Salam
Kita kaum melayu, bumiputera dan beragama islam harus bersyukur banyak banyak kerana ..
1) kita dilahirkan di Malaysia
2) masjid dan surau merata-rata di negara ini termasuk stesyen minyak PETRONAS
3) TV di sini selalu mengingatkan kita .. akhlak baik Rasululullah s.a.w yang patut kita contohi dalam kehidupan kita seharian mulai sekarang sampai kita mati. Program agama berlambak lambak - pagi ada, ptg ada dan mlm mlm pun ada. Nak tidur pun ..TV bacakan doa untuk kita
4) kita hidup aman damai. Boleh berniaga bazaar ramadhan ..tengok sahajalah bagaimana seronoknya di stadium kota bharu ?
5) pendidikan - macam macam ada - SRK, SMK, politeknik, kolej komuniti dan 30 buah universiti awam dan 100 lebih Univ swasta dan .. lain lain
6) peluang pekerjaan sangatlah banyak sejak tahun 1970 - 2010 di negara ini terutama sektor pendidikan. Mengikut pemerhatian , pada tahun 1970'an rakan rakanku yg berjaya SPM/ MCE dengan Pangkat Gred 3 pun dapat bekerja sebagai guru/ jururawat ; tahun 2010 .. ramai lulusan politeknik KPM berjaya memasuki universiti teknikal di negara ini
7) otak kita ..ok ..banyak bertimbang rasa .. lebih kurang pun tak apa .. akhirnya .. tengoklah negara kita ini pada 7 julai 2015 bila orang luar menuduh PM macam macam ..kasihan kita rakyat malaysia?
8) kesihatan kita pun ok .. Klinik 1 Malaysia ..kita bayar RM1 ..dan kita ambik ubat dari klinik ini dengan kos ubat > RM10 . Untung bukan?
9) pasangan hidup kita ok
10) bini pandai memasak. Banyak dah kita jimat duit itu. Sepatutnya kita dah kaya mcm RM itu --2 juta RM pikul pikul duit cash masuk bank ... astaghfirulullah hal azeeem
11) miskin sedikit sahaja kaum melayu dan bumiputra, kerajaan sudah sediakan BRIM, PTPTN, MARA, 1MDB ....yg sanggup menghulurkan bantuan seperti kes banjir di Kelantan baru-baru ini dan ..oleh itu
12) laki pandai cari duit ..macam macam dia tahu buat ..merumput dia dpt duit; panjat pokok kelapa dia dpt duit; tolong orang betulkan pagar pun dapat duit; ..but one day ..dia kena panah petir .. why? kuat sgt cari duit ..
13 ) apa lagi ..yg kamu mahu (surah Ar-Rahman dari Al Quraan)
Setiap perkara di atas boleh dijadikan buku buku, tape video jika kita mahu ..tetapi ..cukuplah saya nasihatkan diri saya terlebih dahulu .. marilah kita bersyukur banyak banyak nikmat tuhan ..kita berada di bumi Malaysia.
22) Kalau tidak bertuah ..takkan lah orang orang asing sanggup menggadaikan nyawa ..untuk datang ke sini?
Tengok sahajalah .. sesetengah orang orang Indonesia ..mereka sanggup menaiki perahu yg kecil dari Sumatra untuk datang ke Melaka. Ada yang selamat dan ada yang tidak .. bila perahunya karam kerana muatannya terlebih muatan.
Orang orang Rohingya pun .. mengalami nasib yg sama .. ramai yg kena .. siksa di pertengahan jalan semasa mereka berlari dari Burma - Thailand - menuju ke Malaysia. Mereka lari dari cekaman musuh durjana ..kerajaan mereka .. itu mereka claimlah .. Kalau mereka berlari seorang diri .. saya rasa kurang sangat masalah yg dihadapi tetapi jika mereka berlari dengan ahli ahli keluarga mereka termasuk anak anak dara berumur 15 - 29 tahun ..bayangkanlah ranjau yg terpaksa mereka hadapi untuk berpijak di tanah bertuah ini - Malaysia.
Alhamdulilah ..negara ini menjadi .. target berjuta-juta orang rakyat asing. Yang peliknya .. nama negara lain tidak menjadi idaman mereka ..kecuali Malaysia. Kalau mereka mati dan hidup sekali lagi pun .. target larian adalah Malaysia lagi dan lagi.
33) Akhbar di Amerika pun .. target negara ini juga .. untuk memburukkan nama PM dan negara tercinta. Jika kita tak berjaga jaga .. mungkin kita akan ..susah di kemudian hari.
Mata wang kita mula jatuh sudah , kos kehidupan makin naik GST dan minyak petrol sentiasa naik ..
apa dah jadi? Bilangan profesor (majlis professor negara) melebihi 1000 orang pada hari ini. Tak ada orang nak nasihatkan ker ..kerajaaan melayu kita ini?
Fikir-fikirkan lah nasib anak cucu kita 30 - 50 tahun yg akan datang. Bila kaum melayu berebut rebut dengan warga asing untuk hidup ( cari makan, cari kerja) di satu tapak bumi bertuah ini. Kita mempunyai masalah kerana warna kulit , wajah, dan bentuk fizikal kita sama 100% sahaja dgn pendatang DNAnya dari India, Sri Langka, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Bolehkah kerajaan BN hidup lagi ..bila kaum melayu totok (asli) mulai menjauhkan sokongan mereka kepada BN yg ada sekarang sedangkan ..orang orang asing wajah 'melayu' dipaksa, terpaksa, memaksa diri mereka sendiri untuk terus menyokong BN .. untuk terus hidup di sini ?
Tolonglah menjawab kerisauan ini - tuan/puan yg mulia.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab. p/s: kitab kata ..dunia ini tak ada harga di sisi Allah. Mahal lagi separuh kepak nyamuk dari harga dunia ini. Betul ker gitu?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment