hidup Bahagian 1

Posted by sazali

Salam

Konsep hidup bergantung kepada kepercayaan.  Selalunya ..mak ayah lah pengaruh terbesar kita yang berkaitan dengan cara hidup ini.  Jika ibu ayah baguihhhh ..insyallah kita pun baguihlah ..jika tidak .. nak wat macam mana.  Kita punya tapak kaki sebesar ibu jari mereka jah sewaktu keluar dari rahim ibu tersayang.

Konsep hidup ialah pegangan hidup.  Cara kita membawa 40 kg - 150 kg badan kita dalam mengharungi dugaan, keperitan dan cubaan hidup seharian 24/7  sepanjang jalan.

Contoh

Orang melayu ada 3 puak.   Kita guna  label  S1,  N1  dan  Samar1.

Puak 1 mereka di besarkan dengan ilmu agama. Islam agama tulen.  Agama lain dia kata ..tak tulen manor.  Segala tindak tanduk ahli keluarga ini berpaksikan tuhan, nabi, halal dan haram.  Sah dan batal ibadat mu itu.  Kitab Al Quraan dan hadith hadith dari Imam Bukhari dan lain -lain menjadi tunjang kehidupan mereka.  Mukmin , kafir istilah tersohor dalam perbendaharaan kata mereka siang dan malam.  Sangat sangat inklusif dan ekslusif puak ini.  Dijamin syurga insyallah geng-geng Tok lebar.

Puak 2 dibesarkan tanpa pegangan. Semua mereka makan dan minum kecuali batu dan kayu. Ada apa apa depan mereka, semua ok.  Siang ok. Malam pun ok. Halal haram peduli apa. mereka tak perrnah dengar.  Zina, menipu, kaya, miskin, seronok enjoy ..jika ada ..gunakan peluang ini sebanyak mungkin. Ikut kitab ..ala ala kafir.  Dari kaca mata islamlah .. nerako tempat mereka abadi abada.

Puak 3 ..berada d tengah tengah. Atas pagar.
Sekejap berlakon ahli syurga.  Rujuk semua masjid bulan Ramadhan aal Mubarak ini seluruh dunia pada waktu ini.
Sekejap itu ..macam orang orang kafir jer.  Menipu ada, buat buat cerita ada dan macam macam lah..semua ada. package rojak buah atau/dan rojak meee?
Dalam islam ..mereka pegang ..Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Pelacur pun tuhan ampunkan apatah lagi mereka.
Masa muda enjoy habis.
Masa nak mati ..kerap sungguh umrah sana dan sini.  Menangis , bergolek golek dalam masjid dan/atau di hadapan rumah Allah terbesar sekali ..  tanda menyesal segala salah dan silap dari dulu hingga lonr ni.  Hisshhhh.. rimas aku nak solat ni.  Dok dengar org menangis ..mintak taubat kat tuhanNYO  sek sek sek sek tok habis habis.  Dosa gapo gak ..mu ni ?
Jika buat kajiselidik ala  spss ..ramai manusia jenis gini gini lah.

Insya allah saya sambung nanti.
Sekarang azan   solat subuh. Tuhan panggil keno gi.  Mu tok ser gi kor?
Laju laju sikit .. hari ni pagi jumaat dah.  Mungkin hari ini hari terakhir mu di atas pentas dunia / bumi ..he..he..he..  (salawat sekali).

Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment