Bulan Syawal nak habis dah ni

Posted by sazali

asSalamu alaikum / good greetings from me

Kita beraya 17 Julai tempoh hari.

Oleh itu kita telah beraya selama 23 hari dah ..tinggal 7 hari lagi untuk kita cepat cepat ..berpuasa sunat bulan syawal ini.

Fadhilat berpuasa sunat ialah "..sesiapa yg berpuasa bulan Syawal ini selama 6 hari selepas berpuasa 30 hari berturut turut pada bulan Ramadhan ..  pahalanya seperti dia telah berpuasa sepanjang tahun .."

Masya Alllah.

2)  Bagus kita berpuasa sunat ini.  Kebaikannya ialah :

2.1  kita melatih diri untuk berbuat baik sepanjang masa.  Buat baik ini banyak maksud

2.1.1  mengikut skema  yg diperakukan oleh Allah Taala sahaja  seperti bercakap benar walaupun pahit dan/atau mungkin kehilangan pangkat dan darjat. Contoh memang duit itu aku dah guna anak beranak aku semasa berada di luar negara .. wat to do man?  Bnayak betul duit aku dah guna .. satu  beg tangan pun beratus ratus RM.  Itu belum lagi benda lain. (rujuk isteri Marcus , Filipina).

2.1.2  mengikut Islamlah.  Buat baik kpd haiwan dan manusia tanpa mengira kefahaman agama, warna kulit dan bangsa.  Satu benda amal yg baik sebesar zarah pun ..tuhan akan balas seadil adilnya seperti menghilangkan gangguan di atas jalan raya; dan buat jahat sebesar semut api pun seperti ..buat tak dengar jer jika ibu memanggil pun .. tuhan akan balas juga keingkaran mu itu ..

2.1.3    (penat ..nantilah ..saya tulis lagi)

3)  Orang dalam dunia perubatan berkata .. kebaikan puasa ialah memberi masa

3.1 untuk urat perut dan usus besar/ kecil berehat seketika dan penyakit dari perut ..  boleh bertindak balas secara efisen dan efektif bila perut itu kosong dari minyak kedai mamak berliter liter banyaknya; perut bebas dari kari kari dari dunia India sana ..

3.2  perokok boleh hilang tabiat merokok itu. Lagi pun membazir.  Sifat membazir ialah sifat syaitan. Tempat syaitan ialah neraka ..so perokok nak ke sana ker?  Azab paling ringan di neraka ialah Pa Man Nabi Muhammad s.a.w iaitu Abu Talib ... otaknya bergelegak @ mendidih bila dia memakai terompah khas berjalan di atas api neraka.  Azab neraka paling teruk ..  mungkin dasyat dari azab setelah dibom orang dgn bom khas C4 itu.

3.3  control nafsu seperti asyik marah kpd suami/ isteri sepanjang masa.  Tengok jer muka Minah / Leman mulalah bertengkak ..entahlah org berdua ini. Apa punya sial kan?  Dulu gila sangat nak khawin.  Jauh pun jauh lah Minah nak juga Leman dari Perlis itu.  Bila dah ada anak 5; menantu 2; cucu 13 ..mulalah asyik marah marah jer ..  apa pasal yer orang tua berdua ni?

3.4  kurang berkawan/ kurang belanja yg bukan bukan.  Bila kita suka berpuasa bilangan geng pun kurang secara matematikal.  Orang tak nak geng dgn kita dah.  Bagus bukan?  Ikut pengalaman saya ..bagus kita hidup bersendirian sekali sekala ..kita telah selamat dari geng kempen beli ubat traditional , beli tudung 2 hingga 3 tingkat dan macam amcam lagi .. kempen suruh beli itu dan ini/ jimat duit bang jika tak ada ramai kawan.  Kalau bawak duit RM100 seminggu ke Putrajaya bermula hari Isnin ..insyallah Jumaat ni duit berbaki RM32 lagi lah .. sikitjer kita belanja.  No friends punya pasal lah itu. Syukur alhamdulilah.

kalu tidak ...besar kemungkinan ..geng itu berhutang dgn kita atau disebaliknya.  Jawapan ialah bermasam muka dalam satu opis tetapi dihadang oleh kad board jer .. hutang tak bayar / asyik hutang dgn  kita jer dia ni

3.5 org lelaki boleh rasa ..betapa susahnya orang pompuan berpuasa ganti ..  bila dah rasa .. baru ada kefahaman yg berpanjangan dan berkekalan.  Jangan ganggu Minah lagi plz.

3.6 ada lagi ..seperi kurang google itu dan ini dari komputer . Kurang berdosalah.  Alhamdulilah.  jauh dari fitnah dan zina mata itu dan ini.

Sekian.  Jom kita amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis juga.  Doakan untuk penulis ..baru puasa 4 hari jer bulan Sywal ini. Payah gila ..asyik Open House jer time opis ini.

Wallahu aklam bis sawab


1 comments:

  1. Mashitah Mamat said...

    habis dah syawal 2015...meninggalkan byk kenangan ..

    semoga jupe ramadhan & syawal lagi...inshaAllah...hehehe

Post a Comment