Contoh niat ramadhan ini

Posted by sazali

Salam

Ramadhan yg mulia ni ..saya merancang melakukan DUA benda besar:

Pertama, mengulang kaji pembacaan al quraan
Kedua, belajar memasak.

Syukur gurunya  isteri dan anak bongsu saya sendirilah.  Dua anakku graduan KIK. Alhamdulilah.

2)  walaupun pembacaannya jauh tidak sesempurna dari Hajjah Sharifah (Qariah Antarabangsa..johan 2009)  itu ...
Tak apalah ..yg penting isteri di rumah tahu banyak selok belok perkara dlm pembacaan al quraan dibandingkan dengan penulis.  Hendak belajar menulis jawi elok elok dengan anak anak itulah.

3)  Mengapa belajar memasak?

3.1  saya kena berpantang mulai 2010 lagi.  Sejarah ..semua atuk atuk dalam hiraki salsilah mati kerana jantung tiba tiba jalan (good bye worldddd).

Saya tak boleh makan serba serbi dah.
Nescafe, kopi, teh kaw kaw  semua tak boleh dah

Tak boleh makan makanan terlampau bnyk lemak, kolesterol

telur bnyk bnyk sedikit tak boleh,
udang, ketam  tak boleh ( tengok tengok jer ..kirim salam sea food)
hisshhh..zalim  lah doktor-doktor pakar  itu.

3.2  Bila hidup seorang diri nanti saya sudah bersedia.  kalu dah 5 series atau 6 series ..elok kita fikir akan datang saat kita bersendirian di rumah.

Bersedia apa ?  He he he

tinggal  solo, rumah ada
masak masakan sendiri.  Paling senang ..nasi goreng campur.

tak mengharap pada anak dan menantu untuk kelangsungan hidup.  Kena harap 100% total pada Allah yg satu
Sedap hidup dalam rumah sendiri.

kenapa?  Kita boss.
tak sibuk nak mengemas bilik tidor atau apa apa.  Hari ini tidor bilik#1, esok bilik tidor #2 ..hinggalah ke blik #m

sunyi?

he he he ..saya suka berkawan dgn buku buku, majalah, animal planet astro dan  national geography. Dah belajar berkebun sedikit sebanyak. Tanam bunga kertas halaman rumah berwarna warni lah ..  .

Sekarang dah ada Skype.
Sekarang anak2 boleh call papa bila bila masa ..jika mereka mahulah.

budget?
rasa rasa dah ada dah sikit sebanyak  ..pencen kerajaan berikan. Jika makan rm100 sehari pun ..ada lagi duit berbaki,  insyallah.
Dengan pantang itu ini .. bnyk wang boleh simpan.  Duit simpanan elok diInfak kpd pondok tahfiz dakwah.  Ini pun niat jugak.

Lagi pun markaz dakwah tabligh tak jauh dari rumahku.
Hanya 10 km sahaja.
Harap sangat tuhan memberi kita peluang keluar dakwah 3 hari, 40 hari, 4 bulan sekali seumur hidup .. dan mcm mcm kombinasi ..asalkan keluar berjihad di jalan Allah. Terimalah diri kami  ya Robb.  BETULKAN IMAN , amal dan akhlakmu.  Ini lagilah niat yg bersungguh sungguh hati.

RTM?
Rehat  tunggu  mati.

5)  Rugi sangat tak ambik faedah ..ada isteri tahu mengaji al quraan ..kita buat tak kesah  sahaja.

betul tak?

'

the best amongs you are those who learn al quraan and teaches it to others.'

Orang yang mana boleh menghafal al Quraan dalam hati (hafiz, hafizah) .. mereka dijauhkan dari api neraka.
Hadith.


Mengambil pengajaran dari hadith-hadith itu ..saya berniat sangat seperti d paragraf pertama di atas itu.
kalau mati sebelum Ramadhan ..  Allah mungkin menerima niat itu lebih mulia dari amalan kita yang sebenarnya.
Sekian.  Buatlah sesuatu musim ramadhan ini.  Mungkin ini ramadhan terakhir untuk kalian. Ingat ini sentiasa dlm kalbu yer.

Sekian.
Wasallam.


4 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Salam ramadhan mubarak tuan. Semoga Allah SWT memakbulkan segala doa & harapan tuan. Aamiin.

  2. sazali said...

    Wa alaikum salam w.r.t.

    TK ustazah. tak balik Batu Pahat lagi ke ustazah?
    Best asam pedas di belakang Pejabat Pos Besar Batu Pahat sana/ bila dapat ke sana lagi yer?

  3. suziana mohd tahir said...

    Tuan tahu saya orang Batu Pahat? Lama kah tuan nanti di Jepun? Semoga Allah permudahkan bagi tuan di sana inshaAllah ada masjid berhampiran. Cantik keindahan alam ciptaan Allah di sana. Mudahan Allah pilih kami untuk keluar ke jalan Nya.

  4. sazali said...

    Ameen. B4 raya i shall b home. Insya allah. Niat yg baik malaikat2 dah catit. Ameen.

Post a Comment