Salam
Dalam Al Quraan ..Allah berjanji dia bersama sama dengan orang yg sabar.
Bagaimanakah orangnya?
1) duit tak ada sangat la ni ..tetapi ibu ayah .. tiba tiba menulis surat setem 60 sen .. ayahanda bonda memerlukan sedikit lagi duit dari mu anakanda. Oleh itu, pejam mata .. hantar sikit lagi duit melalui maybank to you lah. Sabarlah wahai anakanda!
2) ada jiran mati. Kita dah rancang nak holiday ke Melaka. Disebabkan jiran, kita cancel jer. Wajah isteri pun bertukar bentuk , warna dan bibirnya ..jgn cakaplahhh. Sabar isteriku. Sabar .. ini hari dia jalan jauh ./.esok mungkin giliran kita bergerak ke sana juga. Sabar, boleh tak? Melaka taklari ke mana mana pun?
3) ajar ajar kaedah penyelesaian matematik. Dah lapan kali ajar benda yg sama. Tak faham faham budak zaman Nestle dan facebooking ini pasal topik induction dan recursive algorithm. Sabar! ( budak budak tu ..saudara D.S. Dr Rosmah tau?)
4) hissshhhh .. org nak cuti masa ni lah Pengetua panggil. Diminta kita jadi pemegang bendera sekolah waktu raptai Hari Kemerdekaan di stadium Sultan Muhammad ke 5 .. pagi ini .. Aduhai ..cikgu besar..... Sabar cikgu .. dia tu besar ... nanti dia jentik kau .. hilang biji mata tau?
5) staf room bising. Nak tidur tak boleh waktu bulan Ramadhan ini. Sabar cikgu. Staf room bukan tempat untuk tidur ,,,kerana menghilangkan keletihan sembahyang sunat terawih, tahajud, witir, gerhana bulan .. mlm mlm tadi. Mereka bising membincangkan engkau yg kerap tidur tu ..sambil berdengkur..dengkur... malulah sikit. Gigi mintak gosok , baju gosok sikitlah .. bulan puasa ni cikgu .. tolong ok?
6) macam mcam lagi kita kena sabar. Bini malas pun kita kena sabar/ bini suka shopping carpet pun kita kena sabar, lelaki tiba tiba hilang pekerjaan ..dinda kena sabar jugak; kerana ..dia dan carpet semua amanah tuhan mu yg Esa. Kasihan mu cikgu. Tu lah ..dah tahu tak leh sabar ..bak por nok khawin juga. Bukan ker susah mu cikgu ..Sabar!
7) Tun Mahathir kata .. setengah -tengah orang UMNO bodoh. Aduhai .. entahlah saya setuju atau tidak ... kita kena sabar banyak banyak dgn mulut dan lidah ini .. kita muslim .. sifat terpuji ialah tunjukkan kesabaran di mana-mana jua. Insya allah selamat dunia dan akhirat.
Tun Mahathir kato bodoh kerana .. ada puak ikut bendera biru , merah, putih ikut sgt telunjuk isteri yg boros itu.
Ada video viral dah dlm media sosial .. org besar kita laki bini ..berjoget sakan di Kazakhstan. Majlis menyambut menantu .. anok dia lah. Sabar Tun. Giliran depa suka sakan ..apa salahnya..
after suka ..marilah ..duka..
8) Dua tiga hari ini ..Mufti Perak ..Prof Hassssani .. kena kecam oleh DAP, MIC, MCA .. sebut pasal ..buat seks atas unta laki bini .. yg kuat mengutuk ialah orang orang yg tak faham ..zaman dulu .. tak ada facebook, e-mail, yahoo.com, jadi mereka salurkanlah nafsu mereka ..kpd isteri tak ikut masa dan tempat lah ..(halal ..)
sekarang .. isteri ada tablet;
suami ada tablet ; tetapi tablet isteri lebih besar dan power; kadang kadang dah lupa .. method ..kasih sayang .. kuat sgt bertablet ....
anak anak pun semua ada smart phone .. so nafsu .. tak kuat sgt dah ..kerana penat membaca nasib kapal terbang MAS yg telah ditembak jatuh oleh orang orang tak berhati perut, tenaga ghairah dah jadi sejukkkk kerana .. kinetic energy, potential energy .. disalurkan kpd ..aktivitas membaca, memikir, berhujah dan ... on line shopping ..
so tak payah panggil unta ..apa apa. (ketawa)
Itulah ..dok asyik sangat baca kitab kitab .. itu. Jom bacalah Newsweek, Times, Economists, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat..insya allah .. selamat dari kecaman manusia gila di luar opis-opis kita itu.
Hishhh ..kasihan .. PM orang kutuk; Mufti Besar pun ..orang-orang ketawakan .. zaman ini sudah teruk.
Orang confuse yg mana satu betul dan yg mana satu karut. astagh firullahhhh hal azeemm
Allahu Akbar.
Sabar banyak banyak .. tunggu pencen ..kita boleh suarakan gila gila.
Sekian. Bersabarlah.
Wallahu aklam bis sawabbbbb.
Al Fatihah.
Maaf ..saya pun kurang sabar .. // kerana sabar ini senang pada lidah tak bertulang ni .buat jer yg susah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment