Salam
Bahagia adalah satu nikmat yg di cari cari oleh semua makhluk tuhan tanpa mengira agama, warna kulit atau budaya.
Tetapi bahagia adalah sesuatu yg abstrrak / tidak nampak secara jelas seperti :
1) anak tidak cemerlang dalam pelajaran selama ini tetapi keputusan SPM 2014 menunjukkan sesuatu yg luar biasa telah berlaku di LPM. Ibu bapa cukup bahagia. Mereka mula berangan angan mengenai biasiswa dan hubungan baik dia dengan Pak Wakil Rakyat seberang jerteh , besut itu.
2) kedai kopi terletak jauh dari jalan utama tetapi ..ramai pengunjung bertandang ke situ. Mesti ada sesuatu yang istimewa. Jom stop sekejap. Bahagia terpancar di wajah tuan kedai ini.
3) sudah lama anak tidak kunjung kunjung datang dari perut ibu. Sekarang baru nampak tanda tanda .. anak itu akan mewarnakan seri rumah tangga si ibu tersebut. Bakal nenek cukup bahagia. Berbaloi aku berdoa di hadapan Kaabah tahun lalu.
4) seorang tua mampu berlari dan berkebun semula selepas didiagnos sebagai pesakit saraf. Bahagia nenek kita ..Semua kedut atas wajah nenek sudah hilang sekelip mata kerana keadaan atuk sudah sihat seperti sedia kala. Bahagia?
5) dan banyak lagi .. seperti dulu kita bermotorsikal anak anak semua naik ke sekolah ..sekarang dgn bantuan kerajaan (hilang kapalterbang) kita naik kereta pula. Bahagia pada wajah anak anak kan? tak kena hujan dan debu lg. Syukurlah. tetapi awas jika terlampau bahagia. Cuba check org org di Hospital Bahagia. Cuba? he..he..he..
Payah kita nak buat buku bahagia. Kalau buat pun ..tak tahu lagi potensi pasaran buku ini.
Tetapi setakat ini belum ada lagi seorang pelajar saya bernama Sri Bahagia bte Wan Bahagian walaupun .. ramai orang mencari cari benda alah ini. Hairan kan? Mendiang Michael jackson mati kerana mencari bahagia melalui dadah. Begitu juga kawan karib nya mendian Whitney Houston. Bahagia terletak dalam ketaatan kita kepada Allah Azawajalla. Sohih!
sekian.
Wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment