Tazkirah Guru -guru SX18-Pagi pagi ahad

Posted by sazali

Salam

Alhamdulilah kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk bangkit lagi dari tidur dan beruasaha untuk mencari makan untuk hari ini.  Alhamdulilah.  Kita tidak tahu apa yang akan berlaku keesokan harinya ..hanya AllahYang Maha Mengetahui .. rezeki kita dan mati kita.  Bila dan di mana?

Dalam penulisan pada hari ini ..izinkan saya memberi tazkirah kpd diri saya sendiri terlebih dahulu .. dan jika tuan / puan mahu masuk serta ..jomlah .. lapangkan hati, bukakkan hati dan sama sama kita bertahajuhpd Allah Pencipta sekalian alam.

2)  Kita sebenarnya kaya.  Kaya kesihatan, kaya nama, kaya .. macam macam.  Kita kaya kerana kita ada jawatan sebagai guru siswazah/ bukan siswazah. Walaupun kita tak sekaya Karun lak natall llah ..percayalah cakap saya kita semua kaya dengan 1001 nikmat kurniaan Allah Aza Wajalla ..

berjawatan sebagai guru, pensyarah politeknik, pensyarah Kolej Komuniti dan pensyarah IPTA/IPTS

kita kaya nama .kerana dengan status berjawatan dalam kerajaan ..orang orang kampung .. sudi menjemput kita ke majlis majlis kenduri kahwin, ajak berbincang dalam isu isu pelajaran, pengajian tinggi IPTA/IPTS dan macam macam lagi.  Kalau tidak kerana status berjawatan guru saya rasa .. orang kampung mungkin tak pandang kita tinggi mana pun.  Kita pandang mulia jawatan guru ini.  Guru dianggap lilin yg membakar dirinya untuk kebahagiaan orang lain i.e., pelajar-pelajar kita dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 Atas / matrikulasi/ tahun akhir ijazah sarjana muda/ sarjana/ PHD.  Sebab itu kita kena jaga nama baik kita dalam masyarakat.  Dalam hadith Nabi Muhammad s.aw.  banyak dinyatakan jawatan guru tersangatlah mulia.  Sebab ilmu dan amalan manusia dari pengajaran kita terus menerus mungkin akan menjadi modal untuk kita ..memasuki syurga Allah Taala (INSYA ALLAH).

3)  Bila jadi guru .. jadilah guru yang baik.  Jangan risau dengan orang lain yg mana mereka sudah kaya sejak dahulu lagi seperti anak anak raja melayu, anak anak saudagar minyak petrol di Saudi Arabia dan di Qatar sana.  Yang penting kita bersyukur dgn apa yang ada. Orang yg pandai bersyukur dengan apa apa yg ada (qanaah) ini lah orang yg paling kaya di sisi Allah Taala.   Alhamdulilah.

Berilah sepenuh perhatian, komitmen , dan cinta kasih kita kpd profesion kita GURU.  Kita ada otak yang baik.  Sebab itu kita jadi guru.  Kita boleh ingat banyak formula matematik seperti Teorem Pathagoras, Hukum OHMS , kimia, fizik, ekonomi, dan banyak lagi ..ilmu Allah.. sebenarnya Allah pinjamkan nikmat pandai ini.  Tak lama ..nikmat ini yg akan dipinjamkan .. selama 20 tahun, 30 tahun , 40 tahun ..dan ada yang sampai seratus 70 tahun nikmat pinjaman kepandaian dengan ilmu matematik, fizik, ekonomik, dan macam macam lagi yg ada dengan Tun Mahathir kita.

4)  Kita gunakan nikmat ini untuk faedah bangsa kita islam, muslim, mukmin, melayu, malaysia dan seluruh umat di atas muka bumi ini.  Dalam Al Quraan ada satu ayat ...jika kau buat satu amalan baik sekecil mana  pun ..ada pahalanya di sisi Allah.. dan jika kau buat satu amalan dosa sekecil mana pun ..ada balasan buruk dari Allah pada satu hari nanti.  Dalam bilik darjah , buatlah PnP terbaik setiap hari.  Buat persediaan yg rapi.  Seperti kamu sedang mengikuti kursus DIPLOMA PENDIDIKAN, SPLI/ Sijil Perguruan/ sedikit masa dahulu.  Ada antara kita membeli manila card , pen warna warni tanpa disuruh pun oleh sesiapa ..lilllah hi taaala.  Jika kau mengajar anak orang secara terbaik dan ikhlas ... Allah akan balas semua penat lelah mu itu dengan .. Allah  kurniakan kpd kamu ramai anak anak mu pandai bersekolah , .., memegang jawatan tinggi di dunia ini.  Tengok keluarga guru pada tahun 1960 - 1980an.  Ramai anak anak guru di kampung yg berjaya menjawata jawatan profesor, doktor, saintist, PTD dan KSU.  Belum akhirat pun , Allah dah beri balasan kpd mu wahai GURU CEMERLANG dan IKHLAS. SEnyumlah selalu.  Kita kena baik sangka dgn Allah.

5)  Dulu ..di Afrika Selatan tahun 1800 hingga 1950an ..ramai paderi kristian di hantarkan ke kawasan kawasan pendalaman ..mereka mengajar sebaik mungkin ..dan selepas beberapa tahun berinteraksi dengan masyarakat berkulit hitam dan rambut kerinting macam biri biri ..ramai orang afrika ini menganut agama kristian.  Mudah jah.  Cikgu ngajar English ...ramai org kulit hitam memeluk agama kristian.  Mudah?

Kita di Malaysia  .. kenapa takk begitu.  Kita asyik bergaduh sesama sendiri.  Kita banyak berdengki dengan adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat guru guru kita sendiri, bermasam muka , muka mencuka dari bulan Januari hingga November ..  sedangkan setiap hari kita sembahyang 5 waktu Subuh hinggalah ke waktu Isyak.  JIka kita .. bersihkan hati kita .. mulai sekarang secara guru guru ramai ramai ..membersihkan diri dengan ..niat mahu berubah .. sudah tentu ramai ..  orang cina/ india akan mula melihat keindahan islam, slow slow mereka akan  memeluk islam . seperti .. apa yg berlaku di Afrika Selatan pada satu masa dahulu 1800- 1950.

Di Kelantan .. kawasan Tumpat/ Pengkalan Kubur di Kampung Bunuhan ..  ramai orang siam.  Keturunan siam .. beratus ratus tahun mereka .. hidup dengan orang melayu kelantan kita. Orang kelantan - nama jolokan  negeri serambi mekah.  Nama cukup gahhhhh ..tetapi Kenapa tak ramai ..orang siam mahu memeluk islam?  Jawapannya ada dgn kita, cara hidup kita dan perangai harian anak-anak cucu cucu kita.  tak yah gi jauh.  Intai kehidupan kita 24/7.

Kita mempunyai sikap ..acuh tak acuh dalam amalan agama.  Kita jadi guru ..tetapi kebanyakan masa kita gunakan dalam aktiviti yg tidak ada kaitan dengan dunia sekolah, guru, pelajar pelajar dan .. buku buku.  Ramai antara kita ..guru tidak menggunakan masa untuk membaca .. ilmu ilmu terbaru yg ada kaitan dengan ijazah , diploma, sarjana , phd kita ..  kita baca ..banyak benda seperti akhbar METRO, dunia politik yg banyak permusuhan dan cerito geli gelimang dari google.  Kita tak tingkatkan stail bercakap kita sejak muda sampai ke alam hampir zone pencen dah .. walaupun ..kita semakin tua. Cara setengah setengah guru bercakap .. kadang kadang memalukan ..kaum  kambing dan biri biri di kampung kita sendiri jika mereka faham stail berbahasa kita se sama kito. Why God gives man ..otak kat depa dan bukan kat haiwan seperti kita jugok?

Contoh saya sudah lama tinggal di Johor. Satu hari saya berjumpa dengan kenalan lama di tangga masjid .. di Kampung Sireh, Kota Bharu.  Ayat yg masih saya ingat ialah ....AKU INGAT MU DAH  LAMO MATI DOH LI.
See?  kami ketawa tetapi ..  bila sudah berpisah sekali lagi ..otak inggeris aku ..wonder ..why that type of dialogue was put across to me?


Begitulah ..ungkapan kata kata seorang guru melayu dari Kelantan.  Jadi tak hairanlah ..mengapa orang bukan muslim tidak tertarik dengan agama islam/ budaya melayu dan macam macam lagi. Hutang kita banyak. Ada yg buat buat don't know jah.  Tak mahu bayar.   Setiap hari Jumaat ada ustaz terhebat, tersohor mengajar agama di banyak masjid masjid seluruh negeri Kelantan.  Ada setengah kita setakat nok gi dengar jah.  Niat nok gi dengar . Orang pencen suka gi dengar Nik Azik mengajar di Kelab Pas. AFter dengar ..mereka dah lupa.  Sepatutnya kita pasang niat ..gi dengar dan amalkan terus serta merta dan sampaikan kpd anak anak bini kito di rumah,  Ada orang jadi alim seorang diri sahaja.  5 times prayers ..dio seorang diri jer gi masjid/  anak anak besar lelaki, menantu lelaki  dia tak bawak bersama-sama ke masjid, tadah telingo molek molek /    Bini .. tetap dgn perangai lamo.  Jaja gi mari gimari sibuk nok tahu isi rumah tangga orang jah.  Malulah sikit cikgu.

Di bilik guru sesebuah sekolah, kita kurang benar berbincang pasal pelajaran dan prestasi pelajar pelajar kita .  Dulu saya selalu dengar , ada guru guru yg menyumpah yumpah anak anak muridnya.  Adush!  Kita banyak bercakap tentang plan nak besarkan dapur, tukar kereto baru, tukar sport riim, pasang langsir , beli pasu bunga sebesar gunung, beli bunga plastik untuk menghiaskan rumah, pusat tuisyen ..  ada guru guru yang bertikam lidah kerana berlainan parti politik.  Kadang-kadang ada pelajar yg mendengar pergaduhan tersebut sewaktu mereka masuk dalam bilik guru menghantarkan  buku latihan matematik, BI saya.  Tidak malukah kita?  Pelajar pelajar tersebut berbangsa cino dan siammmm kelantan.  Mereka faham isu perbalahan kita itu. PAS lawan UMNO.

Ada guru melayu disebabkan sudah lama sangat bertugas ..20 - 30 tahun dalam 1 sekolah .. di mana semua lapisan masyarakat di sekeliling sekolahnya  ..dia tahu semua nama, saudara dan  perhubungan pelajar baru, dengan pelajar lama, ibu bapa mereka , .., ada yg sanggup pero lembu, kambing so mereka berani menambat lembu dan kambing di padang sekolah.  Waktu free ..dia akan menjenguk ..lembu dan kambingnya di padang sekolah.  Bila masuk kembali ke bilik guru ..  tangan dan jari jemarinya yg ada sikit melekat bau bau ' najis' lembu ..  tiba tiba  akan menyentuh buku buku latihan pelajar-pelajar nya    - maka banyak buku latihan murid murid akan berbau .. peluh  lembu dan kambing ..  Kasihan pelajar pelajar kita.  inilah trademark jawatan guru di sekolah!

Adush ..begitulah lagunya.

Keretanya ada  tetapi sudah properly modified bahagian tempat duduk belakang .. supaya dapat masuk daun daun kayu dan kambing ke dalam seat belakang  .. dan daun daun ini  sebagai makanan kambing kambing jika kambing tak laku dan dibawa pulang .. wat balik kambing ke rumah nya.

Jadi dia ada 2 jawatan di sekolah.  Pertama guru subjek X dan jawatan kedua ialah pengembala kambing tanpa disedari.

Itu baru sketsa .. guru kambing/  belum lagi sketsa guru usahawan karipap segera/ coklat manisan/ madu lebah/ ubat kuat / insuarans/ jual komputer/ jual top up dan macam macam lagi.  Ada ustaz menjual kitab / buku hadiths /  dan ..  ada ustaz mengedar risalah politik dalam kawasan sekolah.  Adush ..mengapa jadi gitu lagu cikgu cikgu ku sekalian.

Tak cukup duit gaji mu kor?  Ada sepasang guru ..suami guru isteri guru ..DG44 .. semua sekali DG88 / sebab 44+44 = 88 .  Tetapi mungkin duit mereka tak genap lagi. Nafsu nak dapat banyak duit ..tak kira di mana mana jua.   Mungkin kot?  asyik kecek pasal duit juto juto dalam kawasan sekolah.  Cuba gak kecek pasal pelajaran tinggi melangit sekali sekalor.  Cubalah.

------------

Ada iblis dan syaitan membisik kat kita ..  kalau nak kaya ..kita kena buat macam macam.  Berjawatan  guru ini mereka anggap FIXED ASSET.  Mengajar bagus atau tak bagus .. gaji sure ada punya. 18 DISEMBER gaji cepat .  Krismas.  Silap silap ada bonus ma. Tetapi .. iblis dok bisik kat telinga kito semua..  Maka kalau nak besarkan dapur mu , nak besarkan pagar rumah mu ..alangkah bagus mu .  niaga sambil sambilan.

Klau mu nak pakai kereta mewah ..jom ikut orang jual insuarans, jual tiket kapal terbang, bawak orang gi umrah / haji dan macam macam.

Lama lama kayalah mu cikgu.  Iblis dan syaitan pakat pakat wayak dekat lubang  telinga nipis kito.

-----------------------------------

Saya bukan seorang ustaz.  Tetapi saya yakin sangat  .. kehidupan dan gaji guru-guru di atas .tidak akan  ada keberkatan di sisi Allah Taala.  Kenapa NYOR?  Kita tak beri 100% kepada PnP di dalam bilik darjah.  Kita amalkan smart working/ smart living.  Buku buku latihan matematik, BM, BI  pelajar banyak yg tak bertanda.  Kalau kita tanda pun ..mungkin ada yg kita silap tanda .. kerana otak kita dok ingat Bandung, Indonesia nak bawak 20 guru guru melancung ke sana musim cuti sekolah selepas Krismas 25 Disember ini.   Tiket kita lepas dah.  Sebab kita berjaya mencari 20 orang guru yg lain ..melancung sambil bebelanja dengan banyaknya di Bandung.  Brilliant punya bisikan syaitan dan iblis di luar sana!

-----------------------

Oleh yg demikian, orang orang siam di Bunuhan dan Cabang Empat Tok Mek Ngoh, Tumpat, Kelantan  .  tak ada hati pun nak peluk agama islam. Bukan macam kumpulan Kunta Kinte di Afrika Selatan.  Mereka senang memeluk agama krsitian kerana paderi mereka buat apa yg dia ajar dalam kuliah di sekolah paderinya. What happen here ? Why?  Kerajaan dok we  gaji ..guru banyak sekali ; tiap tiap tahun boleh bonus .. tetapi guru guru ini  buat kerja lain semacam  ..bukan kerja guru guru pun sepanjang masa.  Ada jadi broker kereta/ tanah/ rumah/  Astagh firullah.

Kerajaan la ni tok leh buat apa-apa. Kerana guru guru ramai bilangannya dalam sektor perjawatan kerajaan. Kerajaan memerlukan undian undian dari pihak guru untuk PRU13 ini supaya kekal dan terus berkuasa.

--------------------------------
Sedarlah tuan GURU GURU semua termasuk mu Cikgu Li(penulis blog)  kito tu.  Semua nikmat ini tuhan akan soal di akhirat nanti.  Semua nikmat ..jadi guru DG41 kor, DG44, DG48, DG52 dan DG54.  Begitu juga pensyarah DS45, DS52, DS54 .. semua kita akan kena soal nanti.  Di sana, mulut kita tok leh berkata kata lagi walaupun sepatah.

Semua anggota tangan dan tubuh kita akan .. jadi saksi ..  termasuk tangan cikgu yg pegang tali-tali  lembu dan tali kambing di padang sekolah itu .. semua kita akan di soal kelak.  Ada guru di kawasan Gua Musang, Dabong ..sebelum ke sekolah ..mereka menoreh getah.  Mereka akan menoreh selagi batang pokok getah mampu mengeluarkan susu getah.  Bila matahari dah tinggi .. mereka akan lapor diri kat sekolah.  Jadi guru ..    mana ada mereka sibuk buat persediaan mengajar untuk kebaikan anak anak bangsa mereka sendiri.

Kerajaan sibuk nak bawak Malaysia setanding dengan Singapura, Korea Selatan, Jepun .. tetapi dengan guru guru .. yg ada di kawasan kawasan tertentu yg dipenuhi dgn pohon getah/ kelapa sawit/ tembakau ..  where got road ..  guru guru ini mampu bawak .. anak anak bangsa setanding dengan pelajar dari Singapura, Jepun ..dan negara kafir. Dulu PPSMI 2002 - 2011 , kerajaan dah rugi 2 bilion RM.  Why?  ramai guru kita tak mampu mengajar matematik dan sains .. menggunakan bahasa inggeris.  Ini idea Tun Mahathir.  Subhanallah, Alhamdulilah, Allah Akbar!

Now .. semua pelajar menggunakan bahasa Malaysia.  Tetapi dengan tingkah laku setengah tengah guru kita ..yg complacent/ ambik mudah ..  keraja rasa boleh kah kita wat Plan Malaysia Maju 2013 - 2025?

Tak takut kah kita?

Soalan utama di sana ....

Bagaimana mu dapat duit belanja harian wahai cikgu-cikgi?

Apa kamu buat dengan ilmu ijazah matematik mu itu? Mu ajar 100% kah ilmu mu itu?

Sudah?  Mampus lah kita/  sure tak leh jawab kerana selama 30 tahun kerja ..guru .. 80% masa kita dok jual karipap, agen kain batik adik ipar kita .. rato rato kita .. akan masuk nerako.  Padan muka kita semua.  Mungkin kita kan dihumban bersama sama dgn dapur baru kita .. pagar besar kita ..  AStahg firullah.

Tok takut mu wahai insan bergelar GURUGURU semua - termasuk sang penulis ini?  Ubahlah.. amalan hidup kita itu sebelum terlambat/

Kawe  wayak jah ..  sekurang kurang nya saya dah khabarkan kpd kalian.  Ini lah suara hati ku kpd teman teman yg aku sayangi sekalian.  Jom kita berubah mulai sekarang sebelum nasi menjadi bubur.  Bubur?  bila kita mati meniarap atas jalan raya ..accident dengan kereta orang gila .. berselerak karipap dan kain kain batik jawa/ batik lukis atas jalan raya.  Why benda ini ada atas jalan raya nyor?

Kerana kereta kita penuh dengan karipap, kain batik, tudung bawang , tudung berlapis lapis ..  kenapa tak bertabur buku buku latihan pelajar pelajar kita NYOR?

jawapan nya ..dalam kereta kita ..tak ada .. buku latihan murid kita.  Buku ilmiah?  mana ada.  Semua buku kita tinggalkan di atas meja guru dalam bilik guru sekolah kita.  KIta tak pulang ke rumah ..dan buat perancangan mengajar untuk hari esoknya. Astahg firullah.

Orang dakwah dan tabligh selalu kata

"..jika kita bawak lori tomato ..  sepanjang masa ..  time kita mati atas jalan raya .. maka botol botol tomatolah ..yg akan berselerak atas jalan raya itu.

jika kita jual insuran .. akan berteraburlah  files insuran kita atas jalan raya.  Semua orang boleh keleh .. kerja baik kita di sekolah.  Jawatan si mati ialah guru tetapi bila mati ,.atas jalan raya ..habis keluar botol tomato dan file insuran Prudential Kita".  O gitu rupo nya.

--------------------------

Ambik ikhtibar anak anak ku sayang.  Abah tulis untuk mu juga.  Jangan lalai ..  nikmat jadi guru .. tuhan  boleh  ambik nikmat ini  dari kita pada bila bila masa.


Ingat pesan abah.  Doakan untuk abah jua.  Kita dalam satu perahu ..


Wallahu aklam.  p/s:  maaf banyak-banyak sahabat sahabat guru guru ku sekalian..  aku seorang cikgu tua ..menulis dan bertazkirah  untuk faedah kito bersama.  Tak ada tujuan lain ..untuk kebaikan kita bersama sebelum terlewat.









Kesan sikap sambil lewa taking things for granted

Posted by sazali

Salam

Al-Fatihah
Selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini Jumaat.  Syukur Allah memberi lagi saya peluang sembahyang fardhu Subuh  berjamaah di masjid berdekatan dengan rumah saya. Alhamdulilah! Menghadhir sembahyang subuh berjamaah ini Satu amalan agama yg mulia dan besar jika umat islam tahu ..  pahala yg menantikan kita.(Hadith Nabi MUhammad s.a.w.)  Sedikit jer usaha .. kurniaan Allah melimpah-limpah untuk kita terutama mereka yg ada nikmat kereta, motosikal, basikal, berumah tangga dan nikmat sihat tubuh badan.

Hari ini saya ingin menulis - berkenaan dengan cerita lama -  bala dari sikap kita mengambil mudah banyak perkara terutama -  nikmat iman, harta, kesihatan badan, ilmu, peluang bekerja kerajaan, berumahtangga dan  hidup sebelum mati ini.  Bacalah.  Ditujukan paling utama kpd diri saya dan anak anak dan menantu saya terlebih dahulu.


Ambik sambil lewa  ( taking things for granted)

Orang bekerja kerajaan , mengambil sikap sambil lewa kerana di hujung bulan gaji mereka mesti ada punya.
Orang bergelar isteri , mengambil sikap sambil lewa kerana apa apa pun dia ada suami.  Suami dia akan cover semua masalah.  No hal punya.  Lagi pun islam mengajar umatnya .. suami memikul tanggung jawab dalam banyak perkara.

Orang bergelar suami, mengambil sikap sambil lewa kerana selepas penat bekerja di opis, bisnes, ladang , bendang sawah , kebun sawit ..  sekali pun , nanti bila pulang sudah ada masakan tersedia untuknya di atas meja.  Payah suami nak menghargai masakan isteri , layanan tubuh badan isteri atau kecantikan asli isteri kerana ..  sikap sambil lewa.  Taking things for granted punya.  Silap isteri sedikit, jealous ..  langsung mereka bercerai.  Tengoklah statistic perceraian .  Semakin menjadi jadi.

Orang bergelar muslim, mukmin, mukminat mengambil sikap sambil lewa kerana apa apa pun Tuhan Maha Pengampun .. dan orang islam paling tidak bermutu pun akan jadi penghuni syurga.  Dia adalah lebih baik dari saintist , professor kafir yang hebat di persada antarabangsa ..  yang mana  akhirnya tempat kediaman orang kafir  ialah neraka/ api membakarnya selama-lamanya.  Oleh yang demikian , orang islam yang paling lemah adalah lebih mulia kerana dia menganut agama islam.  Itu ajaran nabi kita.  Kita cepat menghukum sama-sama manusia.  Aku ahli syurga dan kau kafir adalah ahli neraka.

Anak anak orang yang ada pangkat dan darjat (Profesor, Yang Berhormat,  Pegawai Kerajaan, Guru, Pensyarah, Askar, Polis) ambik sikap sambil lewa kerana .. apa apa pun .. ayah/ibu  kita ada.  Kalau kita bangun lewat lewat pun di waktu pagi Sabtu/ Ahad ..tak apa ..tak apa .. makanan sudah tersedia ada di atas meja menunggu kita.  Emak/ bibit  kita ada bukan?  lagipun ayah kita ahli masjid di kala pagi pagi subuh.  After subuh dia akan berhenti membeli roti canai untuk kita semua.  Apa susah/  ayah kita ada ma.  Bagus punya ayah.  Every where he goes , mesti beli apa apa makanan untuk kita.  We just sambung tidur sudahlah.

Pegawai melayu ambik sikap sambil lewa kerana ..apa apa pun ..bos kita berbangsa melayu ada dengan kita itu.  Tak akan lah dia akan mendera kita sehingga ke peringkat melucutkan jawatan kita?

Students melayu di university –universiti, politeknik politeknik di Malaysia/ Indonesia/ Brunei ambik sikap sambil lewa kerana .. pensyarah pensyarahnya .. kebanyakan adalah berbangsa melayu juga.  Tak akan lah dia akan mengagalkan kita dalam apa apa subjek kerana mereka adalah satu bangsa dengan  kita.  Lagi pun mereka menganut agama islam yang mengajar kita ‘banyakkan bersabar dan banyakkan maaf’.. maafkan kami tuan professor.  Bas lewat sebab itu kami lewat tiba ke kuliah tuan Profesor.  Hujan lebat tuan.  Lambat sedikit kami.  Maaf sekali lagi tuan Profesor.  Air tak ada tuan.  Payah nak sembahyang subuh tadi.  Sebab itu kami tak datang kuliah .  Maaf sangat sangat Profesor.
Suami (bekerja  kerajaan /  tidak bekerja kerajaan) yang mempunyai isteri guru (pegawai kerajaan berbagai bagai gred 54 -  1 )) mengambil sikap sambil lewa kerana .. jika pasangannya mati .. pencen si mati sudah ada.  Terjamin hidup dia yang masih tinggal di dunia ini.  Buat apa susah susah lagi.  Jika semua keempat-empat isterinya semua bekerja kerajaan alangkah untung nasib badanku ini.  Sikap sambil lewa  cukup menebal dalam umat islam di hari ini.

Bisnesman melayu ambik sikap sambil lewa kerana .. apa apa pun .. kerajaan Barisan Nasional sentiasa di belakang kami  .  Sepanjang masa.  Betul tak?
Bisnesman/ kontraktor melayu ambik sikap sambil lewa .. kerana jika stadium atau jambatan  runtuh atau system jalan raya rosak teruk sekalipun .. kerajaan hanya akan marahkan kita sehari dua sahaja.  Apa susahnya?  Orang besar  Ibu Pejabat JKR adalah menantu kita (laugh).

Orang melayu tak perlu serious dalam apa apa pun di dunia ini kerana ..  ajaran islam .. mengatakan bahawa .. dunia ini pinjam pinjaman.  Tidak kekal dengan kita buat selama-lamanya.

Orang melayu islam di seluruh dunia tak perlu bersungguh-sungguh lagi dalam dunia kerana ..di sisi Allah .. dunia ini tidak ada nilai sedikitpun .. jika dunia ini mempunyai  nilai semahal satu  sayap lalat hijau yang kurus dan sakit sekali pun sudah tentu Allah tidak akan memberi setengguk air pun  kepada orang-orang kafir di luar sana.  Oleh itu jangan hairanlah jika USA hantar astraunot naik ke bulan. Kesan dari pandangan ini - bnayak negara islam seperti Palestin dicerobohi Israel dan di Myanmar, orang islam lari lintang pukang.  Orang Bangladesh , Sri Langka , Thailand , Kemboja datang mengemis di tempat kita.

Orang islam yang miskin ,yatim piatu ... jangan susah hati.  Kita boleh minta sedekah di  masjid-masjid seluruh pelusuk Malaysia.  Lagipun orang melayu mempunyai hati yang  cukup baik sekali.

Orang orang yang berusaha  membuka tahfiz al-Quraan , madrasah agama .. ambik sikap serupa  juga kot ..kerana jika  mereka keputusan wang untuk  membina bangunan bangunan sekolah .. mereka boleh minta bantuan dari Majlis Agama, Kerajaan Saudi Arabia dan banyak lagi tempat untuk kita merayu sana dan sini.  Jangan bimbang sangat.  Ada orang orang tertentu sangggup hantar pelajar-pelajarnya untuk mengutip derma di pam-pam stesyen minyak seluruh Negara.  Jual taqwim  RM20 satu set.. untuk maksud membesarkan masjid, membesarkan madrasah, .. , macam-macam stail orang nak mintak ‘sedekah’ zaman sekarang ini.  Ada sesetengah-tengah itu, ada pelajar menunggu kita di tandas R&R .. nak mintak derma.  DEpa kata ' ..murshid mintak kita buat Latihan Industri di kawasan R&R PLUS ..supaya  ada pengalaman nak jadi usahawan, petah bercakap dan .. berkemahiran sosial dan macam macam lagi'.  Aduh .malunya kita umat islam. Mintak derma sampai ke tandas mereka! Sikap sambil lewa yang kita anuti ini terus menebal dari saat ini hinggalah ke satu hari nanti.

Orang mualaf ( orang cina , india ygbaru masuk islam) pun ambik sikap sambil lewa juga .. kerana dalam agama baru mereka Islam namanya .. mereka boleh menjaja muka ke sana sini , dengan berbekalkan sekeping surat dari majlis agama , ..  , dengan surat itu , mereka boleh park  kain serban besar besar dan mintak sedekah .. di luar pekarangan masjid sana.  Settle?  Saudara saudara islam sejati kita sangat ramai untuk membantu anda.Bahkan di surau surau KLIA dan LCCT pun dah ada mualaf yg minta sedekah dalam surau airport.  Sedap bukan?

Guru guru senior  ambik sikap sambil lewa berkhidmat di sekolah kerana ..  apa apa pun ..sudah ada guru guru junior yang akan membantu kita.  Pandailah kita mengarahkan mereka.

Guru guru junior ambik sikap sambil lewa berkhidmat di sekolah kerana .. apa apa pun .. sudah ada nota nota dalam POWER POINT  untuk kegunaan kita.  Kita boleh teruskan budaya ‘smart living, smart working’.  Tanya  Google.

Guru Guru Besar/ Pengetua / Pengarah sekolah, maktab,politeknik ambik sikap sambil lewa kerana .. apa apa pun ..dah ada ramai pegawai di bawahnya yang sanggup mati untuk institusinya ..  demi  mempertahankan nama sekolah kluster, MRSM Bitara, kolej vokasional  dan macam macam istilah moden yang bergetar otak memahaminya ..tetapi jangan risau .. itu semua ..  indah nama dari hasil sebenarnya.

Library (Perpustakaan)  universities, polytechnics, teaching institutions, sekolah menengah dan rendah  ..jangan risau pasal bekalan - bekalan buku.  Kita beli terus dari luar.  Duit kita tersangatlah banyak.  Kita dapatkan terus dari penulisan karya orang orang barat.  Pensyarah  pensyarah universiti IPTA, IPTS kita tidak ramai yang mahu menulis untuk faedah rakyat malaysia untuk panduan orang orang bawahan di kampung dan di bandar sana.  Fokus  mereka  hanya menulis untuk jurnal yg ada impak faktor sahaja selepas selesai research research dan research FRGS mereka.  Sedangkan di barat (penghuninya ramai orang orang kafir dan atheis)  mereka menulis jurnal jugak dan ironi nya ...mereka terus menulis buku buku untuk rujukan ramai manusia - kafir dan muslim kita. Jadi tanpa disedari ..banyak ilmu dijanakan dari orang orang kafirlah.  Tidak banyak  ilmu baru yg dijanakan terus dari orang islam kita pada masa la ni.  Betullah kata orang cina kat kedai kopi stesyen kereta api Kluang, Johor sana -  melayu mana ada kilang sendiri di malaya ini?  Anak anak alumni MRSM ..elektronik/ robotik/ komputer/ nanoteknologi .. kebanyakkan bila pulang dari universiti luar negara (10 top universities) terus diterima untuk bekerja oleh kilang-kilang  cina dan jepun di Lembah Klang ini.  Modal negara RM500,000 untuk menghantarkan setiap anak melayu belajar PhD , Masters, Degree dan bila pulang dari luar negara ..  tetapi dengan mudah dibayar RM3000 - RM4000 sebulan oleh kilang cina .  MARA ambik sikap sambil lewa ..tak mahu jaga ..  output terbaik melayu dari luar negara sana.  Gaji RM3000 - RM4000 adalah satu gaji yg tak jauh dari graduan melayu bekerja guru guru di SM Kuala Balah, Ulu Kelantan; SM Kelewang, N9 ; SM   Sri Bedena, Sungai Besar, Selangor  beropsyion sejarah dan pendidikan jasmani.  Pelikk bukan?

Penulis kita orang melayu sangat ramai tetapi kita banyak mengeluarkan buku Panduan Khawin, SElamat Pengantin Baru, Rukun Rumah Tangga, SElamat Belayar Malam Pertama , Nikmat Tongkat Ali,  MOtivasi Pelajar Cemerlang Sekolah Rendah UPSR, Petua Cemerlang PMR dan SPM..  tak ramai cerdikiawan melayu mahu tulis pasal hukum hakam matematika.  HUkum hakam fizik .  HUkum hakam riba dari perspektif matematik.  Banyak yg menulis XYZ dari pandangan islam sahaja.  Buku ini tak laris sangat dalam kalangan orang asing kerana islam membawa 'rasa fobia  atau unsur unsur  menakutkan'.   

Kalau kita rasa gaji tak mencukupi,  tunggu ..tunggu  jap .. dekat dekat pilihan raya umum ke 13 ini ..  Yang Disayangi Perdana Menteri kita akan memberi bermacam macam bantuan BRIM1, Bonus 1.5 bulan gaji, struktur tangga gaji baru kepada semua pegawai kerajaan .  Dengan syarat.  Undi BN lagi dan lagi.

Masa terus berlalu dengan sikap sambil lewa ini.  Taking things for granted is here for ever.   Bagus bukan?

Orang orang Bangladesh, India, Nigeria, Arab, Yaman , Pakistan, Gurkha, sudah ramai membanjiri Negara ini .. kerana kita ambik sikap sambil lewa sahaja.  Banyak jawatan .. dari peringkat buruh di ladang ladang sawit, memanjat bangunan pencakar langit  hinggalah ke  jawatan professor di university ..sudah mula mula dipenuhi dengan orang orang luar Negara kita.  Tak apa.  Sikap kita kata ..tak apa punya.

Anak anakgadis kita ada yg  gilakan orang asing.   Dari Facebook , banyak wang mereka terhilang dan terlesap kerana .. orang orang asing pandai buat ayat ayat cinta dan power.  Cuba rujuk METRO.  Banyak statistik kat sana.  Anak dara tua dekat zon pencen hilang banyak duit dengan mat gagak kerana .. kesan surat cinta main main atas internet.  Sikap sambil lewa.  Kalau mereka pinang orang orang lelaki melayu yg ada ..apa salahnya.  Dari ilmu statistik, jika dipinang 1000 kali dengan pemuda melayu 1000 orang yang berlainan negeri / kelulusan/ status kesihatan tubuh badan  ..sudah tentu sangkut 1 orang (insyallah)  .. laws of probabiliti payah menghasilkan nilai sifar secara membabi buta.  Mesti ada peluang punya.  Berlaki melayu kita bukankah senang?

Hutang Negara sudah melebihi RM500 bilion .. tetapi jangan panic … pangkah jer  Barisan Nasional ..tahulah kita apa yang harus kita buatnya. 

Kes model Mongolia  yang mati kerana bom dari bilik kebal simpanan PDRM tak selesai lagi .. tetapi ramai pegawai tinggi polis dinaikkan pangkat lagi dan lagi ..  // kes tak beres tetapi ..  imbuhan tetap ada. 

Betul lah kata kata Tun Mahathir  dahulu itu bahawa  ‘ melayu cepat lupa’.

Wah llah hu aklam.

 p/s:  ada apa apa perkara yg baik ini (jika adalah)  ..ceritakan lah kpd kawan kawan dan anak-anak anda sendiri.  Ambik iktibar .  Sampaikan walaupun satu ayat.

Dr Sazali
Mantan YDP PIBG MRSM Bitara Pengkalan Chepa Kelantan
1999/2000





Smart living any one?

Posted by sazali

Salam and salutations to my readers.

I think we have heard so much about the word 'smart living'.

After that comes another word 'smart working' or working smart/  studying smart etc etc .. most of the things has the word smart attach to it.

2)  Actually the west coined this word since their society consists of many working , married couples beginning the year 1880 on wards after the Industrial revolution.  To make things simple, they had very limited time to do other domestic work such as taking care of their children, buying groceries, visiting their sick parents and many more.  To solve that , they seek the help of domestic maid(s).  these maids came from foreign countries like Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam etc etc.

3)  NOw the word smart living / working refers to other areas as well.  Examples are as follows.

example 1 :  a teacher moonlighting ... in the day time , he teaches at school and at night he goes tuition from 700 pm to 11pm.  Day in and day out.  At the end of the day he will get 2 kinds of salaries called fixed salary from the school and the other salary comes from the tuition centers.

this also apply to a teacher who teach maths in the day time , and he sells insurance at the night time.  So he also gets ..  2 or more types of pay cheque thus ..his living in big bungalow, driving expensive cars and wearing expensive , modern western dresses ..  the society called him .. a successful teacher who employs smart working/ living in his life. He consumes the philosophy of smart living in his daily life.

example 2:  dirty example.  A teacher can be seen teaching at school in the day light and at night she earns as a high class prostitute/ GRO.  At the end of the day, she earns more than one income.  So her successful life style is considered as .. successful in the eyes of many people since .. at present, many people subscribe 'high income' as their main objective in their daily life.

there are so many examples .. actually ..  basically .. there is a cheating element involved.

I am so sorry to use the word 'cheating' because every body who comes from any of the white  and black families do get 24 hours daily from the God called Allah (in islam).

If a teacher (in fact any government servant)  can earn well using smart working as his philosophies of his life .. then s/he must be cutting some corners in the process of generating more income.  I have experienced this.  My friend teaches ... but in the mean time he helps his wife run after a big shop.  Most of the days .. he is missing from the organization ..with the same excuse .. he helps the business together with his wife.  He will clock out at 0500 pm when all his friends are going home too.

Therefore the time he is suppose to plan his teaching/ motivate the teachers/ taking care of absentees/ mark the students ' work is taken by the activity called selling all kinds of clothes to the customers.  Therefore in short, many students' work went unmarked.  Then suddenly come the peak of the story.  He wrongly awarded the course work marks for his students ..  not from his real page to page marking .. but by referring to the pictures of his students that he had pasted on the wall in his office beginning of the semester.

The mistake was finally spotted by the head (principal)  when he awarded the coursework marks for a deceased ( dead ) student .. who was dead many many months  ago.   Many people laugh at this story ..but eventually people accepted the fact that ..  that same  teacher can afford to live happily ever after by taking smart living as the basis of his life.  So there is a cheating involved right?

We cannot do smart working unless we purposely ..  decided not to do .. similar tasks that was assigned to us by the big BOSS.  We know halal and haram income.  A haram income comes from an activity that we are not suppose to do at all in the first place. A halal income derives from the work when a teacher teaches rightfully from time 0730 am to 04 00 pm daily.

I think that's all for today.  So please be careful if some one purposely praised you being a smart worker.  In fact he could be saying  indirectly.. you could be  a liar.

Wallahu aklam.  p/s:  please reflect that ..  including my self.  Muhasabah diri?  self reflection.