Salam
Kita selalu terserempak 2 perkataan ini dalam akhbar harian berbahasa melayu. 'Sukacita' digunakan untuk maksud menyampaikan rasa gembira kerana kejayaan seseorang individu seperti mendapat anak yg pertama sedangkan perkataan 'dukacita' digunakan sebagai satu lambang perasaan sedih kerana kematian atau kegagalan dalam sesuatu projek perniagaan dan/ atau pekerjaan.
Apa apa pun itu adalah warna-warni kehidupan.
Orang yang bertakwa tidak terjejas dengan kejayaan atau kegagalan sepanjang hidupannya. Dia terus hidup seperti biasa kerana "..dunia ini sementara dan akhiratlah yang kekal abadi". Lagi pun ..dunia ini pinjam-pinjaman. Isteri cantik pun dipinjamkan oleh pencipta bernama "Allah". Bila masa sudah cukup .. benda dipinjamkan hendaklah dipulangkan. Proses ini dinamakan satu kematian.
Itu kata-kata keramat dari kitab-kitab agama 1460 tahun yg lalu.
2) Sebagai manusia moden payah kita nak menelan kesedihan. Bukan?
Contoh: kematian suami dalam satu nahas jalanraya; kebakaran rumah kedai bermodalkan setengah juta RM dan kecundang dalam pengajian di peringkat ijazah pertama/sarjana/ Ph.D.
Bila suami mati, otomatik kita bergelar 'janda' anak 2,3, 4 dan sebagainya.
Bila isteri mati, sang suami pun digelar 'duda'.
Bila kedai terbakar, payah kita nak buat sedikit ubahsuaian rutin hidup kita kerana .. mengikut pengamatan saya .. ramai orang berniaga percaya 99% bahawa kedai itu lah punca rezeki dia dan anak anak bininya. Bukan? Mungkin mulut kata Allah pemberi rezeki tetapi ..hakikatnya lain .. mulut tak sama dengan apa yg ada dalam hati seseorang. Ini darjat iman seseorang. If kedai more important, stronger. more influencer than Allah ..boleh jadi kita dicopkan 'syirik'. A u zubillah ..
Bila kecundang dalam pengajian masters/ Ph.D ..payah juga kita nak membawa diri dalam satu satu kampung, fakulti , jabatan, unit dalam satu tempoh hayat 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, 1 dekad atau 1 kurun (itupun kalau panjang umur kita). Entahlah mengapa. Ada orang terlampau emosional iaitu menjauhkan diri dalam semua aktiviti kemasyarakatan.
Bagi orang orang yg tidak mempunyai pengalaman .. sedap dia memberi nasihat .. jangan berdukacita tuan/puan hamba. Dunia ini sementara. Akhiratlah yang kekal abadi noi?.
3) Saya tertarik dengan satu majlis motivasi pada tahun 2004 di Johor .. di mana motivator bercakap bermacam -macam rahsia berkenaan dengan tips mencari kerja itu dan ini.
Di hujung sesi motivasi , ada seorang pelajar bertanya kpd motivator .. Tuan ada kerja tak pada saat ini? Kerja apa tuan? Pensyarah Universiti .
Oh kalau begitu .. sedaplah tuan profesor memberi nasihat ..itu dan ini kepada kami kerana tuan berada di atas. Status tuan bekerja di universiti dengan gaji bulanan yang lumayan.
Kalau tuan tak ada kerja / pengganggur .. mungkin tuan akan bercakap dengan nada yang lain kerana .. jika tuan tak ada kerja ..tuan berada dalam satu padang yang sama. Semua tak ada kerja. Nampak tak tuan?
Sepatutnya .. kalau ada motivator ..eloklah ..motivator itu .. mempunyai status yang sama dgn kami terlebih dahulu .. tak ada pekerjaan pada hari ini. Barulah tuan dapat menyelami hati dan perasaan kami anak anak orang susah sejak dahulu lagi. He..he..he.. tercenggang jugak motivator tersebut.
4) Rumusan ialah .. sukacita dan dukacita adalah
4.1 kalau kita ada pengalaman kejayaan ..eloklah kita beri ucapan tahniah yang ikhlas kpd kawan kawan kita yg telah berjaya dinaikkan pangkat itu dan ini. Tak ramai boleh buat begitu. Dalam hati ada cemburu, dengki dan mcm mcm, bukan?
4.2 kalau kita sama sama kehilangan suami .. barulah kita sesuai sangat mengucapkan takziah ..kpd kawan kita yg baru kematian suami/isteri/anak. Kita punya ucapan mempunyai tahap perasaan yg sama. Ada 'gap' yg besar dlm kehidupan kita masing-masing. Kita jer yg faham.
4.3 orang orang lain sekadar mampu mengucapkan .. 'tuan bersabar yer ..ini semua dugaan tuhan'.
4.4 kita sebagai manusia ..elok berhati hati dalam semua tindak tanduk kita. Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali termasuk apa yg keluar dari mulut kita ini.
Betul tak?
** org bagus , mereka berkongsi keseronokan dan bencana. Seronok bila anak pompuan semua dah khawin dgn org org bagus bagus dan ..kita berkongsi susah bila .. jiran kita tiba tiba berada dlm kesempitan. Sekarang ..jiran pun kita tak kenal. Mengapa? kita berdua semua .. suami isteri di hujung hujung minggu jah. Berjumpa di titik pertengahan antara dua lokasi opis suami dan isteri. Jimat belanja, jimat tenaga dan mcm mcm lagi jimat.
Sekian.
Walahu aklam bis sawabbb. Al Fatihah
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment