Aduhai puak-puak kita ini

Posted by sazali

Salam

Cakna bermakna 'mengambil berat atau mengambil tahu' dan 'tidak cakna' bermaksud tidak mahu mengambil berat apa apa mengenai sesuatu.

Masyarakat Islam berada di ambang kejatuhan kerana penyakit cakna / lemah iman.

Contoh:
1) Ali sembahyang tidak memakai baju. Sudahlah begitu ..dia sembahyang dekat sangat dengan peti TV di rumahnya. Ini menunjukkan dia tidak cakna bila berhadapan dengan tuhan raja kepada sekelian makhluk.  Jika dia dijemput mengadap Seri Paduka Baginda Yang di Perrtuan Agong ..dia akan memakai pakaian yang cukup rapi ..  berbeza pula bila bersembahyang mengadap Allah Robbul Alamin.  Mungkin dia pikir Allah itu lebih rendah dari SPBYD Agong.

2)  Dekat sesetengah surau/ balasoh/ masjid di negara ini ..  kain sembahyang perempuan adalah dalam keadaan 'kotor' .  Bagaimana nak buat sembahynag dan mengadap tuhan .. bila kain sembahyang pun tidak bersih.  Tak percaya ..tengoklah keadaan bilik wanita sembahyang .. cukup mendukacitakan.  Sebab itu ..pelajar perempuan IPTA/IPTS tak cakna nak sembahyang pun. Sudahlah memakai pakaian serba ketat , kain sembahyang (kanor) pun tak sedap mata memandang.  Bila tak sembahyang, mereka senang ..terjebak dalam kemaksiatan.  Itu baru kawasan kawasan surau di stesyen bas belum lagi saya menulis pasal view di kawasan tandas-tandas  di negara ini.  Masyallah / astaghfirullah.

Bila masyarakat penting pasal duit ..tak ramai manusia mahu buat amalan ..ikhlas semata mata kerana Allah.  Ada org islam (mualaf) di Kanada Montreal .. depa berpakat pakat basuh kain sembahyang pompuan tanpa dapat upah sedikit pun. Sayang tempat kita .  majlis agama penuh panggung (forum perdana)  .tetapi ..kain sembahyang dlm masjid, surau, musolla, surau kat steyen minyak, surau kat RnR .. tak ada yg sudi basuh untuk Allah Taala ..seperti janji tuhan.  Fikirkanlah .. dasyat bukan?

Kain sembahyang lelaki yg diwakaf pun hilang// yg ada .. cukup tak enak baunya.  Wallahu aklamm.

3) Cikgu pun tak cakna juga.  Mereka tahu banyak ..tetapi mereka tak buat banyak.
4) Pensyarah-pensyarah  pun tak cakna juga.  Mereka sangat tahu ..tetapi amalan amalan tak mencerminkan demikian.  Ada cikgu dan pensyarah buat 'double parking'. kalau org pandai pun double parking ..apa nak kita harapkan dari org org kurang cerdik di negara ini.

5) Askar , polis, kastam, kaki tangan Majlis Bandaran .. ramai staf ..tidak cakna .. mereka masuk jam 0800 pagi tiap tiap hari ..tetapi .. jumlah kerja tak menunjukkan .. jumlah jam, quality kerja saban hari .. tengok sahajalah ..insiden yg berlaku sana dan sini.  Staf rasuah;  kemalangan maut .. kalau kita pakat pakat bekerja dengan penuh kecaknaan .mungkin banyak benda baik berlaku.

Contoh klasik tidak cakna ..  ibu pejabat polis Bukit Aman boleh terbakar baru baru ini di saat org sibuk berbincang pasal 1MDB, 700 USD masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri?  Tak lama selepas itu KPN memaklumkan ..  don't worry .. the documents are not so important.  My question is:  if not important why did you keep them in your office?  Org Information System seluruh dunia sudahpun  ketawa terbahak-bahak ..kpd Malaysia ..  why you keep old rubbish huh?

6) jiran tetangga pun tak cakna juga.  Time orang mati ..baru kenal mengenali ..  kalau tidak ..kita amalkan mu mu aku aku.  Baguskah begitu?

7) Menteri menteri pun  tak cakna juga ..  cakap tak serupa bikin.  Kalau bercakap ni ..elok gunalah otak terlebih dahulu. Jangan sakitkan hati rakyat jelata.  Dalam satu satu keluarga ..si ayah sibuk menghantar anak anak tuisyen.  Jadi kalau menteri tak pandai bercakap .. belajarlah ..gi lah tuisyen .. jumpa profesor professor .. belajar cara cara bercakap.  Susah sangat ker?

Buatlah team building.  Salah satu skop perlu ditekankan ialah 'bagaimana nak bercakap?'

Nabi Muhammad s.a.w berpesan ..jaga 2 benda .. kau akan selamat ..apakah benda itu .. mulut dan kemaluan.

  Sekian sahajalah ..  penulisan saya untuk kali ini.  Jom kita amalkan sifat cakna di mana mana sahja kita berada. Boleh tak? Ynag baik dari Allah dan yg terkasar bahasa , maaf kan lah ....  maklumlah saya bukan menteri pun. Barulah org kapir dan mungkin haiwan di rimba respect kita .. umat terbaik ..mu kato?

Wasallam.


0 comments:

Post a Comment