tulis, menulis dan hasil tulisanmu itu

Posted by sazali

Salam

A. Kadir Jasin ( mantan besar Editor New Straits Times Malaysia) ada menasihat .. kalau nak menulis, tulislah elok-elok seperti orang pandai (ada ilmu, ijazah segulung dua dan lain-lain).

Memang betul kata-katanya itu.

Saya sebagai guru/ pensyarah/ ayah kepada 6 orang anak ..bersetuju sangatlah ..nasihat dan gesaannya itu.

2)  Bila menulis .. perhatikan idea yg nak disampaikan.

Kalau marah ..kita menulis begini.  Kenapa kau niiiiiiiiii...beribu ribu kali dah aku cakap ... 5 x 2 = 2 x 5 = 10 ; bukan 25!

Aduh ..budak bertuah niiiiii.

Kalau gembira kerana bonus dari kerajaan .. baguslah ..kerajaan ini.  Depa tahu kita susah nor?  Maklumlah bulan ni ..semua anak mula bersekolah lagipun ..bini muda ku itu .. makin besar perutnya.

Kalau confuse kerana notation matematika ..  hishhhh .. yang mana satu ni ..  nak pakai ..true / false? ini dalam Truth Table ...


3)  Hasil penulisan mengambar sedikit sebanyak mengenai emosi dan intelek seseorang.

Kalau orang tua nak mampus menulis bahan bahan lucah untuk dibaca oleh generasi muda ..mula dari abjad 'A' hari ini ..sampai kiamat ..hasil penulisannya itu jika diamalkan oleh sesiapa ..   dia akan berkeadaan sengsara untuk selama-lamanya berrmula dari tempat kuburnya yg tersangatlah sempit.  Itu pun kalau dia ada 'sebiji' iman dan yakin bahawa adanya Allah dan hari kemudian - akhirat.  Au zu billah min zalik.

Kalau orang muda ..walaupun tak pernah mengenali siapa itu 'wanita' ..jika dia menulis sebuah kitab tentang nilainya air mata ibu ..  semua yg ditulkisnya itu ..jika dibaca dan terus diamalkan oleh manusia berwarna putih, coklat ataupun hitam ..semua amalan itu akan dikreditkan ke dalam akaun pemuda tersebut.  Subnanallah!


Oleh itu berbahagialah ..orang yang mana tuhan sudah memberi satu nikmat besar ..  berupaya menulis seperti allahyarham Zaaba, allahyarham TGNA, Tun Mahathir,  A. Kadir Jasin dan ...  pembaca sekalian.

Syukur ..nikmat menulis ini.  Al Fatihah.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment