Duit

Posted by sazali

Salam

Duit adalah penting.

Kita boleh tahu nilai duit jika kita belajar di luar negara sebagai pelajar tajaan kerajaan/ sendirian.

Jika kerajaan kreditkan duit biasiswa lewat sedikit , ramai pelajar cukup sengsara dengan kos hidup yang tinggi di kota London, New York dan lain-lain tempat di dunia ini.  Tambahan pula, penangan GST (ilham Dato' Seri Hj Mohd Najib Tun Razak) dan kemerosotan duit ringgit malaysia di pasaran matawang dunia.  Dulu jika FAMA hantar RM3000 untuk makanan sebulan sudah memadai ..kini RM4500 sebulan ..tak tahu lg cukup atau tidak.

2) jika kita sudah berkeluarga, nilai wang semakin terasa.

Ini adalah kerana duit digunakan untuk membeli makanan, ubat-ubatan, sewaan rumah dan lain-lain lagi termasuk kenduri kendara dan mati , beranak sanak saudara . Mengikut, statistik JAIJ, faktor perceraian adalah banyaknya  berpunca dari duit.

Pasangan bergaduh kerana duit.

Dan ada pasangan bahagia pun kerana duit.
Kita boleh sukat benda ini .. tengok jer wajah pasangan di hujung-hujung bulan.  Mereka cukup gembira.  Tahap cahaya di wajah suami isteri cukup terang bercahaya  bila mereka berada di hujung bulan dan ..mula pudar pada 10, 15 dan 23 hb setiap bulan.  Rugi bekerja makan gaji.  Mereka dapat duit sekali sebulan.

P.A.R susah kerana duit dan pegawai tertinggi kerajaan pun susah kerana duit juga.

Rujuk kes .. pegawai tinggi askar laut di Lumut (bersara) yg dituduh dgn duit suapan RM800,000 baru-baru ini kerana dia bertindak sebagai bos dan adiknya pula berjaya membekalkan alatan-alatan askar laut.


3)  Disebabkan begitu, duit menjadi 'nadi' rumah tangga, markaz tentera  dan juga negara.

4) Greece muflis kerana duit dan Malaysia ..kelihatan hina dina kerana duit juga.

Cuba semak sumbangan duit dari negara luar kpd kerajaan kita sebanyak 2.6 bilion pada 2013 - 2015 ini.

Dasyat bukan?  Tetapi yg pelik .. benda sumbangan duit tak timbul pun pada perhimpunan UMNO 2013, 2014 atau dalam mesyuarat umno mana-mana.

Tiba tiba benda ini muncul ..sekarang.

Kambing hitam di kampungku ..pun senyum mendengar benda alah duit sumbangan ini.

(ketawa).

Sekian.

Wallahu aklam.

p/s: pesanan mat salleh .. penipu kena cerdik dan bijak sepanjang masa supaya .. cerita ceriti pasal sumbangan ini mesti selari dari skrip asal 2012 hinggalah skrip terakhirnya ..  pada bila bila masa.  Boleh kah memanda kita buat begitu ?


kerja berat

Posted by sazali

salam

Kalau ada benda berat seperti ada kayu api 100 tan di hadapan rumah, kita boleh meminta pertolongan dari kawan-kawan sekampung  untuk berkongsi ..mengangkut benda-benda berat itu.  Kerja ini sekejap jer jika dibuat secara bergotong-royong.  Penat pun sekejap.

Tetapi ..jika kerja opis, jabatan atau fakulti  itu berat ..bagaimana yer?

2)  Terdapat 2 langkah terbaik:

2.1  buat dek sahaja dan tunggu respond boss - mungkin demoted!  atau

2.2 kita terus buat pada tahap termampu sudahlah.

Jangan paksa badan kita menanggung kerja ..secara bersendirian.  Pernah dengar tak .. orang itu mati di dalam opis, mesyuarat, dalam perjalanan pulang ke rumah dan ....  terus masuk goal?

He..he..he..

Tak berbaloi ..jika kita mati semata-mata ..melayan kerenah orang .. diletakkan di atas tengkok kita ini.

Fikir-fikirkanlah.  Al Fatihah.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab

Doa waktu pagi pagi

Posted by sazali

Salam

Bila bangun tidur ..ayuh bacalah doa ini.

'Alhamdulillah hil lazi ah ya na ba' dama ama tana wailaihin nushur'.

Selepas itu ..bingkas bangun dari katil ..
mandi mandi ..gosok gigi ..  dan ambik air sembahyang

... solat subuh berjamaah di masjid(lelaki lah) tetapi kalau perempuan lebih afdal solat di rumah sahaja.

2) Fadhilat solat subuh berjamaah ..

" Allah akan melindungi mu ..

". HR Muslim.

3) Bila pulang dari masjid ..berzikirlah .. zikir terbaik ialah la ila ha illallah ..muhamad dur rasulullah.

di ikuti dengan "  Subha nallah .. Alhamdulilah ..Alllah hu Akbar"  dan jangan lupa ....

Salawat kpd Nabi Muhammad s.a.w  juga.  1 salawat = 10 rahmat dari Allah Taala

Bila Allah Taala menghantarkan rahmat, sakinah ..apa lagi hang mahu kan?   Kita sepatutnya ..berasa cukup gembira kerana Pencipta Alam menghantarkan rahmah dan sakinah tersebut kepada kita di waktu pagi pagi lagi ..  dan orang orang melayu islam boleh jugak bergembira dgn nikmat kemerdekaan ini.

Bila merdeka ..kita   boleh ke masjid bila bila masa.  Jika tidak merdeka  .. Jepun akan menembak kita.  Senang jer ..mereka menembak kita ..why?  kita mana ada senjata .. 1940 - 1950.  Cuba tanya nenek yang berumur 70 - 90 tahun.  Besar nikmat kemerdekaan ini.  Betul tak nek?

4) Dengan status 'merdeka', kita boleh belajar agama islam bila bila masa sahaja, bahasa melayu pun boleh , bahasa inggeris also can , mandarin, hindi dan macam macam lagi bahasa di dunia ini. Dengan nikmat kemerdekaan, ada melayu berkhawin dgn orang cina, ada melayu berkhawin dengan orang india (muslim) dan ..kebelakangan ini sudah ada melayu berkhawin dengan nigeria.  Subhanallah.  Dengan nikmat kemerdekaan ..rombongan pengantin boleh terbang ke Nigeria, Bangladesh, Indonesia ..  semua dengan nikmat kemerdekaan ..apa lagi kau mau kan?  Orang sendiri pun ..kau tak berkenan ..  sila kan lah ..Lagos, Dakka, Jakarta, Medan ..kami datang nih.  Harap harap semua aman damai dan berbahagia.

Hargailah nikmat kemerdekaan ini!

He..he..he..

Muga muga berbahagia.  Mulakan sesi kerja dengan senyuman manis dan bacaan 'bismillahi rah mar nir raheem'.

wasallam