salam
Rakyat Malaysia banyak ambik mudah pasal keamanan dan kedamaian negaranya.
Contoh damai dan bahagia ialah .. ramai rakyat asing .. hanyut dari negara negara terbakar dgn peperangan, kemiskinan dan tiba tiba mendarat di sini secara terancang, tidak semena-mena dan mcm mcm lagi. Secara politik pun ada juga terutama di Sabah.
2) oleh itu rakyat negara ini yg lahir selepas 1970'an ingat .. mcm mcm perkembangan ekonomi dtg dengan senang sahaja di bandar, kpg kpg melayu seluruh negara.
Dulu Penang ada Yellow Buses .. naik bas .. bersesak sesak antara pompuan dan lelaki. Ramai orang kerja kilang kawasan Bayan Lepas. Sekrang , Bayan Lepas dah berubah dari tahun 1980 - 2014. Banyak rumah berbentuk kondominium dan .. mahal-mahal. Jawatan Pengurus pun ..duduk rumah di tingkat 30 .. saiz kereta dia mcm semut. Tetapi yg penting ..aman negara ini.
Dulu di Petaling Jaya , Batu 3 .. sayapenah naik bas .. mini .. bersesak sesak juga. Ramai pekerja adalah kaum wanita lulusan SPM/ STP/ diploma ITM .. cari makan di kilang kilang petaling jaya , shah alam.
Sekarang ..ramai pekerja bawa sendiri kenderaan seperti kancil, kelisa, proton dan mcm mcm. Syukjur. Bijak kepala otak pentadbir -pentadbir negara ini.
3) Dalam keadaan senang begini .. ramai anak anak .. ambil benda .. ambik mudah jer.
mereka tak pernah nampak ..susah payah mak bapak mereka ..dari jawatan pekerja kilang 1970 ..sekarang dah beralih menjadi sub-kontraktor 2000.. operator catering makan minum kilang 2007 , sekolah, opis kerajaan dan ..mcm mcm 2014.
Bila lupa zaman susah .. ramai mak bapak rela hati melihat anak-anak mereka tidur di waktu pagi .. berjaga betul betul dari petang sampai ..tengah-tengah malam esoknya. Bermain motor kuasa besar, belanja ala besar, dpt menantu badan besar, dan ada dtg ...dgn masalah besar jugak.
bila ini berlaku .. secara tidak di sedari .. isu agama semakin longgar. Bukan sahaja seluar kerja dilihat longgar , pegangan agama pun ..sudah pun semakin longgar. Sembahyang fardhu subuh .. ramai tak buat dgn rela-hati. Lelaki dtg masjid hari jumaat sahaja .. itu pun duduk di tangga sahaja. Bayangkan kualiti solat jumaat dan faedahnya jika seseorang itu sembahyyang ala kadar jer ..di atas tangga masjid setiap minggu, bulan dan tahun.
Bolehkah ilmu khutbah ..disampaikan atau dilanjutkan ..kpd anak anak isteri di rumah dgn ..kita lelaki mendengar khutbah .. telinga tutup , mata pun tutup. jari jemari dok main handsets dan mcm mcm komputer. Maka terjadilah fenomena .. amalan agama kita buat .. bila suka jer. contoh time khawin, time mati, .. baru rujuk kpd org org masjid itu dan ini.
tak taakut tuan puan ..Allah Yang Maha Kuasa.
Bersambung....
Sekian.
Wallahu ajklam bis sawabbb. Al Fatihah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment