Hidup dan mati di tangan Allah

Posted by sazali

Salam

Semalam saya mendapat berita teramat sedih.  Suami pada bekas pelajar terbaik saya meninggal dunia kerana serangan jantung.  Tiba-tiba..
  baru jer kita umat islam seronok berhari raya.
Al Fatihah.

2) Betullah orang alim kata ..hidup dan mati kita semua di tangan Allah.

Kita tak leh lari dari qada' dan qadar Allah.

Allah memberikan kita rezeki ..dan Allah akan menamatkan kita pada bila bila masa.

Apa yg kita boleh buat ialah :  mantapkan keimanan kita , tambahkan amalan amalan kita dan .. beristighfarlah banyak banyak ..taubat pun kena jika kita telah melakukan dosa dosa besar seperti

2.1  berzina
2.2  menipu hak orang
2.3 merompak hak orang
2.4  membunuh
2.5  menciptakan fitnah untuk menjatuhkan maruah seseorang
dan lain-lain lagi.

Jika bertaubat .. pasang niat sungguh sungguh ..tak akan buat lagi maksiat tersebut mulai hari ini.

3) oh yer ..arwah muda lagi.  Berumur 30'an .. tetapi mati ini ..tak mengenal tua dan muda. Kadang kadang yg sihat pun ..tuhan ambik terlebih dahulu dari si sakit.  Tengok saja lah .. di USM Hospital.  Si sakit terbaring sejak dulu lagi ..tetapi tukang jaganya sudah pun mati kerana kemalangan, serangan jantung dan mcm mcm lagi.   Mati tetap datang .. tanpa kita menduganya sedikit pun.

Oleh itu ..marilah kita mengingati Allah banyak banyak ..lagi pun hari ni ..Hari Jumaat yg mulia.
Perbanyakkan salawat kpd junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Al Fatihah
Sekian.
Wasallam

sifat makhluk

Posted by sazali

salam

Sifat makhluk ada 5

1) dilahirkan
2)  dimatikan
3) banyak expectations
4) banyak angan angan
5)  kemampuan terhad jah

Huraian:

Dengan 'kun fayakun ' kita dlahirkan dan dimatikan dalam satu tempoh tertentu.  Tanya Allah bila expiry time masing-masing?
  can?

Semasa di dunia, makhluk seperti kita semua ada terlampau banyak expectations seperti:

3.1  kuasa , berkuasa ..biar kuasa itu bertahan untuk selama lamanya.

kita bila ada kuasa ..kita boleh buat apa yg kita suka.
Contoh .. bila kita jadi cikgu ..  nak masuk kelas awal pun ok ..  masuk lewat pun ok ..  tak masuk langsung pun ok.  Lesson plan ada ok/ tak ada lesson plan pun ok/

Kita ada kuasa kan?
ada students hantar kerja sekolah ..kita guru nak tanda serta merta pun ok / tak nak tanda kerja mereka langsung pun ok ...why? kita ada kuasa.  Kuasa apa itu?  GURU. Ada orang bergelar guru besar. Lagi besarla kuasa pengaruhnya.  Subhanallah.

3.2  kaya, berduit, terus berduit dan biar duit kerja untuk kita selama-lamanya siang dan malam.

ada orang berduit mereka join dunia saham.  Sebelum itu , mereka survey .. saham mana best.  MAS tak best ..selalu rugi ..so they tak masuk saham MAS pun ..  proton?  tak best jugak ... bila tak ada org nak melabur saham proton .. payahlah .. proton nak maju teknologi nya ..tengok sahajalah teknologi cermin depan belah kanan ..  problem ..  nak bayar tol ..ada orang kena bukak pintu kereta utama baru boleh bayar tol dia /  kereta kawan toyota vios .. tak yah bukak pintu pun time hujan ribut dan petir ..tekan punat .. cermin terselak .. aku pakai touch n go jer ..terus jalan..  .  malu kan teknologi malaya dibandingkan teknologi jepun ramai rakyatnya bersunat pun tarak?

apa boleh buat/

saham  .ramai orang main saham dunia/ nampak jelas untung ruginya/
saham akhirat .. tak nampak sangat lagi pun .. istilah akhirat ini ..gapo dio?

kalau orang faham saham akhirat sudah tentu ..pungutan masjid pada hari jumaat mencicah RM4 juta ringgit seminggu  ..  sayang sayang .. ramai makmun ..berkereta besar .. tetapi kutipan sekitar RM500 jer seminggu sekali ..  duit sebanyak ini payah nak lawan bala tentera yahudi bukan?  yahudi ..tak ada pilot kapalterbang pun .. boeh tembak sasaran bila bila masa sahaja ..  why? teknologi tinggi perlu duit banyak banyak sedikit lah .. bari berkembang teknologi baru mereka siang dan malam,

4/  Sifat makhluk .. banyak angan angan.

Dah dapat tubuh sihat ... tak puas hati pulak/
nak repair muka ..wajah .. dari melayu mamak .. wajah nampak pan american pulak.

mata sepek .. nak operate .. sana sini . terus buta ..padan muka.

punggung bulat ..  nak kasi tarok .. biar nampak ..  nipis sikit ..banyak dah buah lemon mahal mahal telan dan minum airnya dari subuh sampai ke malam .. berminggu minggu aku perhatikan .  why?  punggung nipis ..kuat berlari kerja laki/ cucu nya.

4.2  dah ada rumah teres .. nak buat banglo pulak.  So hutang ..banyak lah bertambah.

4.3  dah ada rambut kerinting .. nak bonding pulak ..biar nampak straight macam pembaris .. straight macam kayu jer ..

yes .. manusia tak pernah rasa puas.

dapat anak 1 ..nak anak ramai pulak.  Tidur pun payah.
dapat bini 1 ..nak main main .. biar bini ramai pulak .. sebab itu baju baju dalam dam luar tertinggal rata dan riti .. kejar baju dan kerja seluar ..tiba tiba terlanggar tiang ..terus mati ..semua bini sekelip mata .. janda.

dapat ijazah pertama ..nak buat ijazah tertinggi pulak .. wal hasil ..tidur pun payah nak lelap dgn mimpi ngeri .. he..he.. he.. what to do brother?

kasihan ..

tetapi aku perhatikan ..

Nabi Muhammad s.a,w  semasa berkhawin dgn Syayidina Khadijah r.an ha janda kaya .. nabi  kata dalam bisnes terdapat 90 % rezeki.  Jom buatlah bisnesss.. katanya.  So ramailah org buat bisnes.

tetapi time dia berrcampur dgn orang orang miskin .. dia kata ..  dia mahu  makan sehari/ berlapar sehari/  dia suka bergaul dgn org miskin ..  hidup miskin dan mati pun miskin ..  di akhirat esok .. org miskin cepat masuk syurga kerana ..soalan mereka cukup senang. Dah makan sang fakir ?  belum .... buuum masuk syurga.  Sedangkan sang guru ..payah masuk syurga ..  buku kerja pelajar ..lambat bertanda.  Setahun ..hanya dua latihan sahaja ..yg sudah bertanda .. awas ..ada tanda yg dibuat  pun silap ..bnyk silap mak ooooi.  Rezeki kau bagaimana?  payah masuk syurga ok?  ingat tu.

Jadi .. saya rumuskan ..  Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia biasa. Cepat dia terpengaruh dgn alam dan suasana nya ..  time kaya dia enjoy bisnesss mcm mcm ..time berlapar ... dia rela lapaq .. seperti orang orang lain jugak.

Wal hasil ..  dia nasihat kat kita ..  1460 tahun ..bersederhanalah.

Teknologi sederhana ialah teknologi Protonlah.  Dah kena dah ..  Malaysia ..kita pakai proton jer.
Alam rumah tangga sederhana ialah ..bini 1 jer sudah lah .. itu pun ..kena queen control ..siapa tu?

he..he..

Begitulah senario/ snap shot kehidupan makhluk bernama manusia.  Amal sikit , sangka baik ..berlebih lebih pula.  Syurga firdaus kita mintak sentiasa ..  mintak siang dan malam org alim kata.

Sekian.  Wasallam

    

makhluk

Posted by sazali

Salam

Semalam tuhan memberi saya peluang lagi ..berada di dalam satu halqah paling tidak popular di atas muka bumi ini.  Namanya Halqah dakwah fi tabligh.  Tak ramai mahu mengambil bahagian sekitar 10 - 15 orang sahaja.  Budak budak mentah dan orang orang tak ada kedudukan pun dlm masyarakat. Agama ini dagang wahai anakanda. Datangnya dagang, hidup dagang dan perrgi nya pun dagang.  Ikutilah hasil ketukan-ketukan butang keyboard ayahanda mu ini.

Orang tua .. bangsa keliong muslim ..  memberi sedikit takril pasal fikir agama ..

dia mula dengan berbisik bisik kpd majlis ini sambil mula meninggikan suara syarahannya "..

1)  orang berkuasa dalam satu satu negara berfikir bahawa dengan kekuasaan politik ..dia berjaya.

orang sakit fikir ..dengan kesihatan  ..dia berjaya ..

orang sibuk berbini ramai berfikir .. dgn ramai isteri bekerja kerajaan .. dia akan berjaya ..

dan org bisnes ..fikir ..dgn bisnesnya ..  dia akan berjaya.

Macam macam org fikir itu dan ini pasal kejayaan .. tetapi di sisi Allah Taala..kejayaan adalah dlm mentaati perintahnya mengikut cara baginda Nabi Muhammad s.a.w  lakukan.

2)  Ramai makhluk .. berfikir begini ..

dengan makanan dia dapat kekuatan ... dia yakin ..dgn makanan itu dan ini seperti ayam , nasi, sayuran-sayuran ,buah buahan ..dia dapat kekuatan Tetapi ada juga .. orang makan ..semakin makan dia jadi sakit .. makin dimakan ..dia semakin sakit ...  so adakah makanan itu memberi kekuatan?  Jawapannya ..kuasa mana yg memberi sakit / sihat ini?  Jawapan nya senang = Allah lah yg memberi kekuatan kepada kita semua.

dengan ubat ..orang sakit fikir ..dia akan sihat ..dan terus sihat ..tetapi ..di hospital ..dari 100 orang yg terlantar dlm ward bila makan ubat yg sama ..ada 10 - 20 orang yg mati.  Mengapa?  adakah ubat berkuasa memberi kesihatan kpd makhluk makhluk berrnama manusia ini  ?

ada orang tak makan pun ..badan nya cukup gempal sekali ..
ada orang itu ..rumahnya besar , isterinya besar, kusyen pun besar, kereta besar, tablet facebook besar , skrin paling besar , but  .. semakin banyak dia makan ..tak gemuk-gemuk pun dia ?  ( ha .ha..ha...)

Mengapa?  siapakah yang berkuasa .. memberi kita kesihatan, besar , manis, cantik wajah, terliur jejaka melihat kita ?  Siapa ?

Yes ..Allah lah .. yg maha berkuasa.  Allah yg memberi kita nikmat kesihatan , kecantikan, kebesaran , kekuasaan,  kepandaian, dan macam macam lg..

3) ada orang fikir .. dengan kuasa ...dia boleh tidur lena.
tetapi negara ini dah saksikan beberapa malam yg lalu  ..ada orang paling top pun ..payah nak tidur lena .. la ni .. walaupun dia diberi kuasa ..memerintah manusia dan biri biri di kandang binatang bergelar 'sheep' dlm BI.

Kalau orang membawa bendera Mongolia .. mengibar bendera Mongolia .. ke sana sini .. ada orang .. mimpi indah bertukar ngeri..  hisshhh.... mu ini?

hari ni dlm akhbar STAR 30 Julai 2015 Malaysia  .. ibupejabat polis negara ..terbakaqr ...  ketua polis negara kata ..jgn risau , jgn bimbang ..jgn worry, relax brother ,,,   dokumen yg terbakar ..tak penting sangat .. gilo..wak gapo simpan nyor ?

4)  untuk membetulkan keyakinan ..Allah hantar 124,000 nabi nabi ..memberitahu .. Allah lah yg maha berkuasa.  Benda benda lain ..tidak ada kuasa.

Firaun ..  takut dgr khabar .. bahawa akan datang ada seorang bayi  ..akan memusnahkan empayar mu maka Firaun mengarahkan serta mertta diperintahkan semua anak anak lelaki dibunuh mulai today ...

tetapi Allah nak tunjuk ..  bayi lelaki itu .. hidup dlm istananya tiba-tiba.  Nama bayi itu Musa ali his salam tus wasalam .

Allah dgn kekuasaan nya ..  isteri Firauan ..tidak ada anak/ maka tak ada susu dari nice teteknya.

Maka dengan kekuasaan Allah ..  ibu original kpd musa ... diupah memberi susu kpd Musa alis salam...

saksikanlah ..wahai manusia ... Allah maha berkuasa.  Semua perancangan manusia untuk membunuh anak lelaki di negara Mesir ..  tak berjaya 100% pun ..  Musa sampai ke istana melalui satu bakul yg dihanyutkan dari bukit dan ..  air sungai ..mengalir deras dari punjak bukit menuju ke istana Firaun di bawah lembah bawah sana

Oleh sebab ..  isteri Firaun ..tak ada anak .. maka tuhan masukkan rasa cinta ke dalam hati isteri Firauan untuk mengambil Musa sebagai anaknya.  Jeng-jeng-jeng (musik India dimainkan..tanda suspense in the air).

Firauan yg  terlalu obses nak bunuhkan semua anak anak  lelaki ....sekarang ..anak lelaki itu membesar slow slow depan matanya . dan satu morning ... musa .mampu menarik kuat janggut Firauan yg panjang dan lebat.  See?  atas ribanya .. musa boleh main-main janggut Firauan .. dan satu kali tariqqqq .. aduh aduhhhhh.. Firauan .. menjerit.

Bayangkan cerita original ini.

Allah bentangkan kpd kita ..  satu cerita .. jika seluruh dunia mahu hancurkan .. kita tetapi tanpa izin dari Allah yg Maha Esa..  kehancuran itu boleh ditukar kpd satu .. kenikmatan ..nikmat Musa hidup dalam istana dan ...

Tak seronok kah kita ni ..jika dapat masuk istana, makan dalam istana, main janggut memanda ...  he..he..he..
semua  ada dlm Al Quraaan sana.

Sayang ..halqah ini tidak ada sambutannya.  Halqah yg membicarakan pasal cerita purba ..para para nabi ..cukup kurang popularitinya ..

Org ramai lebih rela .. bersembang mcm mcm pasal politik negara .. sedangkan hamba koliong ini dgn susah payah dgn pelat pelat bahasa melayu dia cuba membawa satu fikir .. bahawa Allah lah yg Maha Berkuasa.

Apa yg dia buat ..dia ajak aku dan 15 orang lain keluar berdakwah dlm keadaan senang atau susah.

Ada ayat dlm Al Quraan .. Allah khabarkan ..."maukah aku tunjukkkan kpd mu .. satu perniagaan yg paling menguntungkan ....

bisnes itu ialah membuat dakwah fisabililahhh.

Melalui dakwah orang islam kembali berjaya ..dari dakwah dtgnya pondok tahfiz al quraan sana dan sii; melalui dakwah .. orgg org mula mengambik berat ilmu agama.. dan ... seterusnya agama islam hidup subur dan subur ..

dan dalam surah wal Asri ..  "..  ajak mengajak kepada benda yg haq .. dan hendaklah kamu bersabar ...". Jika ada ini kualiti ..kamu tidak tergolong antara org yg rugi.

Allah hu Akbar.

Sekian.  Baca , faham dan sebarkanlahhh...
Wallahu aklam bis sawabbbbb.. aku nak kuar dakwah dah 3 hari, 40 hari, 4 bulan mus taad din ..bina keyakinan bahawa Allah maha berkuasa bukan research, bukan laboratory , bukan jurnal berimpact faktor tinggi  ..  yg berkuasa. Allah!  



konsep partnership

Posted by sazali

Salam


Orang besar suka berpartner.  Sekurang kurangnya dia ada orang lain untuk bersama-sama menjalankan tugas negara. Besar amanah tuhan ..  jaga bumi negara islam contoh.   Nama harum kita kongsi , nama buruk bila dikecam ..kita sama-sama harungi dan terus telan hidup-hidup.

Semasa berpartner, adat resamnya ialah:
a)  ikut cara yg sama siang dan malam
b) kita buat cara, kita laksanakan rancangan itu. Mudah?
c) kita tabur janji,  kita bereshkan janji hingga PRU14
d) jangan lawan cakap partner; kerana kau itu cermin kpd tubuh badan aku juga
e) hidup mati kita berpartner rata riti , sana sini
f) satu objektif/ satu tujuan
g) kau faham bukan?  sign di sini.

Bilo  kamu lawan partner, tengok apa sudah jadi.

Kamu dipecat.  Senang jer.

Hukum alam memang begitu.  Selagi kita partner , kita ikut membabi buta sudahlah.  Jgn lawan lawan.  Hidup pasti senang.  Sudah 50 tahun bahtera besar kita bergerak laju dari zaman gelap , miskin dan sengsara dalam hutan belantara ..sekarang zaman terang, senang dan mcam mcm dah ada.  Hutan dah jadi kawasan perumahan.  Mamak india ramai dah datang tumpang rezeki

tetapi sayang partner tak sabar.  Mengapa?

Tengok ada partner kena buang.

Kasihan kan?

jgn gopoh gapah.  Jangan ikut orang bersara kata gitu gitu.  Dia tak kesah kesan-kesannya dia melawan bahtera besar ini kerana dia berada  dlm alam persaraannya.

tetapi partner .. partnership kita masih ada.  Tengok kertas mu sign itu?

kau lawan ..siap?
siapa kena pecat semalam 28 Julai 2015.?

rugi kan?
satu lg mata anak tangga ..  kita dah jadi orang terbesar negara. Sayang kau tak sabar.

Mengikut sejarah 20 tahun lalu .. orang melawan arus bahtera .. dia dipenjarakan. Sebelum itu, dimalukan .. aghhhh ..satu dunia baca berita memalukan.  Sayang ada orang tak mau belajak sejarah ini dan sejarah Hang Jebat diruduk dgn keris tamingsari kepunyaan partner nya juga Hang Tuah.

Sekarang anak anak cucu melihat lagi .. hulubalang perkasa ..dipecat sudah.
Tanah baru bukak di Utara Johor itu ..apa sudahnya Bapak?

Fikir fikirkan kerugian kini yg bakal ditanggung.

Aghhh..org ada prinsip memang gitulah. tetapi satu prinsip tak sama dengan nilai projek di Johor itu bukan?  ramai orang johor  boleh menumpang rezeki ...

Sekian. Dunia partner tak kekal.  Lihat ..sandiwara di pentas dunia.  Nasib baik aku dah masuk dunia persaraan.  Alhamdulilah.  Betul kata tuhan ..dunia ini pinjam-pinjaman jer.  Jgn terlampau taksub kemanisan dunianya ini.  Cukup masa kita jalan (mati).

Wasallam



A nice hadith

Posted by sazali

Salam

Dalam satu riwayat ..Abu Hurairah (r.a) melaporkan beliau ada mendengar dari Rasulullah (s.a.w.)

zikir terbaik ialah la ilah ha illah  dan
doa terbaik ialah 'subhanallah'.


2)  Begitulah ... jom kita amalkan.

3)  Mengapa kalimah tai yibahhh ..  the best zikir?

kerana ..ini kalimah iman seseorang muslim, mukmin dan mukninah.

Tuhan kita hanyalah Allah.
Dia memberi kita kehidupan, kesenangan dan 1001 lagi nikmat itu dan ini.
Kita kena yakin .. Allah yg memberikan kita sukses ..

jika satu dunia mahu sekat kita punya rezeki dari semua segi tetapi bukan dari perancangan Allah ..  benda sekatan itu tak akan menjejaskan apa apa kpd badan kita  pun sedangkan jika satu dunia mahu kita menikmati kekayaan , kedudukan tertinggi , kemasyuran dan tompok kekuasaan
 tanpa izin Allah .. kesenangan tersebut tak akan datang bergolek kepada kita suamiisteri dan anak cucu pun.

Begitulah ... zikir yg mesti ada dlm nadi dan jantung kita hari hari.

Subhanallah .. maha suci mu Allah ..  kita sebagai makhluk .. mesti yakin ..tentang kebesaran Allah melebihi kebesaran kerajaan manusia di dunia ini.

Apa itu kebesaran , kekuasaan tuhan mu?
Dia yg mendatangkan rumput dan tanaman menghijau kepada bumi manusia dan dalam masa yg sama dia mampu sangat, sangat  mendatangkan kemusnahan kepada negara-negara  seperti tsunami di Acheh , mala petaka di Jepun, gempa bumi di Amerika Tengah dan lain-lain seperti banjir terbesar di Kelantan, Malaysia.

Subhanallah ..  tuhan maha berkuasa.  Kerajaan Allah mutlak yg menguasai semua kerajaan buatan manusia.  Tuhan boleh hancurkan semua dunia dengan kerajaannya. Contoh ..dia mampu menghilangkan satu kapalterbang Boeing buatan USA tanpa manusia sejagat  dapat mengesannya... teknologi canggih manusia terhad tapi ..kun fayakun Allah ..tak ada tandingannya...  O Allah jgn hancurkan negara kami Malaysia bernakhoda Datuk Seri Najib Tun Razak ini please .. why?  hutang kami tak berehs lagi.  Payah nak masuk syurga .jika hutang tak bereh bereh lagi ..dengan kedai Ah Kow hutang kami bertepik tepik buku 35 atau 53 , tambi ceti ada, pajak gadai ada,  dan wak jakli sangat sangat ada  .. wak jakli estet sawit tu hutang pasal benih benih sawit lah....ya Allah. AMBANK ada jugok ..kereto tuh ...  BTW, hutang kami taklah sampai 42 bilion tuh..  sikit saja ..  write off ..can,     .........    ya Allah?

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabbb. //  my small family.  Alhamdulilah


Lega itu apa yer ..

Posted by sazali

Salam

Entah kenapa ..rasa lega hari ini.  Org sakit perut di atas lebuhraya , bila singgah sekejap di tandas RnR ..dia pasti lega.  Mengapa?  sakit perut satu penyakit yg terberat rasanya  ...  Org berpuasa selama 12 ~ 20  jam , jika cukup masa untuk berbuka .. lama-lama kelamaan , dia akan rasa lega dengan nikmat makanan dan minuman.  Syukurlah.  Itu tanda kita hanyalah manusia biasa.

Selepas bersara (optional) , peluang mengajar cukup terhad sekali.  He..he..he...

Kadang-kadang rasa ..  rindu jugak nak tengok wajah pelajar-pelajar lama dan/atau baru.

2) Hari ni ..tuhan kasi peluang mengajar lagi di Pulau Pinang.

Bilangan pelajar 24 orang jer. Dulu di universiti, mana ada chance ngajar seramai ini pelajar.  Mengikut rekod, kuliah matematika ..bilangan pelajar satu sekyen 40 - 55 orang ramainya.

Sekarang, mereka semua dari negara negara Asia Tenggara.  Dulu di Batu Pahat , pelajar pelajar ku hanya dari Malaysia, Indonesia, Yaman dan Nigeria sahaja.  La ni .. guru guru dari negara Laos dan Cambodia pun .. mahu belajar jugak.  Alhamdulilah.  Org masjid kata ..if ilmu kita (sedikit jer) ..ada org amalkan ..itu saham kita sebenarnya.  Inilah satu kelegaan bagi saya.

Hari ni saya bercakap tentang ..honesty dan attitude ..sebagai guru cemerlang matematika.  Kita mengajar ..biar ada 'cinta/seronok' dlm PdP kita.  Sikap kita mesti bagus ...ini sahajalah ..punca rezeki aku anak beranak , cucu ..Syukur / gitu lah ..jgn jadi guru pada kertas jer ..tolong ..masa di sekolah, politeknik dan universiti ..kita fokus PdP kita ; elakkan dari sibuk memikirkan benda alah lain seperti menjual carpet, pokok sawit ; benih sawit; racun sawit; pokok getah; serbuk kopi 360 darjah kuat dan sebagainya.  Malulah sikit bukan? Malu pada siapa hahhhhhh... he..he..he..  malu pada tuhan kita Allah Robbul Ala minnn.

3) Majoriti pelajar pelajar ku dari  kaum hawa.  Aghhh.. tak rama kaum Adam mahu belajar 'matematika' lagi dan lagi.  Entahlah mengapa begitu.

Sekarang tugas wanita ada 5 ..

3.1  punca rezeki keluarga
3.2  manageress
3.3  dynamo keluarga
3.4  penasihat
3.5 mcm mcm ada dgn nya - menguruskan anak, masak masak di dapur, membasuh kain yg kotor, lipat kain, seterika baju anak anak ke sekolah ..aghhhh ..  syurga bu?

(ketawa). Kaum lelaki macam aku ..  ke mana yer?  Untung besar kaum Adam zaman sekarang ..  zaman dekat dekat dgn kiamat ..org masjid kata.  Tukang telan ubat kuat sahaja kah? na u zu billah ..min zaliq.

aku perhatikan ..  ada pelajar perempuan ini .. asyik melihat 'smart phone ' dia sahaja.  Telinga mendengar bahan syarahan tetapi mata .. mesti menunggu mesej dari keluarga Acheh/ Medan ini.

Tak apalah ..yg penting dia tahu ..selepas kuliah ini ada Kuiz 1 sekadar 5 minit.

He..he..he.

Tak apalah.

Buatlah apa yg patut Bapak .....tetapi terbaik.

Itulah hargailah 6 perkara sebelum 6 perkara dtg pada mu:

pertama , muda sebelum tua
kedua, kuat bertenaga sebelum datangnya ..  lumpuh kerana tua dan tak leh berdiri tegak dan lama-lama lagi.
ketiga,  berduit sebelum papa
keempat, senang sebelum susah ( sibuk memanjang jer)
kelima , peluang bekerja sebelum kamu bersara wajib umur 60
dan keenam ...  hidup sebelum matimu.

Sekian.  Alhamdulilah.

Wallahu aklam bis sawabb. Al Fatihah.


Sukacita dan/ atau dukacita

Posted by sazali

Salam

Kita selalu terserempak 2 perkataan ini dalam akhbar harian berbahasa melayu.  'Sukacita' digunakan untuk maksud menyampaikan rasa gembira kerana kejayaan seseorang individu seperti mendapat anak yg pertama sedangkan perkataan 'dukacita' digunakan sebagai satu lambang perasaan sedih kerana kematian atau kegagalan dalam sesuatu projek perniagaan dan/ atau pekerjaan.

Apa apa pun itu adalah warna-warni kehidupan.

Orang yang bertakwa tidak terjejas dengan kejayaan atau kegagalan sepanjang hidupannya. Dia terus hidup seperti biasa kerana "..dunia ini sementara dan akhiratlah yang kekal abadi".  Lagi pun ..dunia ini pinjam-pinjaman.  Isteri cantik pun dipinjamkan oleh pencipta bernama "Allah". Bila masa sudah cukup .. benda dipinjamkan hendaklah dipulangkan.  Proses ini dinamakan satu kematian.

Itu kata-kata keramat dari kitab-kitab agama 1460 tahun yg lalu.

2)  Sebagai manusia moden payah kita nak menelan kesedihan. Bukan?

Contoh:  kematian suami dalam satu nahas jalanraya; kebakaran rumah kedai bermodalkan setengah juta RM dan kecundang dalam pengajian di peringkat ijazah pertama/sarjana/ Ph.D.

Bila suami mati, otomatik kita bergelar 'janda' anak 2,3, 4 dan sebagainya.
Bila isteri mati, sang suami pun digelar 'duda'.
Bila kedai terbakar, payah kita nak buat sedikit ubahsuaian  rutin hidup kita kerana .. mengikut pengamatan saya .. ramai orang berniaga percaya 99% bahawa kedai itu lah punca rezeki dia dan anak anak bininya.  Bukan?  Mungkin mulut kata Allah pemberi rezeki tetapi ..hakikatnya lain ..  mulut tak sama dengan apa yg ada dalam hati seseorang.  Ini darjat iman seseorang.  If kedai more important, stronger. more influencer  than Allah ..boleh jadi kita dicopkan 'syirik'. A u zubillah ..

Bila kecundang dalam pengajian masters/ Ph.D ..payah juga kita nak membawa diri dalam satu satu kampung, fakulti , jabatan, unit dalam satu tempoh hayat 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, 1 dekad atau 1 kurun (itupun kalau panjang umur kita).  Entahlah mengapa.  Ada orang terlampau emosional iaitu menjauhkan diri dalam semua aktiviti kemasyarakatan.

Bagi orang orang yg tidak mempunyai pengalaman .. sedap dia memberi nasihat .. jangan berdukacita tuan/puan hamba.  Dunia ini sementara. Akhiratlah yang kekal abadi noi?.

3) Saya tertarik dengan satu majlis motivasi pada tahun 2004 di Johor .. di mana motivator bercakap bermacam -macam rahsia berkenaan dengan tips mencari kerja itu dan ini.

Di hujung sesi motivasi , ada seorang pelajar bertanya kpd motivator ..  Tuan ada kerja tak pada saat ini?  Kerja apa tuan?  Pensyarah Universiti .

Oh kalau begitu ..  sedaplah tuan profesor memberi nasihat ..itu dan ini kepada kami  kerana tuan berada di atas.  Status tuan bekerja di universiti dengan gaji bulanan yang lumayan.

Kalau tuan tak ada kerja / pengganggur  ..  mungkin tuan akan bercakap dengan nada yang lain kerana .. jika tuan tak ada kerja ..tuan berada dalam satu padang yang sama.  Semua tak ada kerja.  Nampak tak tuan?

Sepatutnya ..  kalau ada motivator ..eloklah ..motivator itu .. mempunyai status yang sama dgn kami terlebih dahulu  .. tak ada pekerjaan pada hari ini.  Barulah tuan dapat menyelami hati dan perasaan kami anak anak orang susah sejak dahulu lagi.  He..he..he..  tercenggang jugak motivator tersebut.

4) Rumusan ialah ..  sukacita dan dukacita adalah

4.1  kalau kita ada pengalaman kejayaan ..eloklah kita beri ucapan tahniah yang ikhlas kpd kawan kawan kita yg telah berjaya dinaikkan pangkat itu dan ini.  Tak ramai boleh buat begitu.  Dalam hati ada cemburu, dengki dan mcm mcm, bukan?

4.2  kalau kita sama sama kehilangan suami ..  barulah kita sesuai sangat mengucapkan takziah ..kpd kawan kita yg baru kematian suami/isteri/anak.  Kita punya ucapan mempunyai  tahap perasaan yg sama.  Ada 'gap' yg besar dlm kehidupan kita masing-masing.  Kita jer yg faham.

4.3  orang orang lain sekadar mampu mengucapkan .. 'tuan bersabar yer ..ini semua dugaan tuhan'.

4.4  kita sebagai manusia ..elok berhati hati dalam semua tindak tanduk kita.  Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali termasuk apa yg keluar dari mulut kita ini.

Betul tak?

** org bagus , mereka berkongsi  keseronokan dan bencana.  Seronok bila anak pompuan semua dah khawin dgn org org bagus bagus dan ..kita berkongsi susah bila ..  jiran kita tiba tiba berada dlm kesempitan.  Sekarang ..jiran pun kita tak kenal.  Mengapa?  kita berdua semua .. suami isteri di hujung hujung minggu jah.  Berjumpa di titik pertengahan antara dua lokasi opis suami dan isteri.  Jimat belanja, jimat tenaga dan mcm mcm lagi jimat.

Sekian.

Walahu aklam bis sawabbb. Al Fatihah

lepas raya kita kerja kembali

Posted by sazali

Salam

Penat juga kita beraya ni.



Tahun ni .. raya pada hari Jumaat .. pagi sembahyang raya/ tengah hari jam 0100 pun gi sembahyanng Jumaat pulak.

Pendek kata 4 jam kunjung mengunjung di masjid (rumah Allah).  Peratus masa ialah 4/24 = 1/6 = 1/6 *100% =  17% masa hari pertama kita orang orang lelaki asli berada di masjid.

Itu belum berkunjung ke tanah perkuburan tok nenek kita lagi ..  if 2 jam lagi di tambah ke data di atas ..

maknanya 25% masa adalah .. ibadat agama untuk hari pertama 1 syawal 2015.

syukur atau tidak?

2)  Di Kota Bharu .. jalanraya tak menyenangkan .kalau beraya hari 2 dan 3 .. jam jam jam (machek)..  saya ada 4 orang mak saudara dan 2 orang pak saudara di  sebelah saya anok kelantan .. mereka tinggal di Besut , Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan.

Belum dikira ..old boys reunion lagi itu... di Kpg Tok Saboh, Kuala Besut  dan kenduri kendara anak anak buah nak khawin kali pertama pada hari raya ke 3 dan ke 4 //

Prestasi ?.. aku rasa agak penatlah.

3) Tradisi melawat ke sana sini ..ni ..penat lah .. lagi pun trafik jam.

(ha..ha..ha..). Bila boleh forget semua amalan amalan begini ini.

Hanya orang bertakwa sahaja ..yg boleh senyum sejak pagi raya Syawal 1 sampailah ke opis tempat dia cari makan Syawal 6.

4) Kita orang cerdik @pandai mengaji pmr, spm, stpm, degree, sarjana dan seterusnya .  Tak akan kita nok ikut ..org tak cerdik@pandai untuk selama-lamanya dari titik tolak azali. Kata rama rakyat kelantan blajar tinggi tinggi.

Idea?

kenapo tok leh besar sistem jalan raya seluruh negeri kelantan ini/

satu jambatan di bandar Melor , 3 butir trafik light ..tak siap siap lagi ..projek jambatan tersebut..entah lah mengapa belum siap siap lagi ..mengapa .. jadi gitu?

Tinggi sungguh darjat kesabaran drebar drebar kereta org kelantan kita termasuk penumpang-penumpangnya sejak arwah ayahanda ku pulang ke rahmatullah lagi pada tahun 2002.  Tengok keadaan trafik bandar Ketereh ke bandar Kota Bharu.  tak bergerak gerak roda kereta - tak kirolah roda tu  mahal atau murah.

Masya allah.

Aku berletir ni ..tak semestinya ..  aku lupo .. kurniaan tuhan ..

tapi tak kanlah ..kito nok hiduk gini sokmo sokmo. Sakit pundi kencing tau?

Lapangan kapalterbang Pengkalan Chepa pun dah banyak berubah.  Surau lelaki di airport kadang-kadang jadi tempat orang berurut .. keadaan berubah. Sekejap tempat ibadat, sekejap tempat orang tidur dan sekejap lagi ..tempat orang berurut 15 - 30 minit lamonya.  Berbau .. tak enaklah ..stokin busuk bercampur minyak urut zaman Tok Kenali lg.  Poneng poneng!

Isteri pun dah berubah ..dulu dia cantik ..sekarang .. bilo dah berumur .. mana cantik sangatnya. Selalu lengoh lengoh betisnya.  Nak angkat kaki ambik air sembahyang pun ..payah.

Kita semua bagus berubah.  Dalam dunia pendidikan .. satu pelajaran itu dikatakan berlaku dengan jayanya bila ada perubahan seperti perubahan sikap dan ilmu pengetahuan.

Kita berniaga pun kena berubah ..dulu jual bennda tak laku seperti etok salai  ..sekarang keno cari produk ..biar lakulah waktu petang , malam dan dini hari seperti Burger Ramli  ..boleh pitih ..semua orang suko kat kito.

Akhirnya ..bila ..sistem jalanraya ini Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Ketereh - KB - Melor - Pasir Puteh - Jerteh mau berubah?  /  lebarkan jalan itu biar ada 4 - 6 lane baru sedak sikit kelik anok beranok untuk berayar dari jauh jauh.

Kito pandu kereta ..musim raya rayor ini kadang kadang 17 jam dari Kuala Lumpur.  Tok gilor mu?.

Adakah ini payah ?

Kalau semua ini disebabkan kerajaan pusat // banyak benarlah org maki hamun kerajaan kito ni.

Patut pun balo calamities  .. datang silih berganti.
Dulu dua butir kapalterbang hilang - baru ini banjir besar di Kelantan jugok -  baru ni pulok..  PM kito dapat malu yg besar ... baca bacalah surat khabar itu 10 hari terakhir bulan ramadhan yg sudah.

Imej negara tak secermerlang dahulu lagi selepas arwah TGNA meninggalkan kito semua.

Atau demor raso guanor adik adik kakok ku sekelian?
Payah benar ker kito nok berubah ni?  Besarkan jalan raya kito jah ..bukan tukar agama .

Sekian. Wasallam.






Kesan percakapan secara formal

Posted by sazali

Salam

jika nak hidup bahagia berpanjangan ada satu tips ini ; Cakap formal seperti ini :

" saya tak pandai buat tuan ...  maafkan saya."

"saya boleh buat bahagian pertama sahaja tuan ..ariffin tahu buat semua bahagian tuan ..kerana namanya Arifffff .."

Kalau kita amalkan hidup formaliti ..saya rasa kita akan hidup senang.

Mengapa yer?

Pertama , orang tak boleh expect kita buat benda benda yg melampaui batas kebolehan kita seperti .. perasan ada kapalterbang MH370 melintasi kepala kita di waktu malam malam hari semua gelap gelita

Kedua, sorry abang ..minah cannot pray today.  ermm..ermm...  ambik toto ..tidur di sana please.  See you in 10 days time// sorry ok? wat to do

Ketiga, orang tak boleh cari lubang untuk mengumpatkan kita. Dia selamat dari dosa dan kita pun selamat dari bahan bahan org berbuat dosa.

Keempat, anak raja meminang anak dara kita.  Kita boleh menjawab ..maaf tuanku ..anak dara saya masih kecil lagi ..mandi pun tak pandai mandi sendiri ..maafkan patik tuanku.  Lagipun, memasak pun ... jauh sekali ..  // tengok pada ayat ini .. susah tuanku nak naik murka ..why?  ayat semua formal.

Kelima ,  .. maaf tuan professore  .... skill analisa dan estimation, forecasting  dalam statistik itu belum dapat lagi saya kuasai ..  selama 3 tahun di luar negara pun .. skill itu tak dapat saya kuasai dgn baik dan sempurna  .. maaf professore ...

Keenam, orang inggeris kuat dgn budaya formaliti dalam urusan hidup di waktu siang hari ... the rent is end of each week ..  hasil kutipan tepat dan betul hasil sewaaan rumah, apartment di London sana  .semua orang berpuas hati..  tengok pulak cara melayu berjanji ....  insya allah ..4 kali insyallah .. sewa rumah ..masih belum berbayar lagi ..tengok pulak pak arab berjanji ..wallah hiii ..wallah hiiii ..  haram sewa rumah pun ..tak bereh bereh lagi .. silap silap pak arab sudah menghilangkan diri dgn bini tuan rumah sekali

Insya allah jika diamalkan oleh kerajaan BN stail formaliti ..insya allah Malaysia akan terus maju jaya.  Wakil rakyat biar ada tata cara formaliti.  Jangan cari orang bodoh jadi tok wakil BN kito.  Rugi rakyak blako blakor

Ameen.  Wallahu aklam bis sawabbbbbb .... al fatihah

p/s: elakkan dari menggunakan 'haram jadah' itu. Org org kampung masih ingat semua itu.

kesan gopoh gapah

Posted by sazali

Salam

Orang gopoh gapah selalu rugi.  Contoh :

1) khawin dengan orang tak usul periksa terlebih dahulu.  Kadang kadang tanpa periksa ..kita berkhawin dengan orang tak sesuai dengan kita pulak.  Kahwin dengan orang asing.  Mereka ini ada beberapa  sifat ..satu antaranya suka menipu dan suka berpura-pura. Kasihan pada diri sendiri

2) memandu ..potong kereta orang tanpa usul periksa.  Kadang kadang kerana nak laju sampai ke destinasi ..  kita mati terkorban.  Nama kita dalam sejarah.  Disebut sebut oleh sanak saudara .. dio tu mati dah ..umur muda lagi.

3)  makan sahur.  Tiba tiba tercekik terus mati. Angkara tulang ikan terubuk .. tu lah ..terburu buru sangat nak menunaikan solat subuh berjamaah pada bulan akhir akhir ramadhan.  Terus jalan. Nabi Muhamad s.a,w dah berpesan .. cool and steady.  Bila dah lewat bersahur ..makan dengan tenang dulu. Lepas tu ..pergi lah ke masjid tu.  Kalau orang lain dah selesai bersolat pun .. pahala berjamaah ..kita dapat penuh.

4) jawab kertas peperiksaan matematik peringkat SPM. bILA MENJAWAB secara gopoh gapah .. gred skor ialah A ..kalau jawab dengan tenang ..sudah tentu A PLUS.  Dapat dah scholarship untuk pergi ke Amerika. Sayangggg..

5) orang ramai khawin kita pun nak khawin juga.  Tak nak dengar mak ayah nasihat .. habiskan belajar tu terlebih dahulu ..barulah berkahwin.  hasil gopoh gapah .. pengajian kita tak cemerlang sangat. Dok asyik layan kehendak suami pro-arab/ pro - afrika. Study sudah menjadi memory. Skarang kedua-dua pengantin .. gagal score dengan cemerlang dalam pengajian.  Susah cari kerja dengan ijazah kelas 3. Semua subjek gred B-; C- dan D.  Orang lain ramai lagi kelas 1 dan kelas 2 atas.  bukan  emak dah pesan ..ab*dah .. selesaikan ngaji kau di Amerika tu terlebih dahulu ..baru khawin.

6) sign contract ..nak kerja dengan pihak swasta.  Tiba tiba bulan ke 4 ..tawaran kerja dengan kerajaan datang ke riba tetapi kita terpaksa lepaskan kerana ..contract terdahulu ..tertulis .. jika letak jawatan 24 jam ..kena bayar semua gaji sejak bulan pertama lagi .. bukankah ini rugi namanya?

7)  sample ada 4 orang jer ..buat dah analisa dan buat chapter 'results and discussion'.  Terus hantar kepada external examiners.  Sekarang dah nampak dah .. variance dan standard deviation terlampau tinggi dah.  Tak bagus taburan data begini.  Kalau bersabar, ambik 30 orang sebagai sample.  Skor mean, deviation lebih terjamin.  Defense dalam viva pun ..  sedap sikit.  Tak ada goyah apa apa.

8) gopoh gapah memasak.  Tak tahu yg mana satu garam dan yg mana satu aji-no-motor.  Silap silap suami kaki meradang ..di sepak tukang masak dan semua anak anak yg ada.  Kadang kadang silap ambik garam/ gula pun ...punca bercerai laki bini.  Tulah ..jgn gopoh ibu ibu semua.

9) gopoh gapah sebut 'cerai' kat bini cukupnya lawa.  Sekarang dah susah. Sapa nak kat engkau orang. dah lah perut ..over buncit ..kerja pun tarakkkkk.  So tidur seorang diri lah kamu che abang.  Nak cakap ..fikir dulu masak masak terutama that 5 letter word.  Sekarang orang memilih .. lelaki tarak kerja payah .. org nak berkenannnn .. baik ambik Bangla ..tukang pam PETRONAS pun tak apa asalkan ada kerja dan buat solat 5 kali sehari. jamin bahagia!

10) gopoh gapah masuk duit RM2 juta. sekarang semua orang dah tahu.  Budak sekolah rendah pun tahu ..mesti ada orang menipu ini. Tak pilih kau dah PRU14; PRU15. sure punya.  Gopoh gapah. Letak bawah katil 2 juta RM itu kan bagus ...  bodoh punya orng (laugh)

dan banyak lagi contoh dalam masyarakat kita dari kepala negara ke budak budak rempit - 'otak letak di mana entah....'

Ditulis ini ..sekadar nak memberi nasihat kpd mu anak-anak dan cucu cucu semua.  Bukan menghina tetapi ..  bagus juga ..  jadi pengajaran kpd adik adik yg lain.

Sekian.

Jangan gopoh gapah ok?

parents ..you got one?

Posted by sazali

Salam.

Many of us are fortunate to have their old parents with them in this age when some politicians are screwing tons of money for their own good.

Parents?

a)  some one think ..they will enter paradise automatically if they obey their parents blindly (without questioning)

b)  some one think .. their parents' time has past ..now is their turn to rule the houses, the properties and what not. Enjoy more?

c)   why obey them?  They did not obey their parents too when they were young.  The 'roda' moves, right?  Let them see the treatment they got as they used to treat  their old parents horribly many years ago.

d)  troublesome

e) they are always sick & sickening

f) always telling sad sad stories each time the children  touched down from the blue skies.

g)  thick headed (stubborn) - they love to go to the clinics but they are afraid eating proper food; in fact they brag of seeing top clinicians with their all sorts of sickness & acting

h)  they enjoy taking all sorts of pills from 'klinik pakar' but  rice and many more good food on the tables they  shun away

i)  they are mere slaves to some of us.  Why?  they take care of the grand children day in and day out. Some work just for the sake of her true love.  Their children are changing fast cars as each Syawal comes.

j) and many more.

In the Quraan , in the Al Hadith ..one of the traditions said "..  Allah curse those ..who in spite of having old parents with them , they missed the opportunity to serve them ... ..". History repeats itself ..i think?

What do you think ..  is this you?  Say istighfar and change your attitude/ their attitude too.  Go and see your parents. Drive slowly. Sometimes it is us who got tons of soils on our faces ..in the pit of grave/

Wasallam

Thank goodness

Posted by sazali

Salam

Thank goodness we are safe from major calamities like .:

1) fatal accidents during the big festival Eid Mubarak where more than 188 deaths reported to have happened throughout the country during the last 9 days

2) we still got  jobs to make ends meet

3) we are still healthy , strong and ..

4) our head and brain still fully  intact

Alhamdulilah!

What more do we want?

He..he..he..

It is very weird to travel here where many police took charge of the traffic nationwide but yet .. many accidents happened.  Do you know why?

Herewith  are few good reasons:

1) generally the drivers here have bad attitudes; lacking  considerations; cutting queues etc etc.

2)  some just did not give any signals to change lane(s) especially kampung folks getting out on the trunk roads.. i think they thought the roads are their grandpa's properties.  I think?

3) some think they are driving in their villages

4)  bad management - too many drivers got their licences easily from many other means - some of us called it as 'corruption' right from the driving schools to the JPJ

5)  some parents are too rich.  They give birthday presents like motorbikes and fast cars.  Of course those children did not last long .  They lost their limbs and / or lives and .. but this is the good news for some daily tabloids.

6) no patience .. even though the imams read khutbahs about 'being patience' .. they did not see the importance of being a little bit considerate on the roads.  Irony, they can wait for hours to break the fast .... but for overtaking other cars ..they could hardly wait a minute.  The result they go to hell ( somebody told me).  laugh.

7)  bad road system -  no light on dangerous corners ..see KB- Gerik - Penang highway.

8) they were driving expensive cars but their eyes remain shut (for a few seconds) and of course
 many bad stories  actually happened again and again.

Think please ..are these true?

Wasallam



Hari Raya

Posted by sazali

Salam.

Minggu hadapan ..hari raya.  Insya allah.

Setelah berpuasa 30 hari .umat islam berhari raya. Syukurlah.

2)  Sekarang ..fasa ketiga .. sesi berpuasa. Allah janjikan ..dia akan ampunkan semua dosa kita jika kita berpuasa dgn baik.  Puasa ini semata-mata untuknya, bukan?  Maka dia akan membalaskan susah payah kita berpuasa- tahan lapar, dahaga dan mcm mcm.   Insya allah dan Ameen.

Untuk fasa ketiga ini, Allah menyediakan 1 malam teristimewa iaitu malam Lai la tul Qadar..  1 malam ini bersamaan dgn 1000 bulan (83 tahun). Jangan lepaskan peluang ini ..tuan hamba.

Kita tak tahu ..Ramadhan tahun hadapan ada lagi atau tidak untuk kita semua.

Untuk itu ..banyakkan membaca  Al Quraan/ berzikir/ minta ampun @ taubat nasuha.  Berdoa bnyk2.  Berdoa biar Ph.D selesai dgn baik.  Berdoa muga muga anak dlm kandungan adalah sumber aset kita ke syurga.  Doakanlah macam macam ..pnjg umur dan mmurah rezeki.  Doakan agar ada jodoh tahun ini juga dgn orang yg ada kualitas serba serbi.  Insyallah.  Mintak jgn tak mintak dari Allah rabull alameen.  Tuhan semesta Alam.

Bagusnya ..niat iktikaf ..dan tinggal dlm masjid 10 hari terakhir bulan puasa ini.

Yang lebih bagus ..keluar dakwah 10 hari terakhir ini.  Pahalanya ..maha besar di sisi Allah Robbul Alameen.

3)  Bagaimana dengan isteri dan anak anak di rumah?  Jangan bimbang ..bukannya kita iktikaf di masjid di Russia sana pun.  Dekat jer ...  dekat dengan rumah kita, sebelah kampung.

Kita didik mereka ..jgn mengharapkan kita 100% dalam semua benda.  Biar  mereka dah terbiasa .. ditinggalkan oleh suami/ ayah buat satu masa yg pendek ( 3 - 40 hari).  Bila dah terbiasa ..mereka tidak akan susah jika kita diistiharkan ..mayat oleh pihak hospital pada bila bila masa.

Sekarang kita lihat ..ramai balu menangis ..  bila si suami tiba tiba meninggalkan nya buat selama-lamanya.

Melalui tangisan tersebut satu dunia akan sibuk .. melayan balu dan anak anak ..  untuk terus hidup di hari hari mendatang.  Benda ini banyak kita baca di akhbar ..Sinar/ Metro/ Utusan/ BH.  Satu episod sedih.

Kenapa ..kita tak jadikan satu amalan untuk berpisah sekali sekala dlm famili kita?  Biar semua anak anak dah terbiasa ..ayah masuk hutan; ayah pergi ke laut; ayah pergi kerja di Saudi Arabia dan ayah dah keluar dakwah tabligh 40 hari atau 4 bulan lamanya.

Bila berpisah ..  kita akan merindu seorang ayah/ ibu.  Rindu ini lah yg mahalnya.
Bila kita ditinggalkan tuhan memberi kita masa ..berfikir ..melihat balik ..kebaikan teman hidup kita selama ini. Mana kekuatannya dan mana pula kelemahannya?

Bila bertemu kembali .. rasa 'berahi' kita meningkat.  Sebab itu orang yg selalu berjauhan ..mempunyai anak anak yg ramai.  Sekali berjumpa .. berkualitas.  Terus jadi.  Percayalah?

Bukan setakat ramai jah ..berkualiti pula.  Tahan lasak dan .. konfidan.

Sekian. Fikir-fikirkanlah.

Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan bathin.  Jangan bertakbir raya seperti stail orang bersedih.  Bertakbirlah  dgn semangat waja.  Ayuh!

Wasallam.

 

kita harus banyakkan bersyukur ..

Posted by sazali

Salam

Kita kaum melayu, bumiputera dan beragama islam harus bersyukur banyak banyak kerana ..

1)  kita dilahirkan di Malaysia
2)  masjid dan surau merata-rata di negara ini termasuk stesyen minyak PETRONAS
3)  TV di sini selalu mengingatkan kita .. akhlak baik Rasululullah s.a.w yang patut kita contohi dalam kehidupan kita seharian mulai sekarang sampai kita mati. Program agama berlambak lambak - pagi ada, ptg ada dan mlm mlm pun ada.  Nak tidur pun ..TV bacakan doa untuk kita
4)  kita hidup aman damai.  Boleh berniaga bazaar ramadhan ..tengok sahajalah bagaimana seronoknya di stadium kota bharu ?
5)  pendidikan - macam macam ada - SRK, SMK, politeknik, kolej komuniti dan 30 buah universiti awam  dan 100 lebih Univ swasta dan .. lain lain
6)  peluang pekerjaan sangatlah banyak sejak tahun 1970 - 2010 di negara ini terutama sektor pendidikan.  Mengikut pemerhatian , pada tahun 1970'an rakan rakanku yg berjaya SPM/ MCE dengan Pangkat Gred 3 pun dapat bekerja sebagai guru/ jururawat ; tahun 2010 ..  ramai lulusan politeknik KPM berjaya memasuki universiti teknikal di negara ini
7)  otak kita ..ok ..banyak bertimbang rasa ..  lebih kurang pun tak apa .. akhirnya .. tengoklah negara kita ini pada 7 julai 2015 bila orang luar menuduh PM macam macam ..kasihan kita rakyat malaysia?
8)  kesihatan kita pun ok .. Klinik 1 Malaysia ..kita bayar RM1 ..dan kita ambik ubat dari klinik ini dengan kos ubat > RM10 .  Untung bukan?
9)  pasangan hidup kita ok
10) bini pandai memasak.  Banyak dah kita jimat duit itu.  Sepatutnya kita dah kaya mcm RM itu --2 juta RM pikul pikul duit cash masuk bank ... astaghfirulullah hal azeeem
11)  miskin sedikit sahaja kaum melayu dan bumiputra, kerajaan  sudah sediakan  BRIM, PTPTN, MARA, 1MDB ....yg sanggup menghulurkan bantuan seperti kes banjir di Kelantan baru-baru ini dan ..oleh itu
12) laki pandai cari duit ..macam macam dia tahu  buat ..merumput dia dpt duit; panjat pokok kelapa dia dpt duit; tolong orang betulkan pagar pun dapat duit; ..but one day ..dia kena panah petir .. why? kuat sgt cari duit ..
13 ) apa lagi ..yg kamu mahu (surah Ar-Rahman dari Al Quraan)

Setiap perkara di atas boleh dijadikan buku buku, tape video jika kita mahu ..tetapi ..cukuplah saya nasihatkan diri saya terlebih dahulu .. marilah kita bersyukur banyak banyak nikmat tuhan ..kita berada di bumi Malaysia.

22) Kalau tidak bertuah ..takkan lah orang orang asing sanggup menggadaikan nyawa ..untuk datang ke sini?

Tengok sahajalah ..  sesetengah orang orang Indonesia  ..mereka  sanggup menaiki perahu yg kecil dari Sumatra untuk datang ke Melaka.  Ada yang selamat dan ada yang tidak ..  bila perahunya karam kerana muatannya terlebih muatan.

Orang orang Rohingya pun .. mengalami nasib yg sama .. ramai yg kena .. siksa di pertengahan jalan semasa mereka berlari dari Burma - Thailand - menuju ke Malaysia.  Mereka lari dari cekaman musuh durjana ..kerajaan mereka .. itu mereka claimlah ..  Kalau mereka berlari seorang diri ..  saya rasa kurang sangat masalah yg dihadapi tetapi jika mereka berlari dengan ahli ahli keluarga mereka termasuk anak anak dara berumur 15 - 29 tahun ..bayangkanlah ranjau yg terpaksa mereka hadapi untuk berpijak di tanah bertuah ini - Malaysia.

Alhamdulilah ..negara ini menjadi .. target berjuta-juta orang rakyat asing.  Yang peliknya ..  nama negara lain tidak menjadi idaman mereka ..kecuali Malaysia.  Kalau mereka mati dan hidup sekali lagi pun .. target larian adalah Malaysia lagi dan lagi.

33)  Akhbar di Amerika pun .. target negara ini juga .. untuk memburukkan nama PM dan negara tercinta.  Jika kita tak berjaga jaga ..  mungkin kita akan ..susah di kemudian hari.
Mata wang kita mula jatuh sudah ,  kos kehidupan makin naik GST dan minyak petrol sentiasa naik ..

apa dah jadi?  Bilangan profesor (majlis professor negara) melebihi 1000 orang pada hari ini.  Tak ada orang nak nasihatkan ker ..kerajaaan melayu kita ini?

Fikir-fikirkan lah nasib anak cucu kita 30 - 50 tahun yg akan datang. Bila kaum melayu berebut rebut dengan warga asing untuk hidup ( cari makan, cari kerja) di satu tapak bumi bertuah ini.  Kita mempunyai masalah kerana warna kulit , wajah, dan bentuk fizikal kita sama 100% sahaja dgn pendatang DNAnya dari India, Sri Langka, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Thailand dan Indonesia.  Bolehkah kerajaan BN hidup lagi ..bila kaum melayu totok (asli) mulai menjauhkan sokongan mereka kepada BN yg ada sekarang sedangkan ..orang orang asing wajah 'melayu' dipaksa, terpaksa, memaksa diri mereka sendiri untuk terus menyokong BN .. untuk terus hidup di sini ?

Tolonglah menjawab kerisauan ini - tuan/puan yg mulia.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.  p/s:  kitab kata ..dunia ini tak ada harga di sisi Allah.  Mahal lagi separuh kepak nyamuk dari harga dunia ini.     Betul ker gitu?

Dasyat juga ... isi kandungan khutbah jumaat itu

Posted by sazali

Salam

Penulisan ini adalah 'sebahagiannya'  dari apa yg saya dengar dari Khutbah Jumaat di Masjid Sg Gelugor , Pulau Pinang.

Tajuknya 'taqwa'.

2)  Syurga adalah untuk orang bertaqwa.
Syurga bukan untuk orang arab.
Syurga bukan untuk orang melayu. Tak ada faktor 'bangsa' untuk masook  syurga.
Syurga bukan untuk orang lelaki.
Syurga bukan untuk orang perempuan.  Tak ada faktor 'gender' untuk masuk syurga.

Allah tak pernah dia  muliakan ..orang arab, melayu, lelaki mancho atau perempuan muda ..  jika tak ada taqwa.

Allah hanya muliakan orang orang bertaqwa sahajaa ..tak kira melayu, cina, kampuchea, rohingya, pakistan, bangla, arab, yemen, kelate, trengganu .. tak kira dio muda atau tua.  Janji if ada taqwa .. dia barangan syurga.

3) Besarlah kesilapan kita jika kita ingat ..hanya bapak bapak keturunan arab dan melayu sahaja ..yg akan menjadi penghuni - penghuni syurga.  Org syurga orang bertaqwa.  Apa itu taqwa?  takut kpd  Allah 100%.

Orang menipu, orang rasuah, orang menyeleweng fakta kes mahkamah .. ini bukan orang takwa punya orang ini ..oleh itu ..  mengikut khatib .. tak ada syurga untuk mu.  Mengapa?  kamu tak bertaqwa.

Aduh sakitnya telinga ..dan hati bukan.  Tetapi itulah .. intisari khutbah jumaat hari ini.

Jika cina masuk islam .. dan dia bertaqwa ..  dia berakhlak mulia dan berbudi bahasa .. dia adalah barang syurga.  Wajib ..Gerenti syurga. Alhamdulilah.

Jika melayu sejak lahir ..mok ayah pergi haji dan umrah setiap bulan dengan jet sendiri ker, jet peribadi ker , jet dia beli dari Megamall ker ..  tetapi dio punya akhlak -  buruk, adab tak ada ..  menipu orang siang dan malam / sekejap begitu dan sekejap begini...  menipu semua orang kampung, menipu orang satu  negeri, satu negara .. bangsanya di tipu hidup hidup ... mengikut skrip khutbah ..  dia bukan barangan syurga.

Aduhai .. sakitnya hati dan telinga..mendengar benda yg betul tetapi pedih.  Ubat mujarab ..memang pahit brother!

Kita sebagai manusia ..tak leh lari dari mati.  4 letter word ..MATI.  Biloo mati ..kita akan jumpa semua janji janji Allah itu.  Bila akhirat bermula ..tak mampu .. bintang bintang , pangkat, darjat negara , Tan Sri Tan Sri , Datuk Seri, Datin Seri,  ..  yg dulu bintang bintang tentera  ini tersangkut atas bahu seperti sayap burung merok , bintang dan darjat dikapik atas sikit dari 'tetek ' pemimpin pemimpin negara ini..  benda benda ini tak mampu dah untuk menolong kalian bila berada di mahkamah Allah.  Betul tak?

Kasihan.

Memang di dunia ini sedap. Kita boleh lari dari mahkamah dunia ..kerana semua orang menolong kita.  Tetapi di sana di sana ..  baru kita tahu ..syurga bukan tempat untuk orang yang tak bertakwa.

Tuan Mufti kito tu ..  apa itu takwa?

Baca gak sikit ayat Al Quraan tu ..apa itu taqwa?

Orang yg selalu menipu,  ..  tuhan tak kasi .. depa paham pun ..tafsiran Al Quraan  dalam BM/ BI ..kerana hati mereka sudah gelap.  Hadith. Satu dosa ..satu titik hitam atas hati mu.  Dah menipu rama orang .. banyok juta bintik bintik hitam atas hati dio lah .  Aduhai..gelap gelemak hati orang kito.  Penat.

Aduhai .nasib melayu.

4) Perjuangan semata mata untuk bangsa melayu kor . perjuangan untuk bangsa arab sahaja kor ..bangsa pelestino sahaja kor ... ini semua perjuangan .. khatib kata ..  it is a big waste of time/ effort. A useless struggle. Why?  syurga bukan untuk orang orang yg berjuang atas dasar satu bangsa/ satu kaum  Syurga adalah ..untuk orang orang bertaqwa.  Khatib kata ni ..bukan aku.

Guru sekolah rendah Tahun 1 ..jika dio mengajar dgn baik ..prepare PdPnya dgn baik, mengajar A B C , 1 2 3 dgn baik,  layan budak budak ke tandas , pakai seluar kecik mereka dgn baik ..pimpin budak budak berhingus ke dalam kelas dgn elok ..buat hari hari ..ini adalah barangan syurga.

Tetapi ustaz memakai serban hijau pekat ..pun ..jika mulut nya asyik mengumpat .. mencaci orang lain .. bahasanya kesat, biadap ..  khatib hari ni ..berkato .... dio bukan orang syurga.  Aduhai ..penat ... beli serban .. semutar besar bakul ..bila kita ..bukan barangan syuurga.  Aduhai mok wehhh.  Khatib wayak tu wehhhh...

Syurga untuk orang bertaqwa.

Takut kpd azab Allah ..takut kepada janji janji Allah.  Menjauhi diri dari membunuh anok orang hidup hidup, zina, rasuah, menipu , belot, judi, .. tenung nasib , syirik dengan bomoh bomoh siam, indon, India maghi, mandi air bungo,  macam macam dio mandi .. ini syirik ber ..tuhan tak akan ampun ..lo.  Syirik ..satu dosa paling besar .

Aduh ..

itu dululah .. apa yang aku faham berkenaan dengan khutbah hari ini.

Keno juga atas batang hidung aku sikit sebanyok. Astaghfirullah hal azeem. Kita kena bertaqwa,  Melayu takwa, arab taqwa, bangla taqwa ..kita akan masuk syurga.

Insya allah.

Janji Allah tetap benar sepanjang masa.  Aku sampaikan jah.... benda begini.

Al Fatihah.
Wallahuu aklam bis sawabbbb

Penat tetapi tak apa .. kerja kita bukan?

Posted by sazali

Salam

Bulan puasa ..di Malaysia, warga guru terutama kaum hawa  masih terus bekerja seperti biasa.

Ngajar dan membimbing pelajar-pelajarnya tanpa menunjukkan wajah penat dan letih.  Bionic ladies?

2) Di Pakistan, bila puasa , sekolah sekolah, maktab maktab universiti diberi cuti. Senang sedikit untuk warga guru di sana menjalani ibadat puasa.  Mereka boleh iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Bukan di sini, kita sama sama sibuk  dengan bangsa lain - Cina dan India.

kalau penat, orang cina dan India terus minum dan makan di waktu rehat jam 100 ptg setiap hari. Ada sesetengah mereka ..makan tanpa segan silu.   Tetapi orang melayu ..terus bekerja.  Penat, letih, mengantuk, macam macam dirasai  ..bukan?

3) Di Pakistan, jadual sekolah dan maktab di negara itu ikut bila ramadhan bermula.  Bila puasa adalah pada bulan June - Julai tahun ini , maka takwim sekolah mereka dibentuk berpandukan 2 bulan JUNE/ Julai umat islam berpuasa.

Oleh itu, masjid masjid nya penuh sesak dari waktu iftar hingga ke subuh.

Meriah masjid masjid mereka dengan amalan iktikaf, tazkirah dan bayan agama ( dalam urdu).

4)  Kita rugi ..tidak mengikut cara begini.  Mengapa?  SPB Yang Di Pertuan Agong , Sultan, Raja-raja, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar , dan .. ramai lagi ketua ketua kerajaan semuanya beragama islam tetapi setakat ini  ..  kita belum  cuba sedikit pun .. adjust  umat islam di negara ini dengan stail di Pakistan/ Saudi Arabia   ..senang dan lenang untuk sama sama berteraweh, tazkirah dan iktikaf dalam masjid masjid dan surau  di kampung masing-masing.  Kalau ikut Pakistan, saya rasa .. tak lah lelah sangat kaum kaum ibu ( yg juga bekerja sebagai guru, pegawai bank, pegawai di Putrajaya, pensyarah dan professor) di sini.  Betul tak?

if there is a will , there is a way.  Jika nak seribu daya, if tak nak ..seribu dalih ( berbagai bagai bangsa di Malaysia termasuk Rohingya).

Benda yg kita dah berjaya adjust ialah ... time ..waktu ikut otak Dr Mahathir . Di sini waktu  Sabah, Serawak dan Semenanjung diseragamkan menjadi satu.  Boleh pun?

Al- Sultan Johor .. telah berjaya  ..adjust ..waktu hari kerja ..dari Hari Isnin ke Hari Jumaat kepada hari Ahad ke hari Khamis.  Sekarang , ramai rakyat Johor boleh menunaikan ibadat sembahyang Jumaat dengan aman dan damai.  Statistik jenayah oleh rakyat Johor sendiri sudah pun menurun bila kepala negeri sanggup berbuat sesuatu untuk kebaikan rakyatnya.  ASyabas!!! Al Sultan Johor.  Boleh pun?

Sebenarnya .. kita boleh buat macam macam demi agama tercinta ..sebab kita boss!  tetapi jika hati dan iman kita tak confidence dengan janji janji Allah beginilah jadinya.  Ada doktor perempuan , jururawat, guru guru perempuan terpaksa ..berebut rebut atas lebuh raya untuk bekerja 0800 pg - 0430 ptg .// kadang kadang mereka terlibat dalam nahas jalan raya dan macam macam musibah ..sakit, bergaduh laki bini , susah menguruskan anak anak dan lain lain.     So boleh tak .. orang orang cerdik pandai yg lain tolong fikirkan ..  bagaimana nak utarakan kpd kabinet benda alah ini - iaitu tolong adjust segala aktivi negara berdasarkan bila bulan Ramadhan ini akan bermula dalam satu satu tahun. Ini buah fikiran saya yg cetek ini.  Saya percaya ramai lagi orang orang berwibawa boleh bawa benda ini secara profesional dan logik .    Kita buat ini kerana ..

Lillah hi taala ( niat ..kerana Allah Taala sahaja).

3) Alasan selama 57 tahun ini ialah ..kita punya negara adalah multi etnik. Berbilang-bilang bangsa.  So what?  Kita boss lah.  Selama 57 tahun kita dah jadi boss ..macam macam kita beri laluan kpd bangsa lain di negara ini untuk terus hidup dan membuat harta melalui berbagai cara seperti perdagangan dan industri ringan dan berat.  Ok pun.  Apa yg susah dengan amalan amalan agama islam sebagai agama resmi negara ini.  Kalau terlampau susah sangat ..buang sahaja ..ayat ayat yang mengatakan 'agama resmi' negara ini adalah agama islam.  Buat apa?  Kita tak menunjukkan kita bangga sebagai satu bangsa elit dgn pegangan agama islam  .. ygAllah redha sejak dahulu hingga sekarang.  Disebabkan tak konfiden inilah ..bala Allah mulai datang bertalu-talu kpd kita ..negara kita sudah berhutang 600Bilion sudah.  Belum lagi kita tulis panjang lebar di sini mengenai 1MDB berhutang RM42Bilion dalam tempoh yg paling singkat.  

Walahu aklam bis sawab.  Kalau kita jatuh nanti ..kita tak akan bangkit bangkit lagi.  Mungkin kita akan dimakan ..hidup hidup ..tengok sahajalah video rakyat Bosnia satu masa yg lalu.








Titik pertengahan bulan puasa

Posted by sazali

Salam

Malam ni dah malam ke 16 Ramadhan.

Mulai sekarang .. orang orang bertakwa dok intai intai .. peluang untuk beribadat ..10 malam terakhir bulan ramadhan yg mulia ini/  Target utama - Malam lailatul qadar , satu malam nya lebih mulia dari  1000 bulan [ 83 tahun].

Tetapi ..payah nak dapat malam ni.  Kenapa tuan?

2) ini adalah 10 malam terakhir ..  terkena pulak .. hari gaji bulan Julai .  Bila dapat duit .. mak chik makchik sibuk ajak pak chik pak chik ..shopping hari raya.  Bila lagi bang?

Sebelum shopping ..  senarai benda nak beli ...mestilah panjang.

Mula mula .. ,malam  ni kita gi beli ..

malam esok ..sibuk pulak .. nak tukar itu dan ini.

So dua malam dah hangus.  Ini bermakna ..8 malam jer probabiliti kita dapat malam lai latul qadar.

Mengikut bacaan saya ....  selalu nya ..malam LL Qadar ini  .. tak semena-mena  kita rasa terlampaulah malas. Ini gangguan syaitan dan iblis .. godaan terbesar untuk kita umat melayu di rantau asia tenggara ini.  Bukan setakat iblis dan syaitan sibut menggoda kita ... partner dan anak anak dara di rumah  pun apa kurangnya.


Program TV pun makin sedap.  Bukan setakat TV3 sedap ..ASTRO punya program pun cukup lagi lah sedap.  Jika dilayan ..peluang berjumpa LL Qadar ..cukup lah tipis wahai tuan/puan.

3)  Di sini .. nak ingatkan jer .. sepatutnya kita dah habis separuh dari pembacaan Al Quraan Nur Kareem .. dah masuk surah al Mukminun dah.  Kalau dah gitu .. peluang habis membaca Al Quraan .. cukup cerah sekali.  Hari biasa ..di luar Ramadhan ..satu huruf dari Al Quraan seperti alif lam mim ..30 hasanah .. tetapi pada bulan Rmadahan ini .. pahalanya  dilipat gandakan  berkali kali lagi.  Untung sangatlah ..orang yg asyik membaca Al Quraan ..bila mana orang lain dok sibuk tengok ..  flyers .. tudung Fareeda, kasut Scholl, seluar dalam Trents, daun ketupat plastiklah, kuih muih Che Som Putrajaya ... dan macam macam lagi seperti promosi MYVI , VIOS, BMW yg mana tanpa disedari projek menambah hutang lah ini dipenghujung bulan bulan puasa yg berkah ini.

He..he..he..  apa apa pun dari jauh ..

saya  doakan .. ibadat puasa ini ..tuhan terimalah banyak banyak ibadat puasa kita ini maklumlah .. tahun depan ..kita tak tahu lagi.  Takut takut ..kita dah hilang dari bumi Allah yg fana ini.  Ingat tu?

Sekian.

Wasallam.  p/s:  just park ur gaji bulan julai 2015 into tabung haji for 25 days// try// selamat tuan hamba// don't park it in your pocket. Too liquid tu