Jumaat datang lagi syukurlah

Posted by sazali

Salam

Tiga empat hari yg lalu saya di Sabah.  UM Sabah.  bagus .. tempat itu.  Ada Conference pasal kampus sustainability dan capacity building.

2)  View dari Chancellory, UM Sabah cukup indah sekali. Nantilah ...minggu hadapan saya cuba hantar views yg dapat saya rakamkan di sana.

3)  Syukur ..walaupun penat .. tuhan masih kejutkan saya untuk solat berjamaah di pagi pagi subuh Jumaat ini.  Besar pahala orang yg dihadiahkan hidayah, taufiq dan kesihatan dan cepat dia berebut, merebut bagi maksud menggunakan nikmat itu untuk bersolat subuh berjamaah.  Pahalanya ..cukuplah besar ..lebih besar dari bumi Malaysia yang dibangga-banggakan sangat oleh rakyat kita.  Betul tak ustaz/ ustazah?

Satu subhanallah di kala nyawa masih ada ini abang/ kakak/ adik ..lebih besar darjatnya dari seluruh dunia dan isi-isinya pada sisi Pencipta Agung Allah Taala dengan syarat kita ucapkan subhanallah ini secara ikhlas dan jujur.. Allah hu Akbar/


4)  Saya cukup terkesan membaca Vice Chancellor UMSabah menulis dalam satu majalah ..

' jika kejayaan itu terlepas dari kita, kita boleh mengejarnya kembali ..melalui usaha yg tekun dan berjimat cermat..

jika satu kesihatan itu tercabut ..kita boleh mengejar kesihatan dengan amalan ubat-ubatan dan banyak kesabaran tetapi ...

jika satu masa itu telah hilang ..  seluruh dunia berganding bahu sekali pung siang dan malam  .. saat masa yg hilang itu tak akan kembali lagi."

Prof Dato' Dr ... (Vice Chancellor UMSabah).

Sohih?

5) Oleh itu ..kita pakat pakat jagalah ..nikmat masa yg ada ini dgn amalan-amalan mulia ..seperti berzikir, mencari dan menyebar ilmu.  If kakak ada suami, jg lah suami itu sebelum dia berhijrah ke sarang lain; jika abang ada kakak(bini) ..jg lah bini itu ..maklumlah .. sekarang warga pakistan menjual karpet, batu permata zamrud, kipas angin , abang Bangla, abang Myngmar cukup berhasrat nak ambik bini mu itu di Sabah, Sarawak ..  dan untuk adik pulak ..just fokus study itu. Biar graduate dgn baik dan boleh cari kerja bagi membantu ibu dan ayah di ladang pisang kita itu. (he..he..he..).  Semalam bekas anak muridku Diploma I.T.  Kuittho, Batu Pahat  tahun 2010.    2 orang ..berjaya ..interview di Putrajaya .. syukurlah.  Saya cukup gembira.  Aminnn.   Kementerian Kewangan.  

Zikir ialah ..  termasuk dgn fokus kita bekerja seharian di opis, di kebun pisang , ladang , pasar, kapalterbang dan .. semua aktiviti ..mencari nafkah siang dan malam.  Lillah hi taala.

Sekian.  Allahuma soli  ala sayidina muhammad , wa ala .. ali hi sayidina muhammad ....
Al Fatihah.

Wasallam



0 comments:

Post a Comment