampur hitam kulitnya seperti penulis ini/  ada kelabu ..ada kulit berwarna campur campur tetapi matanya agak sepet

Kalau nak bayar ..entah berapa kos nya.

tanpa kulit .. org lain boleh tengok organ dalaman kita masing-masing.

Air tebu warna nya hijau pekat .. semua orang akan nampak ..bagaimana air tebu masuk ke dalam perut kita dan diproseskan ... oleh organ organ tertentu .. tetapi air kencing kita bukan berwarna hijau kan di waktu kita d tandas?

Ohssss.. hebat sungguh ciptaan tuhan.  Subhanallah!  Air hijau bertukar kuning, kelabu dan macam macam.

Kalau semua orang tahu .. proses makanan dan minuman ..dan organ terlibat dalam tubuh kita .. sudah tentu kita ..  merasa malu ..

ada orang .. air tebu turun perlahan lahan .. setitik demi setitik ..  kerana mungkin ada masalah organnya tersendiri.

Ada orang ..  air tebu turun ke dasar perut secara laju ..

macam macam cara ..orang lain menilainya ..tahap kesihatan kita.

Tetapi tuhan .. pandai .. dia Maha Bijaksana ..

dia hadiahkan tiap tiap manusia .. satu jenis kulit .. menyembunyikan semua organ dalaman kita masing masing secara percuma.

Dengan cara itu .. kita dapat menikmati hidup dengan baik dan selesa.

Betapa bagusnya ..kita renung nikmat ini dan bandingkan dgn org melecur kerana terkena minyak panas .. org yang terlibat dalam accidents di lebuh lebuh raya ..di mana kulit muka semua sudah terkoyak habis dan rusak.

Di mana lagi dia mahu cari ganti 'kulit original' ini.  Pakar kulit satu dunia pun ..jika  berganding tenaga menggantikan kulit kita yg sudah cacat .. mampukah mereka ciptakan seperti kulit muka kita yg original. Tanya plastic surgeon .. berapa kosnya/ ada org gila sangat nak cari kulit dan wajah baru ..tiba tiba dia dapat kulit buatan manusia Thai yg hodoh sekali. Banyak benda yg rusak.... kos duit habis/ wajah huduh pulak gantinya?   Allah hu Akbar!

Sekian.

Hargailah ..nikmat tuhan ini bergelar kulit wajah kita - sebelum terlambat.

Wasallam.

Tak apa , jangan risau sangat

Posted by sazali

Salam

Bila berkawan, cuba buat 2 benda

1) jangan menyusahkan orang lain seperti - kita boss , tiba-tiba suruh kerani berhingus basuhkan kereta kita.

Malulah sedikit.  Tenaga P.A.R itu .. amanah tuhan untuk uruskan hal hal jabatan bukan membasuhkan tayar kereta tuan lah. How?

2)  cuba selesaikan masalah sendiri.  Mintak pertolongan dari Allah sahaja sudahlah.  Dia Maha Mengetahui.

Dasyat kan?

2.1  duit tak ada ..pun beritahu orang lain.
2.2  isteri lari dari rumah ..pun beritahu orang juga
2.3 perut sakit ..satu dunia tahu except Presiden Obama

Allah sayangkan makhluknya ..yg sanggup susah payah secara solo.

Tengoklah orang india ..nepal ..angkut kayu api .. muatan satu lori ..tetapi dia buat kerja angkut , tarik lori penuh muatan secara bersendirian sahaja.  Tak bising pun.  Solo. Sepi?

Begitu juga ..orang arab.

Bila begitu ..main bola ..mereka mampu belasah orang kita 10 - 0 baru baru ini.

Kita main bola ..kalau boleh semua orang kita mintak tontonlah permainan kami ini.  Anak raja turun padang., menteri itu dan ini pun turun padang ..hatta tok imam tua pun ..kita libatkan sama.

Wal hasil ..10 - 0 . Dasyat?

Cuba dok diam diam ..main jer bola itu ..kejar sana dan kejar sini.  Mainlah bersungguh sungguh hati. Maruah negara tahu?

Sekian.  Jangan susahkan orang lain.  Kalau kalah jugak ..  tak apa.  Jangan risau sangat.  Keputusan itu tidak melibatkan 'RM jatuh di pasaran mata wang dunia ' pun.  Semalam 1USD = RM4.21

kerajaan selalu beri alasan ..jgn risau ..fundamentals kita kukuh/ strong mcm hari itu lah..

Wasallam

boleh u senyum sedikit?

Posted by sazali

Salam

Wajah seseorang  adalah hadiah dari tuhan  kpd kita.

Jika cantik, cantiklah.

Jika handsome, handsomelah.

Jika kurang menyerikan ..apa boleh kita sebagai manusia biasa dpt lakukan  , bukan?

Kita terima sahaja sudahlah.

2) Tetapi ..Tuhan Maha Kaya ..  dia berfirman mahfumnya '.. org bertakwa lah ..  orang paling mulia di sisinya..'

taqwa ialah ..takut kpd tuhan..takut kpd azabnya ..redha kpd anugerah pemberiannya .. kita berasa cukup manis, cinta kasih untuk menjalankan semua perintahnya dari sekecil kecil hinggalah ke sesuatu yg besar ..
cara redha ? ..kita taat setia ..kpd perintah nya dan larangan nya kita cuba jauhi sejauh jauhnya.. mengikut sunnah nabi muhammad s/a/w.


3) Syukurlah ..itu alat sukatannya cantik atau tidak ..seseorang itu di sisi Allah Taala.

4) Tetapi wajah kurang menarik ..jika ada senyuman pada waktu pagi / tengah hari/ petang / malam hari ..

itu sudah bagus sekali.  Lihat wajah blog writer ini.  Itu jer lah ..modal saya. (ketawa).

Tetapi tak ramai orang mahu melontar senyuman mereka kpd orang lain kecuali geng bisnes, MLM, TESCO, MID VALLEY MALL ..dan staf pasaraya seluruh dunia.  Senyuman itu .. sebenarnya satu instrument untuk memancing duit kita secara langsung/ tidak langsung.  Mereka menjalani latihan intensif untuk senyum. Tanya pramugari /pramugara AIR Asia.  Tanya.  Adakah mereka dilatih untuk memberi senyuman apabila kita mula mula boarding?

Kenapa ..  kita tidak  senyum secara lillahi taala?  payah itu/ hukum agama islam .. haram kot jika anak dara senyum kpd orang tua begini begitu.  Entahlah/  suara wanita haram? hari itu ..aku buat panggilan kpd kawan ku sekuliah .. jawapannya cukup .. menakutkan/ suara keras!  aku tanya isteri ku di rumah// begitulah cara nya?  dia menjawab ..begitulah sepatutnya ..supaya ..si jantan tak 'miang' kpd si perempuan?  entahlahhh....

Pernah tuan lihat boss senyum kpd kakitanganya ..contoh saat diwajibkan berhenti kerja /bersara .. staf MAS sebelum 1 Sept 2015 yg lalu.  Payah kan?

Senyum suami kpd isteri yg selalu bersalin?  Kasihan nya.
Senyum guru kpd murid muridnya.  Syukur kau murid-murid  ada di sekolah/ politeknik/ kolej vokasional .. baru dapat aku bekerja sebagai guru/ pensyarah  dan dengan nikmat ini - aku bergaji , berkereta besar dan rumah pun besar.  Isteri pun Alhamdulilah besar juga.

Ohss.. sila ingat .senyum itu tak ada modal apa apa . Free of Charge. Org suka senyum ..hati mereka bersih/ tenang/ bahagia.

Sekian.  Renungkanlah.  Senyum itu sedeqah?

wallahu aklam bis sawab.


Duit

Posted by sazali

Salam

Duit adalah penting.

Kita boleh tahu nilai duit jika kita belajar di luar negara sebagai pelajar tajaan kerajaan/ sendirian.

Jika kerajaan kreditkan duit biasiswa lewat sedikit , ramai pelajar cukup sengsara dengan kos hidup yang tinggi di kota London, New York dan lain-lain tempat di dunia ini.  Tambahan pula, penangan GST (ilham Dato' Seri Hj Mohd Najib Tun Razak) dan kemerosotan duit ringgit malaysia di pasaran matawang dunia.  Dulu jika FAMA hantar RM3000 untuk makanan sebulan sudah memadai ..kini RM4500 sebulan ..tak tahu lg cukup atau tidak.

2) jika kita sudah berkeluarga, nilai wang semakin terasa.

Ini adalah kerana duit digunakan untuk membeli makanan, ubat-ubatan, sewaan rumah dan lain-lain lagi termasuk kenduri kendara dan mati , beranak sanak saudara . Mengikut, statistik JAIJ, faktor perceraian adalah banyaknya  berpunca dari duit.

Pasangan bergaduh kerana duit.

Dan ada pasangan bahagia pun kerana duit.
Kita boleh sukat benda ini .. tengok jer wajah pasangan di hujung-hujung bulan.  Mereka cukup gembira.  Tahap cahaya di wajah suami isteri cukup terang bercahaya  bila mereka berada di hujung bulan dan ..mula pudar pada 10, 15 dan 23 hb setiap bulan.  Rugi bekerja makan gaji.  Mereka dapat duit sekali sebulan.

P.A.R susah kerana duit dan pegawai tertinggi kerajaan pun susah kerana duit juga.

Rujuk kes .. pegawai tinggi askar laut di Lumut (bersara) yg dituduh dgn duit suapan RM800,000 baru-baru ini kerana dia bertindak sebagai bos dan adiknya pula berjaya membekalkan alatan-alatan askar laut.


3)  Disebabkan begitu, duit menjadi 'nadi' rumah tangga, markaz tentera  dan juga negara.

4) Greece muflis kerana duit dan Malaysia ..kelihatan hina dina kerana duit juga.

Cuba semak sumbangan duit dari negara luar kpd kerajaan kita sebanyak 2.6 bilion pada 2013 - 2015 ini.

Dasyat bukan?  Tetapi yg pelik .. benda sumbangan duit tak timbul pun pada perhimpunan UMNO 2013, 2014 atau dalam mesyuarat umno mana-mana.

Tiba tiba benda ini muncul ..sekarang.

Kambing hitam di kampungku ..pun senyum mendengar benda alah duit sumbangan ini.

(ketawa).

Sekian.

Wallahu aklam.

p/s: pesanan mat salleh .. penipu kena cerdik dan bijak sepanjang masa supaya .. cerita ceriti pasal sumbangan ini mesti selari dari skrip asal 2012 hinggalah skrip terakhirnya ..  pada bila bila masa.  Boleh kah memanda kita buat begitu ?


kerja berat

Posted by sazali

salam

Kalau ada benda berat seperti ada kayu api 100 tan di hadapan rumah, kita boleh meminta pertolongan dari kawan-kawan sekampung  untuk berkongsi ..mengangkut benda-benda berat itu.  Kerja ini sekejap jer jika dibuat secara bergotong-royong.  Penat pun sekejap.

Tetapi ..jika kerja opis, jabatan atau fakulti  itu berat ..bagaimana yer?

2)  Terdapat 2 langkah terbaik:

2.1  buat dek sahaja dan tunggu respond boss - mungkin demoted!  atau

2.2 kita terus buat pada tahap termampu sudahlah.

Jangan paksa badan kita menanggung kerja ..secara bersendirian.  Pernah dengar tak .. orang itu mati di dalam opis, mesyuarat, dalam perjalanan pulang ke rumah dan ....  terus masuk goal?

He..he..he..

Tak berbaloi ..jika kita mati semata-mata ..melayan kerenah orang .. diletakkan di atas tengkok kita ini.

Fikir-fikirkanlah.  Al Fatihah.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab

Doa waktu pagi pagi

Posted by sazali

Salam

Bila bangun tidur ..ayuh bacalah doa ini.

'Alhamdulillah hil lazi ah ya na ba' dama ama tana wailaihin nushur'.

Selepas itu ..bingkas bangun dari katil ..
mandi mandi ..gosok gigi ..  dan ambik air sembahyang

... solat subuh berjamaah di masjid(lelaki lah) tetapi kalau perempuan lebih afdal solat di rumah sahaja.

2) Fadhilat solat subuh berjamaah ..

" Allah akan melindungi mu ..

". HR Muslim.

3) Bila pulang dari masjid ..berzikirlah .. zikir terbaik ialah la ila ha illallah ..muhamad dur rasulullah.

di ikuti dengan "  Subha nallah .. Alhamdulilah ..Alllah hu Akbar"  dan jangan lupa ....

Salawat kpd Nabi Muhammad s.a.w  juga.  1 salawat = 10 rahmat dari Allah Taala

Bila Allah Taala menghantarkan rahmat, sakinah ..apa lagi hang mahu kan?   Kita sepatutnya ..berasa cukup gembira kerana Pencipta Alam menghantarkan rahmah dan sakinah tersebut kepada kita di waktu pagi pagi lagi ..  dan orang orang melayu islam boleh jugak bergembira dgn nikmat kemerdekaan ini.

Bila merdeka ..kita   boleh ke masjid bila bila masa.  Jika tidak merdeka  .. Jepun akan menembak kita.  Senang jer ..mereka menembak kita ..why?  kita mana ada senjata .. 1940 - 1950.  Cuba tanya nenek yang berumur 70 - 90 tahun.  Besar nikmat kemerdekaan ini.  Betul tak nek?

4) Dengan status 'merdeka', kita boleh belajar agama islam bila bila masa sahaja, bahasa melayu pun boleh , bahasa inggeris also can , mandarin, hindi dan macam macam lagi bahasa di dunia ini. Dengan nikmat kemerdekaan, ada melayu berkhawin dgn orang cina, ada melayu berkhawin dengan orang india (muslim) dan ..kebelakangan ini sudah ada melayu berkhawin dengan nigeria.  Subhanallah.  Dengan nikmat kemerdekaan ..rombongan pengantin boleh terbang ke Nigeria, Bangladesh, Indonesia ..  semua dengan nikmat kemerdekaan ..apa lagi kau mau kan?  Orang sendiri pun ..kau tak berkenan ..  sila kan lah ..Lagos, Dakka, Jakarta, Medan ..kami datang nih.  Harap harap semua aman damai dan berbahagia.

Hargailah nikmat kemerdekaan ini!

He..he..he..

Muga muga berbahagia.  Mulakan sesi kerja dengan senyuman manis dan bacaan 'bismillahi rah mar nir raheem'.

wasallam