salam
waktu maghrib dah tiba.
jom kita pi musala/surau/ masjid jamek. he he he
nanti malam saya sambung membicarakan pelbagai agama.
se u
2) Baru sahaja pulang dari masjid menunaikan solat maghrib berjamaah. Janji Allah .. seorang yg menunaikan solat berjamaah ..setiap langkah ke msjid .. Allah ampunkan dosanya, naikkan darjat ketakwaannya dan .. macam2 lagi. Ameen. Kita sama-sama doakan supaya kita hidup dlm islam, kasih sayang allah dari sekarang hingga ke saat saat mati. Ameen.
3) Saja saya ingin menulis mengapa ramai students cina dari benua besar china cepat beralih angin dari pegangan agama buddha kpd agama christian. Begitu juga sudah ada trend muda mudi kita sama ada dari tanah melayu ini atau tanah jawa seberang sana.
Sebab-sebab?
Antaranya:
Agama kristian dipandang moden dan maju. Ini datangnya dari pengaruh media masa sekeliling kita. Saban waktu kita disajikan program - filem inggeris yg memaparkan tamadhun hidup orang orang kristian. Salah satu filem ialah 'No way OUT" lakonan sapa entah ..Kevin Costner tak ingatlah. Tamadhun hidup programmer komputer dalam membantu kawannya yg tersilap membunuh perempuan simpanannya. Hebat cerita itu ..mengikut trend selera orang pandai di universiti. Ini berbeza dgn sajian filem melayu yang banyak berkisar kpd pandangan sepi, serong masyarakat kampung terhadap pemuda yg cuba berdakwah ..ada banyak perlinya dan kata kata kesat yang dicurahkan / dilakonkan oleh aktor dan aktres melayu.
Sekarang orang orang muda disajikan sepanjang malam ..betapa gagahnya pemain bola sepak dari negara negara eropah. Kebanyakan idola bola sepak ini beragama kristian. Mata hijau dan rambut janggut perang. Hebat mereka main dan menyumbat gol. Lain pula dgn kaum arab (majoriti beragama islam) yang asyik bersengketa se sama mereka di mana saja.. matlamat akhir mereka ialah membunuh sama sendiri sepanjang masa ..sejak 50 tahun yang lalu. Lihat penderitaan orang orang Palestin.
Pendek kata .. orang kristian berhibur sepanjang masa ..sedangkan orang arab islam asyik bunuh membunuh sesama mereka. Rumusan cerita .. kristian ..nampaknya agama yg banyak toleransi sedangkan islam ..banyak sengketa sesama kita. Ini telah berjaya dibawa oleh media masa yg 99.9% dikawal selia oleh orang orang kafir (kristian).
Tak cukup dengan itu, aktor dan aktres melayu tak segan ..melakonkan watak watak yg mana .. pada dasarnya menghina perintah Allah dan ajaran baginda besar kita Muhammad s.a.w. Media masa melayu .. tak malu melabelkan ..orang orang islam yg melawan pemerintah sebagai .. militan/ org taksub kpd perkara perkara yg melampau-lampau extremism. Kalau kita ajak anak anak muda kpd masjid .. kita dicap sebagai militan. Jika masjid di Filipina / Thailand dibom .. pembaca berita TV3 terutamanya tak segan dan tak periksa apa apa pun dah cap .. ini buatan militan islam.
Pendek kata .. ramai orang islam sendiri membunuh perkembangan dan angin perubahan islam yang cuba dibawa orang orang muda mudi berpendidikan tinggi. Ada segelintir ustaz ustazah tak malu-malu pada Allah .. juga mengikut trend dari TV3 yang sama yang anti- angin dan pengaruh islam. Cepat melabelkan orang orang tertentu militan islam/ extremist islam dan macam-macam lagilah.
Oleh yg demikian .. agama dan pengaruh kristian di benua china/india dan semenanjung tanah melayu atau jawa makin gemuk, segar , bugar dan kuat pengaruhnya sedangkan agama islam dan pengaruhnya kpd anak anak bangsa sendiri semakin kurus dan ..hampir-hampir nak lupus. See? orang orang melayu ditekankan dengan kepentingan tajwid al-quran sedangkan anak anak pak arab ditekankan dgn kepentingan bahasa inggeris. Tajwid tahu banyak tetapi .. pakaian anak muda mudi melayu sudah berubah dari ala islam kpd ala- ketat, pendek dan padat. Ada ibu bapa cukup jaga berpakaian islam mundar mandir ke sana ke mari mereka tetapi anak anak pompuan mereka ada yg tak malu berseluar pendek ke emporium CareFOUR dan banyak lagi. Dulu orang orang melay tu jika bersembanhyang jamaah ..mereka pakai kopiah puteh / songkok ..tetapi di saat blog ini di tulis ..ramai orang tua melayu dan pemuda melayu bersekolah tinggi ..bersembahyang ..tak pakai kopiah apa apa pun. pakai seluar panjang melebihi buku lali .. mengheret debu debi dari tandas terus ke ruangan orang ramai bersembahyang berjamaah. Ada pemuda yang pakai baju-T dengan slogan .. DRINK CALSBERG/ smoke cigarette DUNHILL .. entah gila kot budak muda itu. Pendek cerita ..terpapar kisah bercelarunya rumah tangga orang orang islam di kala ini. tak tahu mana nak ikut ini.
So bagaimana nak cegah semua kecelaruan ini ..wahai pembaca sekalian?
langkah-langkah berikut telah digariskan oleh Maulana zakaria rah.a. dari India iaitu:
1) kita sama sama buat dakwah siang dan malam seperti mana sibuat orang jamaah dakwah tabligh di seluruh dunia. Ajak manusia kpd Allah yang ESA.
2) bila dakwah kuat , anak anak kita akan berpegang kuat kpd islam yang suci murni
3) bila dakwah kuat, Al-Quraan akan dibaca setipa hari dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat islam di malaysia dan juga di benua arab sana
4) bila dakwah kuat, semua pengaruh durjana seperti seks bebas , pergaulan bebas muda mudi akan dihapuskan terus .. banyak majlis perkhawinan yg diredahai oleh Allah yang Maha Esa
5) anak anak islam akan berpegang teguh kpd agama islam dgn mengerjakan sembahyang 5 waktu di masjid, wanita islam menutup aurat (rujuk: Kitab Maulana Zakaria rah. alaihih.1969)
6) pakaian ketat dan moden .. tak laku dijual ., dipamerkan di tanah melayu yg kaya dengan adab dan tata susila timur yg jitu
tetapi bila dakwah tersekat
1) orang orang islam malu menghayati agamanya di rumah sendiri mahu pun di seluruh dunia seperti kurangnya anak anak melayu mebaca Al Quraan dan berzikir dengan mengucap subhanallah, alhamdulilah dan allahu akbar di rumah sendiri selepas menunaikan solat maghrib saban hari
2) muzik gila mengantikan alunan merdu bacaan al-quraan nur kareem.
3) orang orang alim sendiri akan berlumba lumba menghantarkan anak anak nya ke sekolah inggeris dan belajar bermain piano dan menari jazz
4) orang kafir payah nak nampak keindahan hidup sebagai seorang mukmin sejati
lantas tak ramailah orang orang kafir memeluk kepada agama islam yg suci murni
5) anak anak melayu akan berbondol bondol murtad .. kerana agama kristian menawarkan wang RM10,000 kerana murtad (rujuk: Ustaz Al Hafiz Hj Mohd Farhan Abdullah, 2011)
6) banyak amalan agama islam ..akan mengalami saat ..hidup segan mati tak mahu. contoh: bila saya menyebut ..orang islam dahulu sembahyang sunat malam dengan satu air sembahyang sepanjang malam ,... anak anak muda melayu sekarang tak percaya sangat .. kerana mereka tak pernah dengar orang melayu sembahyang malam ..seperti tahajud, witir, dan sebagainya. Apa yang mereka tahu ..ada makhluk italy bernama Mario Balotelli
Sekian. Renungkan lah apa yag saya tuliskan ini. insyallah kita sama sama amalkan ..dan pertahankan keimanan kita dari sekarang hingga ke saat saat mati kita. Sesungguhnya hidup dunia ini sementara sedangkan kehidupan akhirat adalah kekal abadi abada sepanjang masa. Al Fatihah pada penulis dan arwah ayahnya yg tercinta Hj Khalid Muhammad KPL 10452
Wallahu aklam
Rujukan:
1) Maulana Zakaria rahmatul alaihih (1969) The Teachings of Islam . Raiwiind Pakistan: Markaz Dakwah Tabligh seluruh dunia
2) ustz hj mohd farhan bin abdullah al-hafiz (2011) Kristianisasi dan gejala murtad di malaysia versus mengapa aku pilih masjid tinggalkan gereja. Selangor: HS Massyi Printing Sdn Bhd
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment