bulan ramadhan adalah ..

Posted by sazali

Salam

Saya sekadar posman.
Ada surat saya hantarlah.

Surat surat ni kadang kadang sampai, kadang kadang tidak.
Nak buat cam ner ..alamat penerima atas surat macam macam ada.

Kalau rumah kampung , cepat sampai.
Kalau apartment, surat payah sampai.
Apa boleh buat ..ada org mahu hidup tempat eksklusif.

ingat cerita arwah norita shamsuddin?
he he he.  Payah hantar surat kpd nyo.

'-'----

Hari ni surat saya dari mimbar masjid.
ada surat penting.

jom saya hantarkan.

' bulan ramadhan bulan istimewa.
semua amalan ..berlipat lipat ganda pahalanya.

amalan sunat ..diangkat darjat seperti amalan fardhu.
satu fardhu ..ganjarannya 70 kali ganda.

memberi makan orang berpuasa
si puasa dapat 'xyz'  jumlah pahala
tukang beri makan kepada si puasa dapat juga pahala
'Xyz' pahala di atas tanpa mencuri apa apa yg si puasa dapat.

Allahu akbar.

Membaca al quraan. Setiap huruf jika dibaca dapat 10 hasanah pada bulan bulan lain
tetapi dalam ramadhan ..semua mubarak ..
satu huruf dapat 10x70 = 700
Hasanah.

bayangkan jika kita baca ayat bermula dengan 'alif lamm mimn'
Kita dah dapat 700 x 3 =  2100 hasanah.

jika kita baca ..
satu juzuk sehari dlm ramadhan,.bayangkanlah hasanah yg kita dapat di akhir ramadhan.

Untung sangat sepasang suami isteri

sebelum tidok ..suami baca quraan depan bini
dan selepas itu .. bini pulak baca al quraan depan tok lakinya ( suami).  Boleh mu?

he he he.
Garu kepala rambut gatal.

Bulan puasa ialah bulan al quraan.
elok kita banyakkan masa ini bacalah al quraan dan tafsirnya.

bila bawak kereta ..ke opis ..bacalah al quraan dgn anak anakmu.
bila trafik jamm..bacalah al quran hati kasi tenang.

bila di pasar ramadhan, bila cari cari kueh
bacalah zikir
zikir bnyk bnyk ..hati tenang, senang dan redha. Kueh semua dah habis.
yg ada hanya air sirap, bandung, air mata kuching.
ok bang?

Dekat maghrib,
ayah kepalai berdoa
anak anak isteri tadah tangan dan sebutlah ameen.

selepas ayah doa
mintak anak anak berdoa pulak
seorang demi seorang

mak bapak tolong ameenkan.
jika buat begini

mustahil ada anak
derhaka kat ibu bapa

mustahil ada anak
bunuh , tetak, kapak, gergaji badan ibu ayahnya.

mustahil
ada anak
mat dadah
anak perempuannya ..mek dedah itu dan ini

Sebenarnya
bulan ramadhan ...membawa kita insaf

semua ubat ada dalam islam.

bila semua anak bagus bagus
satu kampung selamat
satu bandar selamat
satu ibu kota metropolitan selamat
satu negara selamat.

BEGITUlah adik.
Pak chik bawak surat jer.

Semua surat pak chik dapat dari masjid,
ada surat dari pengalaman pak chik
ada juga surat setelah melalui pembacaan, analisis dan sinopsis.

selagi ada pagi
selagi ada siang
kerja pak chik posman jer adik

pak chik bawa surat dengan amanah.
kadang kadang motorsikal pak chik rusak di pinggir bukit
kadang kadang pak chik d kejar anjing

kadang kadang basah kuyup uniform pak chik
kadang kadang surat ku hantar,
dalam ketar ketar sejuk
sumpah seranah yg pak chik dapat.

tetapi biarlah
ini jer kerja pak chik
sekadar untuk makan sesuap nasi.

Muga muga tuhan redha dgn ku..
Aku juga redha pada tuhan.

bacalah surat itu adik dan kakak
Jangan tengok pak chik
Tengok apa isi kandungan surat yang pak chik bawa


Sekian.
Wasallam



1 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    SubhanAllah..nice article today about 'letters'..as deep as the ocean..JazakAllahukhair Sir.

Post a Comment