sukat tenaga mu itu

Posted by sazali

Salam

Bulan Ramadhan , bulan yg berkat.
Semua Kareeem bulan ini.

Tetapi ingat adik ..

Belajar degree, masters dan phd ..perlu banyak masa membaca, buat kajian, proses data, analisa dan bincang dapatan mu itu. Ini memerlukan banyak masa dan tenaga walaupun bulan ini serba kareeem.

Kita tak boleh lawan org kampung jual lembu, kambing, cendol, kueh makneko jenis dalam menjalankan aktiviti atas masjid jameek seluruh dunia ini sepanjang malam d waktu ramadhan.  Tunggu dah solosai amanah belajar di negara luar itu ..kita buat lah macam org org pilihan Allah itu.

Org kampung jika mereka kepenatan kerana ibadat luar biasa ini, mereka boleh tutup kedai, tutup gerai tak perlu berniaga keesokan harinya.

Kita bagaimana?

esok supervisor nak jumpa adik. Jam 0800 pagi, dia kata.  Sv yahudi jer.  Sv  athiest jer.  Depa kata jam 0800  .,jam  0800 lah.

esok ada kertas peperiksaan.  Awas ..  kalau  fail, susah awak dgn kerajaan dan rakyat jelata.

esok kita kena hantar  si ana  itu cabut gigi.  Dia sakit gigi. Tak elok dia memandu.
Lebuhraya ..selalu jammm.  Kita perlu memandu Ana   dengan teliti.

kalau  kita penat dan menggantuk ..tak sampai kita ke klinik gigi.
Semua jadi payah maklumlah kita juga yg dinobatkan super bionic man. Orang begini kena fit 24/7.  Silap sikit bionic man satu dunia marah kepada mu.

oleh sebab kita manusia biasa..

elok kita budget tenaga kita agar...

kita masuk opis dengan wajah ceria, gembira dan sihat untuk bekerja dari jam 0800 hingga jam 0500 ptg  dan

kita tak mahu tengok separuh jabatan, staf letih, monyok tak bertenaga untuk menjalankan tugasan harian.  Waktu pagi pun ..lampu di kaunter depan malappppppp....jer?


Bayangkan satu universiti ..75% staf mengantuk dan letih sahaja.
mengajar pun tak keluar suara kerana tenaga bnyk habis menunaikan solat terawih, tahajud malam, qialmulail  dan tazkirah subuh.

kita boleh tahu kita kepenatan bila jam 1200 tengahari ..kita sudah mula mencari zone selamat belakang tirai  masjid untuk tidur di tengah hari. Tempat favourite sentiasa surau dan balasoh lah.

Macamana tu?

Jika kita diberi amanah sebagai front officer .untuk melayan tetamu .kita kena senyum dalam keadaan sedar.

jngn senyum ..sedangkan mata kita terlelap tak cukup tidur.

Oleh itu ..gunalah hikmah ..

buatlah amalan malam ramadhan pada peringkat sederhana mengikut sukatan orang melayu biasa.

jgn ikut sukatan orang arab atau indopakistan itu.
Nanti terjelir kepenatan kita.  Di negara mereka bulan ramadhan ..semua opis, sekolah dan universiti tutup.  Bulan kareem  semua sekolah tutup.  Malaysia tak.  Semua hendak.  Dunia hendak. Akhirat pun hendak.  Serba serbi mau.  Ingat hari mau jer yang mahu ..rupa rupa bulan kareem ini pun semua mau.

Kajilah latarbelakang geng geng atas masjid itu.

pak imam tua ..dibayar gaji untuk mengepalai amalam malam ramadhan...  Dia syok baca 3 juzuk Al Quraan satu malam ..

pak bilal ..pun sama.
makmum umur 60 tahun ke atas ..depa tak sibuk terkam lebuh raya pagi pagi esok.  So semua alright!

jika penat, mereka terus rest di pagi pagi begini
sedangkan kita bionic man ..nak urus isteri, anak2 dan botol2 susu, nursery dan sebagainya.

kalau tak kena cara, anak kita muntah atas pakaian seragam kita pulak.

susah kan?

3)  Ingat kita ada peranan masing masing.
Buat secara terbaik.

jgn org complain prestasi kerja umat islam jatuh merudum akibat kita berpuasa dan berlumba lumba menjalankan aktiviti malam secara "membabi buta" sahaja.
sedarlah ..

esok SV nak jumpa. Esok ada exam.  Kalau gagal pengajian mu..susah penjamin penjamin  biasiswa mu itu dari Felda 10 Jengka dan pak chik kau Constable polis jer.  Mereka murkalah pada mu adik jika kamu gagal belajar di luar negara itu.

Esok ada temujAnji.

ingat tu please.

Sekian.
Allah serba tahu keadaan kita belajar di negara luar.
tempoh puasa cukuplah lama.

kita makan ala kadar jer.
mana ada akok, cendol di High Street New York.
mana ada martabak halal di Moscow Central Station ..
kalau ada ..halal ke?

orang2 arab ramai menjual.  Tetapi bukan semua arab ..menganut dan mengamalkan islam.  Tengok bila azab tuhan turun di negara depa ..yg kena azab   ada .. menutup aurat atau tidak .. (tengok gambar pada muka surat depan akhbar akhbar utama seluruh dunia)

HALAL  haram depa kurang peduli.

Tahu serba serbi bahasa arab ..tak semestinya taqwa iman mereka tinggi ... serba berehhssss.. jah?

Muga muga adik success di sana.

Esok bila lulus..satu dunia mengharap perkhidmatan mu.  Mereka menyanjuung mu adik.

Boleh tolong ibu ayah mengharungi kehidupan semakin memcabar iman dan takwa semua orang.

Sekian.
Saya sekadar berperanan sebagai posman tua sahaja.

Wasallam.  MAAF jika ada terkasar bahasa dan ada unsur unsur kebiadapan.






0 comments:

Post a Comment