Salam
Syukur Seminar Menulis Buku selamat dijalankan di UTHM, Johor pada Sabtu 9 Jun 2012.
2) Saya berkesempatan mendengar ceramah dari penulis prolifik dari 50 buah buku - PM AZiz Jusoh UUM
dia memberikan dua istilah yg mana perlu kita ambik tahu pada zaman LA NI.
2.1 cakduh = cincai/ don't bother so much for its detail
Penulisannya ditolak oleh Penerbit kerana cakduhnya. Nahu dan tata bahasa lintang pukang dan gaya ayat tidak mencerminkan tahap akademik seseorang penulis. Susah bagi pembaca nak mengikuti aliran pemikirannya kerana setiap paragraf mempunyai berbagai - bagai idea yang tidak seragam. Kesalahan ejaan mencerminkan cakduhnya yang melampau-lampau.
2.2 cakna = ambik berat
Kita kena ambik cakna pergerakan anak anak dara kita maklumlah sekarang kerajaan malaysia beria-ia sangat mempromosikan peluang pengajian peringkat tinggi ke luar negara. Oleh yang demikian, ramailah warga asing datang ke sini untuk berbagai-bagai tujuan seperti menuntut ilmu, memcari pekerjaan, mengedar dadah dan pemasaran gadis -gadis melayu (import eksport pelacur).
------------------------
Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua staf FSKTM , UTHM yang telah menjayakan seminar di atas. Muga-muga ini akan memberikan satu imej yang baik kepada peserta-peserta kursus tersebut.
Sekian.
Walahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment