Bila badan abah penat

Posted by sazali

Salam

Musim nikah khawin ni ..  kami orang orang tua terpaksa berkelana jauh jauh ke negeri orang.  Lintas bukit , bukau dan sungai ... laut pun ada.

Ole sebab badan da tua dan semakin tua ..  cepat badan ini terasa penat dan bila penat ..kurang tidur dan rehat ..kami senang jatuh sakit.  Bila sakit .. sedap juga kalau ada anak anak yang menjenguk bertanya khabar .. aba emak mu ini?

Kalau balik .. belilah buah tangan untuk abah dan emakmu.  Tak banyak .. segugus buah anggur, 4 biji buah limau sunkist sudah cukuplah.  Buat .. penawar sakit dan rindu pendam ..anak anak semua jauh diperantauan.  jangan balik bertangan kosong anak-anak ku.  Bawalah sesuatu .. jika tidak mempunyai ongkos .. jangan risau .. anakanda boleh contra sahaja dengan duit gaji, pencen aba mu nanti.  Jangan risau.  Beli la ..

Dulu masa kau kecil-kecil .. selepas subuh ..cepat cepat abah akan ke kedai ..beli nasi kerabu, nasi berlauk .. roti canai .. waktu sekolah atau pun waktu cuti sekolah  janganlah selepas kau sendiri dah ada anak .. kau sendiri .. selepas sembahyang subuh .. atuk nya lagi kena pergi ke kedai/ pasar membeli makanan kegemaran mu itu.  Bertukar lah sedikit.  Ini giliran mu pula .. memberi perkhidmatan ..kpd ayah / abah mu yang semakin tua.  Tetapi melalui pemerhatian abah .. sekarang ini pun .  orang orang tua (gheng-geng abah)  juga yang membeli itu dan ini .. menu sarapan .. kerana anak, menantu dan cucu-cucu masih tidur dilamun mimpi .. walaupun ..matahari makin naik tinggi dan tinggi pada atas langit awan biru.  Anak tak paham .. perenggan ku ini?

Berubahlah ..  demi pembangunan tamadun melayu islam kita menuju ke taun 2020 dan 3030.  tak jauh itu?

Walllahu aklam.

0 comments:

Post a Comment