Learning from mistakes

Posted by sazali

Salam In schools, polytechnics and universities .. many kinds of errors do happen among the students. If I were a student again, it is a normal thing to make mistakes such as bad reporting on certain project(s) and hopefully the lecturers came in to correct the mistakes. By doing so, we learn many things as we proceed from one level of education to another. Developed nations underwent such experiences. Their inventors made so many experiments and from various negotiations, mistakes, corrections, and modifications .. many new products came into our homes. So .. do not worry making small slips .. sloppy work .. because you are in the process of learning. But once you work for somebody / industry , you could not afford to make any small mistake ..because that caused money and also life. With that .. I would leave you ..thinking and correcting your work . TQ. Wasallam

Ooppss ..tegur sedikit

Posted by sazali

Salam Bila berada dalam dunia universiti, secara otomatik .. anda dianggap insan yang pandai. Oleh yg demikian..eloklah berhati-hati dalam beberapa perkara. contoh: bila menghantar laporan akhir / tesis ... 1) semaklah ejaan. Tajuk 'title' dieja biar betul bukan ' TiTTle'. 2) rujukan. Mat Sallah eja ..references bukan refference 3) ayat biar sempurna. Ada subjek dan ada predikat. ----------------- Dulu saya hot juga bila mendengar .. org org seperti Mendiang Kalpal Singh/ Robert Lam .. merendah-rendahkan kualiti graduan la ni dalam BI. Dia kata ..buat ayat pun .. ..tidak mencerminkan .. produk dari menara gading pun! Tetapi ..saban hari bila aku menerima laporan dari pelajar .. memang betul kata kata mendiang-mendiang itu. Hasil teknologi hand phone / Whatsapp! ... banyak membawa padah .. kualiti penulisan dan hujah graduan dalam dunia dunia kerja dan seterusnya. Pada peringkat awal , bila laporan dihantar ..ke dalam bilik aku Mula mula sedap juga membaca .. laporan itu .. tetapi .. bila dah masuk bab 2, 3 dan sebagainya .. baru nampak .. mereka menulis .. ayat ayat BI pakai belasah sahaja. Asalkan berbunyi BI kot? Kalau mereka diambil kerja dengan Proton .. malulah imej Proton. Tak kan budak universiti .. menulis sebegitu teruk .. struktur ayatnya! Patutlah sekarang tak ramai profesor hidup lama (panjang umur) .. melihat produk sebegini rupa cepatlah hati dan jantung profesor meletup dan rusak binasa. Mengapa ya? Jawapan ialah ..mengikut kajian statistik yg telah dijalankan oleh sebilangan pelajar .. secara purata pelajar pelajar universiti membaca kurang dari 3 jam sehari. Baki 21 jam ialah .. Ramai menggunakan masa mereka bermain komputer games untuk mengawal stress. Dari statistik perpustakaan .. dari pelajar 10,000 - 15,000 orang hanya 60,000 kali statistik membawa mesej .. mereka ada meminjam buku dari perpustakaan. Secara purata, setahun mereka pinjam 6 buah buku sahaja! Dasyat! alasan ialah mereka suka membaca ONLINE jurnal dan semua ONLINE jer. ya ke? Bila kurang membaca .. mereka kurang menekan aspek ejaan dan struktur ayat BI. Bagus juga .. org org besar universiti buat ..spot check .. berapa ramai pelajar universiti ada DICTIONARY yg sesuai dengan tahap pengajian mereka masing-masing. Cuba buat..tuan tuan sekalian. Patutlah anak ku ..kata .. budak univ Petronas(few) pun gitu jugak. Mereka tak diambil kerja oleh petronas .. walaupun mereka ditaja oleh syarikat minyak tersebut. Boleh jadi nak kawal malu kot! Aduhai ... nasib .. bangsaku. Memartabatkan BM dan Mendaulatkan BI .kau kata? apa kah ini semua ... Sekian.

Sumbangan fikiran yg simple

Posted by sazali

Salam Ada oran bertanya .. nak buat masters/PhD menggunakan BI? Ada 2 strategi untuk melakukan benda ini. Pertama: kita kena mahir menulis dan bercakap dlm BI. Di sini ..tulisan kita mampu dibaca oleh penyelia utama kita di Universiti luar Negara itulah. Kalau tak dibaca oleh supervisors sekurang-kurangnya tulisan kita akan dibaca oleh orang lain seperti reviewers journal antarabangsa. Kita perlu fasih bertutur dan berhujah dalam BI juga. Why? dalam masters dan PhD ada sesi mempertahankan kerja kita selama ini dipanggil research/ VIVA. Kebolehan ini akan datang jika kita suka bercakap , memberi komen itu dan ini dalam majlis orang orang pandai bersidang konferens, seminar, bengkel dan macam macam. Kedua: kita kena gila B.I. suka membaca article BI dan menulis BI. Cuba taip taip sesuatu dan mintak kawan kawan baik kita membacanya. Kalau mereka komen ..jgn cepat sakit hati. Dalam dunia akademik .. memang org lain suka buat komen itu dan ini. Tebalkan muka, tebalkan telinga dan terus ..maju dari situ. Orang yg tak cepat melatah .. mendengar komen berbisa ...dari supervisor dan kawan kawan rapatnya .. insyallah dia dapat pergi jauh dalam dunia masters dan PhDnya. Insyallah. Cuba ya? Sekian. Yang baik dari Allah dan yg lemah itu .. semua saya lah yg bertanggungjawab. Wallahu aklam bis sawabb