jika mu sayang ..

Posted by sazali

Salam

Semalam di lapangan terbang, kereta saya penuh dgn barang barang.
Buku ada. Beg kerja ada. Mesin rumput pun ada. Pendek kata ..semua ada.
Baju baju bergosok semua tergantung cantik.

Tetapi kereta berkeadaan penuh padat. Tak best seronok...

Bila anak pulang dari jauh ..begnya lagi besar.
Badan nya pun besar.

Nak masuk bagaimana yer

tetapi bila sayang, kita buat mcm mcm ..adjust dia masuk ke dalam kereta proton exora kita.

betul tak?

we do everything to adjust some one in.  Mengapa?  Kita sayang sgt anak kita.

2)  Dalam gerak kerja dakwah ..dari 10 brothers yg kami temui
semua akan sebut

aku busy sangatlah lie.
Tak ada ruang aku boleh ikut engkau keluar dakwah sana dan sini.

aku kerja ..sibuk.
bini aku kerja ..sibuk.
anak anak kami semua nursery, universiti .,..kami sibuk sangat sangat.

lembu, kerbau d padang ..aku sibuklah lie.
pokok getah ..kena ditoreh., kutip getah ..mesin getah .jual getah ..aku sibuk sangat cikgu.
maaf tak leh gi.

sawit aku baru nak membuah.
kutip hasil.
urus buruh indonesia.
aku sibuk sangat sangat.

bini aku sakit.
bini muda aku baru nak beranak.
aku sibuklahh.

kedai sedang laku.
ramai org nak beli beli barang di kedai.
budak itu ..tak pandai sangat urus pelanggan.

maaf aku busy.

Begitulah kekuatan umat islam kita berkenaan memberi masa untuk kerja agama.

----

Jika mereka sayang Allah
Jika mereka sayang agama Allah
jika mereka tersangat sayang ..kerja dakwah agama Allah

sudah tentu mereka boleh buat adjustment
mereka mampu buat ..sedikit .. ubahsuaian perkara sibuk macam mana pun ..demi
untuk memasukkan Allah ke dalam hidupnya.  Aghh.. mengapa yer?

tengok paragraf paling atas.
aku sanggup buat ubahsuain dalam kereta aku untuk me masukkan anak dan beg besarnya ke dalam kereta ku.  Kerana aku sayangkan anakku.

begitulah.

Allah mahu kita buat sedikit pengorbanan untuk masukkan DIA dlm kehidupan kita yang serba serbi sibuk.

Ayat Al Quran

jika kamu menolong agama ku
sudah tentu aku akan pasti menolong kamu.

Sekian.  Fikir fikirkanlah perkara ini.

p/s  nampak tak perkataan  'jika'? Betullah  ada orang kita ...tak berapa cakna pasal Allah.

wallahu aklam.





0 comments:

Post a Comment