To test or not to test UPSR and PMR

Posted by sazali

Salam. Belum sempat saya jawab apa-apa berkenaan dengan post blog saya ramai Profesor dari dalam dan luar negara telah pun menjawab apa yang bimbangkan selama ini rkenaan dengan PMR dan UPSR - mansuhkan atau tidak?

Salah seorang dari mereka ialah Dato' Sri Dr Wan Zahid bin Wan Mohd Noordin mantan KPP Malaysia. Beliau adalah Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan pada tahun 1983 - 1988. Disebabkan dia adalah graduan PHD dari Berkeley Universiti California dan saya hanya graduan PHD dari UTHM Johor .. saya rasa jawapannya sajalah kita semua ikut. Ok tak? Tanda hurmat kepadanya disebabkan dia jugalah saya sampai ke FTMM, UTHM ini.

Beliau merupakan boss saya di JPNK / PSPN Negeri Kelantan. Untuk makluman tuan Dato Sri sangat berminat belajar komputer Apples dan bermacam-macam lagi. Dari ideanya lah negeri Kelantan memperolehi lebih dari 60 unit komputer Apple //e di tiga pusat komputer daerah Kota bHaru, Pasir Puteh dan Tanah Merah pada tahun 1986. Dan saya bersama-sama dengan PP Matematik Sains pada masa itu Tuan Hj Abd Ghani Mat merupakan kuda-kudanya yang sedap ditunggang habis-habisan bagi menjayakan program Pendidikan Komputer di PKD Kelantan. FYI many proposals on computer education saya yang buat tetapi PP maths sains jugak yang dapat nama hingga dihadiahkan melancung sambil bekerja di Japan. Wah sedak mu! Di saat-saat ini saya rasa saya tak perlu komen apa-apalah kerana Dato Sri Dr Wan Zahid juga adalah panel utama interview saya di Kuala Lumpur bagi proses mendapatkan biasiswa luar negara bagi maksud pengajian sarjana Komputer saya di Univ of Birmingham England 1993/1994.

Terima kasih banyak-banyak Dato Sri.

Muga-muga kita dapat berjumpa lagi. The last was we met in COSMED International Conference in Recsam Penang Nov 2009. Your opening speech was really great. I like your new coined terms like shifted paradigms etc etc. You never change in terms of giving out greats speech. Great to know you Dato Sri.

wasallam.

0 comments:

Post a Comment