Hasil bacaan dari Dewan Masyarakat Ogos 2012

Posted by sazali

Salam

Pagi tadi alhamdulilah saya berkesempatan untuk membaca majalah Dewan Masyarakat terbitan bulan Ogos 2012 - banyak tulisan membincangkan hal-hal berkaitan dengan  Pelan Transformasi  Pendidikan Negara dari 2013 - 2025.  Seronok juga membaca artikel di dalam majalah ini sambil isteri saya sibuk di dapur menyediakan sarapan dan ..  /  Objektif ialah negara mahu tiru kebolehan rakyat Jepun, Korea Selatan dan Singapura.  Mereka berteknologi tinggi.  Oleh yang demikian kerajaan mahu membawa pelajar-pelajar kita mempunyai kebolehan yang setanding dengan orang-orang tersebut dari negara ' Matahari Naik' ini.

2)  Salah satu perkara yang terkandung di dalam pelan Transformasi Pendidikan Negara ialah berkenaan dengan mutu guru yang ada dalam sistem pendidikan negara ini.  Jika tak silap sayalah ..  murid bermutu tinggi selalunya datang dari guru bermutu tinggi juga.  Menggunakan ilmu logik matematik yang sama .. pelajar  kita tidak dapat menandingi Singapura , Taiwan, Korea Selatan selama ini  kerana  guru guru yang ada dalam sistem perguruan adalah tidak bermutu tinggi.  Untuk maksud ini , kerajaan sanggup memperuntukkan RM30 bilion ( DM, 2012 Ogos) untuk maksud menjayakan Pelan Transformasi Pendidikan Negara untuk menaikkan imej dan prestasi mutu guru, pelajar dan hasil kerja warga sekolah ini semua.  Ini adalah satu dana peruntukkan yang sangat besar.

3)  Maaf .. saya bermula dengan  perkataan 'maaf' dari hujung rambut hingga hujung kaki bila saya menulis -  Guru tidak bermutu kerana dua sebab.  Pertama profesion guru sudah hilang kehebatannya dari perspektif  dan pandangan ibu bapa, industri dan masyarakat keseluruhannya. Ada sesetengah guru tidak memberi 100% masa mereka di sekolah untuk memikirkan proses PnP di dalam bilik darjah, sikap murid murid di bawahnya .. dan kita tidak perlu pergi jauh ..  di sekolah ada guru yang sedang berusaha gigih dalam dunia yang tidak ada kaitan dengan usaha warga guru bila mereka melibatkan diri dalam penjualan insuran, terlibat dalam  MLM multi level marketing , bertindak sebagai agen jual rumah dan tanah dan ada guru guru terlibat dalam dunia tuisyen yang membawa pulangan wang yang jauh lebih banyak dari 'gaji hakiki' guru tersebut.  Ada guru tidak segan silu dengan pelajar-pelajarnya bila membawa berkotak-kotak karipap segera, coklat manisan, dan juga kain kain batik menuju ke bilik guru. Kotak-kotak ini dikeluarkan dari but kereta mewah Honda Accord, Fiat dan Volvo.   Dengan senario yang begini, tidak mustahilah hasil kerja pelajar kita tidak akan dapat menandingi pelajar Korea Selatan dan Singapura bermula pada hari semalam hinggalah matahari terbit di sebelah barat.

Kedua ialah ,  mutu ilmu yang didokong oleh guru guru tersebut.  Melalui pengalaman saya bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di bawah Dr Wan Zahid Mohd Noordin (mantan Pengarah JPNK) ..1985 / 88,  saya dapati ramai guru datang menghadhiri kursus - kursus di Pusat Sumbar Pendidikan Negeri dengan ..  wajah yang tidak ceria/ seronok walaupun pendaftaran dibuat di waktu pagi .  Mereka datang kursus kerana terpaksa. Ada juga  yang datang berkursus komputer sebagai guru ganti kelab komputer kerana guru  asal yang mana JPNK wajibkan hadhir  ..mempunyai 1001 alasan ..mengapa dia tidak dapat hadhir ke PSPN berkursus komputer.  Guru ganti ini kadang-kadang tak pernah pun pegang komputer dan melalui perbualan mereka mengaku 'buta komputer'.

Sekarang pada bulan Disember 2012, dengan adanya teknologi hand set, broadband MAXIS ..  tumpuan guru guru untuk berkursus pada peringkat yang lebih tinggi .. semakin hilang punca arahnya.  Ini adalah kerana sikap guru yang merasakan bahawa 'jawatan guru' ini tidak akan menghasilkan kekayaan seperti orang lain di luar sana.

4)  Saya rasa langkah pertama yang paling drastik .. untuk membawa kejayaan Pelan Transformasikan Pendidikan Negara atau dalam kata lain  mutu pelajar kita biar setanding dengan pelajar di Jepun ialah ..  kerajaan mesti berani melucutkan/ buang guru guru yang sudah tidak berminat lagi untuk bekerja sebagai guru.

Tetapi saya percaya dan penuh yakin pihak kerajaan tidak berani melakukan syor saya ini  kerana pihak kerajaan memerlukan sokongan padu guru guru ini untuk memangkah kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah.    Untuk pengetahuan penjawat awam bergelar guru adalah kelompok paling ramai dalam piramid populasi warga kerja di Malaysia.   Jadi pelan kerajaan mentransformasikan pendidikan negara merupakan satu lagi mimpi yang bernilai RM30 bilion harganya.

5)  Jika saya ada umur yang panjang iaitu 50 tahun  dari sekarang, saya yakin lagu ini akan dimainkan lagi.   Lagu apa?  Prestasi pelajar Malaysia tidak dapat menandingi prestasi pelajar Jepun, Korea SElatan dan Taiwan sana.  Betullah kata Tun Mahathir 'melayu cepat lupa'.  Ramai anak anak melayu  diambil kerja sebagai guru kerana faktor pertama ialah mereka itu berbangsa melayu dan faktor lain seperti mutu ilmu, dan sikap .. adalah merupakan faktor sekunder sedangkan di negara Jepun ..  faktor sikap mahu jadi guru 100% komitmen  adalah faktor utama yang dimiliki oleh graduan jepun dan Korea Selatan.  Oleh sebab itu Jepun boleh mengeluarkan jurutera juruteranya yang dapat mengeluarkan produk kipas angin, air cond, komputer untuk faedah populasi dunia amnya.  Di rumah orang jepun , mereka tetap menggunakan produk hasil tangan mereka sendiri.   Di Malaysia, kita juga mempunyai barisan jurutera Proton kita sendiri tetapi sayang seribu kali sayang . tak ramai orang kita menyokong hasil kerja jurutera jurutera  yang mana dahulunya adalah murid murid guru guru ini sendiri.  Oleh itu siapakah yang patut kita salahkan?  Duit kerajaan menaja pelajar untuk mengikuti program Ph.D ...  di luar negara terlalu banyak  sedangkan ..  hasil dapatan mereka melalui penulisan tesis ialah ..  SIKAP , SIKAP , SIKAP melayu kita sendiri merupakan penghalang utama agenda Pelan raksasa XYZ. Apa apa lah XYZ di sini could be that Pelan Transformasi Pendidikan Negara 2013 - 2025. XYZ adalah pembolehubah sahaja.    Kita susah untuk  berubah!

Sekian.  Maaf sekali lagi dari saya yang merupakan seorang guru yang akan bersara.

Wallahu aklam.  

Tahu bercakap tak semestinya pandai

Posted by sazali

Salam

Dalam sesi dialog kita akan bersemuka dengan berbagai-bagai ragam manusia.  Ada yang nampak terlalu ekslusif dengan idea yang 'varied' dan ada yang diam membisu seribu bahasa.

Tetapi jangan takut -  dari pengalaman saya memberi bimbingan mengajar guru guru matematik , pensyarah pensyarah muda matematik di politeknik KPTM ,  saya rumuskan di sini 2 perkara:

(i)  jika kita ada ilmu dan pengalaman melalui proses sebagai guru, pensyarah politeknik dan MTUN , pemeriksa kertas SPM, STPM, Kolej Matrikulasi KPTM - insyallah kita akan  berjaya membimbing mereka ini

(ii)  kita jangan terpengaruh dengan orang yang bercakap terlalu banyak.  Walaupun dia nampaknya ada lebih ilmu dari anda, jangan bimbang .  Majlis ini adalah hak anda.  Cuba tengok .. sepanduk besar dalam dewan ini.  Nama anda terpampang jelas bukan?  So jangan panik.  Buat relax jer. Cuba potong sekali sekala percakapan dia itu.  Boleh tak?  Jika boleh syabas .. kalau tak boleh, anda diminta menyanyi lagu tamil, urdu, hindustani, .., sudah tentu ramai orang akan ketawa kpd anda ..tetapi ..selepas ketawa , orang akan kembali tenang dan sedar bahawa  kita sudah pun berjaya selamat dari orang lain yg cuba bercakap terlampau banyak itu.

Tahniah.

Itu sahajalah petua dari saya.

Nnayi ?  apa susahnya?  Cubalah menyanyi sambil memandu itu. Sedaptak sedap lagu itu ..apa orang lain peduli.  Just nyanyi jer.

Wallahu aklam

Learners and teachers : its differences

Posted by sazali

Salam

We have two words here called learners and teachers.  Both exist because of each other.  A teacher is in schools because there are students s/he can teach while a student comes to school because there is a teacher to help him learning.  The next question is what to learn/ teach?

The answer depends on 2 things.

(1)  I was sent to Rengit Primary School by my parents ..  and it never come across my mind that there is a subject called Mathematics.  If I have known that maths is such a beautiful subject on logic, I would have gone myself to the school age 5. So here .. I was forced to school.

2)  The policy of the government is to give free education to all citizens from age 7 to 15 in this country.  Therefore , I was sent to school because my parents do not have to pay anything to hire teachers to teach me 20 different subjects called maths, english, sciences, electrical wirings ,  physical education, religious study, history, geography, arts and craft, biology,  chemistry, physics, Additional Mathematics, english literature, malay literature, cooking,  painting, making friends, talking, socializing, arguing, defending your ideas in debates, and many more.

-----------

Today I would like to introduce you 2 things called deep learning and surface learning.

(1)  surface learning -  you learn the name of capitals of  many countries such as Paris is the capital of France and London , the capital of England. This knowledge is called surface learning because you are not required to solve any problem regarding London the capital city of England or not. If Paris is the capital city of England,  so what?  You are not required to think anything more than just , mere knowing that the late Diana married a handsome Prince in London.  After their marriage, you did not care much what they did after that.  It was not your business.    Surface learning does not require critical thinking, reasoning, problem solving, analysis, synthesis and many more as put in  Bloom Taxonomy (1956).

(2)  deep learning -  you must organize certain elementary concepts thus enabling you to compare, relate things to existing information,  translate new information into certain engraved concepts and relate it to their life experience.  Existing thinking philosophies change some how during this process and the learned material is assimilated within the students' perceptions web ( B. Offir et al, 2008).  Example:  an ustaz who got islamic masters from UIA (Malaysia) and furthering his education at PhD level in Edinburgh. The teachers there are orthodox  jews and christians.  During his learning for Ph.D some of his ideas are sold , compromise , defending, agreeing , seeking deeper, researching, summarizing his so called faith with the new bought ideas from his teachers ..thus gaining his contemporary Dr title from the western 'GURU'.  As such that ustaz know  things on islam from many perspective i.e., so much knowledge but no amal what so ever or little knowledge and little amal as well.

------------------

So as a teacher where are we going to stand?

Are we going to teach from a surface / deep learning point of view?  The choice is ours.

I think that's all for today.  See you again .. as learners .. you absorb what come may from your teachers right?

Wallahu aklam.