Lagi lagi kena sabar jika kita masuk zon nak pencen

Posted by sazali

Salam.

Baru jer saya siapkan RPP 04 Pengajaran Kuliah bagi subjek Matematik IT 1 dan Subjek Etika Komputer Sosial sebagaimana dikehendaki oleh Fakulti tadi pagi tapi - tiba-tiba dapat surat terbaru dari Bahagian P n P universiti pulak. Ada benda baru perlu disertakan di dalam dokumen RPP 04 ini. CLO dan PEO untuk dimasukkan ke dalam fail pengajaran masing-masing. Oshhhh.. huru hara ini. ( CLO= Course Learning Outcome dan PEO= Program Education Outcome).

2) Pening ni. Hendak mengisikan CLO dan PEO itu bukan sesuatu yang senang memandangkan kuliah sudahpun bermula sejak isnin 12 Julai yang lalu. Perancangan Kuliah pun sudah saya berikan kepada semua pelajar yang terlibat. Adakah kita perlu merujuk kepada dokumen fakulti terdahulu sebelum dikemaskinikan RPP 04 terbaru ini? Malas betul saya ni..

3) Hari ni pun saya sudah menerima student pasca siswazah pertama - pelajar dari Libya - Riyadh .. sibuk-sibuk berbincang dengan nya tiba-tiba datang pulak students projek sarjana muda yang lain pula. Tajuk PSM mereka ditolak oleh fakulti. Mengganggu sungguh ini. susah nak fokus kepada satu bidang penyelidikan jika kita melayan semua tetamu tanpa mengira waktu, bukan? Agghhh... binggung saya ni.. tetapi jika difikrkan kita sudah masuk zon pencen .. kehendak universiti mesti dilayankan jugak.. tetapi saya penat sangat ini. Bagaimana? ditelan pahit dibuang sayang ni. Yang pahit ialah arahan CLO dan PEO dan yang tak mahu dibuang sangat ialah semua proses P n P kita sebentar tadi di dalam kuliah. Petang ini sudah ada amali matematik IT 1 komputer. Heeessssssssssssssss..... jiran opis ku DR Rathiah pun mengadu benda yang sama. Mereka tidak ada benda lain nak buat ker?

Zohor tadi dapat panggilan anak pompuan nak wang (jika abah ada lah).. pasang broadband dan ibunya minta saya servis kereta untuk anak yang sama. Sedap sungguh mereka .. macam2 kerenah. If mereka tahu .. saya kepenatan sangatlah ..

Ohhh tuhan how .. boleh tak saya minta dari anak-anak itu dan ini ..seperti abah ingin wang untuk memandu BMW sahaja .. mintak extra wang dari anak dan isteri kita ..nak beli apartment di London Oxford Street ker .. beli sekarang ... after pencen boleh beredar ke sana .. pencen dan habiskan saki baki hidup di pusat dakwah seluruh eropah .. London/ Dewsbury. Mampukah mereka melayan kehendak saya? Ikutkan kitab .. mana boleh kita sebagai ayah minta itu dan ini .. yg penting one way traffic .. anak2 dan isteri boleh mintak macam2 dari lelakinya / ayahnya .. Tanggungjawab sebagai lelaki .. sebagai suami ..disebabkan desakan itu dan ini .. mengikut bancian ..tidak ramai orang lelaki yang dapat menghabiskan masa tuanya di kampung halaman ..kebanyakkan nya dah pulang ke rahmatullah.. why? sakit jantung, sakit kronik itu dan ini .. kerana apa lagi .. melayan banyak sangat kerenah anak2 dan isteri dan saudara n sahabat taulan semasa kita masih ada ini.

Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment