home grown bananas ..

Posted by sazali

Salam

Saya suka memakan pisang setiap hari terutama selepas solat asar.  Pisang goreng. Panas , panas.

Terdapat banyak jenis pisang di sini.  Pisang raja, pisang nangka, pisang batu,  pisang kapas, ...
tetapi pisang sedap dimakan bila harinya panas terik  dan ada air kelapa muda bersama-samanya.

Saya mengambil keputusan untuk membeli pisang untuk makanan ,, minuman petang sekeluarga.  Bila makan ramai-ramai dgn anak anak ..mcm mcm peristiwa kita boleh berkongsi sama.  Ada cerita sedap dan kadang kadang ada cerita tak sedap/

2)  Baru baru ini ada orang orang kenamaan kita boleh menantu.  Sayangnya .. kedua dua ..bukan orang kita melayu jati.  Kalau dibuat analisa, mereka suka bercakap .. berkenaan dgn produk asli ..buku kita, kereta kita, teknologi kita, MAS kita , masjid besar kita, tanah air kito, ..dan mcm mcm hak kita.   tetapi ..cakap bersungguh sungguh (berapi-api) musim pihanraya tak semestinya ..  benda yg dicakapkan itu ..dia buat sebagai amalan.

Nampaknya ..trend sekarang ..orang suka bermenantukan  orang jauh jauh ..maklumlah senang dapat tiket kapal terbang Air Asia dan mcm mcm.  Orang moden kata ..glamour.

Tetapi ..  aku rasa .. pisang melayu kita tak berapa laku lagi dah .. maklumlah ..

2.1  harganya murah
2.2  senang dijumpai, diperolehi, senang dapat  ..di kebun kebun wak dollah, pak hamid, pak dol dan ..
2.3  tak syoklah.

Ha..ha..ha...

Saya boleh menulis mcm mcm di sini ..tetapi rumusannya pisang melayu tak berapo 'standard' doh  lagi.

3)  Keuntungan makan pisang tempatan.  Mengikut cikgu ARA di TMS Besut dulu 1974:

3.1 sokong industri pisang orang kampun kita
3.2  bila duit kita mengalir kpd orang kampung sendiri, duit itu akan masuk ke dlm .. saku saku adik beradik kita juga.  Bila depa senang (berduit) ..senang sikit ..mereka datang bertandang ke rumah kita bila kita jatuh sakit atau dirundung malang.  Buah tangan ..pisang emas di bawa belayar, masak sebijik diatas peti,   hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati.

4)  Ketidakbaikan pisang dari luar ialah:

4.1  kita menyokong industri pisang dari negara luar; tengok jer pisang pisang MU itu (ketawa)
4.2  bila mereka berduit ..payah duit mereka nak mengalir ke dalam poket pak dollah, pak hanmid kita .. disebabkan jarak dan
4.3  bila kita susah , besar kemungkinan ..mereka payah nak menjengguk kita.  Lagi pun ..siapalah kita?

Betul tak?

oleh itu ..jom kita sokong habis habisan pisang  melayu jati kita ..walaupun hitam, lembik, disebabkan faktor cuaca, pembungkusan  ..produk kita juga lerrr.

5)  Berkeluarga dgn orang mata sepek ..

selalunya .. orang itu datang dari keluarga kaya, super kaya, roket boom boom 'kayor' ..

tak pernah lagi aku dengar ..org besar-besar  kita mau berbesan dgn  orang menjaja buah potong di Georgetown atau pun Melaka Kelekbang, kelebek  Front.  Kalau ada .. info saya tau?  I doesn't know ...atau you doesn't know lagi dan lagi pellof (USM?) hishhhh ..pelof, pelofff ...

Jadi ..  orang orang besar ..paksinya .. duit, harta bertimbun timbun jua.  Oleh itu , beruntung besarlah orang ..yg mana suka ..bersusah payah ..berbesan dgn orang orang besar/ kaya ...  kau tak baca cerita perceraian ..melayu kita dgn kerabat raja Brunei?  ..hari tu.  Banyak duit depa dapat.  Sebab itulah ..trend sekarang ..pisang melayu ..tak berapa nak laku lagi.

Kasihan.  Anok mu , anak aku ..
Bersabarlah pisang melayu. What to do?  dahlah engkau tu hitam, lembik pulak tu .. harga pun tak tinggi.  Senang dicari?

Wallahu aklam bisawabbbb

0 comments:

Post a Comment