ilmu mengurus perniagaan restoran jalan-jalanan

Posted by sazali

Salam

Saya perhatikan bisnes makan-minum / restoran banyak yg tak bertahan lama di bumi sendiri.  Mengapa yer?

Berikut adalah pemerhatian saya/ maaf yer:

1) kita melayu berniaga, mengharap pembeli dari bangsa kita juga.  Maknanya ..kita harap  orang kita sendiri menolong perniagaan kita .  Bukan dari bangsa bangsa lain.  Oleh itu, skop perniagaan kita terlalu sempit.  Bila sempit, keuntungan pun tak begitu besar.

2)  kita kurang ilmu pengurusan perniagaan restoran berskala besar, sederhana dan kecil.

2.1  imej restoran kita nampah gah sekejap sahaja.
2.2 mula mula nampak bersih dan profesional selepas itu ..6 - 12 bulan, meja makan sudah mula kotor
2.3  adab melayan pelanggan perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.  Minta kolej komuniti reka satu kursus khas untuk usahawan restoran begini.  Cepat, berkesan dan profesional
2.4  wajah staf kena perbaiki.  Gigi bergosok dan elakkan dari merokok semasa bertugas. Bila merokok, orang pandang restoran ini kotor
2.5  sediakan kurikulum dan silibus tutur kata, adab bertutur .. untuk kata Yes, bagaimana?  untuk kata No , bagaimana pulok?
2.6 masakan kena jaga.  Biar sedap sepanjang masa.  Jangan akhir bulan jah sedap, pertengahan bulan ..prestasi masakan hambar ..tawar eber

3) amalkan kebersehan dalam semua aspek.  Pakai garfu yg sesuai seperti restoran luar negara.  Western food biar ... ada alat alat garfu, pisau memotong dan sudu yg standard.  Jangan western food ..garfu sebatang pun tak ada. Memalukan atau pisau berstatus 'tumpul' atau 'lembik' kerana kualiti besinya.

3)  mood pekerja bergantung kpd layanan bos.

Biar gaji .. on-time// contoh 25 hb ..setiap bulan.  Jangan culas bos.  Bila staf terasa diperbodohkan ..nanti mereka boikot bisnes bos.

Kasihan?

4) jika boleh ..tukang masak ..kena jaga.  Kalau boleh isteri bos sendiri.  Isteri 1 dan isteri 2 ..bos punya.  Isteri 1 , masakan panas melayu kito dan Isteri 2, western food sahaja.

Wajah isteri 1 dan isterri 2 ..  wajah berseri seri .... sepanjang masa ( kalau boleh bertentangan meja kiri dan kanan).

Wajah boss ..jangan tunjuk sedikit pun ..boss sudah penat melayan tukang-tukang  masak dari Thailand dan Kemboja dan staff blako blako.

5) elakkan dari mengamalkan 'double standard' bila melayan pelanggan.  Contoh bila orang puteh masuk restoran ..satu restoran dio melayan McGarver  sedangkan orang itu belanja RM20 jer.  Cuba tengok ..rakyat kita .. MatJally nampak selamba dgn kain pelikat tetapi mereka sanggup keluarkan RM200 sekali makan jer.

6) sediakan tandas yg bersih.  Hari itu ..saya tengok ..tidak ada air tandas ini.

7) sediakan musalla/ surau ..ada prang nak sembahyang sambil meniunggu makanannya

8) bila ada azan / tutuplah .. muzik gilor mu itu sekadar sekejap.  Hormati agama kita.  Bila kita hormat agama Allah .. panjang hayat restoran mu itu ..insya allah bertahan 10, 20 tahun lamanya.


9) berlebih kurang.  Jika ada peluang ..tambah lauklah  ..dengan keadaan 'free' sahaja. Jangan berkira sangat.  Nanti rakyat tempat tak masuk ..restoran tuan ..padan muka bukan?

10) mesin kredit kad iitu biar berfungsi.  Jangan mesen ada ..wayarnya tak ada.  Napok bodoh bisnes orang orang kita.

11) pakai satu uniform yg bersih sepanjang masa.  Elakkan dari mengambil staf yg seksi dan suka berpakaian ketat.  Nanti customer boleh bergaduh suami isteri di tempat restoran anda.

12) jgn action.  Tak tahu makna ..tanya graduan UITM Machang kito tuh / atau UMK kita tuh.  Boleh adik?

13) ikhlas kena ada deh?  .. sebutlah 'li llahi taala.


He..he..he.. itu jer lah.

wasallam.  Selamat Maju Jaya.





0 comments:

Post a Comment