Salam
wajah mulai sedih bila ..
1) sakit menjadi kronik..siapa sangka bukan?
2) kawan satu rumah boikot kita. Mungkin perangai buruk kita suka meminjam itu dan ini
3) cuaca tak menentu. Semalam salji sejuk sekarang panas terik bagaikan berada di Padang Shara
4) anak anak bini buat hal. Contoh suka memakai pakaian ketat bila keluar pasar malam
5) jualan restoran kita mulai merosot dan merosot. Rezki terancam
dan akhir sekali
6) sistem kehakiman negara kelihatan mcm ada org tertentu yg menentukan. Depa ingat rakyat ni bodoh ke sepanjang masa?
Sekian.
sama sama kita cari jalan solusi penyelesaian.
wasallam
Salam.
Hati kita akan bergembira bila ..
(i) dapat makan free ..org belanja/ org kampung kata rezeki tuhan di mana mana
(ii) dapat markah free kerana .. team member kita pandai jauh dari kita. Ini berlaku kerap kali bukan? dlm proses kita belajar di peringkat sijil, diploma dan degree. Semua orang happy kah? Sleeping partners kadang kadang tersangatlah beruntung. Lembu punya kerja sapi dapat nama. Gitulah ... hidup ini.
(iii) dapat berkawan dgn org org kaya dan mempunyai pengaruh yg kuat di kampung, bandaraya dan .. mana mana sajalah
(iv) di universiti..tiba tiba kita berkawan dgn profesor profesor ulung katakan.. semua they say ..we just angguk tanda setuju. Why? ke sana sini makan waktu jam 10:00 pg to 10:20 pg .. kawan kawan kita belanja makan roti canai dan lontong dan telur masak penuh. Untungnya bukan?
akhir sekali
(v) kahwin dgn anak org kaya. Semua benda dah ada. Kita berada dalam track faster, fastest ..dalam semua bidang .. dapat shafaat .. org kata ..dalam dunia bisnes dibandingkan dengan ...
Kawan kawan kita yg lain yg terpaksa struggle gila gila .. berniaga .. mencetak kad khawin/ edar flyers jadi photographers .. musim org khawin .. berpeluh .. pelar .. adik kakor wehh.. untuk bertapak dalam dunia bisnesss
tetapi kita ..
sebagai menantu tiba tiba .. dah di lantik jadi Assistant Manager/ Assistant Director/ Drebar kereta Merz pak mertua yg ada chance mati mengejut 2 kali bypass dah IJN .. selepas berkahwin dgn anak pompuan org kaya. He..he..
ini pun rezeki .. org kampung lain kata. Best bukan? tak perlu .. degree panjang panjang .. berjela jela..
semua ini tuhan dah aturkan untuk kita.
Betul kata ..mak ayah ..bila kau jadi anak jantan zaman serba tipu daya ..anak jantan mesti pandai jaga body, makan banyak banyak, makan suplemants, tidur biar banyak, ada ketinggian, sikit handsome, pandai negotiate itu dan ini , rambut berkilat kilat tarok minyak benggali ..dan pandai tackle serangan orang secara verbal dan fizikal ..insyallah ..
ada chance jadi menantu org kaya. Tuah badan .. katakan.
He..he..
Itulah .. cerita .. rumusan atau intipati filem filem melayu zaman moden. Tak yah belajaq tinggi tinggi.
Sekian.
Fikir fikrkan lah ..tuah ayam nampak di kaki ..tuah badan .. nampak di body sendiri itu lah.
Wallahu aklam bis sawabbbbb.
Salam
Kita diberi peluang itu dan ini.
Ada orang diberikan peluang jadi Perdana Menteri. Rakyat akan ingat jasa PM jika peluang mengepalai negara digunakan sebaik baiknya untuk membina negara. Contoh PM Pm yg hebat ialah Almarhum Tg Abdul Rahman, Allahyaryam Tun Razak Dan Tun Mahathir. Kalau kita anak peneroka Felda, setiap masa kita akan ingat bakti Tun Razak memberi rakyat miskin meneroka tanah hutan untuk dijadikan harta dgn penanaman buah kela sawit dan bermacam macam lg. Dengan kejayaan itu, anak anak felda dpt meneruskan pengajian di UiTM , Jengka, Pahang. Semua ini terjadi bila ada PM menggunakan akal dan keberanian untuk membangunkan tanah air dan membina hidup bangsanya.
Jika tidak, PM mana mana pun akan dilupakan sejarah. Begitulah manis pahitnya peluang menjadi kepala kerajaan ini.
3) BEGITU juga antara kita diberi peluang oleh tuhan menjawat tugas sebagai guru guru, cikgu sekolah atau pensyarah. Dengan peluang itu, tuhan memberikan guru guru untuk mendidik pelajar pelajarnya dari ilmu peringkat rendah sampailah ke peringkat yg tinggi tinggi menembusi awan biru dan gumpalan awan putih yg berarak ke sana sini dibawah pentadbiran Pencipta yg agung.
Jika dari didikan kita, terhasil pelajar yg hebat, sudah tentu ada saham yg akan kita nikmati di dunia ini dan di dunia sana iaitu alam akhirat. Tetapi sayang seribu kali saayang..mengikut laporan demi laporan, ada sebilangan kita tidak menghargai peluang di atas.
AdaGuru Besar sekolah menanggis di atas pentas di saat saat memberi ucapan persaraan. Mengapa menangis ini? Air mata akan mengalir kerana guru itu tahu..peluang menjadi penjawat awam sudah berakhir. Tidak ada lagi tepukan gemuruh untuknya selepas ini. Tidak ada lg nimat elaun elauan perbatuan untuk nya lagi apatah lg kesedapan enak menginap di hotel 5 bintang dgn kadar sewa yg berpatutan untuknya. Dahulu sebelum bersara, isteri dan anak anak dpt menumpang semangkuk dudua tidur dan makan minum di hotel. Alangkah sedapnya? Tetapi sejurus selepas bersara, guru besar akan bergelar pesara atau ayam tua.
Firaun laknatullah pun di saat saat ditenggelami oleh lautan merah ..pun memahami maksud istilah peluang ini. Aghhh..jika dia beriman di masa hidupnya..sudah tentu nasibnya tidak seburuk ini dan akan datang.
4) saya menaip ayat ayat ini untuk memberi ingatan kpd diri saya sendiri dan pembaca untuk menghargai 'peluang peluang keemasan' ini. Jangan disia siakan peluang dan nikmat sihat, kaya, waktu lapang, berilmu, muda dan hidup atas muka bumi ini. Gunakanlah peluang ini sebaik baiknya.
jika kita ada anak dan isteri..bimbinlah mereka ke jalan yg tuhan redhai.
jika kita guru Bahasa Inggeris , gunakan peluang bertutur dgn baik dgn pelajar pelajar mu dlm Bahasa Inggeris yg baik. Bila lagi nak bertutur Bahasa Inggeris dgn cemerlang, bila pihak KPM dan sekolah telah memberimu peluang seluas luasnya untuk mendidik pelajarmu secara terbaik. Memang budaya bangsa inggeris itu hebat contoh liga bolasepak inggeris dgn team bola Manchester City..tetapi kehebtan itu tak sehebat guru bahasa inggeris yg gigih mendidik anak anak buahnya mempelajari selok belok bahasa inggeris secara profesional. Jangan jadi guru B.I. tetapi 99 peratus masa bertutur dlm loghat kelate atau jawa.
Adus..kita akan dilupakan sejarah tamadun manusia. Insaflah diri ini.Buat sesuatu yg terbaik untuk kebaikan diri sendiri dgn lafaz lillah hi taala.
Sekian bangsaku bergelar melayu dan rakan rakan mudaku..bergelar cikgu cikgi dan para para profesor yg ulung.
saya mohon maaf jika ada yg tersilap itu dan ini kerana saya bukan insan yg mana hati dan jantungku dibedah bersih olehpara malaikat. Saya adalah saya.
wallahu aklam bis sawabb
Nota:aku menulis kerana diberikan peluang untuk menulis. Jgn sia siakan peluang ini. Subhanallah, alhamdulillah dan Allahu akbar