Hasad dengki - jealousy

Posted by sazali

Salam

Today jom kita revisit topik tazkirah called 'hasad dengki' ini.

Bismillah hi rahma nir rohim

Hasad dengki adalah sejenis penyakit hati manusia/ binatang.

Dengki ini terbahagi kepada DUA  jenis:

Tak leh tengok orang lebih; tak leh tengokjiran lebih dari kita.  Maka berdengkilah kita.

Budak kecil berdengki sesama  adik beradik mereka dan dalam kalangan orang pandai  pun ada juga sifat dengki berdengki. Dalam masyarakt polis pun ada juga sifat sebegini laghu. Why?  Kita semua adalah manusia. Tahu tak ..  Allah menciptakan neraka untuk tujuan :- melontar/ menghumbangkan orang yg suka berdengki sejak dulu sampailah sekarang ke dalam neraka jahanam di mana tahap kepanasan api dalam neraka ialah 70 kali ganda dari tahap kepanasan api di atas muka bumi ini.  Bahan neraka ialah manusia dan batu bata.  See?

Cerita dengki berdengki terTOP sekali digambarkan dalam ayat Al Quran sejak beribu-ribu tahun yg lalu.
Anak nabi Adam(a.s)  itu sendiri bernama Habil dan Kabil.  Bila Nabi Adam padankan anak anak mereka dgn pasangan adik adik perempuan mereka sendiri salah satu dari anak lelaki Nabi Adam ini mula berdengki.  Klimaks dengkinya  ialah terjadinya pembunuhan pertama manusia di  atas muka bumi Allah ini sendiri.  Qabil membunuh Habil kerana isteri habil tersangatlah jelita dari isteri Qabil ini sendiri.  Why?  Hasad dengki. Jika dikupas, pembunuhan berlaku kerana wanita.  So wanita adalah fitnah besar kepada  manusia lelaki/ jantan.  Allah hu Akbar!  Oleh itu berwaspadalah mereka yang mempunyai  ramai anak anak perempuan yg cantik jelita.

2)  Bagaimana nak mengubat hasad dengki?

Bacalah ayat ayat Al Quran ini.  Mahfum makna “..Ayat ayat ini adalah  penyembuh kpd sakit hati”.  Surah Al-Isra’ Ayat 80.  Maknanya:  dalam al-quraan terdapat banyak ayat untuk mengubat hati jahat manusia.

Jom kita 
Mulakan dari rumah kita dahulu, jom didik anak anak kita sejak  mereka kecil lagi supaya jangan berdengki sama sama adik beradik.  Kita kena berlebih kurang.  Bila mak ayah membeli baju baru untuk menyambut hari raya , Hari Raya Cina, Deepavali , Krismas, Hari Kemerdekaan .. biarlah  mak ayah beli untuk abang dan kakak-kaka kita  pakaian yg mahal mahal sedikit, kualiti kain yg leh baik sedikit dari kita  kerana abang dan kakak akan belajar di IPTA/IPTS selepas musim perayaan ini.   Lagipun, selepas tamat pengajian mereka di UTHM , mereka akan menolong mak ayah kau ..untuk membeli baju baju adik adik yg lain pula.  Bukankah begitu anak anak ku sayang?  Train mereka like this. Atau next time .. round .. you bought better clothes for the adik adik yg kecil pula.  So all in all, the middle kids tak merasa apa apalah.  (laugh).

3)  Kes kes hasad dengki

Di alam university, hasad dengki tak kurang juga berlaku. Ikutilah kesah kesah berikut:
Bila mendengar si anu bin anu berjaya memperolehi PhD dari Harvard , USA.. ucapkanlahTahniah Mat.  Tahniah Fatimah!  You make us feel so proud of you.  UTHM welcome you home.  Great Mat. Brilliant Fatimah!  He..he..  ( can you say that sincerely while you peluk peluk mereka macam adik beradikmu sendiri?)  jgn dok haraplahhhhhhhhhhhhhhh.

Ada orang yang tak Berjaya mendapat PhD selepas 7 tahun di luar Negara.. akan timbul hasad dengki bila mendengar Kassim , jiran opis sebelah biliknya, berjaya mendapat skrol PhD nya dari UTHM.  Mulalah..  aghhh ..PhD nya dari university kampungnya sendiri.  Lagipun Kassim itu , anak ketua kampong.  Sudah tentulah .. university ini wajib  menganugerahkan PhD kepadanya. Aghh politik dalaman lah ini.  Lagipun PhD Malaysia mudah sedikit.  Percaya tak?

Rumusan cerita:
Dia kata:
3.1  PhD Malaysia lebih mudah dari PhD di London dahulu lagi pun di London terlalu ramai Profesor berketurunan yahudi , kristian dan anti melayu Malaysia.  Payahlah sedikit mereka nok we kat aku PhD kerana nama aku ada Muhammad.
3.2   skop research PhD dio terlalu sempit sedangkan aku dulu di London, itu selalu berubah seperti cuaca di London jer.  Sekejap panas bak Summer dan sekejap lagi tiba-tiba sejuk macam Winter.

3.3  Alangkah bagusnya ..jika dia gi jupo Kassim dan ucapkanlah Tahniah Dr Kassim.  MUga-muga Allah memberikan keberkatan dalam sukses PhD mu ini.  Ameen.

4.0          Orang orang tino jealous menjealous

Kenapa yer?

4.1  tahap kejelitaan anak anak perempuan jiran tetangga
4.2  tahap kepandaian anak anak jiran dari MRSM, KYUEM, University London dan lain lain seterusnya bilangan biasiswa yg Berjaya diperolehi anak anak jiran kita di sebelah rumah jer
4.3  tahap / status majlis perkahwinan anak anak jiran di hotel 5 bintang di Kuala Lumpur
4.4  tahap / standard perabut di rumah jiran
4.5  tahap kehandsoman suami jirannya Tijah bernama Faiz (ala Bangla + Pakistan + Kahsmiri)
4.6  tahap kereta Merx E class dan M class orang sebelah sedangkan kita Proton Prevy jer.  Aduh sakitnya hati …
4.7  tahap ekonomi kedua dua pasangan jirannya yg bekerja di university sedangkan dia hanya mempunyai kedai jahit dan mesin Singer yang sudah usang.  Sakitnya betis aku tekan pedal mesin jahit SINGER ini.
4.8 macam macam lagilah.  Letih wehhhhh lok.

5.0 Orang politik pun jealous jugak jika

5.1  namanya tidak terpilih untuk menjadi calon Barisan Nasional di Batu Pahat atau .. mana mana lah yg sure menang punya calon BN.  If namanya tidak dicalonkan, adalah unsur unsur sabotaj.  Mengapa sabotaj? hasad dengkilah.  tanya pulak?

5.2  ada orang orang itu kan.. kan...  jealous bila PKR/ PAS/ DAP dapat menawan negeri negeri seperti Selangor, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang.  Kalau difikir-fikirkan mengapa jadi tsunami politik 2008 di tanah air kita ini ..  jawapannya tak jauh dari perasaan hasad dengki manusia itu sendiri. Tun Dr Mahathir tuduh bahawa ada ramai orang BN yg sabotaj parti mereka sendiri.  Bukannya kerana kekuatan DSAI, Tok Guru Nik Aziz atau Lim Guan Eng pun.

5.3 bila orang jealous ..mulalah dari pukul 600 pg sampai 1200 tengah malam ... TV3/ TV2/TV1 buat berbagai bagai cerita ..  orang orang Selangor kehausan air, susah nak basuh kain dan buat kenduri kendara kerana kerajaan Selangor .. tak pandai urus bekalan air 24/7 untuk rakyat Selangor itu sendiri.  Sebelum itu, akhbar akhbar harian menceritakan kesengsaraan pelajar UNISEL hidup sebagai pelajar-pelajar di IPTS ini.  Begitulah gara-gara orang orang berdengki ini.  Apa boleh buat?  Mintak mintaklah .. keputusan PRU13 ini dapat mengubat semua hati orang orang yg berpenyakit hati ini. Hairan jugak lah ..kenapa mufti mufti besar tidak bersuara sedikit pun ..berkenaan dgn trend busuk hati ini.  Yang saya tahu ..  pada satu hari itu di Temerloh, ada pak imam besar masjid ..  ajak umat islam untuk bersatu padu.  Diberinya 1001 hadith hadith pasal nikmat bersatu padu ini.  Well ..what to say ..he was paid to read those hadith.  Sepatunya dia baca jer ..  akibat busuk hati ini.  Ha..ha..

Penakut kot?  

Sekian sahajalah ..  tazkirah saya ini.  Yang baik kita ambik sebagai teladan / dan yg buruk (jika ada)  semua itu adalah kelemahan saya sendiri maklumlah .. arwah ayah saya bukan mufti besar besar pun .. hanya sekadar polis konstabel pada satu zaman dahulu kala.  What do you expect?   

Buatlah satu renungan wahai manusia semua termasuk penulis blog ini sendiri.
Percaya tidak ayat saya ini:  Kita tidur lebih lena dan umur kita lebih panjang jika kita buang jauh jauh sifat dengki - berdengki  ini.  A u zu bilah min zalik.
Al Fatihah.
Wallahu aklam.


Is there perfect writing?

Posted by sazali

Salam

Dalam proses pengajian PhD dan penyempurnaan penulisan tesis , banyak liku liku yang kita akan tempuhi.  kali ini kita akan bincangkan topik di atas secara ;santai' kot?

(i)  Soalan is 'is there any thing called perfect writing?'

perfect writing is free from grammatical mistakes and/or figures called statistics, maths and many more.  It depends on your discipline.

From my experience, you must have the guts to transfer your ideas onto the paper(s).

Try and write according to a topic/ sub topic.  It will easier to manage.

try using outline in Words.  How?

go to View --->     Outline  -->  (please explore yourself)  the buttons called +, -, arrow keys up and down.  you can edit and bring chunk after chunk of your ideas ..until u r satisfied up to today.  Esok sambung lagi?

(ii)  the answer is 'NO' because i am not a native speaker in english.  My dad's surname  is not McDonald or Kenturky.  People called him 'pokngoh kholid'.  Sounds so melayu kelate right?  yes he was a kelantanese and so am I.

but that did not stop me to write, rewrite, re re re write my ideas until I managed to submit papers to local conferences, international conferences, masters thesis in Birmingham and PhD thesis in UTHM and finally a book published by this university.  Alhamdulilah!  (syukur dgn nikmat tuhan).

Of course those thesis are not that popular ..as compared to many rape cases as put by the daily Metro (Malaysia)  or Antantuya stories how her body was blown into pieces by the 2 malaysian policemen who must have got direct orders from somebody else to destroy 'the proof '.  Malunya kita!  kor mu raso ghuanor adik ku ?
or many other stories where few indians in Klang burnt 4 malay professionals into ashes. Memang org melayu tak ada ;batu'  .. takut kat orang india .. kato org org kelate satu masa lalu.  Dibawah BN selama 55 tahun , org melayu kito semakin kecut and penakut.  Kecut macam-macam. All these stories were converted into money .. and some people used that money to buy food, bring up their families, bought  houses, cars etc etc.  Some of  them forgot one thing ..  all what they wrote will be questionable in the court of Allah one day.  If you cayo ada nyor  Allah, ada nyor hari akhirat, syurga dan nerakor  ..  then take heed to the last sentence before this line please else ..  I do not want to say anything.  At least I have told you my dear respected readers in islam.

(iii)  The trick is ..just write. If you have any idea ..  express it onto a piece of paper ..  then after careful editing ..just ask your close friends to read.  If they commented on your writings.. don't worry.  Relax.  Listen to their comments. Try and learn to smile back at them. Show your nice face when all kinds of comment are thrown onto your face.  Don't worry.  As long as they use bombs from that police store room .. you will be alright punya.  (ha..ha..ha..)

If you can do that staying relax and listen to criticism  regarding your writings ..  you are going to be a great scholar one day.  Insya allah.

Else if you can't take the criticsm ..  I  am afraid .. you better be somebody else like

penjual ice cream , carpets, sell cows, goats, proton cars etc etc.

Life is so simple by selling things.  You acted as the third man.  There is a producer and there is a buyer.  Where are you?  Correct! you are in the middle.  If you can sell , you get komisyen (pitih) and if you can't sell today the carpet ..   don't worry my love .. you can sell it tomorrow -   elsewhere.

So simple!
(iv)  so when to stop writing?

The answer is ... ask your PhD supervisor.  Once he agreed .. that your writing is jolly good then ..  celebrate ..  you are on the road for VIVA and insyallah ..  gelaran DR will come to you. God Willing.

I think that is all for today.  Please write PhD.  Perjalanan hingga DAPAT.  Ha..ha..

Dapat gapo ?  ( bini kot?)  Dr lah.  Prof Madya lah.  Professor penuhlah insyallah.  Your name will grow longer and longer until suddenly you drop dead in your office while seriously writing for high impact factor journals.  Good Luck.

Sekian.

Wallahu aklam.

 


Buku wasiat oleh Ibn Al Arabbi 1169 - 1240 Masehi

Posted by sazali

Salam

Semalam saya  ke kedai fotostat kepunyaan seorang toke berketurunan cina.  Ingat nak fotostat beberapa jenis graf untuk maksud PnP Statistik  mulai 18 febuari 2013 ini.  Tetapi di dalam kedai sudah ramai pelangan-pelangan mendapatkan servis dari toke cina ini.  Melihat keadaan sedemikian saya tak jadi berurusan dgnnya tetapi ..dlm masa bergegas -gegas mencari lorong keluar dari kedai tersebut ,  tiba-tiba mata saya ternampak sebuah buku bertajuk Wasiat wasiat Ibn Al Arrabbi 1169 - 1240 Masehi.  Sekarang Masehi yg ke 1434.  Masya allah!

Bagus buku ini.  Fikir hati ku.  Mengapa tak beli satu set buku ini untuk dibaca sebelum tidur.  Itu fikir hatiku.

2)  Tanpa berfikir panjang ..  aku mengambil kitab itu dan terus berjumpa dgn atuk kpd toke cina di kedai ini.  "toke ..tolong fotostat kitab agama ini ..satu set .. nanti saya ambil jam 130 tengah hari".  Baik ..  Doktor.

3)  After zohor ..  aku bergegas ke kedai cina itu.  Janji mesti ditepati.  Sekarang jika PM Malaysia boleh kata "janji boleh ditepati ..  aku pun mampu juga berkata demikian .. tetapi beza aku dgn PM ialah .. janji janji tetap janji ..  tetapi bila musim pilihan raya  umum menghampiri ..  dgn pantas ..  janji janji BN kpd rakyat ..semakin pantaslah .. niatnya?  tanya depa lah kerana dlm kitab kitab agama .. kita mesti buat sesuatu dgn ikhlas lillah hi taala ..tetapi bagi aku .. janji dgn toke cina mesti aku lunaskan ..seberapa segera kerana kerja aku berkaitan dgn kitab agama islam yg suci murni. itu jerlahhh"

4) Sampai di kedaii .. kitab aku sudah tersedia untuk diambil.  Harga RM20/=  aghh tak mahal ..  dibandingkan bonus ..yg aku terima beberapa minggu yg lalu.  Syukurlah!

5)  Malam tadi sebelum tidur sempat aku baca .. satu muka surat ..kitab itu sambil isteri berada di sebelah.  Jom saya baca this kitab ,you pasang telinga jer.  Can you do that honey?    Bertajuk -  Wasiat bila mempunyai tetamu yg datang ke rumah'.  Bunyinya senang sahaja .."  bila ada tetamu , layanlah dgn baik dan berikan hak tetamu mu itu".

Apakah hak tetamu ..selama 3 hari/ 3 mlm ..wahai mak dia?

Dia pun menjawap satu persatu. 
Aku balas ..bijak you ini.

He..he..

Jika waktu nak tidur ..elakkan dari berbincang panjang dan lebar @ bertengkar mengenai fakta ..  sesama kita.  Kalau menang pun apa gunanya kerana tukang masak untuk tetamu ku ..selama ini pun ..bukannya aku.

he.,..he..

Did you see my point?

Yes ..bijak you.

Jom kita tidur dgn elok elok wahai anak anakku.
Yang penting ...  kitab wasiat sudah mula dibaca.  Nanti pada malam malam yg akan datang ..kita sepasang suami isteri akan terus membaca untuk panduan hidup dan amalan kita bersama.

Ooops ..sebelum pergi ..  kita umat Nabi Muhammad s.aw. diminta menulis wasiat sebelum tidur terutama pasal hutang piutang dengan orang melayu, cina , india dan makhluk Allah.  Jika kita mati, dan hutang kita tak ada seorang pun yg tahu ..  rugi besarlah kita.  Aduhai.. nasib mu ini.  Semua amalan mu tergantung tak sampai sampai ..bahkan Nabi Muhamaad sa.w. pada satu masa dahulu pun tak mahu sembahyangkan jenazah sahabatnya yg Nabi sangat maklum ..  bahawa si mati masih berhutang.  See?


Sekian.
Wallahu aklam.