Zikir Siti Fatimah r. a. sewaktu nak tidur

Posted by sazali

Salam anak-anak

Sebelum tidur ..  elok kita sebut

Subhana llah  33 kali

Alhamdulilah  33 kali

Allah hu Akbar 34 kali

Ini dipanggil tasbih Siti Fatimah radillahu anha  (anak perempuan Baginda Nabi Muhammad s.a.w)

Baca 1 kali Qul hu llah hu ahad

1 kali  Qul a u zu birob bil falaq

1 kali Qul a u zul birob binasssss.  dan jom kita tidur/  doa tdur apa sayang?  azam .. bangun subuh tau.

Insyallah Allah akan beri kau ketenangan dan tidur yg nyaman.

Berbahagialah anak anak ku .. walaupun kita tak sekaya .. orang orang itu ..Allah beri kita lena tidur.  satu nikmat yg sejati.

-- Hidup simple, tidur simple, belajar sampai PhD simple .. matiiiiiii  pun simple ..  soalan dari Allah pun simple.  The last ..is ..please enter jannah (syurga) from any door you like my Dear.  Good Night ..

Wallahh  hu aklam.

Bahaya jika kita terlampau sangat mewah

Posted by sazali

Salam

Sebagai manusia ... semua kita mahu hidup senang dan semakin senang. Dulu selalu gi umrah ..tetapi bila tuhan beri semakin banyak kemewahan melalui harta seperti hasil sawit, getah, jual tanah dan ..kenaikan pangkat ..

mata kita tiba-tiba nampak benda-benda berikut;

(i) pakej 12 Hari 10 Mlam di Eropah, Amerika Syarikat

sini .. selalunya ..kita akan sembahyang jamak dan qasar ..dalam perjalanan ..

dalam perjalanan ..kita ternampak / terbau ..idea bisnes .. itu dan ini

kesan?

*  quraan tak baca .. lama lama dah
** tangan , jari , jemari .. suka nak kelebek FB..check anak anak cucu sana sini.. kenal orang itu dan orang ini..  Ternampak janda Kiah ..dulu girl friend kita tahun 1960 High School sana dan sini .. jom try geletek..geletek adik janda kita ini ..wal hasil ..tuan haji makin gatal menjadi jadi .. syukurlah .. nikmat janji ditepati?  org kaya diberi lagi aset untuk kaya dan semakin kaya ..  
*** zikirullah .. dulu 10,000 Subhanallah sehari .. sekarang dengan adanya komputer internet, Samsung Galaxy ..  zikrullah/ astaghfirullah / salawat nabi  semakin hari semakin berkurangan. Dari sikit dah jadi nehe (Hindustani)..

* dulu lazat jer sembahyang tahajud malam, isra', dhuha, awabin .. dan buat doa doa 1 atau 2 jam panjangnya.. .. air  mata senang jer tumpah meleleh kat pipi .. takut kat tuhan ..azab neraka..  malaikat pun segan .. bila bawa ke pengetahuan tuhan tetapi bila ada internet ..  FB .. Samsung Galaxy ..Apple , IPAD etc etc ..youtube ..   sembahyang sunat pun semakin jarang dilaksanakan ...  tak ada dah kelazatan ..dalam beribadat kpd tuhan .. yg ada .. rasa .. gelisah tak leh tengok itu dan ini .. Apa kurangnya mak haji kita tu?  he..he..  lain ke raso  biskut tawar mak haji kita tu .bang haji?

(ii)  kereta Toyota bertukar BMW 5 series.

Semasa bertoyota ..senang datang mendengar ceramah ustaz itu dan ini. Lega hati jika dapat dakap ustaz yang memberi ceramah yg menusuk hati / semua bau minyak atar ustaz berpindah kat baju melayu abanghaji/  insaf / dan boleh buat modal ..beri tahu kat orang rumah dan anak anak pompuan kita yang semakin membesar dan dewasa// tunggu masa nak bagi kat orang sebagai bini/ menantu orang.

Tetapi sejak ada BMW .. nampak tuan haji ..laju jer ..nak turun dari masjid.  Takut orang calarkan badan kereta BMW dia lah..  takut orang bawak lari tayar, sport rim kereta dia lah ..takut takut itu dan ini.  Maklumlah dia seorang sahaja yg ada BMW dalam kampung ini (perli).

Jenis kawan pun dah bertukar la ni.  Dulu pakai kain pelikat chap gajoh duduk .. sekarang dah bertukar pakai seluar bodoh Mat Golf dan bertopi .. separa tutup.  Berkilat dok ketuk buah golf dari jam 10 hingga jam 0600 ptg.  Dulu subhanallah ..  sekarang nate ni .. tok masuk lubang 8 under par.  Abang Haji semakin jauh dari pandangan kasih sayang tuhan yg memberi pinjaman harta dan nikmat kesihatan.


Rumusan:

Kita semakin tua. Dulu muda 20 'an; 30'an ..sekarang ..bila hari bertukar hari, minggu bertukar minggu, bulan bertukar bbulan, tahun silih berganti .. isteri pun 1 orang mati dah jadi 2, 3 orang .. ramainya .. tiba-tiba ..umur kita semakin banyak ..50, 60 , 70, 80, 90 tahun .. abanghaji/

tak takut kau?

MATI.  A four letter word much more famous than the graffiti printed on the walls at Chelsea and Old Trafford Football grounds.

Yes ..MATI.  something that comprises of 4 completely different alphabets..  benda yang pasti datang .. tak bangak .. karang..

Oleh sebab itu ..Nabi kita Muhammad s.a.w. tak mahu umat Islamnya kaya .. melampau lampau macam hari ini.  Banyak kerosakan ynag berlaku  di sana sini.

Syukurlah dengan apa yang ada . baki umur kita ..ingat banyak banyak kat tuhan Ya Roballa alameen.  Baki umur adalahsaham terbaikkita.  Buatlah persiapan cepat-cepat bang haji kita seorang itu.

Insaflah.. harta, anak bini , kebun sawit , Felda Sawit Shares, ..tak dapat menolong kita bila nyawa kita direntap ganas oleh malaikal maut dlm BMW 5 series kita/  Air Asia / atas perut orang Vietnam .. mano-mano..  astagh firullah..  kita akan dibangkitkan dalam keadaan bagaimana kita mati.  

Sekian.  Wallahu aklam.

Rujukan:

Ceramah Isra MIkraj Ustaz Yusoff Dakwah Tabligh Kpg Cherang, KOta Bharu, Kelantan.  12 April 2012. maghrib - isya.

 

Bina budaya berBahasa Malaysia yang bagus

Posted by sazali

Salam

Ada orang mintak saya menulis .. bagaimana memupuk budaya lisan BM yang baik.

Ini adalah 2 cadangan saya.  Tidak perlu diikuti ..tetapi renunglah .. apa yang tersurat dan yang tersirat dalam ayat ayat berikut:

(i)  jika kita guru bahasa ..  kita gunakan ayat ayat yang betul sepanjang masa.

Contoh ayat.

A) Ke mana awak pergi  semasa saya melangkah ke dalam kelas T5Sains Satu jam 930 pagi tadi?  - (bagus)

Mu gi mano tadi?  (  tak bagus ..ayat ini)

B)  Cuba kita lihat apa yang ditulis oleh pengarang buku ini di muka surat pertamanya? -(BAGUS)

Jom ..tengok muka surat 1 ..buku ini ..  awak nampak tak bahagian Kandungan Buku?   ( Tidak bagus)

---------------

Dewasa ini ..  ramai ahli masyarakat seronok menonton .. Pertunjukan Realiti - seperti Akademi Fantasia (1) . (5) contohnya

Kita didedahkan bahasa rojak yang terlampau banyak.  Bila kita asyik ketawa dengan lawak .. pengacara .. AF ..tanpa disedari .. budaya bahasa Malaysia ..kita mula dinodai.  Mereka menggunakan bahasa pasar kadang-kadangnya . ini menyukakan budak budak muda .umur 13 - 20 tahun.  Bila trend ini ..tidak disekat .. maka kita akan lihat banyak tulisan dalam sms ..mempunyai kesan pengaruh dari Reality Show tadi.

Contoh ?  where class? mana cikgu?

Cikgu tolong boleh?  Mesti cikgu leh tolong kami?  Jom lah ,..  lantaklah .. entahlah cikgu ..


Memang .. bercakap secara betul ini ..  nampak SKEMA .. tetapi .. pihak sekolah dan universiti dan juga jabatan jabatan kerajaan/ swasta .. organisasi kerajaan/swasta .. institusi istana .. dan banyak lagi ..

kita kena pertahankan .. budaya bercakap , bertutur secara .. profesional dan betul. Ini akan melahirkan generasi baru yang akan membawa keindahan BM ke seluruh pelusuk dunia.  Insyallah.

Sekian.  p/S : cuba kita tengok orang putih.  Kalau orang istana .. ada standard englishnya;  kalau orang universiti ..ada cara mereka bertutur,  Yes Mr Khalid ..  is there anything else I can do for you?

kalau mereka guru di High School ..  mereka ada stail bercakap dengan pelajar-pelajarnya

Yes ..Pauline .. I'm afraid I cannot give you this room.  It is fully bookedfor the rest of the week.
No ..  I'm so sorry ..  I can't afford to give you this key.

SEkarang di tanah air Malaysia .. kita perhatikan .. kadang2 .. cara bertutur pihak guru dan murid .. tidak ada stail akademik mana pun .. bahkan .. standard percakapan ..antara murid dan guru .. sama sahaja dgn standard kakak kakak yg menjual kerupuk gotel di Kantin Sekolah sahaja.  Itulah sebab .. generasi kita tak tahu .. gaya bahasa mana nak gunakan ..bila keadaan memaksa.