Salam
Banjir berlaku di mana mana sekarang.
Mekah banjir.
Kota Bharu banjir.
Hatta Penang pun banjir.
Mengapa?
Ustazah kat rumah kata
Tuhan murka kpd manusia.
Dosa terlampau banyak dan melata.
Tengoklah nanti.
2) otak saya kata banjir adalah kerana
Sistem peparitan yg tak efisien.
Kes Kuala Lumpur.
Satu lagi sebab ialah sistem ekologi, tumbuhan yg sudah
Dirusakkan oleh manusia.
Hutan hutan ditebang sewenang wenangnya
Sebab itu air bukit tak leh disimpan secara baik di puncak puncak bukit.
Bukit bukau digondolkan.
Maka banjir berlaku di kawasan rendah.
Kasihan adik adik baru kerja.
Kereta baru raya sudah habis ditenggelami banjir kilat.
3) mengapa fikiran kami berbeza?
Makan sama sama
Main game sama sama
naik kereta rata rata
Tapi otak kami lain lain. Subhanallah. Masya allah.
Adakah faktor gender?
Umur?
betul adik. Jawapan tu tepat sekali.
iman kita berbeza.
kalau org jawab semua soalan dlm peperiksaan LPM KPTM KPM
Allah serba tahu.
Wallahu aklam
dia tak ke mana-mana kot.
atau dijawab begini
' manalah saya tahu ..'.
(Ketawa)
kena ada ilmu.
entah ilmu apakah tu? Di atas tadi suami ustazah guna ilmu dari
buku Goh Cheng Leongnya yg dibeli pada tahun 1970 lagi. Human Geography. Digunakan di alam SPM dan STP.
4). apa kata dengan 'roti canai banjikkq mamak!'.
Adik tahu apakah menu itu?
Tanya mak ayah ok?
Sekian.
wasallam
salam
Hari ni ..ditugaskan membimbing 20 orang staf dari sebuah univ dari Bangkok cara cara
menulis kertas konferens.
Ok kot.
Menulis dalam B. Inggeris.
Bercakap dlm B.I juga.
Apa saya buat?
1. saya tunjuklah beberapa contoh contoh kertas konferen yg telah saya bentangkan di Hanoi, Jogjakarta, Acheh, Tenerife Island , USM, UKM, UNIMAP dan banyak lagi
2. tekankan makna 'research/ research paper'; kaitan antara satu kertas dengan yg lain.
Outline kertas..
3. tunjukkan tesis sarjana, Ph.D , buku ..bagaimana mengumpulkan semua itu ke dalam satu kertas konferens antarabangsa atau buat ubahsuaian di mana mana patut. Yang membezakan ialah diskusi baru dalam konteks semasa. Contoh STEM
B. Banyak juga saya belajar dari Prof Lilia (UKM) dan rakan sejawat saya Mr. Dom (asalnya dari Manila, Filipina).
Syukurlah ..semua berjalan dgn baik.
Esok ada pulak
tajuk: cara membentang kertas atas pentas persidangan antarabangsa.
Begitulah kehidupan bila ..kita ditugaskan oleh pusat seantaro ini.
Terima sajalah.
Buat yg terbaik untuk bangsa dan negara agar ilmu ini digunapakai oleh orang lain. Mana tahu kan.. BUNGA BUNGA dipetik di syurga, insya allah?
Sekian.
Wasallam
Salam
Terdapat 3 jenis anak dlm fikiran ku
1. Anak kunci
2. Anak sendiri
3. Anak tekak
Huraian:
1. Anak kunci
Tanpa kunci , kita jam dlm hidup ini.
Tak boleh masuk rumah.
Tak boleh ke sekolah.
Tak boleh bukak locker di asrama sekolah
Dan macam macam lagi.
Walaupun benda ni free
Kita kena jaga baik baik.
Berwaspadalah.
Free tetapi tersangatlah penting.
2. Anak sendiri
Semua kita sayang kepada anak sendiri.
Anak sulong.
Anak yg tengah.
Anak bongsu ku.
Semua saya sayang.
Bukti?
Saya pernah tak makan di sekolah SM. Kota seharian
Semata mata nak hantar RM35 untuk abng di
MRSM pc pada waktu petang.
Duit tu penting untuk dia di asrama.
Tak apalah.
Saya lapar sedikit
Yg penting abe boleh belajar dan terus belajar.
Tak lama lg
Saya doakan dia lulus viva nya di London.
Ameen. 1000x.
Anak tengah pun saya sayang.
Masa sakitnya
Saya ambik periksa Kertas Am Kerajaan,
Tak lulus tak leh lantikan
Gaji tak naik.
Itu syarat perjawatan dalam kerajaan.
Saya ambik 2 kali.
Ok tak?
First time angah demam panas.
Abah tak leh study malam tu.
Soalan pulak pasal sultan, pegawai daerah dan kuasa menteri.
Manalah aku tahu?
Tak adil JPA.
Graduate matematik dari Britainia
Di tanya aku pasal tanah, kuasa sultan.
Geng abah ramai fail.
Doktor, jurutera ramai fail.
Aku rasa kalau diberi soalan algebra, proving types
Sultan pun fail.
Menteri Ahmad Maslan tu pun fail.
Tak adil zaman hari itu. 35 tahun yg lalu..
Akhir sekali
anak bongsu.
Automatik manja.
Semua yg berat ..abng kakak semua dah buat.
di dapur asyik kerat bawang dan basuh pnggan
If abng kakak kakak tak ada
dia tak confidentlah masak.
marah sikit
mesti nangis bnyk bnyk.
nasib oncu gitu gitulah.
Tapi awas bila dewasa
kereta , komputer abng kakak
bnyk kali dio boleh bawak
sana dan sini.
duit bulanan ..hello hello
ambik jer A.TM.
Untung on cu kita kan?
tetapi nak melentur anak
elok dari rebungnya
jgn anak dah jadi buluh
semua barang dah jadi keras dalam s
baru nak hantar summer school pulak,
rugiiii..
3. Anak tekak
Ada peti suara.
Ada suara halus. Pondan.
Ada suara lantang. Sesuai jadi polis.
Suara kasar. Terkejut semua orang.
Begitulah dahulu.
Harap semua happy.
Wasallam





