Salam
Esok bermulalah cuti panjang - Jumaat hingga Isnin.
Alangkah bagusnya jika kita kurbankan masa ini untuk menyebarkan agama ke seluruh pelusuk negara kerana:
* amalan agama semakin kurang diamalkan sekarang ini
** amalan berbaik sangka sesama insan pun makin terhakis dan
* jihad agama bermula dengan pengurbanan yg kecil kecil dahulu - berpisah dgn anak anak tersayang semata-mata untuk menyebarkan agama yg suci murni.
---
Dulu pada tahun 1800 - 1950 , ramai paderi Kristian memberi masa untuk menyebarkan agama kristian ke seluruh dunia. Ramai antaranya mati kerana malaria, cerik berik dan dibaham binatang buas. Semata mata mengembangkan agamanya Kristian. Keberkesanannya ..ramai orang Afrika beragama Kristian. Dari kristian, orang afrika meminati bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugese.
Tidak mustahil .. orang orang di ceruk ceruk hutan belantara akan mengambil islam sebagai cara hidup mereka jika .. orang orang islam ini sendirilah ..yg sanggup memberi masa untuk khusruj fi sabilillah. ( kurban masa untuk agama Allah). Tidak ada cara lain dah. Jika orang arab sibuk bermain bola dan membina stadium bola .. payah lah agama islam berkembang.
Ganjaran? setiap susah payah .. semasa mengharungi usaha dakwah fi tablighi ini .. Allah akan memberi balasan yg sangat setimpal ..insya allah.
Mengapa? di Lahad Datu .. pegawai polisan, tentera yg terkorban kerana berjuang menegakkan kedaulatan negara .. semua anak isterinya terjamin ..melangsungkan kehidupan mereka hingga berpuluh puluh tahun ke hadapan .. Yes ..dijamin oleh kerajaan Malaysia.
Inikan pula .. Allah Yang Maha Esa - pencipta negara Malaysia, Arab saudi, England dan Amerika - .. sudah tentulah ..org yg terkorban menegakkan agama suciNYA ..Allah akan memberi balasan yg teramat amat istimewa .., berlebih lebih lagi lah...hingga ke akhirat sana.
Rujuk ayat ayat suci Al Quraan ..
Sekian.
Selamat Bercuti - dan sila kurbankan cuti ini untuk menegakkan syiar agama. Ayuh.. kalau bukan kita umat islam yg bersusah payah untuk agama islam ini ...siapa lagi hah? Target : Markaz Dakwah Tabligh Dusun Raja Kota Bharu Kelantan atau Markazi Mosque Dewsbury, England.
Wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat hari buruh, take some rest Dr.
TQ so much/ i like to take rest during holidays but .. if we rest too much .. many things remained unsolved among them are .. the conditions of the muslim youth , neglecting their daily prayers, manners and ethics among our beloved parents and many more .. When /I write ..it is a form of rest to me ..Insya allah, alhamdulilah. Tq so much