Salam.
Orang berjiwa besar mempunyai 4 sifat yang dipuji oleh Allah Pencipta alam 7 petala langit dan 7 petala bumi. Antaranya ialah:
* senang memaafkan orang bila pada masa itu .. dia berpeluang membalas dendam// contoh se orang suami yg selalu dikritik itu dan ini oleh isterinya ... walaupun dia mempunyai 1001 peluang nak balas dendam, dia ok jer .. esok pagi dia tetap pergi beli roti canai, kuah dal, epal, anggur untuk sarapan isteri dan anak-anak yang disayanginya. Tidak ada rasa dendam mendendami.
* senang menolong orang tak kira orang yg ditolongnya itu dari kem UMNO, MIC, DAP .. semua sama ..mereka adalah makhluk tuhan juga
* suka senyum dalam banyak keadaaan seperti .. time susah pun dia senyum/ time senang lagi lagi lah dia senyum
* suka melawat sahabat handai yg ditimpa kesusahan, kecelakaan, kesakitan, bencana dan lain-lain lah
Sedangkan orang berjiwa kecil mempunyai lebih dari 4 juga sifat negatifnya. Deng-dengnya ialah:
* suka berkira. Time senang dulu ..jika dia tolong kita sedikit pun ..dan akan ungkit-mengungkit ke seluruh dunia hingga ke pinggir Lautan Pacific, Lautan Atlantic dan Laut Cina Selatan. Semut hitam pun dia nak ceritakan kebaikannya. Adush. gila ini orang
* suka berbalas dendam. he..he.. dulu kita kutuk dia sehari jer pasal seluar dia melodeh - tetapi now dia kutuk kita 10 tahun dah lamanya - siang dan malam. Melampau org gila ni.
* payah nak senyum. Mungkin dia tak ada gigi (laugh). Time akhir bulan semua orang dapat gaji pun dia tak senyum , apa tah lagi di tengah-tengah bulan nak tengok dia senyum?. Sure .. muka wajah dia mencuka jer. Siang dan malam.
* bayangkan dia hanya berkawan dengan 3 orang jer di dalam dunia ni. Ibu, abah dan isteri dia. Semua orang ni matanya buta. Mereka ni lah yang faham benor-benor perangai orang berjiwa kecil ini. Orang lain semua lari. Maklumlah sifat berkira-kira sokmo-sokmo (always) macam Menteri Kewangan jer. Time budget .. semua berkira. Time berkempen hampir semua tanah melayu kat negeri di sana di bahagikan kat orang lain ... (ha..ha..ha..)
* suka bercakap meninggikan diri. Dia se orang jer pandai itu dan ini. Orang lain tak pandai macam dia.
* payah nak ucap tahniah kepada orang lain. Time khawin anak kita pun tak ucap tahniah/ time dpt cucu pun tak ucap tahniah// time kita dapat bini muda pun tak ucap tahniah ... / time kita beli kereta Proton Inspira lalu kat depan rumah dia pun tak ucap tahniahhhh... entah lah bila dia nak ucap tahniah... by the way, dia tahu ker apa tu 'tahniah'? (ha..ha)
* jgn harap dia datang kalau ada orang mati di kampung nya. Berkira!
Itu jerlah. Jika kita amalkan sifat-sifat orang berjiwa besar ..time kita susah nanti .. Insyallah Alllah akan membantu kita. SEkian. Walaupun begitu , kat orng yang berjiwa kecil tu ..berubah lah. Bukannya susah .. bercampur-campur sikit dgn orang lain ...
he..he..
wallahu aklam.
Salam.
Were you anywhere when you suddenly heard your best friend (30 years ago) has just passed away. Heart attack? HOw do you feel then? Have u ever thought that that kind of attack can come to you later at any time? What will your spouse do about this? YOur children ..
2) Heart attack is one of the commonest but most painful causes to modern death among professionals - engineers, lecturers , corporate players etc etc. Not only in America but also Parit Raja, Johor. The next is the road accident. Just ask those relatives who lost their loved ones .. on this Parit Raja / Kluang road. One of the most fatal roads in Malaysia.
3) As a result we have to be very careful in this life. Try exercising i.e., jogging in the park , writing something in your own blog expressing what you think it is worth for others to read/ let your friends know whats happening here and there about you. The most important be happy. Mixed with many kinds of friends .. the kampung folks, the one day friend at the LRT etc etc. Just smile and listen to others .. when they want to talk. Be happy. Don't worry. You can do this if u practice a simple life style like Mahatma Ghandi. Remember him? Google him?
He..he..
Try.
But .. when u lost a dear old old friend .. basically .. he is saying good bye my friend. Don;t sry for me .. well .. we will all die one day , won't we? But I shall miss you ISHAK ADAM. my tablighi friend in England, Dewsbury and Detroit, USA. 1978. Al-Fatihah. and small prayers for me my dear .. may Allah be happy with you my friend. Redha him redha us ..this world and the here after. Ameen.
I will always be remembering you .... the last I met was in Heathrow Airpot, 1981. Our last flight out from UK for good. You waved me at Pakistan , Karachi Air port .. well ..it seems that it was your last wave for me ... Good Bye my friend. Sleep in peace. Allah will be plaese with you .
Wallah huaklam.
Salam.
Just sharing. Hope u do not mind reading this please.
Ramai manusia suka berbelanja saban hari tidak kira siang ataupun malam. Manusia yang saya maksudkan di sini datang dalam berbagai-bagai saiz tubuh badan dan stail kehidupan. Objektif berbelanja ialah memenuhi keperluan kehidupan seperti membeli makanan, pakaian, perumahan, insuran hayat dan pengangkutan. Jika rumah tangga kita tidak mempunyai cukup beras, dibelinya beras untuk hari itu maka proses membeli itu adalah satu ibadat yang mulia di sisi Allah pencipta kita. Pahala kita berjuta-juta sama banyak dengan bilangan beras dalam tempayan di bawah almari dapur rumah tu.
Bagaimana pula dengan mereka yang berbelanja melebihi keperluan kehidupannya seharian? Contohnya membeli kenderaan baru walaupun kenderaan yang ada masih elok lagi. Oleh kerana pengaruh kuat dari rakan seperjuangan maka ada orang terikut-ikut berbelanja sesuatu yg diluar dari kemampuannya yang sebenarnya. Lantas jadi lah satu fenomena dipanggil berhutang. Berhutang dengan bank, ah long dan koperasi-koperasi yang ada bagaikan cendawan tumbuh selepas datangnya hujan. Terlalu banyak tempat boleh kita cari untuk maksud terus berhutang. Orang lawa berhutang. Orang kurang lawa pun berhutang. Pendeknya nafsu nak berlawan berbelanja untuk hidup melawa sentiasa subur disirami air liur bisikan syaitan dan iblis ke dalam kalbu dan naluri kita. Jika kita memandu wira/ tiba-tiba melintas se buah Inspira .. sure terkeluar kata .. bestnya kereta baru tu. How to get that new car hah? (idea nak berhutang sudah mula dtg dtg ..)
Akibat berhutang kita akan melihat beberapa bibit / fenomena kelakuan manusia seperti mengambil rasuah, menipu dan berbagai-bagai lagi penyakit social yang kadang-kadang membawa kepada pembunuhan yang kejam. Rujuk akhbar popular Metro Malaysia pada bila-bila masa.
Luqman al – hakim penah menasihatkan anaknya menjauhi hutang kerana:
· Sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
pada satu pihak lain, Pihak kerajaan pun selalu menasihatkan pegawai-pegawai supaya menghindari hutang kerana:
· Berhutang melampau-lampau akan membawa kepada satu kes di mana prestasi kerja seseorang jatuh menjunam
· Malu teramat sangat maklumlah budaya ‘gali lubang sana nak tutup lubang sini’
· Suka menipu rakan se pejabat/ mungkir janji pada waktu bayar hutang. Dulu saya terlihat bos tersangat besar berhutang RM5 dengan kerani PAR(pegawai am rendah ; qualification - PMR) nya. Issshhhh …malunya? Hipokrit.
· Jika kita diistiharkan bankrupt oleh mahkamah maka dengan sendirinya hilanglah jawatan berstatus tetap dan berpencen ini ( sila lihat General Orders ).
·
Mengapa orang berhutang?
Terdapat 3 kes orang berhutang. Antaranya ialah:
· kes I- Supaya orang lain rasa kita adalah makhluk yang hebat. Mengapa tidaknya bila pihak bank berlumba-lumba nak taja kita berhutang-hutang dari pembelian kereta BMW terbaru mahu pun rumah kediaman ketiga kita yang terbaru. Pihak bank akan menggunakan wanita yang cantik jelita untuk mengumpan kita supaya terus berani berhutang. Tempat umpan pertama dicampakkan perempuan cantik jelita + sexy ini sebagai caddy di padang golf di luar Negara berserta dengan escort servis teristimewa. Entahlah - servis ini bermaksud apa? Perempuan pelacur ada yang bertopengkan jawatan eksekutif profesional penasihat bank n diupah bermain golf golf golf dgn orang2 kenamaaannn ?
· kes II - Sifat tamak. Ada kemungkinan jika asset yang baru ini dibeli sekarang dengan harga RM300,000 besar kemungkinan tahun tahun hadapan harga asset ini akan bernilai RM1.5 juta. Cepat abang. Jangan tunggu lama-lama. Ramai lagi orang nak asset ni abang ooi.
· kes III - Tidak takut mati. Mereka tidak akan mati hari ini, esok dan sampai bila-bila. Dia seorang saja yang akan terus hidup nak bayar hutang .. pendeknya orang lain semua dah mati kecuali dia RAJA HUTANG. Bayangkan ramai rakan-rakannya seangkatan dengan nya dari UTHM sudah lama mati tetapi tidak dia pada tahun 2120. Masih dia seorang sahaja yg tinggal dan terus berjalan ke sana sini - Kenapa? Dia kena hidup lagi dan lagi untuk settlekan hutang sekeliling pinggang.
Oleh itu untuk menjauhkan diri dari berhutang saya perturunkan 3 langkah terbaik dan paling berkesan. Rujuk kitab ilha ulumiddin. imam ghazali 1985. penerbit: bandung.
1. Amalkan hidup bersederhana iaitu di kala gaji kita semakin naik, nafsu kita berbelanja semakin menurun. Contoh terbaik ialah takkala orang ramai gila nak beli kereta Honda Accord berpunggung BL (guess what - besar n lebarrrr) kita cepat-cepat beli kereta MYVI atau EXORA saja. Murah sedikit beb? Di saat-saat gaji semakin stable, kita membeli pakaian ala kadar sahaja. Maklumlah gaji jer semakin naik , saiz perut tak kempis-kempis. Pakai kain sutera pun , saiz perut kita dari jauh pun ramai orang kampung boleh nampak dengan jelas. So stay simple. Otak pun settle. bernyawa pun just go in go out so clearrrr.
2. Jauhkan diri dari berkawan dengan mereka yang suka hidup berlagak macam orang-orang kaya THE RICH AND THE FAMOUS di mana mereka bertauhidkan Tuhan itu ialah WANG. Slogan mereka ialah MESTI KAYA MESTI BERJAYA. Kurangkan mengeteh di sana sini terutama di waktu yang sudah jauh malam semata-mata nak berbincang tentang projek raksasa 25 jam sehari. Cukuplah kita mengeteh bercampur madu asli + cepat-cepat naik tidur dengan isteri kita yang dah lama kita berbincang dan melalui proses perbincangan dan pergaduhan ala-mikro Tuhan telah mengurniakan kita dengan anak seramai 6 orang; cucu 10 orang dan cicit pun dah mula ramai.
3. Rapatkan diri serapat-rapatnya dengan dunia masjid, ikuti majlis ilmu dan belajarlah keluar berdakwah tabligh seluruh alam. Kumpulan dakwah tabligh ini mempunyai 4 4 4 strategi kehidupan. Salah satu ialah jangan membazirkan wang, tenaga dan nyawa. Satu lagi banyakkan bersolat sunat seperti tahajud, awabin, dhuha, hajat, isra’ dan witir. Target 1000 rakaat sehari dan semalam. Baca quraan 100 helai sehari. Boleh buatlah tuan. Mengapa? Ada orang jogging jogging sampaikan matikan diri sendiri di taman-taman bunga di Kuala Lumpur dan Taman Negara. Ada yg dah mati disambar petir dan/ atau dibaham harimau. Kenapa tidak gunakan tenaga yang sama untuk bersolat 1000 rakaat? .. sebagai satu alternative/ Jika kita buat, nafsu gila berbelanja sure lari. Insyallah selamat tuan hamba. Mana nak? Kita diburu oleh ah long di opis atau kita memburu target solat sunat 1000 rakaat di dalam rumah kita sendiri. Pasang air cond tuan hamba. Ayuh tuan hamba. Tak buat .. tak tahu potensi diri kita. Yang penting nafsu berbelanja dimatikan terus dan nafsu nak berkahwin lebih dari satu pun mula terbantut dan terbatuk-batuk di atas tikar sembahyang yang sudah lama reput (laugh).
Sekian.
Wallahu aklam.
p/s: sampaikan walaupun sepotong ayat jua kepada mereka yang tidak ada di sini. Maaf jika bahasa saya agak2 kasar dan tersinggung perasaan. Ubat selalunya pahit tuan. Disebalik kepahitan ubat adalah penawar segala penyakit .. suka berhutang? Pokok pangkalnya kita semua selamat dunia akhirat. Ameen.