Salam
Gelap cerah gelap cerah. Umur kita semakin bertambah.
Dalam dunia perniagaan, ada untung dan ada ruginya.
Tetapi dalam dunia rumah tangga, kita berjumpa dengan keadaan bahagia dan kurang bahagia/ huru hara. Mengapa?
Ada 5 sebab:
1) takdir tuhan. Ada orang jodoh tak panjang. Bila berkhawin dengan pendatang asing yg sudah ada bini dan anak, ... satu masa nanti , dia akan kembali ke tanah airnya juga. Pada saat itu, kita berpisah. Lagi senang kot.
2) kita bodoh. Pendapatan RM10,000 sebulan tetapi kita belanja RM100,000 sebulan. Panggil pak imam baca ayat suci Al Quraan siang dan malam pung , meratip hingga jauh jauh malam pun , tidak memberi apa apa faedah. Why? Kita bodoh berbelanja tak pakai akal yg panjang.
3) pasangan kita ..tak faham dgn jiwa kita dan tok laki pun tak faham jugak perangai isterinya. Asyik menangis , menangis tak sudah sudah walaupun dunia semakin hari semakin berubah. Suami mengamuk ..wat gapo? zaBedah sakit sejak dulu lagi setelah dijahit over-over. Ayat ayat seperti 'tak elok gitu tak elok ginii wahai abang ..' mungkin tak membawa apa apa makna lagi kpd komandor dlm rumah kito tuh. kasihan chek abeng.
4) mak bapak kita ..fikir macam macam. Fikiran mereka tak mahu berubah. Ikut sangat layar hitam putih layar TV zaman dahulu kala. Bila menantu depa orang putih, laksa kelantan dan nasi goreng belachan .. bukan selera dia dah pak aji. Menantu nak makan roti bakar dan majerin. Waktu krismas , semua saudara saudara dari Wales mahu jalan jalan di malaysia ini. Menantu melayulah yg akan tanggung semua kos hotel itu rata riti. Bagus ..insyallah panjang umur kalu begini?
5) komuniti kita ..pun satu hal jugak. Ahli komuniti bukan seperti yg telah kita kenali 30 tahun yg lalu. Sekarang kita amalkan ..mu mu aku aku. Time orang mati baru kita jenguk muka di mana mata kita separuh jaga separuh terlelap maklumlah ..sepanjang malam tonton bola astro. Subuh entah ke mana sudah?
Begitulah tuan/ puan/ adik dan kakak.
Kerajaan ini seperti sebuah rumah tangga jugak.
Betul tak? bapak dlm sesebuah rumah ..seperti menteri kita berfungsi di dalam sesebuah negara.
If bapak bijak ..semua alright ..tetapi if bapak kita 'bodoh' ..(maaf pak) ..apa boleh dio buat.
Zaman sekarang, orang bodoh jadi makanan orang orang yg sangat cerdik dan tercerdik. Dia tipu jer sikit, tumbanglah negara ini dgn hutang negara dekat dekat 1 trilion jumlahnya.
Tak ker binggung ini semua. Paka jam mahal 1 juto RM pun .. kalau asyik meeting bermulo lewat ..wak 'b*bi' apo .. paka jen- jen mahal-mahal ken?
Astaghfirullah .. puak puak bijok pandar ..ugama gi mano kalian? tak berani tegur kor .. org boros, amalan syaitan?
Kasihan rakyat jelata tok peti tok peti sekalian. Padan dgn membaca al Fatihah sahaja kor? .
Wasallam
Salam
Dalam filem P.Ramlee, banyak episod memberi peluang kepada pelakon-pelakonnya menggunakan rangkapan ayat '.. tak elok itu nak' dan ...'tak baik tu abang'.
Selepas melafazkan ayat ayat begitu, seniwati-seniwati seperti arwah Roseyatimah akan menangis tak berhenti-henti. Dia menangis dan air mata meleleh ke atas bantalmya yg busuk atau air mata mencurah turun ke tanah. Selalunya hero akan memujuk dgn banyak cara. Salah satu ialah ..melalui nyanyian yg merdu dan mengusik jiwa (selalu nyanyian itu dituju ke lautan India yg luas itu). He..he.. ala hindustan dari benua India. tetapi ..
2) Zaman ini sudah banyak berubah. Tak cukup dengan istilah istilah keramat di atas untuk melansungkan kehidupan kita yang baik dan sejahtera. Lagipun di sekeliling kita 4 juta pendatang asing ..menunggu untuk maksus PR13,PR14 .. insya allah.
Saya tak pernah melihat ..Tengku Razaliegh Hamzah menangis bila ditewaskan oleh Tun Mahathir dalam satu perebutan kuasa UMNO 1980-1990'an yg penuh sengit. Ku Li kaloh 48 undi sahaja!.
Sekarang pun .. YB Datuk Seri Md Najib pun tak pernah menanyi (mengadap ke lautan di mana MH 370 mula mula disyaki terjatuh) untuk memberi nasihat kpd isterinya RM atau anak tirinya untuk berubah pendirian dari X kepada Y.. Mengapa?
Macam-macam jawapan boleh kita berikan tetapi paling tepat ialah :
2.1 zaman ini sudah banyak berubah
2.2 hati manusia sudah kering dan tersangatlah kering
2.3 ada orang tak percaya , ada nya satu masa itu ..dipanggil khiamul akhirat, padang pasir untuk mahkamah Allah yg termata adil seada=adanya
2.4 ada orang memikirkan bila di puncak atas (pentadbiran) ..ini lah masanya nak menggunakan sepenuh peluang untuk menikmatti semua harta milik rakyat atau Tuhan punya (itu pun kalau dia cayor benar benar ..adanyor tuhan).
Betul tak?
3) Bila kita menduduki peperiksaan kertas sejarah di peringkat STP/ STPM .. tak ada calon memberi jawapan seperti ..tak baik kes ini atau tak elok kes ini tuan.
Kalau diberikan jawapan begitu .. dia merugikan masanya sahaja.
Pemeriksa kertas sejarah tak ada niat nak beri markah 1markah pun .. why? tak ada dlm rubrik kertas jawapan.
4) Oleh itu .. mengapa dalam kehidupan kita ..kita asyik menggunakan ayat 'tak elok lah ..tak baik lah ... '.
Mengapa yer?
Kalau boleh jom kita masuk ke dalam dunia matematika/ komputer .
Tak elok = 0; elok = 1
tak baik = 0; baik = 1
insya allah saya akan menyambung benda alah ini ..yg melumpuhkan semangat juang kita sebagai askar muslim, muslimat dan mujahideeeen. Kita khayal .. sebenarnya bila pada masa yg sama pihak lawan nak bunuh kita hidup hidup. Sytudy tak 'games theory'. Ada musuh dan ada kawan sejati. Boleh kita gunakan .. tak baik itu dan tak elok gitu gitu .. (he..he..he..) thats why filem melayu tak sampai ke mana-mana. Kita guna transkrip sanskrit lama (literature india).
Wasallam.
Salam
Tiga empat hari yg lalu saya di Sabah. UM Sabah. bagus .. tempat itu. Ada Conference pasal kampus sustainability dan capacity building.
2) View dari Chancellory, UM Sabah cukup indah sekali. Nantilah ...minggu hadapan saya cuba hantar views yg dapat saya rakamkan di sana.
3) Syukur ..walaupun penat .. tuhan masih kejutkan saya untuk solat berjamaah di pagi pagi subuh Jumaat ini. Besar pahala orang yg dihadiahkan hidayah, taufiq dan kesihatan dan cepat dia berebut, merebut bagi maksud menggunakan nikmat itu untuk bersolat subuh berjamaah. Pahalanya ..cukuplah besar ..lebih besar dari bumi Malaysia yang dibangga-banggakan sangat oleh rakyat kita. Betul tak ustaz/ ustazah?
Satu subhanallah di kala nyawa masih ada ini abang/ kakak/ adik ..lebih besar darjatnya dari seluruh dunia dan isi-isinya pada sisi Pencipta Agung Allah Taala dengan syarat kita ucapkan subhanallah ini secara ikhlas dan jujur.. Allah hu Akbar/
4) Saya cukup terkesan membaca Vice Chancellor UMSabah menulis dalam satu majalah ..
' jika kejayaan itu terlepas dari kita, kita boleh mengejarnya kembali ..melalui usaha yg tekun dan berjimat cermat..
jika satu kesihatan itu tercabut ..kita boleh mengejar kesihatan dengan amalan ubat-ubatan dan banyak kesabaran tetapi ...
jika satu masa itu telah hilang .. seluruh dunia berganding bahu sekali pung siang dan malam .. saat masa yg hilang itu tak akan kembali lagi."
Prof Dato' Dr ... (Vice Chancellor UMSabah).
Sohih?
5) Oleh itu ..kita pakat pakat jagalah ..nikmat masa yg ada ini dgn amalan-amalan mulia ..seperti berzikir, mencari dan menyebar ilmu. If kakak ada suami, jg lah suami itu sebelum dia berhijrah ke sarang lain; jika abang ada kakak(bini) ..jg lah bini itu ..maklumlah .. sekarang warga pakistan menjual karpet, batu permata zamrud, kipas angin , abang Bangla, abang Myngmar cukup berhasrat nak ambik bini mu itu di Sabah, Sarawak .. dan untuk adik pulak ..just fokus study itu. Biar graduate dgn baik dan boleh cari kerja bagi membantu ibu dan ayah di ladang pisang kita itu. (he..he..he..). Semalam bekas anak muridku Diploma I.T. Kuittho, Batu Pahat tahun 2010. 2 orang ..berjaya ..interview di Putrajaya .. syukurlah. Saya cukup gembira. Aminnn. Kementerian Kewangan.
Zikir ialah .. termasuk dgn fokus kita bekerja seharian di opis, di kebun pisang , ladang , pasar, kapalterbang dan .. semua aktiviti ..mencari nafkah siang dan malam. Lillah hi taala.
Sekian. Allahuma soli ala sayidina muhammad , wa ala .. ali hi sayidina muhammad ....
Al Fatihah.
Wasallam