Salam
Lembu adalah sejenis binatang peliharaan orang orang melayu sejak turun temurun lagi. Salah satu fungsinya ialah membantu petani membajak tanah bendang(sawah).
Kalau nak ikut saiz fizikal lembu .. boleh dikatakan besar jugaklah jika dibandingkan dengan tuan punya lembu tersebut. Berat badan boleh jadi setengah tan. Tetapi sayangnya lembu ini senang jer dikawal oleh tuannya melalui seutas tali besar yg dicucuk mengikut lubang hidungnya itu.
Jika ditarik kuat kuat tali lembu ini ..rasa rasa lembu ini merasalah sakit pada lubang hidungnya itu. Jadi untuk mengurangkan kesakitan ke atas hidungnya .. sang lembu akan mengikut sahaja arahan tuannya. Jika tuan hendak menggunakannya .. untuk membajak sawah waktu pagi .. dia ok jer ..dan jika tuan nya nak menggunakan kudrat lembu waktu tengah hari pun ..lembu menurut sahaja. Tidak membantah sang lembu sedikit pun ..kerana ..tali ada dlm lubang hidungnya .. tak dicabut cabut pun sejak dahulu lagi. Klimaks kehidupan lembu ialah dua. Pertama, melahirkan anaknya dan kedua dijadikan kurban waktu umat islam berhari raya Aidil Adha. Disebabkan sifat patuh si lembu dengan tuannya lah .. orang orang melayu ada satu bidalan yg khas ' jangan jadi bodoh macam lembu'.
2) Mengapakah begitu?
Saya kurang arif sebenarnya mengapa bidalan itu tercipta dari penyelidik penyelidik tamadun melayu dari tahun 1000 - 1400 Masihi ini. Tetapi itulah salah satu sifat orang melayu sejak dahulu sampailah la ni. Pak Turut sejak zaman turun temurun. Maaf.
3) Hari itu ..saya terlihat ..orang orang melayu, orang islam sembahyang hajat di padang besar Kuala Lumpur. Mereka sembahyang nak mintak tolong dari tuhan .. agar negara ini terus wujud hari ini, esok dan selama-lamanya. (ketawa). Selepas itu .. dilaporkan dalam akhbar ..orang orang kristian, hindu, buddha pun ..akan buat amalan yg sama juga .. agar Malaysia terus aman damai dan terus bodoh kot.
Yang hairan .. pelakon utama yang menyebabkan .. huru hara .. pun turut sembahyang hajat juga. Tak sedar kah .. jika dia tak datang ke padang itu ..lagilah bagus. Insya allah .. cepat tuhan tunaikan permintaan ..orang orang islam melayu untuk selamatkan negara. Ameen.
Disebabkan karektor di atas ada pada .. umat islam melayu .. mereka terus .. sembahyang hajat .. tak ada seorang pun mahu protes .. jgn masuk shaf kami wahai .... fulan bin si fulan .. kau dah banyak menyusahkan kami dengan pembunuhan rakyat asing, GST , 1MDB , dan nilai ringgit pun semakin hari semakin menjunam ..
tak ada ..protes ..sedikit habuk pun .. dari orang orang melayu pada hari tersebut .. Kalau tuhan berada di atas satu bukit yg teramat tinggi ..sudah tentu tuhan boleh melihat telatah pak turut inii semua. Orang orang baik pun boleh sembahyang sama sama dgn orang itulah. Hisshhhh... agak agak tuhan terimo kor .. doa mu itu?
Kadang-kadang saya terfikir juga .. mengapa begitu bangsaku ini. Adakah majoriti ahli PDRM, ATM, pelatih guru maktab perguruan, pelatih pegawai kastam ni? (he..he..he; berbayar kot?)
Kita tak .. mahu .. kita tak berani .. nak protes apa apa ..kita pakai turut jer .. dari dulu , sekarang dan .. selama-lamanya. Macam itu punya karektor lembulah ... sampai lubang khas untuk disembelihkan pun ..lembu tetap patuh kepada tuannya. Kasihannya? Air mataku jatuh berderai - bercucuran melihat betapa bodoh si lembu ini. Meletakkan lehernya ke dalam lubang tersebut. Memang lembu tak ada otak.
Badan jer besar .. tak ada semangat nak lawan tuan. Kalau disepak 'batu-P' sudah tentu tuannya dah lama melayang ke syurga. Bolehlah dia hidup bebas merumput sana dan sini. Tak nak lembu ini yer?
Bilangan melayu ramai .. tak ada semangat nak protes apa apa pun ..
Kasihan kat kita.
4) Jika di India, di Pakistan dan di Bangladesh (Benua IndoPak) .. jangan diharap .. si fulan bin si fulan ..masih hidup berlegar legar atas padang rumput menghijau lama-lama .. sudah tentu dia kena apa agaknya yer?
4.1 ditembak macam Perdana Menteri India - Mahatma Ghandi
4.2 dibom macam mendiang Antantuya
4.3 dibunuh macam Perdana Menteri Bangladesh - Bhutto
4.4 semua di atas boleh berlaku dengan senangnya
Hanya di bumi Malaysia sahaja ..lakonan lembu dipertontonkan sejak tok nenek melayu sampailah ..sekarang disaksikan oleh generasi muda melayu. Simbol "L" = lemah, lembik, longlai, loose, laror, lupo, .. terus melekat atas dahi kito belako belako.
Al Fatihah. Fikir-fikirkanlah. saya sekadar mengetuk butang butang tertentu dari papan kekunci .. sambil mengucap .. astagfirullah .. gambar Gabenor Bank Negara terus senyum walaupun..nilai mata wang RM semakin turun.. Ekonomi kito ok ker ? orang lain ekonomi mereka - depa kata Ok dan matawang mereka tak menyusut macam kita pun ? Bak por kito gini mor ni !
Wallahu aklam bis sawabbb
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment