kota bharu kito

Posted by sazali

Salam. Hùjung hujung minggu ramai pelancung tiba ke bandaraya islam kota bharu, kelantan. Mereka datang dengan berbagai bagai tujuan. Ada pelancung berniat membeli belah , ada berniat nak melawat anak anak di usm kubang kerian, uitm machang , politeknik, maktab perguruan, umk , mrsm, sms dan pondok pondok agama. Ada yg datang menemani rombongan kahwin dan 1001 lagi tujuan. NIKMAT ini dirasai kerana berkat keamanan di negara ini dan kemajuan teknologi Proton dan Perodua. Syukurlah. Kawasan parkir penuh sesak di pusat bandar Kota Bharu. L 2) Sebagai anak watan, saya suka menadah telinga di majlis agama sejurus solat subuh berjamaah di Masjid Besar Kampung Sireh (Sultan Mansur) . Kuliah tak panjang sangat sekitar 30 atau 45 minit sahaja .. kadang kadang beribu-ribu orang khusuk mendengar syarahan terutama dekat dekat pilihanraya yg mana ramai menjangkakan parti PAS akan menang dan kadang kadang majlis agama tak besar mana pun ada. Ini bergantung kpd tajuk kuliah, populariti ustaz penceramah dan cara penyampaiannya. Semalam ..kuliah agak membosankan. Tetapi saya memaksa diri dan nafsu untuk mendengar. Tajuk kuliah ialah adab kita bersembahyang berjamaah. Di sini saya menulis beberapa points sebagai amalan berkongsi apa yg saya dengar agar dapat memberi faedah kpd pembaca pembaca blog yg budiman. Pertama, kalau nak berjamaah ..pastikan mulut gigi sudah digosok , bersih dan cuci. Jika tidak mulut yg busuk mengganggu ahli jamaah yg lain. Mulut busuk disebabkan bawang, petai, buah kerdas, dan mereka yg menghisap rokok. Bila busuk ini mengganggu orang lain terutama di waktu bulan puasa. Kedua bila bersolat berjamaah ..jangan kita membaca al quraan/ angkat takbir lebih kuat dari pak imam. Ada orang bila membaca al quraan .. bacaannya Al Kafirunnya semua makmum boleh mendengarnya termasuk sang semut di tepi dinding masjid dan paling trajik ..bacaannya tidak ada penghujung ..round the bush/ tak jumpa stesyen. Satu contoh .. semua makmum sedang sujud tiba tiba datang si fulan .. meluru masuk ke dalam saf .. diangkatnya takbir dgn suara Allah Hu Akbar yg kuat ..maka orang yg sujud tadi telah bingkas bangun dari sujud .. sedangkan imam utama belum bergerak apa apa lagi. Disebabkan kurang ilmu agama ..org yg bingkas bangun dari sujud tadi telah membuat sujud lagi untuk berserta dengan imam utama. Dengan demikian rusaklah rukun sembahyang makmum makmum tadi. Mengapa? disebabkan angkara si fulan bin si fulan yg menangkat takbir terlalu kuat dari kebanyakkan orang lain. kasihan bukan? Satu lagi pastikan imam utama lebih muda sedikitlah. jangan pak imam yg terlalu tua yang mana bacaan nya terlampau perlahan dan 'pondan'. carilah pak imam yg muda muda sedikit tetapi mahir membaca Al Quraan dgn baik seperti orang orang arab zaman rasulullah s.a.w. Ketiga, jangan masuk saf jika pakaian kita tidak sesuai. Contoh memakai seluar jeans yg ketat, sempit tetapi rendah (macam jeans pompuan) ... bila sujud .. ternampaklah .. ruang kosong antara dua tulang punggung .. ini adalah aurat lelaki. Batal sembahyangnya dan markah pun kurang pada makmum yg duduk di belakang si budak yg memakai jeans yg ketat dan rendah itu. Jangan memakai baju-t yg mana terdapat gambar model artis artis yg glamor dgn kes bercerai berai. Orang lain payah nak fokus dalam keadaan bersembahyang berjamaah. Ke empat ..tak sempat .. saya mendengar nya kerana .. saya telah berangkat pulang dari masjid ke rumah saya sendiri. Jika seronok kuliah tadi mungkin saya stay sampai zohor. (ketawa). Selalunya kuliah agama mana ada yg best ..sebab ini melibatkan nafsu telinga, mata dan shahwat. Jika sedap .. sudah tentu penuh masjid di muka bumi Allah ini dibandingkan dengan stadium bolasepak, pasar malam dan kedai mamak yg memasang tabir besar untuk World Cup Brazil 2014. Percaya kau? Sekian. Harap maaf.

0 comments:

Post a Comment