Penyakit malas

Posted by sazali

Salam

Di dunia ni terdapat banyak penyakit.
Barah payu dara ialah penyakit kritikal.
Zika pun begitu juga.
T.B  penyakit turun temurun.  Bahaya ni.  Elok g  check dgn doktor pakar.  X ray dan tengok filem tu.  Clear atau tidak?
Siplis penyakit kelamin.  Menanah, berdarah, kencing payah.
Doktor paling pakar sedunia berkata
'Dont worry boy.  God willing it will drop by itself'.

Get me?

2)  penyakit di atas cukup mengerikan.
Ramai yg mati.
Kalau tak mati sekarang
Jika tak jaga pantang larang
One day sure mati.  Al fatihah.

3)  dlm diam
Masyarakat islam tak sedar
Ada lg  satu penyakit yg bahaya.

Namanya mengerunkan
Penyakit malas.

Ini punya penyakit payah untuk diubati.
Kenapa?

Pengidapnya terdiri dari Presiden, profesor,
PM  jgn cakaplah

Pegawai kerajaan ..dasyat.

Kalau jumpa pawang indon, tabib hindu atau Buddha
Pun tak ada gerenti boleh sembuh 100%.

4)  dlm rumah ..ada penyakit ini.
Tak leh kawal punya.

Kasi supplement apa apa pun ..
Tak baik penyakit malas ini.

Jom kita halusi lagi apa ke benda alah ini?

Asyik tidur jer ayah.
Matahari dah tinggi ayah.

Tak kerja ke?

Ayah:  jgn kacau,  aku nak tidur ni.
Isteri:  haik banyaknya tidur ..ayah

Dah 2  minggu dah ayah asyik tidur jer..kenapa org tua ni?

( Tak semena mena datang surat pos laju
Anda diberhentikan!  )

Isteri:  itulah ganjaran bila malas.
Nak makan apa ni.  2 minggu lg ..sekolah bukak.
Apa nak jadi ni?

Ayah:  (zzzzzzz)

Itulah engkau.
Kenapa khawin dgn suami pemalas?
Kutbah nikah ..tak sentuh ke?  Kurikulum, isi kandungan kutbah ada ke .. elemen rajin berusaha dan malas kerja
Penyakit malas ni?

5)  satu episode lg
Berlaku di kawasan Petaling Jaya  UITM  seksyen punyalah banyak, kalah London City

Dasyatlah ..lalang, rumput, pohon pohon dedaUn
Banyak menutup papan tanda

Banyak jalan berlubang
Ada yg tohor
DAn ada yg  lubangnya dalam.

Kalau waktu mlm
Jika hujan lebat
Pemandu motosikal, tayar moto
Terpijak lubang dalam

Dia jatuh
Lantas patah tengkuk dlm hujan lebat
Terus dia jalan.(mati).
kasihannnn..umat nabi mati gitu jah. Patah tengkok ..

Mengapa?
Orang bandaran.
Bila mau tebas lalang lalang ni?
Rumput cukuplah panjang

Dedaun dedaun ..sudah menutup papan tanda
Ke kiri ke mana?
Ke kanan pun ..ke mana?  Bala  besar untuk pemandu luar macam aku  ni
Tiba tiba accident.

Ramai org mati.
Why?  Susah nak agak
Gi  utara  atau gi  selatan.

Kenapa?  Orang majlis baNdaran ada yg malas tu
Tak buat kerja.  Adakah kerja mereka tak cukup upah punya?
gaji lambat bayar ke?  Atau bagaimana  yekkk?
Kerja Elok eloklah  punya.
jgn kasi pengguna jalan susah, confuse dan keliru atas jalanraya
kawasan Shah Alam ni..
adakah kerana kerajaan selangor ..kumpulan pembangkang punya angkara?
Ini pasal lah kot..

Ohs  ngantuk  nya
nanti ..kena tidur jap.

sorry sorry  bu
saya manusia biasa ni

pernah pergi umah sesetengah jer ni ..kedua dua suami isteri  bekerja dgn kerajaan BN ni?

satu kali tu
dasyat .. kain baju tak berlipat
macam pasar raya bundle n basah je
musim hujan dan tengkujuh ni
Pakaian anak satu view
pakaian daddy  satu scenery
dan pakaian isterinya ..( better dont zoom in please).

Bakpo jadi gini?

rasa rasa nak tolong lipat kainnyalah, boleh?
ha..ha..ha..

nak baca  al fatihah
atau surah al ikhlas ni?

untuk pendekkan story
buatlah perjanjian awal awal kawin lg dlm masjid lagi  bagus

1.  Jgn sidai kain dlm lounge please
2.  Seluar dlm bini ..gantung bawah katil lah
sopan sikit;  jenis reput, berlubang ke ..tolong bakarlah.  Bukan susah sangat pun?

3.  Nak tidur, lipat kain tu.
adik beradik kita ramai.
mereka dtg tak ikut masa.

mereka redah jer.
Nanti jatuh bla bla saiz giant atas muka mertua.
syukur matanya buta.

ha..ha..ha..

4.2  geng pasar malam
sesetengahnya ..dasyat.
bukan setakat baju kain tak diurus dgn baik,
periuk belannnggo, sudu, baldi musim bulan puasa lg lah
dasyat mata memandang.

tak caya pergilah buat survey.
ajak polis boleh, ajak tentera pun boleh,
ajak national geography pun ok jugak kot.

astagh firullahal azeem
pengikut Baginda Rasulullah s.a.w  ke ini?

Benda ku tulis .. rasa rasa pihak majlis agama tok berapa minat
nak tolong ubati.

asyik  baca teks dari khutbah lama lama jer
dulu dlm masjid bnyk tunjuk filem rakyat pelestin dizalimi oleh yahudi
bagus jugok tayang clip clip video keadaan rumoh tangga
rakyat negara ini
dlm aspek kebersihan dan atur cantik rumoh tangga lah.
kasi kesedaran sikit kpd makmum makmum yg dihormati.

Begitulah ..bila umat nabi
ada kuman, virus malas serba serbi.

stail famili pun faktor sebab penyebab yg besar jugak.
bila tuk nenek malas
anak cucu pun malas jugok.
tak caknor  org kelantan katalah.

Belum aku story pasal longkang,
sistem perparitan di kampung aku.

pihak majlis
mcm mcm nak kita buat
bila start bina rumah pakai pelan akitek
semua ada
longkang pun ada

tetapi ..pada akhir nya air longkang ni
nak bawak ke mana?

naik ke atas langit ko
7 petala langit dan 7 petala bumi  ko?

entahlah.
nasibnya   badan.


negeri aku
sistem parit .. teruk sekali
sejak kerajaan barisan turun ko
parti pembangkang
masih begitu jah.
Tak ada beza apa apa pasal  longkang
bnyk penyakit asal usul dari nyamuk d  longkang, parit, baldi air.

fokus utama solat jah 5 waktu.  Soalan pertama bilo di padang masyar ialah berkenaan solat mu jah.

gitulah.
Cukuplah sekadar story yg ringkas ni.

maaf ku pinta.
bila story pasal malas n orang orang malas
sorry

tak cerita haiwan kito yg turut terasa kesan
wabak malas ni.
macam lembu kenyang jah.




excuse  me  plz
Wallahu aklam.

beli membeli

Posted by sazali

Salam

Celik mata bangun dari tidur jahh di kampung
Otak sesetengah manusia
Fikir  beli membeli.

Beli makanan
Beli sarapan
Kalau hidup sebatang kara
Rm5.00  sudah cukup.  Alhamdulilah. Teh satu, karipap satu, nasi lemak 1.

Kalau hidup berdua
Rm10.00 sarapan lebih dari mencukupi.
Tetapi rm5.00 pun dah cukup
Jika suami isteri mau berkongsi
Ikan goreng bahagi 2,
Timun batang bahagi 2,
Sambal setengah sudu seorang
Ayam jika ada
Kau sikit
Aku sikit
Ok tak?
Kita amal sunnah Nabi Muhammad  s.a.w
Makan bertalam.  Semua kongsi.
Ok tak?  Kau mau?

kalau balik anak cucu 10 orang pun
rm10.00 pun sudah cukup.
kita makan berkongsi kongsi.
waktu sarapan?

Dulu nenek bangun jam 4 pagi
masak pulut
parut kelapa
goreng 2, 3 ekor ikan kering
rebus ubi kayu

kita makan bertalam
dengan kopi ore
sedap..semua sedap.
Tak payah belanja banyak banyak.
Tinggi ekonomi.
simpan duit beli tanah sikit sebanyak di kawasan pedalaman kampung.
Boleh?

2)  sekarang susah cari nenek seperti di atas.  Kalau ada  panggil pemberita akhbar Sinar.
sekarang nenek berduit.
duit pencen nenek banyak.
Atuk kau?
Lama dah atuk mati.  R  I  P.
oleh itu nenek ada pencenlah.

kalau arwah atuk constable  polis
pencen nenek paling kurang rm1K, 1.5K
itu mcm lah.

kena pulak nenek jenis jimat cermat.  Semua pokok dia tanam.  Dari pokok lada hingga pokok durian belanda semua ada cucu.
ayam itik ada dlm reban. Bangun cucu .. g  kutip telur ayam itik tu. Kambing, lembu ada juga. Susu lembu jgn cakaplah.  Kerjakan ttik lembu betina tu .. perah steady steady ..1 baldi susu lembu segar ada. Tapi kau berani ke  cucu? He he he.  Bukan senang handle barang tu cucu?
kereta atuk ada
tetapi jarang nenek bawak.
takut
takut itu
takut ini.  Hantu takut. Polis takut. Saman polis ..lagilah takut.
wal hasil dah lama kereta atuk tak bergerak ke mana mana.
Bila cucu balik
nenek cukup seronok.

why?
duit pencen dia
bolehlah dibelanjakan
bnyk bnyk.  Time ni boleh tunjuk ..nenek ada duit lah.

satu pagi  setakat
RM40 pun ok
satu mlm rm100
pun ok

kalau cucu pulang
cuti sekolaH

duduk 3 hari 3 mlm
habis rm800
itu sikit jer.

yg penting
nenek happy.

makan cu
makan
main cu
main
tanah atuk kau luas
sejauh mata memandang

basikal gajah benggali roti ..atuk ada.
Entah dari mana atuk kau dapat.
mesin rumput atuk pun ada
try cu
try.

motosikal atuk ada
kereta atuk pun ada.
yg tak ada kapal selam je cucu.

Try cu  try
jgn tak try

waktu cuti ni  lah
kita try mcm mcm

best tak?

he..he..he..

dunia dah bnyk berubah
nenek atuk nowadays  pun dah bnyk berubah
mereka jalan AirAsia, FireFly, Malindonjer
MAS pun ok jugak.
handbeg pun trendy. Pink ada. purple pun ada.
nenek pakai satu warna dari top  to bottom
all green
handbeg Bonia nenek kecil jer ..green jugak.


pokoknya
cucu mau tengok atuk nenek tak?
jom jgn lupa

call call  atuk tu.
he..he..he

Sekian.
beli membeli.
duit raja kita
sehari hari.

bukan gitu  ke  pak?
melayu, cina, india, indon, kemboja, thai
semua sama

celik mata duit
tutup mata pun duit.

tak percaya
datanglah kota bharu kelantan ni.
berduyun duyun orang beratur beli sarapan
ada yg mandi
ada yg belum mandi
ada yg bergigi  ori
ada tu ..tak ada gigi pun semua alright.

yg penting makan beli makan
aktiviti penting waktu sekolah cuti ni
jamu anak cucu balik kampung
1 tahun  sekali

wasallam




Noise (memang berserabut)

Posted by sazali

Salam

Ramai orang tidak suka kepada keadaan  bising terutama di waktu malam.
Jika kita pasang musik kuat kuat
Ini mengganggu orang ramai.  Pertama bayi bayi yg asyik sakit tetapi mau mau tidur dan kedua ibunya yg cuba mencari peluang untuk tidur. Maklumlah ..ada anak kecil payah nak tidur. Layan anak ada. Layan ayah yang ni seorang  pun ada jugak.  Lebih ayah dari anak merah merah umur 25 hari pun ada.

Jika bising berterusan mungkin berakhir dgn pergaduhan dan pembunuhan seperti yg berlaku antara rakyat afrika dgn org kampung kumpur.
Kasihan polis ..mereka kena buka kes dan cari sebab musabab mengapa terjadinya pembunuhan.  Kudis asalnya ialah bising.

2)  dalam perpustakaan di Malaysia
Ada pelajar suka bercakap.
Macam macam dia orang mau bercakap.
Tak cukup dgn bercakap dlm hostel, kantin, bas
Mereka sambung bercakap dlm perpustakaan.

Isu percakapan ialah
Bola sepak JTD kalah dgn Felda United
Mengapa penyanyi tu asyik khawin cerai khawin jer. Handsome sangatkah dia?
Selepas itu baru mereka bercakap pasal assignment
Projek akhir tahun
Dan jom makan lepas ini.  Mereka keluar ramai ramai dari library.  Bising.

Percakapan mereka dipanggil noise , bising
Yg cukup mengganggukan fokus pembaca seperti aku.

Kalau disemak dlm internet google
Tak ada satu hadith sohih pun .menceritakan orang noise, noisy
Gerenti syurga.

Kau ada nampak tak benda ini?

Menyampah adalah kot.
Mengganggu konsentrasi penyelidik, pensyarah, profesor atau ..ketua pustakawan.

Dlm dunia geng noisy sekali  mungkin
Dari Benua China, India

Tempat ketiga terjatuh sama ada afrikan atau melayu jati ni.
DLM negeri kelantan dipanggil geng mulut lembik.

Ada saja ceritanya.
Cerita waktu siang, cerita waktu ptg dan cerita bnyk sebelum tidur
Cerita waktu mlm.

Bnyk sungguh noise.

3)  point utama aku menulis ni
Ialah noise
Pemintak sedeqah.

Dulu pemintak sedeqah baca al quraan dengan suara baik penuh tajwid.
Naik bas kat Pudu Raya
Bila turun adalah habuannya bilamana penumpang bas beri sedekah 20 sen , 50 sen

Rezekinya.
Aku rela memberi duit sumbangan
Kasihan dio ..dah lah mata buta, tangan kudung,
Lutut longgar tetapi sedap sungguh  bacaan alquraannya.

Itu dulu, 50 tahun yg lalu. Keadaan  Bas cukuplah  panas macam kuali.

Zaman sekarang noise
Pemintak sedeqah terdiri dari
Anak dara sunti kulit hitam
Bawak cetong kosong
Lambung lambung duit syiling dlm cetong
Sambil  merayu
Abang ..sedeqah sedikit abang.  Syurga bang?

Mereka berkumpul di hadapan bank.
Waktu gaji
Banyak noise.
Banyak nuisance.
Anak anak gadis hitam ala india ada, bangla ada, rohingya ada
Melayu  pun ada.  Berebut rebut
Mintak sedekah.

Yg bagus
Mereka sepatutnya terus masuk bank , jumpa pengurus, penolong pengurus, akauntant,
Pencetak duit

Buat lah noise di dalam bank tu sudahlah.  Jgn ganggu aku.  Nombor Pin tak ingat pulak dah.

Kumpulan kedua
Org gila.
Pakai smart smart , pakai jam mahal mahal,
Pakai baju t  cap buaya
Terguling guling atas lantai.  Ada tu hisap rokok ada brand. Dunhill.
Mintak sedeqah tanpa perasaan  malu apa apa.

semua ni ada di bandar bandar besar .
ajaib.
tak ada orang bertanggunjawab nak cekup kumpulan gila ini.  Menjatuhkan maruah ibukota, pusat bandar, bas sentral

Rumusan
tak ada dah orang miskin papa kedana pandai membaca al quraan.
why?  Semua nak buat duit ala express.
di Pulau Pinang ada tu
noise ..pandai menyanyi lagu lagu P. RAMLEE
dan Saloma. Menari nari twist pun ada.

ha..ha..ha..
ketawa ada, kasihan nasib bangsaku,
sakit hati pun ada.

semakin kuat org bercakap agama
di atas masjid
semakin ramai noise, noisy, nuisance
yg ada di sekeliling kita.
mungkin bila rakyat sudah soleh, solehah, syaitan iblis berpangkat Director General mau uji kita
dgn geng geng bergelar noise ini.  Boleh kau?

5) noise.  Mat Rempit.

kasihan.
makin susah kita jumpa jalan menuju syurga.
Allahu Akbar.

buatlah sesuatu wahai bangsaku.

wallahu aklam.