Tak jadi puasa sunatlah ..

Posted by sazali

Salam

Hari ni ..banyak kerja termasuk "Jamuan Raya - TNB Peringkat Negeri Pulau Pinang".  Menghadhiri jamuan ini untuk maksud membina siratulraheem pun ..dianggap satu tugas juga.  Aduhai.

2) Pertama medical check up di Hospital LamWah Eeeee.  Pakar 1 (surgeon) kata gini ...Pakar 2 ( cardiologist ) kata gini pulak .. ubat dari pakar 1 mahal ..dan ubat dari pakar 2 semakin mahal.  Ubat mana nak telan ini? Aduhai .. Isu yg hangat dibincangkan sesama sahabat sahabat.

Next, kerja interview guru dengan HOTS di sekolahnya.  Selalu pihak pengetua menjemput tetamu sekolah berhenti sebentar untuk memakan minum  di kantin.  So ..nak jaga hati ..skip puasa lah hari ini.
Ok tak?

3)  Selepas zohor, ada jamuan raya skala besar ni ..pulak betul betul depan rumah saya. Besar majlis TNB ini.  Untuk mengambil faedah makan minum rezeki tuhan, saya mengambil bahagianlah ..  makan dgn staf depa.  Ha..ha..  ha..
Rezekii aku ialah martabak, rojak buah dan teh tarik.  Kos boleh jadi RM5/=  (ha..ha..ha). tak leh makan banyak kerana dah banyak masa outstation tadi sepanjang pagi.  Now jam 0500 ptg ..kerja bertimbun timbun atas meja.  Walaubagaimana pun ..syukur dengan pertolongan guru guru Pulau Pinang ..saya sudah submit paper untuk konferens COSMED 2015.  Harap sangat lulus oleh reviewer bertauliah.

4)  Tengoklah ..esok insya allah saya cuba untuk berpuasa lagi ..tetapi esok mesti menghilangkan diri ..mungkin bertapa di USM librarylah lagi bagus.  Mintak mintak tak ada org besar besar sibuk nak cari saya - anok jati kelate untuk berdikir ala halim budak pasir puteh gi gua musang.

Dalam kitab , kadang-kadang niat nak buat satu satu amalan itu ..lebih mulia dari amalan itu sendiri .  Harap harap Allah dan para para malaikat fahamlah sikit sikit ..zaman la ni ..  nak buat amalan mulia pun payah ..  nak buat amalan tak baik awas ..PDRM kita tu sentiasa tip-top...terutama geng geng yg datangg dari lubuk HANG JEBAT.   SPRM pun kasihan kan?  niat nak buat bagus bagus dah dengan oditing MDB1 tetapi ..tengok Datuk Bahri pun kena overhaul.  Astaghfirullah ..hal azeem.  Binggung rakyat jelata.

Itu  pasallah ..dalam kitab agama ..ada menyentuh ..  gigitlah sunnnah Nabi Muhammad s.aw. ini dengan gigitan yg cukup-cukup kuat kerana ..satu zaman akan datang ..umat ku payah sekali nak menjalankan ibadat yg mana Allah tuntuti.  Allahu Akbar! ( May Allah pardons me and all the umahh of Prophet Muhammad s.a.w).  Celik mata tadi ..ada watapp dari anakku di London ..pasal org Denmark nak bakar Al Quraan secara 'grandeaur'.  Entahlah.  Allah akan jaga agama islam ini.  Allah Maha Kuasa. Surah Alam tai ro kar fa fa ala ..  membuktikan kumpulan gajah besar besar pun hancur ditentang habis-habisan oleh burung burung bersaiz kecil.  Allah lah tempat kita mengadu.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.

Bulan Syawal nak habis dah ni

Posted by sazali

asSalamu alaikum / good greetings from me

Kita beraya 17 Julai tempoh hari.

Oleh itu kita telah beraya selama 23 hari dah ..tinggal 7 hari lagi untuk kita cepat cepat ..berpuasa sunat bulan syawal ini.

Fadhilat berpuasa sunat ialah "..sesiapa yg berpuasa bulan Syawal ini selama 6 hari selepas berpuasa 30 hari berturut turut pada bulan Ramadhan ..  pahalanya seperti dia telah berpuasa sepanjang tahun .."

Masya Alllah.

2)  Bagus kita berpuasa sunat ini.  Kebaikannya ialah :

2.1  kita melatih diri untuk berbuat baik sepanjang masa.  Buat baik ini banyak maksud

2.1.1  mengikut skema  yg diperakukan oleh Allah Taala sahaja  seperti bercakap benar walaupun pahit dan/atau mungkin kehilangan pangkat dan darjat. Contoh memang duit itu aku dah guna anak beranak aku semasa berada di luar negara .. wat to do man?  Bnayak betul duit aku dah guna .. satu  beg tangan pun beratus ratus RM.  Itu belum lagi benda lain. (rujuk isteri Marcus , Filipina).

2.1.2  mengikut Islamlah.  Buat baik kpd haiwan dan manusia tanpa mengira kefahaman agama, warna kulit dan bangsa.  Satu benda amal yg baik sebesar zarah pun ..tuhan akan balas seadil adilnya seperti menghilangkan gangguan di atas jalan raya; dan buat jahat sebesar semut api pun seperti ..buat tak dengar jer jika ibu memanggil pun .. tuhan akan balas juga keingkaran mu itu ..

2.1.3    (penat ..nantilah ..saya tulis lagi)

3)  Orang dalam dunia perubatan berkata .. kebaikan puasa ialah memberi masa

3.1 untuk urat perut dan usus besar/ kecil berehat seketika dan penyakit dari perut ..  boleh bertindak balas secara efisen dan efektif bila perut itu kosong dari minyak kedai mamak berliter liter banyaknya; perut bebas dari kari kari dari dunia India sana ..

3.2  perokok boleh hilang tabiat merokok itu. Lagi pun membazir.  Sifat membazir ialah sifat syaitan. Tempat syaitan ialah neraka ..so perokok nak ke sana ker?  Azab paling ringan di neraka ialah Pa Man Nabi Muhammad s.a.w iaitu Abu Talib ... otaknya bergelegak @ mendidih bila dia memakai terompah khas berjalan di atas api neraka.  Azab neraka paling teruk ..  mungkin dasyat dari azab setelah dibom orang dgn bom khas C4 itu.

3.3  control nafsu seperti asyik marah kpd suami/ isteri sepanjang masa.  Tengok jer muka Minah / Leman mulalah bertengkak ..entahlah org berdua ini. Apa punya sial kan?  Dulu gila sangat nak khawin.  Jauh pun jauh lah Minah nak juga Leman dari Perlis itu.  Bila dah ada anak 5; menantu 2; cucu 13 ..mulalah asyik marah marah jer ..  apa pasal yer orang tua berdua ni?

3.4  kurang berkawan/ kurang belanja yg bukan bukan.  Bila kita suka berpuasa bilangan geng pun kurang secara matematikal.  Orang tak nak geng dgn kita dah.  Bagus bukan?  Ikut pengalaman saya ..bagus kita hidup bersendirian sekali sekala ..kita telah selamat dari geng kempen beli ubat traditional , beli tudung 2 hingga 3 tingkat dan macam amcam lagi .. kempen suruh beli itu dan ini/ jimat duit bang jika tak ada ramai kawan.  Kalau bawak duit RM100 seminggu ke Putrajaya bermula hari Isnin ..insyallah Jumaat ni duit berbaki RM32 lagi lah .. sikitjer kita belanja.  No friends punya pasal lah itu. Syukur alhamdulilah.

kalu tidak ...besar kemungkinan ..geng itu berhutang dgn kita atau disebaliknya.  Jawapan ialah bermasam muka dalam satu opis tetapi dihadang oleh kad board jer .. hutang tak bayar / asyik hutang dgn  kita jer dia ni

3.5 org lelaki boleh rasa ..betapa susahnya orang pompuan berpuasa ganti ..  bila dah rasa .. baru ada kefahaman yg berpanjangan dan berkekalan.  Jangan ganggu Minah lagi plz.

3.6 ada lagi ..seperi kurang google itu dan ini dari komputer . Kurang berdosalah.  Alhamdulilah.  jauh dari fitnah dan zina mata itu dan ini.

Sekian.  Jom kita amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis juga.  Doakan untuk penulis ..baru puasa 4 hari jer bulan Sywal ini. Payah gila ..asyik Open House jer time opis ini.

Wallahu aklam bis sawab


Satu satu

Posted by sazali

Salam

Satu satu .. cucu saya menyebut '11'.  Betul ker?

Ada orang kasi duit raya ..  RM1 untuk nya .. selepas itu dtg orang lain .. kasi dia ..RM1 lagi ..  lantas bila atuknya menanyanya ..  irshad boleh banyak mana duit raya ni ...  dia kata 11 sebelas?

Betul tak?

Begitulah gelagat cucunya yg berumur 5 tahun ini ..  yg sedang mencuba belajar concept nombor dan struktur nombor.

2)  Orang komputer melihat nombor ini sebagai  ON  ON ..semakin kuat kuasa power letrik dibekalkan dari sumber letrik ..dynamo.  semakin terang alam sekitarnya.

3)  Tapi ..org baru khawin ..1  1  bermaksud lain pula  bukan?  Pengantin pompuan mahu ..suaminya ..selalu ingat kat dia sahaja seepanjang zaman iaitu dari zaman rambut serba hitam hinggalah zaman seluruh rambut memutih macam salji turun di Gunung Fiji, Jepun.  Agak agak bolehkah ini berlaku?

Begitulah ragam manusia.  Cinta biar satu tetapi berkawan biar beribu.

4)  PM pulak ..  dia fikir dia mahu jadi bos nombor 1 sampai bila bila di dunia sebelah sini (asia tenggara).  Boleh kah?  He..he..he..  oleh sebab dia mahukan benda ini ..dia sanggup buat apa saja .. tengok sajalah mantan Tun Dr Mahathir .. 22 tahun jadi org nombor ONE.  Paling hebat .. Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecatnya..  Allahu Akbar.

5)  Dalam politik, ramai orang gila angka ONE ni.  Setahu aku .. orng nombor ONE selalu buat duit dan harta semasa berkuasa kecuali arwah Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan satu masa dahulu.  Mengapa ? Entahlah .. ikut pembawakan diri individu itu sendiri.  Lagipun isteri TGNA ..  kuat ketakwaannya dari segi pandangan dunia dan lain-lain.


Kalu kita rajin membaca sejarah Malik bin Dinar ..dia tak nak jadi mufti nombor 1 pun ..kerana dia takut tak dapat menjalankan amanah dari Allah.

Oleh sebab itu orang zaman dahulu ... bersungguh sungguh .. mengelak dari memegang jawatan tinggi tinggi dalam pemerintahan sapa sapa.  Dengan sifat begini ..islam berkembanng seluruh dunia. Baynagkan kerajaan Roman dan Persia boleh dikalahkan oleh orang orang islam yg serba lemah dari segi material dan kelengkapan senjata.

Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk peribadi mulia ..para para sahabat.

Sekarang dunia sudah berubah.  Dulu islam memerintah satu dunia...sekarang ..  bukan nak memerintah satu satu dunia ... dalam keluarga sendiri pun ..kalah dengan isteri tersayang.  Aduhai?  Pertama kalah dari segi fizikal .... sekali lanyak suami ..boleh terus jalan ...  kedua, pay slip RM10000 sebulan gaji isteri .. berstatus GB/ Pengetua pulak tu ..kita ?  (suami)  setakat drebar teksi atau kereta prebet sana dan sini.  Bila 2 benda ni kalah ..payah nak control bini.  Cuba buat research ..pasang soalan-soalan kajian , cari kaedah terbaik dan buatlah statistik dan temubual.  Saya rasa tak lari ..  keputusan awal ..  memang ada korelasi antara fizikal suami isteri+ gaji  dengan kuasa kontrol dalam satu satu rumah tangga.

Mengapa?

Berikut adalah punca-punca nya:

5.1  gila dunia - tabiat berpura pura dan menipu sudah menjadi satu kelaziman dlm masyarakat dunia. Disebabkan orang punya nombor ONE, ada orang orang itu sanggup buat apa saja ..asalkan ada faedah berkawan dgn orang nombor ONE
5.2  takut mati -  betul tak?
5.3  tak percaya adanya hari pembalasan iaitu akhirat di mana amal sebesar zarah pun akan digandakan sebesar Gunung Uhud dan dosa sebesar pasir pun ..tuhan akan tanyakan ..contoh soalan yg bocor ..why reka-reka cerita itu Mongolia ?

5.4  tak memberi masa untuk memikir ..ke mana aku selepas ini?
5.5  iman agama , taqwa kita semakin hari semakin menipis dan menghilang beransur ansur ..hinggakan  ada org dalam hospital di kelilingi oleh sanak saudara terdekat pun ..tak boleh mengucap 2 kalimah syahidah sebelum MATI dan yg paling  malang
5.6  orang orang yg menyaksikan kematian pun ..gagal mengambil iktibar ..satu hari kita pun akan bersemadi di liangg lahad  juga.

Apa itu iman?  Apa itu taqwa?  Benda ini berkait dgn perasaan malu kita kpd pencipta kita sendiri bernama Allah Azawajalla.


Sekian. Buatlah sesuatu tuan/puan?  tak rugi pun

Wasallam