Salam
Semua kita mempunyai ramai orang-orang teristimewa termasuk ayahanda, bonda dan nenekanda.
Sebagai manusia berbaka ' ..insan yg mati'.. selepas satu proses kehidupan di dunia yg sementara ..ini ..ramailah orang tersayang di atas pulang ke rahmatullah seorang demi seorang. Yang tinggal hanya kenangan abadi dan air mata.
2) sebagai seorang anak, cucu yg mukmin ..kita cuba mengamalkan .. tradisi melawat pusara mereka yg tersayang ini.
3) Oleh sebab , tanah pusara bukan sebuah stadium bolasepak atau KB Mall ..eloklah kita bincangkan beberapa adab .. cara cara melawat tempat yg sangat sangat istemewa ini.
3.1 pasang niat nak melawat pusara ayah
3.2 pakai pakaian yg sesuai ..seperti baju melayu , berkopiah (bersongkok) .. jika kita perempuan .. pakailah tudung sedikit ..tutup jambul itu
3.3 masuk jer ..kawasan pusara ..berikanlah salam kpd semua ahli kubur .. Assalamu alaikum ahli ahli kubur ..
3.4 hadiahkan Al-Fatihah kpd mereka dengan tenang
3.5 sampai jer ke tempat adddress ayahanda .berikan salam .. Assalamualaikum Ayahanda
3.6 hadiahkan Al Fatihah , Bacakan Surah Al-Ikhlas (3x), Surah Al Falaq, Surah An Nasss
3.7 hadiahkan 1 bacaan Surah Yaseen
3.8 selamat tamat bacaan Surah Yaseen ... buatlah doa untuk ayahanda supaya dia selamat sejahtera di alam kubur, padang masyar, seterusnya ke syurga
3.9 kalau ada masa ( feeling kita berani sedikit ..konon konon ..) elok lah bersihkan sedikit kawasan pusara itu.
3.10 sambil sambil mencabut rumput, lalang, dan .. tumbuh-tumbuhan .. yg liar .. bertahlil lah sedikit dan hadiahkan semua itu kpd ayahanda dan orang orang tersayang. Tahlil subhanallah, alhamdulilah, allah hu akbar,astahghfirullah, Salawat kpd Nabi Muhammad s.a.w. ( 30 x setiap satu ..).. by the time habis .. hari sudah mula malam/ larii
----
JIka tak salah saya .. satu hadith nabi ..marfumnya .. orang yg berkunjung ke pusara .. Allah akan ampunkan semua dosanya.. insyallah.
Jika kita hadiahkan AL Fatihah .. dan Surah Yaseen kpd si mati .. Allah akan lindungi si mati dari azab kubur dan .. macam macam lagi.
----------------
Sebagai anak ..sebagai insan bergelar mukmin .. luangkanlah sedikit masa untuk ..bersama-sama .. dgn mereka di tanah pusara ayahnada, nenekanda dan ..banyak lagi 'da'.
-------------------------
Jika saya pulang ke KB.. saya rasa lawatan saya tak sempurna jika tak memberi sedikit masa ..melawat pusara ayahanda tersayang.
------------- lagi pun dgn berbuat demikian .. kita akan merasa .. bahawa tak lama lagi ..giliran kita pula. Insyallah. Tak lama dah?
Dalam satu hadith yg sohehhhh.. Orang terbaik di antara kamu ialah org yg selalu ingat ..MATI.
See? jom kita amalkan benda di atas ..muga muga ..kita dirahmati Allah Taalla sepanjang masa.
Sekian. Yg baik dari mu Ya Allah .. dan yang tak kemahhhh .. semua kesilapan hamba mu ini.
Wallahu aklam.
Salam
Sekarang musim orang khawin. Tak menentu musim orang khawin ini. Dulu masa time Hang Lekir dan Hang Lekiu .. orang buat kenduri khawin pada musim menuai padi, jual getah dan sawit. Sekarang .. kad jemputan khawin datang pada bila bila masa sahaja.
2) Yang penting , ada pasangan pengantin tersebut. Dan semua pihak sudah bersetuju untuk buat kenduri tersebut dari peringkat 'A' ke 'B'.
3) Tetapi dalam sudut terhad ini ... elok juga kita berkongsi pengalaman dan ilmu iaitu
3.1 kalau boleh dari kawasan geografi yg sama / dekat
Mengapa? senang ..kita berurusan sehidup dan semati
3.2 kalau boleh satu bangsa yang sama iaitu melayu lawan melayu. Melayu Kelantan lawan Melayu Ggganu ok lagi kot.
Mengapa? kalau melayu kelantan lawan melayu mindanao .. payah sikitlah.
Nak boook tiket Air Asia ..bukanlah senang .. payah jika duit tak ada/ kad kredit tak cukup balance
Lagi pun .. kalau orang kelantan khawin .. mereka nak pergi satu kampung ma.
Tok Penghulu nak gi, isteri muda ketiganya nok gi jugak/ mak saudara kita pun nak join jugak/ atuk .. yg selalu sihat time kenduri dan leh jalan jalan pun nak pergi jugak..
tetapi tukang handle booking tiket Air Asia dari KB ke Mindanao .. kita seorang diri sahajalah.
So kos banyaklah.
3.3 payah berkomunikasi antara tok tok besan.
Seorang kecek kelate berbau budu .. dan seorang lagi talk talk .. ala American maklumlah Filipina ini ..di bawah penjajahan Amerika selama 300 tahun yg sudah,
Payah lah...
itek serati nak paham 'coding' dari itek filipina ini.
3.4 kalau jadi jugak.. cuba kita fikirkan
jumlah masa .. perjalanan ikut darat ini membawa kereta dari tahun ke tahun.
Bahaya? bawak keereta jauh jauh dari pucuk semenanjung Kampung Bunuhan , Tumpat , Kelantan ke Tanjong Pia, Johor.
Duit perbelanjaan transport dan macam macam lagi lah ?
Saya rasa jika kita kiro .. duit gi mari gi mari ..musim hari raya puasa/ haji/ sakit demam org org kampung kita yg kita sayangi .. jumlah kos itu sudah tentu dah boleh settle kos buat jambatan utama kota bharu - sultan yahya petra ... kat lembah sireh itu. He..he..
RM1,000 setahun * 30 tahun * 50,000 rakyat kelantan nok main org luar = 1,5 00,000,000
mu napok tok?
Nombor tu ................................................ 1point 5 bilion ringgit malaysia.
p/s: angka 30 tahun itu ialah tempoh perkahwinan dari zaman muda trang tang tang ke titikk kita berpisah kerana mati after pencen.
50,000 orang jantan kelate dulu .. kito kiro ni. Belum termasuk tino kelate nikah dgn pemuda tampan dari Serawak / Johor. He..he..
4.0 Penutup
Sebelum berundur diri .. saya syorkan .. pasangan muda .. selepas musim konvokesyen UUM, UKM, UPM, MTUN, politeknik atau maktab perguruan .. mintak pertimbangkan angka RM1.5 juto itu.
Buat sembahyang istikharah 2 minggu turut turut .. ambik gambar hero/ heroin luar dengan hero/ heroin dalam kampung kita sendiri. Tampal kat bilik tidur mok ayah kito itu.
Apa yg beza antara kedua-duanya? Rasa rasa kesemuanya itu jika berpeluh .. baunya tak enak jugok. Kalau tak gosok gigi .. bau mulut cukup lah busuk.(oops ..maaf tuan hamba). keTinggian tubuh badan? rasa rasa payoh nok cari org jantan/ tino kelate tinggi 6 kaki 5 inci macam Tiger Woods itu. Mengikut projek statistik dengan data data terkumpul dengan SPSS Version 17.0 selama 30 tahun itu , ketinggian tubuh orang jantan melayu 5 kaki 8 inci ke bawah jahhhhhh.... kalau napok tinggi jugok gak .. mungkin pakai kasut tumit tinggi lah tu. (ketawa).
Mu faham anak anak ku sayang?
Suara hati abahmu ini.
Baguhhh lah kalau mu ngerti maksud hati abahmu ini. Hidup mati, jodoh pertemuan ..semua kerjo tuhan. Orang tok leba atas madrasah wayak tu tetapi TV3 kata ..'kita mampu mengubahnya..'
Hok mana satu nok ikut ni?
Sekian.
Wallahu aklam.
salam
Semua kita suka mempunyai tetamu yang mengunjungi rumah kita. Apatah lagi rumah kita tersergam indah di atas sebuah bukit dikelilingi beribu ribu ekar kelapa sawit dan berhadapan dgn lautan samudera seluas mata memandang. Ini adalah tabiat manusia termasuk mukmin . dalam satu hadish Nabi Muhamaad (s.a.w) .."jika ada tetamu ke rumah mu . percayalah kamu didatangi rezeki dan keberkatan .oleh itu layanilah tetamu mu sebaik yg mungkin". Mahfumnya lah. (nearest meaning ).
2) Dalam hidup ini . saya pernah ada tetamu dari banyak negeri dan negara .. seronok dapat berkongsi-kongsi ideas, pengalaman dan macam macam lagi.. / ini semua memperkayakan diri kita dgn nikmat Allah dipanggil 'berkawan, bersaudara, berbesan, beripar duai' dan dari situ kita berdakwah tanpa kalian sedaripun.
Tanpa kawan kawan siapalah kita .. hidup seseorang akan menjadi tegang dan membosankan tetapi untuk menjadi tuan rumah kita dikehendaki mempunyai beberapa sifat seperti terkandung dalam kitab Bimbingan Mukminin .. iaitu :
(i) murah hati
(ii) sanggup berkorban untuk melayani tetamu jika mahu shopping di Kota Bharu, Kelantan ini
(iii) sanggup kurangkan masa tidur dan isterehat jika tetamu mahu mendengar / menadah telinga mendengar Tuan Guru Nik Aziz memberi ceramah agama pagi Jumaat di Kelab Pas , Kota Bharu, Kelantan dan menjadi makmum Masjid Tuan Guru Nik Aziz Pulau Melaka di waktu subuh
(iv) mintak kita jadi teman .. dia nak khawin di Thailand (ketawa).. why not?
(v) bertolak ansur seperti jangan melawan cakap kawan/ musuh dalam kebanyakan idea/ pengalaman
(vi) menghidangkan masakan istemewa org kelate kito seperti laksam, lakso, tom yam, nasi kerabu hitam, daging bakar, budu, ulam daun ketereh, som tam dan lain-lain lagi
(vii) kena ada tolak ansur dari isteri dan anak anak kita juga.. tanpa sedar anak anak kita pandai berbahasa inggeris tanpa tuisyen pakar pun
-----------------
Bila berkawan kita membina .. banyak sifat yg mulia. salah satunya ialah sabar, istiqamah, murah hati, dermawan, bertimbang rasa dan .. open hearted and open ur palms ...
bayangkan jika rumah kita dikunjungi oleh si peminta sedekah .. di waktu siang hari matahari yg panas terik .. jika kita dapat tawarkan 1 gelas air sejuk .. FOC .. itu pun sudah menjadi modal kita di akhirat. Insyallah dan Alhamdulilah. Ingat saudara saudari ..cerita seorang pelacur ..diampunkan Allah kerana ..dia melayani se ekor anjing yg terlampau haus .. dahaga.. di sebuah padang pasir di Afrika/ Arab sana. Syurga tuan hamba!
Allah Hu Akbar.
---------------------------
Rugi sangatlah orang melayan tetamunya ..sekadar di coffee house di hotel - hotel ternama sahaja. Memang .. nampak hebat .tetapi .saya yakin .. "khir nya di sisi Allah Taaala" tersangat lah kurang. Dia tidak melayan pun tetamunya kerana tukang angkat air ialah
(i) orang Bangladesh yg tampan tanpa misai
(ii) perempuan Indonesia yg tergedik-gedik di hadapan mata lelaki
(iii) perempuan Filipina, Vietnam, Russia yg seksi
Lagipun kos ini tersangatlah mahal. Bayangkan 1 piring roti baar harganya RM50 di Hotel Terbesar Kuala Terengganu. See?
Sekian. Jom raikan kawan kawan dlm segala keadaan. Bila lagi mau buat begitu jika umur sudah terlalu banyak ... menghampir 100 tahun ..(ketawa).
Wallahu aklam.
yg baik dari Allah , yg buruk itu semua kelemahan saya sendiri.