salam kpd kawan-kawan

Posted by sazali

Salam

Jikalau tak jumpa kawan kawan lama  ..kita sampaikan salam kpdnya melalui banyak cara.  Salah satu melalui anak anaknya.

Bagus jadi lecturer kat universiti ini.

Kadang kadang kita dapat trace kawan lama kita melalui ..ejaan nama student baru kita.

Saya bnyk pengalaman mengenai perkara ini.

Syukurlah.

Dari situ kita jumpa kembali ..kawan kawan lama yg lalu di England, Pakistan atau Indonesia.

the world is so small actually untuk orang yg mahu mencarilah.

Itu jer ..  mesej saya untuk kali ini.

2)  Selain dari itu, kita boleh juga mengikuti group watsapp.

Ini bagus jugak.  Dari seorang kenalan lama pertama ..hingga kawan lama yg beribu ribu .. semua kita boleh contact kembali.  Maaf beberapa orang yg kamu minati/ gilakan  sudah pun berstatus nenek/ datuk dah.  Gigi mereka pun dah tertanggal.  Pipi dah cengkung .. muka mirip tengkorak dah.  hanya selaput daging dan dah boleh ketuk tempurung tengkorak pun. Rambut?  mana dah pergi semua itu yer?

Kadang kadang dari watsapp ..kita tahu ..old flame kita sudah meninggal dunia.  Al Fatihah.  Mereka mati kerana penyakit barah ..  pundi kencing prostate..  demam kuning ..  kemalangan jalan raya .. kapalterbang mereka ditembak ..  hilang berkecai kecai ..

Pendek sungguh hayat di dunia ini rupa rupanya.  Oleh itu sebagai peringatan kpd diri saya  sendiri ..  buat lah sesuatu yg berguna sekarang.  Tulis benda yg baik baik .. mungkin penulisan ini akan kamu gunakan sebagai modal untuk mempertahankan diri mu dari soalan ..  apa kamu buat dgn ilmu yg ALLAH berikan itu?

He..he..

Kadang-kadang saya rasa malu jugak ..ada org org melayu tua yg berstatus 'nak mampus esok karang' sanggup menulis panjang lebarr berkenaan dgn prosedur melakukan maksiat / berzina/ melanggan pelacur.  Apakah objektif mereka sebenarnya?  Tidak takutkah mereka dgn mati .. semua org akan mati ..di mana kita tak leh pulang ke bumi dunia lagi untuk bertaubat dan menulis benda benda yg sesuai untuk bacaan anak anak muda kita sendiri.  Jika ada takwa (takut kpd Allah) ..  buanglah ..benda benda yg kotor itu dari dunia media internet ini.  Bertaubatlah segera ..tak terlambat lg ini.  Buatlah saudara tua ku!  malu lah sikit ..kita semakin hari semakin nak mati/ mampus.  Betul tak?

Saya sambung lg nanti insya allah/

Yang baik dari tuhan ..  semua yg tak baik .. adalah kelemahan penulis. Maaf.

Wasallam




0 comments:

Post a Comment