Majlis Senarai Dekan FSKTM UTHM 2010 2011

Posted by sazali

Salam

Petang ini 27 OKTOBER 2011 Jam 0345 ptg bertempat di Dewan Kuliah 1, Perpustakkan Tertinggi di JOhor , UTHM , saya diminta berucap di hadapan Yang Dihormati Dekan Prof Dr Rosziati Ibrahim , Dekan FSKTM. Saya wakil pensyarah-pensyarah cemerlang dari fakulti FSKTM yang baru saja mengetahui memperolehi skor salah satu "P" Pengajaran n Pembelajaran skor 5.00 dari 5.00 .. dalam bahasa mudah .. tersangatlah bagus proses penyampaian syarahan kuliahnya itu sepanjang sesi pengajian tahun 2010/11 ini. Ha..ha..ha... Alhamdulilah. Syukur nikmat.

Tak sangka betul boleh dapat skor sebegitu cemerlang. Ingat ..staf lain apa lah kurangnya. tetapi .. Allah Maha kaya .. saya diminta berucap sekadar 10 minit di depan Dekan, Timbalan Dekan, Prof prof , Prof-prof madya , KJ-KJ, .. , dan barisan ibu bapa yang datang dari jauh jauh segenap pelusuk tanah air.

Tetapi sebelum saya cakap macam-macam , saya kasi sikit 'jet' ucapan tahniah kepada Dekan Prof yang membawa pulang Pingat Emas Penyelidikan dia dari Festival BIS 2011, LONDON. Tahniah Prof Dr Rosziati. Bila nampak dia happy sikit barulah kita ..teruskan dgn item-item ..ucapan setetusnya.

Wushhh..berdebar jugak ..berucap ..depan mereka. Tetapi saya berucap dalam Bahasa Inggeris ..supaya .. barisan ibu bapa pelajar-pelajar yang cemerlang ini - dia orang ..respect kita kat UTHM pun bisa bertutur dalam bahasa mendiang Steve Jobs Apples Corporation dari USA. he..he..

The points saya sebutkan ialah:

1) untuk mengajar 1 jam kuliah, saya prepare 10 jam membaca dan membuat rujukan. Betul-betul aku bersedia.
2) ajar betul betul supaya ilmu kita , pelajar IT boleh gunakan dengan baik dan sempurna sepanjang hayat di mana mana sahaja mereka berada - Cambridge, Harvard, Chennai, Shanghai.
3) Allah Maha Adil ..jika pelajar india bernama Jaya Kumar struggle sungguh-sungguh .. dia akan dapat senarai Dekan, jika Tey Pin Pin struggle bersungguh-sungguh .. dia akan merasa Deen's list ..dan begitu jugalah jika pelajar melayu bernama Abdul Rahim struggle betul-betul ..dia akan juga menikmati senarai dekan yg hebat ini. Allah maha Adil. Tidak ada diskriminasi ilmu Allah ini.
4) jika saya diberi peluang mencari kerja sekali lagi pada umur 30 tahun sekali lagi .. saya tetap akan memilih kerjaya seorang guru / pendidik/ pensyarah politeknik/ pensyrah universiti UTHM lagi dan lagi. Mengapa? saya suka berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman hidup dengan pelajar saya dari seluruh pelusuk dunia. Kita ada pelajar antarabangsa tau?
5) saya - syukur- alhamdulilah - adalah in-born teacher. Saya bercerita ketika saya berumur 9 tahun ..saya diminta mengajar kakak umur 12 tahun .. subjek apa Matematik - topik apa - Pecahan/ fractions jer. upah sebulan? 1 rm sebulan. Dengan duit itu saya membeli akhbar strait times ..rm0.15 satu naskhah pada masa itu. tahun 1965 - 1968. Berkat duit tuisyen itu .. kemahiran bahasa inggeris saya mulai digilap ..dan cinta saya pada bahasa inggeris mulai berputik. Dari akhbar inggeris ..saya berjinak-jinak dengan novel ' To Sir with Love' dan seterusnya menonton filem Sydney Poiter ..guru berkulit hitam di slum area manchester. Yes. Guru.

See? syukur i think i can talk and motivate the audiences. Yang penting biar barisan ibu bapa pelajar-pelajar cemerlang ini ..respect kita semua staf akademik FSKTM yang mana universiti kita beralamat Peti Surat 101 Parit Raja, Johor jer.
Ahhgghh ..apa lah ada pada nama ..yang penting UTHM mempunyai ramai staf akademik yang cemerlang dalam semua lapangan. Insyallah.

Sekianlah laporan serba ringkas dari saya yang cemerlang mengajar ini memperolehi 5.00 dari skor penuh 5.00. Susah nak ulangi .. performance macam ini. Payah . Dalam subjek apa? he..he.. surprise surprise surprise .. Metodologi Penyelidikan Projek BIT 3343 .. tengok tu ..subjek tahun akhir .. ijazah sarjana muda Teknologi Maklumat ma.

Wallah hu aklam. May Allah forgives me .. a lot if I did say something wrong just now. Astarg firullah.. hal azimmm.

1 comments:

  1. Fadhlina said...

    Huhu! X sangka dr. ada blog.. Free to visit me too..

Post a Comment