Salam Syukur ..kerja saya selesai sudah. Menanda paper exam 400 + skripts. Syukur tak terkeluar/tercabut biji mata ni. 2) result .. ok ..kot ..on my side. At least 33 % students of 400 students = 132 orang students dpt grade B and above (A). 67% tidak berjaya. mereka dapat gred C, D dan E. Alhamdulilah. Mengikut rekod .. orang buat masters n PhD pun dlm kumpulan ..top 25% jer. Now i got top 33% di sini. Mengapa? Dalam satu soalan kertas finals .. saya ada bertanyakan mengapa SPSS digunakan bagi analisa data dalam projek statistik baru baru ini dan bukan pakej konventional EXCEL? Ramai calon menulis jawapan secara bullet ..point demi point. Mereka ikut bulat bulat nota kuliah saya. Skema ialah satu fakta dan satu , dua huraian berkenaan dengan fakta tersebut. Baru dapat 1 markah. Fakta sahaja tidak ada markah langsung. Saya kecewa kerana ramai pelajar menjawab soalan 6 tersebut ..tetapi ramai yg tidak memperolehi skor maksima yg dijangkakan. Ada yang mengeja CANCEL pun salah. Ejaan yang diberikan ialah CANCLE! aduhai ... mak weii. Pelajar Arab mengeja Binomial dan Poisson pun salah. Aku rasa dia 'fail'. Hairan pelajar universiti zaman la ni. Sepatutnya mereka menggunakan buku rujukan di library tertinggi di Asia Tenggara ini untuk menyemak ejaan cancel dan binomial. He..he... 3) Walaupun begitu, Sempena kes kes di atas ..ingat nak ucap ..Alhamdulilah .. dan selamat tinggal semua. Sedih itu ada .. tetapi begitulah kehidupan .. yg bermula pasti akan berakhir juga. Saya percaya .. kalian boleh terus berjaya ..tanpa saya di sini lagi. If jumpa saya di mana mana nanti ..tegurlah saya/ say 'Hi'.. Mana tahu ..kita boleh minum air kopi panas bersama sama. Halalkan .. makan minum saya .. hasil mengajar anda semua. Saya dah buat yg terbaik dah .. SEkian. Selamat Maju Jaya semua. Wasallam. p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri . maaf zahir dan bathin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment