apa yg abahku dengarlah ..

Posted by sazali

Salam

Ramai sungguh sanak saudara pulang kota bharu cuti hujung minggu ini.

Semalam saya g ambil anak pompuan dari airport Pengkalan Chepa.  My God ..ramai orang tunggu saudara mereka pulang dari umrah.

Penuh sesak lapangan terbang.

2)  exit  dari airport sudah masuk maghrib.
Kami singgah masjid salam pengkalan chepa.

Banyak nostalgia di masjid ni.
Berhadapan dgn masjid ini, opis saya PSPN pusat sumber pendidikan negeri kelantan.
Tiga tahun saya di sini. 1985 hingga 1988.

Then ..anak sulung saya MRSM  Bitara Pengkalan Chepa 1998,1999.

Jika melawatnya, pasti saya singgah masjid salam ..buat solat asar berjamaah.

Malam ini ..selepas solat maghrib ..sy tadah telinga ku.

Begini ustaz yg mengajar cakap..

Musim ramadhan ..muslim muslimat bnyk membazir.

Jam 5 ptg ..hari hari puasa kita beli mcm mcm.

Air sahaja ..bayangkan.
Air tebu beli, air mata Kuching beli, air bandung beli

Air oren beli.

Itu baru air.

Mak chik kau beli apa?
Teruskan membaca.

Martabak beli,
Daging bakar beli
Ayam perchik beli

Akok 3 tingkat beli
Teri manis beli
Nasi kerabu hitam beli
Apam balik beli


Bila waktu berbuka..
Atas meja makan,
14 jenis makanan?

6 jenis minuman.

Perut kosong 2 jer. Suami isteri jer.

Bila berbuka puasa ..

Jamah itu   ini   tiba tiba kenyang.
Waktu solat maghrib.
Tak lincah mana pun.  Perut penuh ..

Badan malas..

Terus g  solat isha, solat terawih.

20 rakaat?

Jam 1000 mlm baru solesai semua aktiviti.

Balik rumah, mengantuk letih.

Wakth sahur ..

Makanan ptg ptg tadi dah rasa rasa basi.  Mengapa?  Kerana makanan makanan itu dimasaK  d  waktu pagi pagi lagi.  Bila petang, malam makanan sudah  expired.  Warranty eelek.

Tak nak makan dah. Ada makanan basi.

JAM 8 pGi bnyk makanan dibuang oleh mak dia orang.  Penuh dustbin


Membazir.  Ini mainan syaitan.
Wal hasil cucur g  cucur mari ..

Orang membazir kawan2  syaitan laknatulllah.

Akhirnya ..amalan puasa ..sia sia belako.

Ustaz kata ni.

Bukan saya tau?

Kasihan nya.  Setiap hari ..tuhan tolak amalan puasa kita.

What u feel?

Astaghfirullah.

Itu baru masjid salam d  pengkalan chepam kelantan.

Nanti sy tulis apa ku dengar dari mimbar masjid telipot, koto bharu pulak.

Sekian. Warta Syaaban 30  pemberita tulis tuliskan.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment