bila dunia kita tak bersinar terang lg

Posted by sazali

Salam

Complacent bermakna ambil mudah.  Rasa sedap hati. Ambik mudah jer. Take for granted jer.

Anak orang kaya seperti anak PM  complacent sahaja kerana arwah datuk mereka PM Malaysia dan ayah mereka pun PM juga.  Orang FELDA  penyokong kuat mereka.  Felda bukan seorang dua tetapi ribuan pengundi.  Kerusi terjamin.

Tak belajar tinggi pun tak apa.

Dulu pada musim DEB sekitar 1970an , melayu fikir
Tak kerja kuat pun, boleh dpt kerja.
Tak belajar kuat kuat pun, kerja sudah gerenti oleh kerajaan.
Tak kerja bersungguh sungguh pun, pangkat ada.  Tiap tiap tahun naik pangkat.
Dalam perguruan, asal ada ijazah kepujian
Gerenti sebelum pencen, pangkat pengetua sekolah, PPD atau JPN, KPM  ada.
Kalau tak pengetua pun, Pk1,Pk2, PKHeM  ada.  Ketua Bidang ada?

dalam rumah tangga melayu
bila emak khawin ayah pegawai melayu
arwah ayah askar melayu, regimen melayu, garison PD
mak, nenek dan datuk rasa sedap sekali
makan minum gerenti.
rumah besar batu dlm kampung tepi tasik atas bukit , cantik sekali.

He he he.

Sekarang DEB sudah 40 tahun berjalan dan berlalu.
Anak anak melayu sudah mula terasa

Dapat biasiswa pun , kerja tak dtg gerenti lagi.
Dapat PTPTN, selepas degree, diploma
Kena fikir bayar hutang.

Sementara itu
Dalam Al Quraan musim puasa
Banyak ayat

..semua dosa dosa mu diampunkan.
..dosa dosa mu terampun.

10 hari pertama , rahmat Allah datang
10 hari tengah, tuhan ampunkan dosamu
10 hari terakhir, tuhan akan beri mu hadiah.
syurga.

Adakah ...

Bila malas berkerja ..sepanjang tahun ..
Bila berpuasa lengkap, terawih penuh, quraan penuh dibaca, kehadhiran dlm majlis majlis tazkirah maka bersedap sedap hatilah kawan kawan
Semua dosa kita   terampun?

Jika begitu
Patutlah

Complacency bermaharaja lela di sini
Sana sini
rumput lalang terus panjang di seksyen seksyen PJ
tandas berkeadaan kotor
ada org kita rasuah, menipu, curi tulang, masih mahu tongkat

Kerana

Allah ghor  furull roheem.

betul tak?

jika Allah sudah mengampunkan dosa kita
syurga sudah gerenti  kan?

ooops ..by the way ..syurga itu apa?

Begitulah
alam dunia di sini.

jika allah ampunkan dan syurga terjamin

kau sibuk apa lagi?

syaitan iblis sahajalah dlm neraka nanti.
orang orang kafir ...

mungkin hari ini kafir
sebelum mati
kafir bertukar mukmin, muslim
lihat arwah Muhammad Ali.  Mesti syurga.

begitulah
pandangan kita
dunia sementara akhirat kekal abadi.

dunia terus berputar putar.  Sedap hatilah kawan.

wallahu aklam



0 comments:

Post a Comment