Salam
Saya sekadar posman.
Ada surat saya hantarlah.
Surat surat ni kadang kadang sampai, kadang kadang tidak.
Nak buat cam ner ..alamat penerima atas surat macam macam ada.
Kalau rumah kampung , cepat sampai.
Kalau apartment, surat payah sampai.
Apa boleh buat ..ada org mahu hidup tempat eksklusif.
ingat cerita arwah norita shamsuddin?
he he he. Payah hantar surat kpd nyo.
'-'----
Hari ni surat saya dari mimbar masjid.
ada surat penting.
jom saya hantarkan.
' bulan ramadhan bulan istimewa.
semua amalan ..berlipat lipat ganda pahalanya.
amalan sunat ..diangkat darjat seperti amalan fardhu.
satu fardhu ..ganjarannya 70 kali ganda.
memberi makan orang berpuasa
si puasa dapat 'xyz' jumlah pahala
tukang beri makan kepada si puasa dapat juga pahala
'Xyz' pahala di atas tanpa mencuri apa apa yg si puasa dapat.
Allahu akbar.
Membaca al quraan. Setiap huruf jika dibaca dapat 10 hasanah pada bulan bulan lain
tetapi dalam ramadhan ..semua mubarak ..
satu huruf dapat 10x70 = 700
Hasanah.
bayangkan jika kita baca ayat bermula dengan 'alif lamm mimn'
Kita dah dapat 700 x 3 = 2100 hasanah.
jika kita baca ..
satu juzuk sehari dlm ramadhan,.bayangkanlah hasanah yg kita dapat di akhir ramadhan.
Untung sangat sepasang suami isteri
sebelum tidok ..suami baca quraan depan bini
dan selepas itu .. bini pulak baca al quraan depan tok lakinya ( suami). Boleh mu?
he he he.
Garu kepala rambut gatal.
Bulan puasa ialah bulan al quraan.
elok kita banyakkan masa ini bacalah al quraan dan tafsirnya.
bila bawak kereta ..ke opis ..bacalah al quraan dgn anak anakmu.
bila trafik jamm..bacalah al quran hati kasi tenang.
bila di pasar ramadhan, bila cari cari kueh
bacalah zikir
zikir bnyk bnyk ..hati tenang, senang dan redha. Kueh semua dah habis.
yg ada hanya air sirap, bandung, air mata kuching.
ok bang?
Dekat maghrib,
ayah kepalai berdoa
anak anak isteri tadah tangan dan sebutlah ameen.
selepas ayah doa
mintak anak anak berdoa pulak
seorang demi seorang
mak bapak tolong ameenkan.
jika buat begini
mustahil ada anak
derhaka kat ibu bapa
mustahil ada anak
bunuh , tetak, kapak, gergaji badan ibu ayahnya.
mustahil
ada anak
mat dadah
anak perempuannya ..mek dedah itu dan ini
Sebenarnya
bulan ramadhan ...membawa kita insaf
semua ubat ada dalam islam.
bila semua anak bagus bagus
satu kampung selamat
satu bandar selamat
satu ibu kota metropolitan selamat
satu negara selamat.
BEGITUlah adik.
Pak chik bawak surat jer.
Semua surat pak chik dapat dari masjid,
ada surat dari pengalaman pak chik
ada juga surat setelah melalui pembacaan, analisis dan sinopsis.
selagi ada pagi
selagi ada siang
kerja pak chik posman jer adik
pak chik bawa surat dengan amanah.
kadang kadang motorsikal pak chik rusak di pinggir bukit
kadang kadang pak chik d kejar anjing
kadang kadang basah kuyup uniform pak chik
kadang kadang surat ku hantar,
dalam ketar ketar sejuk
sumpah seranah yg pak chik dapat.
tetapi biarlah
ini jer kerja pak chik
sekadar untuk makan sesuap nasi.
Muga muga tuhan redha dgn ku..
Aku juga redha pada tuhan.
bacalah surat itu adik dan kakak
Jangan tengok pak chik
Tengok apa isi kandungan surat yang pak chik bawa
Sekian.
Wasallam
Salam
Sedang mendengar taklim (bacaan hadith) dalam masjid selepas solat asar
Apa yang saya dapat?
Seseorang tidak puasa sehari dlm bulan ramadhan tanpa sebab yg dibenarkan oleh syarie
Dia tak akan dapat qadha puasa itu di bulan bulan yg lain
Ia itu tak sama pemberat ..kerana dia
Tak kan dapat keberkatan yg sama dlm bulan ramadhan yg lalu.
Hadith.
Rumusan. Rugi besar.
sebab syarie?
1. Sakit
2. Sebab datangnya darah haid
3. Perjalanan yg jauh ..memungkinkan dia akan jatuh sakit
4. Tak ingat dah .. (maaf)
** fadhilat majlis taklim wa taklum
a. Allah ampunkan semua dosa kita kecuali dosa besar seperti membunuh, berzina,
menipu dan syirik
b. Menghidupkan sunnah Nabi s.a.w di zaman orang mempelekehkan , mempersendakan hukum allah .. hukum hudud contohnya..
dia dapat pahala 100 pahala mujahid2 dalam peperangan Badar dan Uhud.
Allahu akbar.
sekian.
wallahu aklam.
Salam
Dalam subjek perakaunan dan ekonomi,
Ada satu istilah yang selalu disebut oleh guru guru dan profesor dalam bidang ekonomi ialah ' aset dan liabiliti'.
ASET ialah harta seseorang yang dimilikinya secara membeli, hadiah dan sebagainya..
Tanah ialah satu aset yang tetap.
Jika tanah ini berada di sebelah bangunan KLCC aset ini tersangatlah berharga.
Satu lagi istilah ialah liabiliti.
Liabiliti ialah hutang. Sesuatu yang merugikan tuan punya badan.
Jika seseorang mempunyai aset 1,000,000 RM dan liabiliti RM500,000
Maka dari konteks perakaunan dia masih beres dgn aset berbaki RM500,000
Jika aset RM1 juta tetapi liabilitinya RM10 juta maka dia diistiharkan bankrup dengan hutang RM9 juta.
Seorang dipanggil bodoh jika mempunyai liabiliti yg banyak sepanjang masa. dari kaca mata pakar ekonomist.
Dalam perniagaan, org ramai tak mahu membuat sebarang tranasksi dengan org di ambang bankrup.
2) Malaysia sebuah negara yang kaya.
Aset negara terlampau banyak.
Getah, sawit, nenas, kelapa, daun teh, lada hitam, petrol, bijih timah merupakan aset negara.
Kalau tidak itu, tenaga kerja yang ada merupakan aset negara juga. Sebab itu remaja negara ini dipantau oleh ibu bapa, masyarakat, guru sekolah dan pihak kerajaan agar remaja negara ini dapat menyumbang sesuatu yg baik kepada negara ini kelak. Macam macam program di sekolah diaturkan agar anak anak tuan dan saya menjadi bijak. (Rujuk: RICH DAD POOR DAD).
Tetapi sejak kebelangkangan ini, Malaysia mempunyai liabiliti yg tinggi. Patutlah ramai orang besar rebah dan terus 'jalan'.
Semakin dibiarkan , semakin banyak hutang negara...
Bila aset tak dapat menampung liabiliti yg besar,
Lama lama negara akan hancur.
sebuah negara mempunyai sebarisan pemimpinnya.
jika pemimpin cerdik , negara yg tiada aset banyakpun ..mereka boleh hidup dengan baik. Contoh Singapura.
Pemimpin cina pun ..tak menganut agama islam pun ..bila cerdik ada so karo (satu perkara)
sebuah pulau sekecil Singapura
namanya dipandang mulia. Atas jalanraya orang puji depa, atas langit pun mereka sangat berbisa.
Contoh pertandingan bolasepak.
Singapura kalahkan Malaysia
Singapura kalahkan Kelantan.
Mengapa? Cerdik so karo. Dia berehs.
Tak perlu ..aset getah, sawit, petrol apa apa
tak perlu ..itu ini seperti Konsep 1Malaysia apa apa; tunjuk sepotong jari keras sana dan sini
Singapura kalahkan dua negara Malaysia dan Kelantan secara main main sahaja.
Orang cerdik ..asetnya melebihi liabiliti.(rujuk: Rich Dad Poor Dad).
bila hutang tak banyak
main bola, gelecek gelecek ..skor goal senang jer.
senang sekali. Bila otak tak serabut dengan hutang hutang yg bodoh ..gawang gol senang jer nampak. Tendang kuat terus masuk gol. Pemain bola buta pun .. so simple bang?
Orang banyak problem ..jika bola di kaki ..gawang gol tak ada goaliee ..pun gagal menyumbat gol. Kepalanya berat. Tak naik naik sejak semalam.
Dalam satu satu organisasi
jika dikesan satu perkara ..yg membawa punca liabiliti
benda tersebut dibuang secara cepat dan pantas.
Di dalam badan seseorang manusia, satu penyakit kritikal dipanggil barah.
Doktor akan buang barah secara segera agar pesakit boleh hidup lama. Alat yang digunakan mungkin parang, pisau, gergaji letrik ..pandai pandailah. Beri kat aku, aku chop terus tertanggal dan drop terus dalam bakul ....
Zalim? Hari ni nampak zalim ..esok dan seterusnya ..pesakit bahagia. Penunggu setianya boleh balik rumah dan terus tidur berhari hari dengan perasaan cukup lega.
Di sekolah, jika pentadbir merasakan ada guru guru yang membawa angkara berupa liabiliti
guru guru tersebut dibuang kerja atau dipindahkan ke sekolah lain di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak.
dengan cara ini, barah di sekolah dapat dikawal tepat dan betul.
Di Kementerian Imegresen, 15 pegawai dibuang kerja dan 18 pegawai ditahan kerja kerana disyakki ..jahat merosakkan sistem komputer dan sabotaj kerajaan.
Dengan cara ini, kerajaan dapat kembalikan nama baiknya.
Banyak wang negara selamat.
Sekarang ekonomi negara tidak selamat.
hutang negara RM700 bilion.
Dulu semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Allayarham Tun Abdul Razak, Datuk Seri Abdullah Badawi, Tun Mahathir Mohammad memimpin negara,
hutang negara tidaklah sebanyak ini.
Dunia barat (kafir) menyerang kita setiap hari.
Mengapa.?
Adakah guru seperti saya membawa liabiliti.
Adakah Che Ismail penjual ikan mata merah dengan motosikal Honda Cup 70 c.c. sekeliling kelalang di kampung satu liabiliti?
adakah kapal tangki minyak di Pelabuhan Klang satu liability?
atau Datuk LCW punya angkara?
betul bijok mu.
Apakah doa yang digunakan oleh pemimpin negara untuk mempertahankan keadaan ini ?
Adakah doa mukminin, mukminat lain pada musim
bulan puasa ramadhan kareem malam lai latul qadar
doa puak puak ni ..tak berbisa kah?
doa mufti mufti tan sri, tan sri,
doa power power dalam bahasa arab, bahasa pekat kelantan
atau macam mana?
mesti doa mereka musim haji dan umrah
rakyat jelata
tak berbisa mana/ tak makbul
sedangkan ..
liabiliti negara semakin bertambah hari demi hari.? Apa ini ..
3) Jom balik kita ke cerita asal
Singapura ..
Malaysia..
bukankah bagus kita cerdik so karo jah?
bagus apa?
tahu formula
aset mesti lebih banyak dari liabiliti ( Rujuk: Rich Dad Poor Dad)
harta negara mesti lebih banyak dari hutang negara.
rumusan cerita
kito mesti cerdik.
negaro mesti cerdik
rakyat jelato cerdiklahhhh
He he he
kalau tidak ..org kafir ketawakan kita semalam, hari ini dan juga esok. Ketawa mereka menyakitkan telingo aku dan semua orang kampungku atau
mu rasa guano tuan ?
Wasallam