Bila tuhan sayangkan tuan hamba ..dia hadiahkan tuan isteri yg baik

Posted by sazali

Salam

Syukur kita sudah ada isteri.  Tuhan campakkan ke dalam hati mertua mertua kita ..  baru lah ada peluang kita mempunyai seorang isteri atau ada orang beberapa orang isteri.  Kali ini saya menulis - hargailah jasa isteri anda sebelum terlambat.  Jasa mereka ialah:

(i)  melahirkan anak anak anda.  Berbagai-bagai saiz, warna kulit , bentuk gigi, gusi , jari jemari, suara mereka yg unik dan ada anak anak ...  mak ayah jadi hartawan.  Tengok Lee C. Wei.  Kes badminton ..  mak ayah Datuk Lee dapat terbang ke seluruh dunia.  But wait ..  semua ini kerana ada isteri.

(ii) menyediakan masakan yg anda gemari dari umur tuan di peringkat  muda  trang tang tang hinggalah keadaan sekarang yang mana tuan tak boleh tahan kencing lagi.  Kena selalu ada pampers dewasa. Kasihan yer?

Ada isteri , dia tahu .. berapa sukatan gula diperluka oleh suaminya yang semi aktif ini.  Kalau tidak cepatlah suaminya ..bergelar 'arwah'.  Syukur ..tuan ada isteri yang pandai matematik .. ilmu sukat menyukat ..  gula, garam, stail kuah, stail nasi, dan macam macam lagi.

(iii)  pandai membawa diri ke mana mana jua.  Dia selalu sebut kebaikan suaminya ke mana mana dia pergi iaitu tuan lah.

Kalau tak ada promoter ini .. tak akan Yang Berhormat mana mana lah ..dapat .. menduduki takhta dalam dunia politik atau kareer masing-masing.

Tetapi ada juga kerana fitnah isteri .. Yang Berhormat .. jatuh .. tak bangun bangun lagi.  Nasiblah itu.

(iv)  melayan kerenah tuan hamba.

Time sejuk .. tuan nak selimut ala England.
Time panas .. tuan nak tidur pakai baju 'Pagoda' sahaja.  Semua isteri tuan dah tahu formula rumah tangga tuan ini.  Syukur dia tahu formula .. cita rasa tuan hamba.

(v)  jaga kebersihan dan ketrampilan tuan hamba

Dia gosok baju YB.  Dia berus songkok YB.  Dia buat itu dan ini untuk YB.  Mana lagi nak cari.
Syukur YB dah ada isteri yg superbionic lady plus isteri YB.  Ada orang dari muda sampai tua pun .. tak ada  orang mau jadi isteri pada nya. YB dah kira bernasib baik dah ini.  Ada mertua berkenan kat YB.  Else ..if ..else ..  sorry YB.  Maaf saya pinta.

YB =  Yang Berhormat (orang politik)
YB =  Yang Berbahagia ( YDP PIBG sekolah sekolah seluruh negara)
YB =  Yang Berbahagia ( orang macam saya kot ..  bila diundang untuk berceramah motivasi di mana mana jua)

(v)  ikut teladan Rasulullah s.aw.

Walaupun Siti KHatijah (r.an ha)  dah lama meninggal dunia ..Nabi selalu sebut kebaikannya.  Kadang-kadang Siti Aisyah (r.a) naik cemburu secara profesional.

He..he..

Kita ..  agak agak .... boleh kah begitu atau .. bila dah dapat orang baru .. kita dah lupa mak dia yg lalu. Kasihan dia.  If can .. cekik dia .. bila you ada chance balik ke rumah.  Tak patut tak patut.

He..he..

(vi)  perangai/ tingkah laku  isteri kita

Jangan marah melampau lampau tau.  Biasalah time muda dia pangggil you ..  sayang/ abang .. dah sekarang tak akan lah dia panggil you macam itu. Kencing pun payah nak urus seorang diri .. nak panggil dia ..sayang.  He..he..  Nanti anak - anak tikus bawah almari kain pun rasa geli gelemang ..  .. sesuai sangatlah dia panggil you .. atuk dia itu.  Aduhai.. nasib.  Syukurlah ada lagi partner you lagi itu.  Ada orang bila umur dah masuk zon senja 60 - 80 tahun , partner dia dah lama dah meninggalkan diakes barah payu dara, kencing manis, semput, asthma, alahan, kena current letrik dan accidents pun ada.  Kasihan.  After that ramai dah ambik tempat/ pengganti arwah isteri dia.  Tetapi tak ramai yg tahan lama dgn atuk dia ini.  Macam-macam mau. Gila orang tua ini/ (laugh).



Cukuplah kali ini.  Nanti saya sambung lagi.  Hari Jumaat kita mesti beri satu slot .. puji isteri kita tersayang.  Bukan apa .. appreciate her services all these while. Thanks Allah for giving me the best asset in your eyes. Isteri solihah.

(vii)  isteri yang baik

Isteri yg baik akan mendidik anak anak kita jadi rakyat Malaysia yg baik dan mengikut peraturan negara , agama dan bangsa.  Dari didikan isteriilahh .. lahirnya rakyat/ generasi  yg  baik.  Oleh itu .. KPM, KPTM sepatutnya fokus kpd rancangan mendidik pelajar pelajar perempuan menjadi wanita/ ibu yg baik.  Insyalalh seluruh masalah dunia akan selesai.  Sekarang seluruh dunia kelam kabut ..buat itu dan ini konferens, seminar, muktamar ..  pokok pangkalnya terletak kpd 'kualiti ibu / wanita' di rumah tangga tuan hamba.  If tuhan hadiahkan tuan hamba seorang isteri yg baik, ada rupa, ada jawatan, ada akhlak, ada budi bahasa, .., 1001 mcm yg baik .. maka

Apa lagi tuan hamba mau hah?  Bersyukurlah hendaknya tuan hamba ini.   Jika isteri ada 10 benda yg kurang menyenangkan ..  dengan 1001 kebagusan ..maka angka peratusan bagusnya isteri tuan hamba  ialah [(1001 - 10) / 1001]* 100 = 99% berehhhssssss.  So senyum senyumlah selalu.  Alhamdulilah.

Wallah hu aklam.

0 comments:

Post a Comment