Lesson Plan

Posted by sazali

Salam

As teachers we are asked to construct a lesson plan that would last for 1 or 2  hours.  The objective of a lesson plan is to guide the teacher what to teach (content, body of a knowledge)  within a specified time.

Example  1 hour maths lesson would look something like this.

First 5 to 10 minutes

Introduction
Set Induction
Objective(s)

Next 25 - 35 minutes

Lesson Proper

What is problem solving?
Examples of problem solving in mathematics

What is critical thinking ?
Examples of critical thinking in mathematics

What is reasoning ?
Examples of reasoning in mathematics.

What is a mathematical proof?
Examples of a mathematical proof.

Short discussion if there is Q n A from the students.

Minute number 45
QUIZ 
Give out 2 questions only.

Give an example of a problem solving in mathematics.
Give an example of reasoning in mathematics.

Minute number 55
Collect the quiz / answers
Summarized.

Minute 60
The lesson has ended.

-------------------------
It is good to have a reference such as  Edward de Bono (1976).  Teaching thinking.  London:  Penguin

-------------------------------

2)  I remembered very well my mentor Prof Dr Bevans in Leeds University Hospital, Leeds , England.  He was a psychologist and also a mathematician.  I enjoyed working for him under his research - multi dimensional research.  At the age of 70 plus ..he was so eager to learn programming FORTRAN 4 from me .  See?  a psychologist, mathematician and .. a student at the same time.  Me as his teacher in programming  FORTRAN.  Our roles always change.

What i could see to that is ..  learning never stop.  That was in 1980 - 1981.  Leeds University Hospital. Hope to see this happening in this part of the world.

Wallahu aklam.  (God knows best).




Apa beza 31 Dec dengan 32 December

Posted by sazali

Salam

Orang-orang asia sangat takzub dengan amalan menyambut tahun baru ..setiap tahun.

Mengapa yer?  Bukankah bagus kita gunakan masa yg ada untuk aktiviti yg lebih berfaedah seperti membaca Al Quraan yg suci atau bermesra dengan anak anak bini di rumah sahaja.  Kalau begini , tidak banyak duit yg habis lagipun semua ahli keluarga akan gembira.

2)  Sebagai mantan pelajar luar negara iaitu Great Britain / United KIngdom .. cara saya menyambut tahun baru sangat sangat berbeza dgn kaum asia yg belum pernah dijemput tuhan ke dunia dunia eropah / amerika syarikat.

3)  Dalam dada akhbar .. banyak kes maksiat dilaporkan.  Bahkan pembaca berita TV3 malaysia pun seronok punya seronok membaca sipulan bin sipulan ditangkap khalwat dengan minah bte bidin di tempat tempat sunyi dan macam macam lagi.  Yang hairannya ..pembaca berita ini pun muslim/muslimat macam kita juga.

Apakah signifikan ..berita khalwat ini?

Apakah hebatnya ..berita org tua nak mampus ditangkap khalwat dgn isteri orang di tepi pantai ?

Cara berita ini dilaporkan .. membawa mesej bahawa ...  ramai orang buat maksiat macam anda jugak.  Maka anda tidak keseorangan kelak untuk malaikat menghumbankan tuan/puan ke dalam neraka yg mana api nya 70 kali ganda lebih panas dari api di dunia ini.

4)  Setiap tahun pihak kerajaan ..  pun nampaknya ada agenda tersendiri ..  membawa fokus rakyat ..jom kita berpesta ..  kerana malam ini 31 Disember akan bertukar menjadi 32 Disember.

Adakah ..kualiti hari keesokan nya  32 Disember berlainan dengan malam 31 Disember?
Adakah .. kualiti kita ketawa , seronok , makan minum , hasil masak memasak, bercanda dengan isteri@bini  kita  .. berbeza teramat sangat dari malam malam terdahulu?

Kalau jawapannya ..TIDAK ..  apakah faedah kita baca/ dengar berita berita tersebut saban hari dan waktu?

Alangkah baiknya ..kita sebagai negara islam contoh membawa berita macam di bawah ini:

4.1    sebelum datangnya jam 1200 tengah malam ... isteri perdana menteri yg kita sayangi telah menderma RM10,000,000  untuk  sekolah anak anak yatim di Johor, Malaysia.  Jom kita doakan agar semua anak anak yatim ini menjadi manusia yg berguna bila dewasa kelak

4.2  sebelum datangnya jam 1200 tengah malam , perdana menteri malaysia kelihatan ..  bersama-sama dengan rakyat jelata untuk mendirikan solat sunat hajat di masjid muttaqin di Kota Bharu, Kelantan.  Jom kita ke masjid ..  malam mamalm begini supaya Allah turunkan rahmah, berkah untuk negara kita tercinta.

4.3  sebelum datangnya jam 1200 tengah malam .. Menteri Pendidikan Tinggi kelihatan sedang membaca buku nukilan Tun Mahathir Muhammad tentang mengapa perlunya negara ini bertukar menjadi negara industri setanding dengan Jepun dan Korea itu.

Dengan membaca berita-berita berkualiti tinggi .. fokus rakyat ialah ..mengajak ..  rakyat mengingati Allah..  Taala sepanjangmasa .. tak kira akhir tahun atau awal awal tahun yg baru.

Betul tak?  rujuk Surah Wal Asri.  Sesungguhnya semua manusia (termasuk penulis) dalam kerugian kecuali mereka beriman, beramal soleh, ajak mengajak kpd kebaikan , mencegah dari kemungkaran dan bersabar.

summary:  semua manusia yg hidup termasuk mereka yg tergila-gila melompat lompat menyambut tahun baru 2013.  Ada sesetengah selepas melompat , mereka terbunuh di atas jalan raya - mabuk, gila, terlalu ghairah nak beritahu ibu ..bahawa esoknya ialah tahun baru ibu.

-----------
Hairan saya .. rakyat islam yg tak pernah pergi ke eropah / amerika ...berpesta  sebiji-sebiji  iaitu 100% serupa dengan rakyat negara yg mana .. kebanyakkan penghuninya orang orang bukan muslim.  Dalam Al Quraan ..  sudah jelas Allah menerangkan ..ke mana ..mereka ini akan dibawa dan kesudahannya.  Mengapa mesti mukmin/ mukminat -  kita meniru mereka bulat bulat?

Bodoh benarlah kita .. jika kita tahu mereka akan ke lubang biawak (binasa) ..kita jugak ke sana .. bersama sama dengan ahli ahli keluarga kita.  Ini bermakna ..ketua keluargapun  tidak ada fokus dalam membawa bahtera kehidupan mereka .

Bukan 1 orang ketua keluarga  yg tidak tahu arah tujuan kehidupan ini ,

bahkan seluruh rakyat malaysia ..dipaksa .. dibanjiri dgn berita ..  berkualiti 'rendah' dan tidak berfokus / i.e. sebagaimana yg Allah mahukan dari kita semua.

Buatlah ini sebagai satu renungan dan buatlah perubahan dlm aktivitas keluarga kita.

Semuanya bermula dari kita sendiri.  yang baik dari Allah, yg tak bagus ..semua kelemahan dari diri saya.

Sekian.

Wallahu aklam.







Musim peperiksaan di universiti ipta

Posted by sazali

Salam

Sekarang kebanyakan pelajar IPTA sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Sudah tentu mereka sedang fokus mengulangkaji pelajaran mereka.  Baguslah gitu.

Sambil sambil itu saya turunkan tips untuk hidup bahagia musim peperiksaan ini.

1)  jgn tidur lewat .. nanti terbangun lewat pula untuk menduduki kertas peperiksaan

2) jaga makanan.  Jika boleh makan di kedai makan yg terang supaya dpt membezakan makanan betul atau najis burung yg terbang ke sana sini di atas kepala tuan hamba

3)  check calcultors . biar baterinya ok punya.

4)  bawa 2 - 3 batang pen untuk menjawab.  Jika bawa 1 pen .. ini mengundang masalah jika pen anda tiba2 kehabisan dakwatnya.

5)  bawak duit yg cukup..  ambik breakfast sedikit sebelum memasuki dewan peperiksaan itu.

6)  jgn mengharapkan perkhidmatan motosikal kawan-kawan anda untuk membawa tuan ke dewan exam.  Jika motorsikal itu .. kehabisan minyak benzene ..  bukankah itu satu kesusahan untuk anda.  Pergi sendiri sendiri ke dewan peperiksaan.

7)  jika anda muslim/ muslimat .. jawab dgn bacaan 'bismillah ' ..maklumlah carry mark sudahlah rendah , bukan?

8)  jawab dgn tenang.  Pilih dulu soalan mana yg paling senang ..dan seterusnya soalan paling payah punya.

9)  setelah selesai menduduki peperiksaan baliklah ke rumah anda dengan selamat.  Jangan cari pensyarah anda .. mereka pun mahu rehat biar sebentar dari melihat betapa ayu nya wajah tuan hamba dengan carry mark yg nyawa nyawa ikan jer ini.

10)  Selamat Maju Jaya.  Dunia ini zalim.   Mereka meraikan org org berjaya cemerlang sahaja.  Mereka yg kandas ..  jom baliklah .. ke kampung ..  dengan rasa penuh redha.  Insyllah selamat dunia dan akhirat.

SEkian.

Wallahu aklam.